Friday, March 25, 2011

BAB 20


Masa: Tiga minggu kemudian
Markas Polis Dimensi (MPD),Penjara Polis Dimensi(PPD),Dimensi Mena
   “Kau akan dibebaskan hari ni,”beritahu Chief Inspektor Mahdi kepada Naimi yang berada dalam bilik kurungan Antigenolis PPD.
   “Saya tahu.Fajar pun sama,kan?”
   “Ya.Dia dah balik dijemput ibunya.Tapi...”
   “Encik,saya dah buat keputusan,saya nak terus berada di sini,”potong Naimi dengan tenang sebelum chief itu menghabiskan ayatnya.
   Chief Inspektor Mahdi mengangkat kening.
   “Kalau saya keluar sekalipun,saya dah tak ada sesiapa lagi.Saya keseorangan sekarang.Biarlah saya di sini.”
   “Kamu dah tak ada sesiapa?Habis,dekat luar yang tunggu kamu tu siapa?”Tanya pegawai itu hairan.
   Kali ini giliran Naimi pula mengangkat kening.
   “Ada seseorang tunggu kau dekat luar untuk menjemput kau.”
   “Tak mungkin.Siapa dia?Macam mana dia boleh berada di sini?”Naimi hairan.
   Markas Polis Dimensi terletak jauh dari kawasan kota metropolitan dan bandar mahupun kampung di Dimensi Mena.Boleh dikatakan ia terletak di satu kawasan tersembunyi di dalam hutan.Markas itu luas.Disebabkan ia jauh dari negara luar,memang sukar untuk sesiapa sahaja datang ke sana.Markas itu adalah tempat khas apatah lagi Genolis tulen yang tidak dihukum mati,dikurung di dalam penjara di situ.Oleh sebab itulah markas itu dibina jauh dari negara luar.
   “Tadi saya tak habis cakap,kau dah menyampuk.Cik pun tak pelik ke bagaimana ibu Fajar datang ke sini?”
   Naimi tergamam.Baru dia tersedar.Bagaimana ibu Fajar boleh datang ke sini?
   “Sebenarnya,pegawai-pegawai saya dah hubungi ibu Fajar dan menjemputnya dari Kampung Fannani.Waktu itu,ibunya tinggal di sana.Bila dapat tahu tentang kamu dan Fajar akan dibebaskan hari ni,ada seseorang datang nak menjemput kamu.Lagipun,cukuplah setakat ini saja hukuman kamu dalam penjara.Kamu dah buat macam-macam kerja berat di sini.”
   “Ya...tapi siapa?”
   “Ikut saya,”suruh Chief Inspektor Mahdi lalu keluar dari bilik kurungan Antigenolis itu.Naimi mengikutnya.
   Mereka berdua tiba di luar bangunan PPD.Seseorang berdiri di hadapan sana.Naimi tersentak. “Adam?”Bisik hati kecilnya.
               *          *          *          *          *
Tengahhari,Kampung Fannani di Dimensi Mena
   Kereta antigraviti Polis Dimensi yang berwarna putih berhenti di hadapan pintu masuk Kampung Fannani.Pintu terbuka secara automatik.Kelihatan Adam dan Naimi keluar daripada perut kereta.
   “Terima kasih,tuan,”ucap Adam kepada pegawai polis yang memandu kereta antigraviti itu.
   Pegawai itu tersenyum mengangguk.Setelah pintu kereta automatik ditutup,kereta antigraviti itu terbang naik ke atas sebelum ia meluncur laju meninggalkan tempat itu.Kelajuan kereta antigraviti milik Polis Dimensi lebih kurang tiga kali ganda lebih laju berbanding kereta antigraviti biasa.
   Naimi memandang suasana kampung di hadapannya.Nampaknya beberapa buah rumah yang roboh telah berjaya dibina semula walaupun masih belum siap sepenuhnya tetapi sudah boleh diduduki.Dia terkebil-kebil.
   “Kenapa?”Tanya Adam.
   “Ah...err..tak...tak ada apa-apa...”
   “Jom masuk,”ajak Adam lalu berjalan mendahului Naimi.
   Naimi mengekorinya.Semasa berjalan dalam kawasan kampung,mata Naimi tidak putus-putus melihat kawasan sekitarnya.Dia dapat bayangkan betapa indahnya kampung itu.Namun,disebabkan serangan makhluk-makhluk Dendaron tempoh hari,keindahan kian pudar.Walaupun begitu,sekiranya kampung itu dibaikpulih semula,keindahannya akan muncul kembali.
   “Adam,aku risaulah,”Naimi meluahkan perasaannya.
   “Risau apa?”
   “Macam mana kalau penduduk kampung ni marahkan aku?”
   Adam berhenti berjalan. “Apa kau cakap ni?Kau tetap penduduk Mena walaupun Gen Genolis ada dalam badan kau.Kau tak boleh samakan penduduk Mena yang disuntik dengan gen itu dengan Genolis tulen...manusia yang memang asalnya dari keturunan Genolis!”
   “Bukan macam tu.Kau tahukan apa yang aku pernah buat pada kampung ni dulu...”
   “Kita manusia,Naimi.Semua manusia takkan lari dari buat kesilapan.Kita tetap ada peluang untuk memperbetulkan kesilapan tu.Semuanya bergantung pada kita saja.”
   Naimi terdiam.Dia tidak tahu hendak cakap apa lagi.
   “Aku tak nak dengar kau cakap macam tu lagi.Mari!”Adam meneruskan perjalanan.Naimi mengekorinya walaupun hatinya berat.
   Setelah beberapa minit perjalanan,mereka sampai di rumah Tok Bazil.Kelihatan Dali,Hafiy,Puan Wada,Fajar,Robert,Kay dan Malik berada di sana.Adam dan Naimi mendekati mereka.
   “Naimi!”Panggil Fajar keriangan.
   “Kau tinggal sini,Fajar?”Tanya Naimi.
   “Taklah,dekat belakang rumah Tok Bazil.Tok Bazil kata rumah tu kosong,jadi mak aku tinggal di sana sepanjang kita dalam penjara.Sekarang,aku dah keluar.Aku akan tinggal dengan mak aku,”jawab Fajar sambil merangkul bahu Puan Wada.
   “Baguslah,”Naimi berkata perlahan.Fajar bernasib baik kerana masih mempunyai ibu dan tempat tinggal.Sedangkan dia...dia sudah keseorangan sekarang.Dia tidak mempunyai sesiapa lagi dalam hidupnya.
   “Kau bertiga nak sambung mengembara?”Tanya Adam kepada Robert,Malik dan Kay.
   “Yalah.Selama tiga minggu ini kami terpaksa batalkan pengembaraan kami sebab nak jaga ibu Fajar.Yalah,kami pun terlibat dalam hal ni.Jadi,takkanlah nak harapkan kau semua saja,kan...”jawab Kay.
   “Mak cik minta maaf,nak,”ucap Puan Wada.
   Kay menggelabah. “Eh,bukan!Saya tak salahkan mak cik!Betul.”
   Adam tersengih melihat telatah Kay itu.
   “Jadi,Fajar...kau nak buat apa sekarang?”Tanya Hafiy.
   Fajar menghela nafas.Dia teringatkan Hafiz. “Aku nak tebus balik kesalahan aku.”
   “Tebus?Tebus macam mana?”Tanya Dali pula.
   “Rahsia,”Fajar tersengih.Buat masa sekarang,dia tidak mahu sesiapun tahu akan rancangannya itu.Belum masanya lagi.
   Dali memuncungkan mulut.
   “Muncung...muncung...aku cabut rambut palsu kau baru tahu!”Gurauan Hafiy memembuatkan rakan-rakannya ketawa.
   Dali memandang Hafiy tajam.Naimi pula hanya tersenyum kelat melihat gelagat lelaki-lelaki itu.
   “Hei,hei!Seronok nampak,”tiba-tiba Tok Bazil muncul dengan isterinya,Dayah di muka pintu rumahnya. “Saya nak beritahu,adik aku Si Lubaid hubungi aku tadi.Dia kirim salam...oh,Presiden Safaraz dengan Kapten Asyqar pun sama.”
   Mereka semua menjawab salam tersebut.
   “Jalani,tok?”Malik serta-merta teringatkan budak lelaki yang pernah bersamanya dahulu.
   “Dia pun sama.Dia rindu dekat kau,Malik.”
   Malik tersenyum.Dia juga merindui Jalani dan Lubaid,dua insan yang pernah bersamanya di Kota Batu Karang dahulu.
   “Jadi,kamu Naimi?”Isteri Tok Bazil,Dayah bersuara.
   Naimi tersentak,lalu mengangguk.
   “Adam dah ceritakan segala-galanya pada kami,”Dayah mendekati Naimi. “Kami ingat nak benarkan kamu tinggal di sini.”
   Kenyataan Dayah mengejutkan Naimi. “Betulkah?”
   “Buat apa pula kami nak tipu,”Tok Bazil mencelah. “Dekat rumah kami pun cuma tinggal kami berdua.Anak perempuan kami yang seorang tinggal di kota.Kami tak kisah kalau kamu tinggal sini.Sekurang-kurangnya bila anak kami balik,dia ada kawan.”
   Tanpa Naimi sedari,matanya berair.Airnya tumpah ke pipi semasa Naimi mengerdipkan matanya.
   “Tapi saya....saya pernah...”
   “Naimi,kan aku dah cakap jangan cakap pasal tu lagi,”kata Adam.
   “Kita semua pernah buat silap,Naimi.Apa yang penting sekarang kamu dah berubah,”lembut Dayah menuturkan kata-katanya.
   Tangisan Naimi mula kedengaran,teresak-esak.Selama ini,dia merasakan dirinya keseorangan.Tidak ada sesiapa yang ambil peduli akannya selepas kematian ibu bapanya...atau boleh dikatakan juga kematian Reza dan Arkan walaupun mereka kerapkali bertengkar.
   “Naimi...”Dayah memanggil lembut.
   Tiba-tiba Naimi memeluk Dayah.Dia merasakan seolah-olah dia memeluk ibunya sendiri.Tangisannya semakin kuat seperti anak kecil menangis meminta susu.
   Dayah membalas pelukannya itu.Adam,Tok Bazil dan lain-lain hanya memandang sambil tersenyum.
   “Baiklah.Kami pergi dulu,”Robert bersuara mewakili Malik dan Kay setelah tangisan Naimi beransur hilang.
   “Kalau kau semua jumpa dengan Hafiz dan kawan-kawannya lagi,tolong kirim salam!”Suruh Malik.
   “Itupun kalau mereka datang sini lagi!”Ujar Hafiy.
   “Kami pergi dulu!”Malik meminta izin sambil melambai-lambaikan tangannya,diikuti Robert dan Kay.Sambil itu,kaki mereka melangkah meninggalkan perkarangan rumah Tok Bazil.
   Tok Bazil,Dayah,Hafiy,Adam,Dali,Fajar,Puan Wada dan Naimi membalas lambaian itu.Setelah bayangan mereka hilang dari pandangan,Tok Bazil dan Dayah masuk ke dalam rumah.
   Puan Wada memandang Fajar. “Boleh kamu beritahu mak macam mana kamu nak tebus kesalahan kamu tu?”
   Fajar menjeling ibunya sambil tersenyum. “Adalah,bila-bila nanti Fajar beritahu mak,okey?”
   “Kau ni dengan mak sendiri nak berahsia,”sampuk Adam.
   Fajar ketawa.
   “Apa-apalah.Aku harap kau tak sertai Genolis lagi,”ujar Naimi.
   Fajar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak...”
   Adam,Naimi,Hafiy dan Dali berpandangan. “Habis tu?”Mereka bertanya serentak.
   “Adalah,”Fajar berkeras masih mahu merahsiakannya.Dia memandang ke langit. “Kita akan berjumpa lagi Hafiz...”kata hati Fajar.

                           *          *          *          *          *
Pukul 7.00 pagi,SMK Bais Saujana    
   Seperti biasa,suasana di sekolah itu sebelum loceng waktu persekolahan berbunyi pada pukul 7.30 pagi,para pelajar membuat hal masing-masing sebelum masuk ke dalam kelas.Suasana hingar-bingar sudah menjadi rutin setiap pelajar pada waktu itu.
   Inarah sedang berada di dalam bilik pengawas.Dia berpakaian sukan kerana pada hari itu kelasnya ada aktiviti sukan pada waktu pertama.Tiada sesiapa di dalam bilik pengawas ketika itu melainkan dirinya.Ini kerana pengawas-pengawas yang lain lebih suka berada di luar dan kebanyakan mereka hanya berada di dalam itu pada waktu rehat.Sebenarnya,Inarah juga bersikap demikian.Namun pada pagi itu ada sebabnya dia masuk ke dalam bilik itu.
   Inarah mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar sukannya.Ianya sebuah komputer hologram yang berbentuk seperti telefon bimbit tetapi saiznya lebih kecil,lebih kurang sama dengan buku nota tiga lima.Komputer hologram itu sudah lama diberikan oleh arwah Widad cuma dia jarang menggunakannya.Namun,dia menggunakannya hari ini.
   Inarah menekan salah satu punat.Lampu pada skrin alat itu berkelip-kelip.Beberapa saat kemudian,keluar cahaya dalam bentuk hologram.Wajah Chief Inspektor Mahdi muncul pada cahaya itu.
   “Maaf sebab tak jawab panggilan chief malam tadi,”Inarah meminta maaf.
   “Oh,tak apa!Saya pun terlupa yang waktu di tempat kamu satu waktu lebih lambat dari Dimensi Mena,”Chief Inspektor Mahdi tersengih.
   “Ada apa-apa nak beritahu saya?”Soal Inarah.
   “Satu perkara saja.Saya nak beritahu Naimi dan Fajar keluar dari penjara hari ini.”
   “Oh,yakah!Baguslah!”Teriak Inarah. “Mereka tinggal di mana?”
   “Saya baru saja dapat tahu yang Fajar dan ibunya tinggal di Kampung Fannani sebaik saja mereka baru saja dikeluarkan.Macam tu juga dengan Naimi.Saya dapat tahu dia tinggal dengan Tok Bazil dan isterinya.”
   “Eloklah tu!Err...Jabran?”
   “Chief Inspektor Mahdi mengeluh. “Kami dah buat perbicaraan.Kesalahan Jabran terlalu berat untuk kami mengelakkan dari hukuman mati.Jadi,dia dihukum mati minggu lepas.”
   “Macam tu...,”Inarah berkata perlahan.
   “Itu saja Inarah.Saya pergi dulu,”pegawai polis itu meminta diri.
   “Yalah,”Inarah mematikan suis hologram.Dia memasukkan kembali komputer hologram itu ke dalam poket.Kemudian,dia keluar dari bilik pengawas itu.
   Inarah berlari-lari anak sambil matanya memandang ke kiri dan ke kanan mencari seseorang.Apabila dia tiba di sebuah pondok di hadapan kafeteria sekolah,dia ternampak empat orang lelaki berkumpul di situ sambil berbual-bual.Dia memandang salah seorang daripada lelaki itu...Hafiz.
   Hafiz yang ketika itu berbual-bual dengan Azman,Firas dan Syahid menyedari kehadiran Inarah.Inarah melambaikan tangannya.
   “Hei,geng!Aku lupa aku ada hal kejap!”Hafiz meminta diri.
   “Hal apa pula?”Tanya Syahid.
   “Adalah,”sebelum Hafiz beredar,dia sempat berbisik pada Azman. “Tolong aku.”
   Azman yang faham maksud Hafiz tersengih.Setelah Hafiz beredar dari situ,Azman mengajak Firas dan Syahid ke tapak perhimpunan.
   “Buat apa?Nanti Hafiz cari kita pula,”Firas cuba membantah.
   “Alah,dia bukannya bengap sangat sampai susah nak cari kita.Jom!”Azman menolak bahu kedua-dua sahabatnya itu.
   Firas dan Syahid terpaksa akur.Mereka bertiga beredar dari situ.
   Hafiz yang ketika itusudah berada di hadapan Inarah bertanya. “Kenapa?”
   “Chief Inspektor Mahdi hubungi aku tadi.Katanya Naimi dan Fajar dah dibebaskan tengahhari ni...err...maksud aku tengahhari di Dimensi Mena,”dahi Inarah berkerut mengingatkan perbezaan waktu di tempatnya dan Dimensi Mena. “Mereka berdua dah tinggal di Kampung Fannani sekarang.”
   “Oh,yakah?Eloklah tu,”ujar Hafiz gembira.
   Inarah tersenyum nipis.Dia menunjukkan jam tangannya yang digantung keychain senjatanya,Sausan.
   “Kau tahu,aku tak percaya kita berjaya selesaikan misi kita dalam masa dua hari saja sedangkan inilah misi yang paling berat berbanding misi yang aku jalankan dulu.Balance lagi sehari cuti masa tu memang aku memang rehat cukup-cukuplah.”
   “Kau nak kata misi kau tu berat sejak kemunculan aku sebagai Pahlawan Mena,kan?”Hafiz menjeling Inarah tajam.
   “Memang betul,”Inarah berterus-terang. “Aku rasa bila kau dah muncul ni,mesti mereka semakin kerap buat kacau.”
   “Huh,yalah tu!Lepas saja misi kita selesai,dah tiga minggu kita tak ada misi.Kerap apanya tu!”Hafiz menyangkal.
   “Hei,Hafiz!Kau jangan nak ambil lewa!Kita tak boleh leka sekarang kau!Kau kena ingat apa status kau sekarang.Sebagai penasihat dan pembantu kau,aku kena selalu ingatkan kau.”
   Hafiz menyilangkan tangannya. “Kau ingat aku ni lembab ke?Lagipun,Khazin,Naufal dan Dayana akan tolong kita berdua juga.Ringanlah sikit beban kita.”
   “Aku tahu,”akur Inarah. “Walau apapun,kita berdua saja manusia terpilih,lebih-lebih lagi kau Pahlawan Mena.Ingat,tugas utama kau menewaskan Genolis.Kau yang patut tewaskan Genolis atasan ataupun dalang-dalang Genolis dan aku akan membantu kau.Khazin,Dayana dan Naufal cuma bertindak melemahkan Genolis bawahan,iaitu Genolis yang terdiri daripada konco-konconya.”
   “Ya,aku tahu.Tapi...macam mana aku nak pikul semua tu?Masa misi pertama dulu pun aku dah termengah-mengah tau!”
   “Jangan macam tu,Hafiz.Dulu kau juga cakap yang kau terima tanggungjawab ni.Kalau kau tak kasihankan aku pun,tolonglah jangan hampakan arwah Tuan Widad dan Cik Yusra.Mereka dah berkorban untuk kita,”Inarah mengingatkan.
   Ekspresi wajah Hafiz berubah.Dia hampir-hampir melupakan Widad dan Yusra.Sudah tiga minggu kedua-kedua sepupu itu meninggalkan mereka.Walalupun perkenalannya dengan Widad dan Yusra cukup singkat,tetapi pengorbanan yang mereka lakukan membuatkan hatinya sebak.
   Hafiz menghembus nafas kasar.Dia mengambil batu jed di dalam poketnya.Dia teringatkan wajah Widad yang mengajarnya menggunakan pelindung jingga dan teleport sewaktu dia kali pertama menjejakkan kaki ke Dimensi Mena untuk menolong Inarah di Gua Dendaron.Widad memujinya Hafiz kerana memahiri kedua-dua itu dalam masa yang singkat sahaja.
   Hafiz merenung Inarah. “Aku bukan apa.Mungkin aku juara silat dua tahun berturut-turut,tapi aku cuma juara di gelanggang,bukan di medan tempur macam misi dulu tu.”
   “Hafiz,seorang pesilat kena berani walau apapun cabarannya.Kau jangan ingat kau seorang saja belajar silat,aku pun pernah belajar setiap kali aku melawat datuk aku di kampung.Dia yang ajar,”maklum Inarah. “Dia pernah berpesan kepada pesilat-pesilat yang diajarnya, ‘sebagai seorang pesilat sejati,dia takkan takutkan apa-apa cabaran malah berani menghadapinya.Selebihnya,kita serahkan kepada Yang Berkuasa’.Guru silat kau tak pernah berpesan apa-apakah kepada ahli-ahli silatnya?”
   “Hmm...ada.Macam-macam...”jawab Hafiz.
   “Jadi?”
   “Entahlah...tapi,aku setuju dengan pesanan atuk kau tu.”
   Inarah tersenyum. “Jadi,kau betul-betul sedialah?Kau kena ingat,jangan cakap pasal ‘tak yakin’.Kita kena teruskan.Ini harapan Tuan Widad dan Cik Yusra.”
   “Ya,ya,ya...bagi aku ada masa rehat pun dah cukuplah walaupun Genolis muncul kerap sekalipun.Sekurang-kurangnya cuma misi tentang Genolis saja aku kena selesaikan,”kata Hafiz selamba sambil menyilang kedua-dua tangan di belakang kepalanya.         
   Kata-kata Hafiz itu membuatkan Inarah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Err...Hafiz...sebenarnya,kan...”
   Ting!Ting!Ting!Bunyi dentingan yang halus mematikan percakapan Inarah.Inarah melihat keychain yang digantung pada jam tangannya bercahaya.Batu jed yang berada di tangan Hafiz juga bercahaya sambil mengeluarkan bunyi dentingan yang halus itu.
   “Kenapa ni?”Tanya Hafiz.
   “Ada misi,”Inarah menjawab ringkas.
   “Hah,ada Genolis lain pula ke?”
   Inarah tidak menjawab.Dia mengambil komputer hologram mini dari dalam poket seluar sukannya.Dia meletakkan keychainnya di atas skrin.Keluar perkataan ‘MISI SAMPINGAN’.
   “Bukan Genolis.Ini misi lain,”beritahu Inarah.
   “Hah?”
   “Misi ni tak ada kaitan dengan Genolis.Ia cuma misi di Dimensi Mena sendiri.Menurut komputer ni,kita kena selesaikan misi tentang satu rompakan rumah seorang jutawan.”
   “Eeehhh!!!”Teriak Hafiz. “Kau tak pernah pun beritahu aku pun kita kena selesaikan juga misi macam ni!”
   “Aku baru nak beritahu tadi,tapi komputer ni dah beritahu dulu sebelum aku!”Kata Inarah. “Misi ni senang saja.Kita cari perompak tu sampai dapat.Bila dah berjaya,kita telefon Polis Mena tanpa mendedahkan identiti kita.Perbezaannya dalam misi ni,kita tak boleh biarkan penduduk Mena tahu tentang kegiatan kita dalam kes tu,termasuk Polis Mena.Tugas Polis Mena tak ada kaitan dengan Genolis.Kita kena lakukannya tanpa pengetahuan mereka.”
   “Ooo...macam tu ya?Apa-apalah...tapi dulu kau pernah beritahu aku yang kau dah pernah jalankan tiga misi sebelum ni.Kau jangan beritahu aku itu cuma misi yang berkaitan dengan Genolis saja...tak termasuk yang remeh begini!”
   Inarah tersengih. “Ya,tiga misi tu berkaitan dengan Genolis saja.Aku pernah jalankan misi yang tak berkaitan dengan Genolis tapi...”Inarah meninggikan suara.“Kau tak boleh anggap misi ni remeh!Walaupun misi ni tak ada kaitan dengan Genolis,ia tetap untuk kebaikan dan keselamatan penduduk Mena”
   “Okey,fine!Tapi,kau kena beritahu aku sebabnya kenapa kau tak beritahu aku awal-awal tentang hal ni?”
   “Sebab aku tak nak kau tarik diri bila dapat tahu yang kau kena jalankan misi lain selain misi yang berkaitan dengan Genolis,puas hati?” Inarah mencabut keychain dari jam tangannya. “Jom,kita ke belakang sekolah!Aku tak nak orang lain nampak kita masuk ke dalam cahaya di sini!”Inarah berjalan mendahului Hafiz.
   Apabila mereka tiba di belakang bangunan blok C sekolah,Inarah mencabut keychainnya lalu dihalakan keychain itu ke hadapan.Keluar lubang cahaya setingginya.
   “Aku hampir terlupa yang Pak Cik Widad dah ubah senjata kita membolehkan kita masuk ke ruang putih di mana-mana saja selain bilik kita,”Hafiz menggaru-garu kepalanya.
   “Jangan bisinglah!Lekas sikit!”Marah Inarah.
   “Wah,marah ya!Hei,lagi berapa minit lagi loceng sekolah nak bunyi.Sempat ke?Aku tak nak kena denda sebab lambat masuk kelas!”
   “Jangan risau.Aku akan pastikan misi ni selesai tepat-tepat bila loceng sekolah berbunyi.Berdoa sajalah.Lekas sikit!”
   Hafiz tiada pilihan lain.Dia menghalakan batu jednya ke hadapan.Keluar cahaya yang betul-betul sama tinggi dengannya.
   “Khazin,Naufal dan Dayana tak ikut?”
   “Mereka cuma terlibat dalam misi yang melibatkan Genolis saja!Sudah,lekaslah!”Inarah sempat berseloroh. “Ingat Hafiz.Musuh yang terlibat adalah penduduk Mena.Jangan sekali-kali gunakan abiliti senjata Ahwas kau tu.”
   Hafiz angguk acuh tak acuh.
   Inarah sudah masuk ke dalam cahaya dan cahaya itu hilang sebaik sahaja Inarah melepasinya.
   Hafiz juga ingin membuat perkara yang sama.Sebelum dia masuk ke dalam cahaya itu,dia berfikir sendiri.Banyak cabaran yang menantinya sekarang.Tentang Genolis...dan juga tentang misi yang juga berkaitan dengan keselamatan penduduk Mena yang tiada kaitan dengan Genolis.Apabila difikirkan,tugas itu memang mencabar.Dia harus berlawan dan bertempur.
   Setelah menghela nafas panjang,Hafiz masuk ke dalam cahaya dan cahaya itu hilang apabila Hafiz melepasinya.

....TAMAT....

No comments:

Post a Comment