Friday, March 25, 2011

BAB 19


HARI sudah mulai gelap.Bintang-bintang mula kelihatan.Indah sekali pemandangan langit ketika itu.Namun,keindahan itu diselangi dengan asap yang berkepul-kepul di udara.
   Penduduk-penduduk kota yang berada di Dewan Killi dan Milli keluar dari dewan-dewan tersebut setelah menyedari mereka terselamat dari pancaran-pancaran lazer.Tumpuan mereka sekarang ialah asap kelabu yang berkepul-kepul di hadapan mereka.Jalani turut keluar menyaksikannya.
   Kelihatan Hafiz,Inarah,Fajar,Khazin,Naufal,Dayana,dan Naimi memasuki kawasan asap-asap itu.Di situ juga,mereka ternampak tubuh dua orang manusia,iaitu Widad dan Yusra sedang terbaring kaku.Tubuh itu cedera parah,dan badan mereka calar-balar.
   “Aku bermimpi,kan?”Tanya Inarah masih tidak percaya.
   “Tak.Kau tak mimpi,”jawab Khazin.
   “Sepatutnya aku yang berada di tempat mereka,”kata Naimi perlahan dan penuh kekesalan.
   Dayana memejamkan matanya apabila menyedari air matanya hendak mengalir.Naufal dan Fajar pula mengalihkan muka.Khazin memandang Hafiz.Wajah Hafiz selamba tetapi tiada siapa yang tahu betapa pedih hatinya.Inarah pula mengesat air matanya.
   “Mereka lantik kita bertiga sebagai pembantu manusia terpilih,dan berikan senjata-senjata ni sebelum mereka tinggalkan kita...seolah-olah mereka tahu masa mereka dah hampir...”Dayana bersuara.
   “Mereka mungkin tak tahu...mungkin petanda...”ujar Naufal sambil duduk di sebelah mayat Widad.
   “Mana Jabran?”Tanya Fajar tiba-tiba.
   “Di sana,”jawab Hafiz sambil menunjukkan timbunan-timbunan batu tidak jauh dari mereka.Mungkin timbunan batu itu terhasil semasa letupan tadi. “Aku dapat rasa tenaganya dari sana.”
   Kata-kata Hafiz mengejutkan Inarah. “Hafiz...”
   Naimi dan Fajar terus berlari ke tempat yang dimaksudkan Hafiz.Kemudian,Naimi mengalihkan batu-batu yang bertimbun itu dengan menggunakan telekinesis.Tubuh Jabran kelihatan.Keadaannya cedera parah namun apabila diperiksa nadinya,dia masih hidup,cuma agak lemah.
   “Hidup?”Tanya Fajar. “Widad dan Yusra tak selamat dalam kejadian ni,tapi dia boleh selamat?”
   “Pancaran-pancaran laser tadi menyerang mereka dan efeknya sangat kuat apabila ‘dicampur’ dengan letupan yang Hafiz dan Inarah buat tadi.Disebabkan pancaran lazer tu Jabran yang hasilkan,kesannya tak terlalu kuat pada dirinya,”Naimi memandang Jabran yang masih pengsan. “Tambahan pula Hafiz dan Inarah gunak abiliti mereka seminimum mungkin semasa menyerang Jabran.Lagipun,ajal Widad dan Yusra setakat ini saja,nak buat macam mana,”mata Naimi bergenang.Dia benar-benar kesal dengan apa yang berlaku.Pengorbanan Widad dan Yusra menyentuh hatinya.
   Tiba-tiba mereka terasa angin bertiup di kawasan itu.Kedengaran juga seperti bunyi enjin.Penduduk Kota Batu Karang serta-merta berlari keluar dari dewan.Mata mereka memandang ke atas.Begitu juga Hafiz dan lain-lain.
   Kelihatan dua buah helikopter dan tiga buah kereta antigraviti berwarna putih sedang mendarat berdekatan dengan mereka.Semasa mendarat,bunyi enjin kenderaan-kenderaan itu kedengaran lebih kuat,begitu juga dengan angin yang terhasil semasa pendaratan itu.
   “Polis Dimensi,”bisik Inarah. “Mereka dah sampai.”

DUA orang pegawai Polis Dimensi yang memakai seragam berwarna biru tua menutup mayat Widad dan Yusra.Kemudian,mereka meletakkan kedua-dua mayat itu di atas stretcher sebelum dibawa masuk ke dalam kereta antigraviti yang dua kali ganda lebih besar daripada bas.Sementara itu,tiga orang pegawai lain menggari tangan Jabran yang sudah sedar dengan penggari AntiGenolis dan membawanya masuk ke dalam sebuah lagi kereta antigraviti.
   Sebelum masuk ke dalam,dia berselisih dengan Hafiz,Inarah,Khazin dan lain-lain.Dia menjeling tajam ke arah mereka.
   “Kau tengoklah nanti!Genolis bukan aku seorang saja!Tengoklah nanti!”Teriakan Jabran itu membuatkan tiga orang pegawai polis yang mengiringinya bertindak kasar dengan menolaknya berjalan masuk ke dalam helikopter.
   “Jabran tu...masih tak serik...”Dayana bersuara.
   “Dia bukan macam Naimi dan Fajar...dia memang berasal dari keturunan Genolis,Genolis tulen,”kata Naufal pula.
   “Hei,kau semua!”Kedengaran jeritan seseorang dari belakang sana.Apabila mereka menoleh,kelihatan Lubaid,Tok Bazil,Malik,Robert,Kay,Adam,Dali dan Hafiy menuju ke arah mereka...dan ada seorang lagi wanita...Puan Wada.
   “Mak!”Fajar menjerit kegembiraan melihat ibunya sedang berlari ke arahnya lalu memeluknya erat.
   “Syukur kamu selamat,”ucap Puan Wada.Fajar hanya tersenyum.
   “Kau semua datang dengan apa?”Tanya Khazin.
   “Naik kereta antigraviti tu...kebetulan Adam ada beritahu Polis Dimensi nak datang,kami join datang sini sekali,”jawab Dali.
   “Huh,macam budak-budak!Aku cabut rambut palsu baru  kau tu baru tahu,”gurau Hafiy.
   Masing-masing ketawa gembira.
   “Tok Lubaid!”Kedengaran seseorang menjerit.
   Lubaid menoleh. “Jalani!”Lubaid tersenyum gembira melihat Jalani berlari dari dewan menuju ke arahnya.Jalani melompat lalu merangkul bahu Lubaid.Mereka ketawa.
   “Maaf,kalau saya menganggu,”salah seorang pegawai Polis Dimensi menegur. “Saya terpaksa tahan Fajar dan Naimi sekali.Tolong menyerah.”
   Puan Wada tersentak.Fajar dengan selamba berjalan mendekati pegawai itu,begitu juga Naimi.
   “Nanti!”Hafiz menjerit tiba-tiba. “Mereka tak salah dalam hal ni!Kenapa tahan mereka?”
   “Hafiz!”Panggil Inarah mendekati Hafiz. “Apa terjadi pun,mereka berdua tetap kena tangkap sebab mereka pernah sertai Genolis!”
   “Tapi mereka dah tolong kita!”
   Pegawai polis itu tiba-tiba memegang bahu Hafiz.Hafiz tersentak.
   “Kamu tentu Hafiz,Pahlawan Mena yang Widad ceritakan pada saya,”kata-kata itu membuatkan Hafiz terkesima.
   “Saya Chief Inspektor Mahdi,”pegawai itu memperkenalkan diri. “Jangan risau.Bagi penduduk Mena yang pernah terlibat dalam Genolis,kami akan tahan mereka untuk beberapa minggu atau paling lama sebulan dalam penjara untuk membuat kerja-kerja berat.Selepas itu,kami akan lepaskan mereka dengan harapan mereka menggunakan peluang itu untuk berubah.Kalau sebaliknya,barulah kami jalani hukuman seperti Genolis,hukuman mati ataupun hukuman berat lain,”terangnya.
   “Betul tu,”Inarah menyampuk. “Jangan risau.Semuanya baik.”
   Hafiz menarik nafas lega mendengarnya.
   “Nampaknya kau bukan keseorangan lagi,Inarah,”Chief Inspektor Mahdi memandang Inarah.
   “Saya tahu,”Inarah tersenyum.
   Tangan Naimi dan Fajar digari dengan Penggari Antigenolis.
   Melihat keadaan itu,Hafiz berbisik pada Inarah. “Kalau Genolis ditangkap,mereka tak terfikir ke yang Genolis tu akan bertindak dengan kuasa mereka nanti?”
   “Mestilah!Sebab tu mereka gari tangan Genolis dengan penggari tu.Penggari tu dipanggil Penggari Antigenolis.Ia dicipta supaya Genolis tak boleh menggunakan kuasa mereka dan bertindak tak tentu arah apabila ditahan.Masa dalam penjara,polis memasang dinding logam AntiGenolis.Jadi,mereka tak boleh buat apa-apa dalam penjara tu.Lebih-lebih lagi dinding tu memang susah nak dimusnahkan,”balas Inarah panjang lebar.
   Hafiz hanya mengangguk faham. “Pak Cik Widad dan Cik Yusra tak pernah ceritakan hal ni pada aku.”
   “Mungkin lain masa...cuma tak sempat,”nada suara Inarah menurun.Dadanya sebak serta-merta.
   Hafiz tidak berkata apa-apa.Dia faham perasaan gadis itu.Gadis itu kenal Widad dan Yusra lebih lama darinya.Sudah tentu perasaannya tersentuh.Kali pertama dia melihat wajah sayu Inarah.
   Naimi dan Fajar sudah hendak dibawa masuk ke dalam kereta antigraviti.Sebelum itu,Chief Inspektor Mahdi memandang Hafiz dan lain-lain.
   “Saya dah uruskan Genolis yang lain termasuk makhluk-makhluk dari Gua Dendaron sebelum saya datang sini dan sebelum saya berjumpa mereka,”Chief Inspektor tersengih memandang Lubaid,Tok Bazil serta anak-anak buah mereka. “Saya nak tanya,manalah tahu kalau ada Genolis lain yang masih bersembunyi dalam tempat persembunyian mereka.”
   “Tak.Semua Genolis dah keluar dari markas semasa hendak menyerang kota ni.Kalau nak ke sana,ia dekat dengan kawasan berbatu sebelah barat,”jawab Naimi.
   “Baik,kalau macam tu kami akan ke sana nanti.”
   “Naimi,sekejap!”Fajar mencelah. “Kau terlupa sesuatu!”
     Naimi mengangkat kening.
   “Reza dan Arkan!Mereka di Air Terjun Khairun Balqis!”
   Terbeliak mata Naimi mendengarnya.Ya!Reza dan Arkan!

                           *          *          *          *          *
Air Terjun Khairun Balqis
   Naimi menangis sekuat hatinya melihat Reza dan Arkan terbujur tidak bernyawa di hadapannya.Dia jatuh terduduk.Air matanya mengalir deras.Jauh di sudut hati,dia benar-benar menyalahkan dirinya.Dia langsung tidak menghalang perbalahan antara dua orang sahabatnya.
   Salah seorang pegawai Polis Dimensi datang mendekati cuba untuk menenangkannya.Hafiz,Inarah,Lubaid dan yang lain hanya memandang simpati.
   “Tidak..!!!Tidak..!!!”Raung Naimi.Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya.Dua orang rakan yang setia padanya sudah tiada.
   “Kasihannya...”kata Dali.
   Adam yang berada di sebelah Dali berjalan mendekati Naimi yang sedang dipegang oleh salah seorang pegawai Polis Dimensi.
   “Naimi,”panggilnya.
   Naimi mendongak memandang Adam yang berada di hadapannya.Matanya merah akibat menangis.
   “Kau tak patut menyesal apa yang berlaku.Kau masih hidup,kau kena teruskan,”Adam cuba memberi nasihat.
   “Tapi semua ni salah aku,Adam.Aku sepatutnya halang mereka berdua...tapi...aku...aku langsung tak berhati perut!”Naimi terus menangis.
   “Bawa mengucap.Kau tak boleh salahkan diri kau.Semua ni takdir Tuhan.Kita tak boleh menghalang takdir-Nya.”
   Tangisan Naimi beransur hilang.Dia memandang mayat kedua-dua rakannya.Kenangan demi kenangan bersama mereka berdua masih belum hilang,tersimpan dalam memorinya.
   Hafiz berada di belakang bersama dengan yang lain.Dia memandang Fajar.
   “Mana kau tahu mereka ada di sini?”Tanya Hafiz kepada Fajar.
   “Kau ingat tak semalam aku menghilangkan diri selepas berlawan dengan kau,”kata Fajar. “Tak jauh dari sini,ada sebatang sungai.Air sungai itu dikatakan sebagai air penyembuh.Jadi,aku menyembuhkan diri aku di sana.Masa tu juga,aku dengar jelas suara Reza,Arkan dan Naimi,jadi aku mengintai senyap-senyap perbualan mereka.Reza dan Arkan ada cakap yang mereka akan bertarung di sini.”
   “Oh,jadi kau dah sembuh sekarang?”
   “Alhamdulillah,”ucap Fajar ringkas. “Kau dah sedarkan aku.”
   Hafiz hanya tersenyum.Dia memandang ke hadapan.Kelihatan mayat Reza dan Arkan sudah ditutup dengan kain dan dibawa dengan stretcher.Seorang pegawai Polis Dimensi memimpin Naimi masuk ke dalam sebuah kereta antigraviti.
   “Fajar!”Panggil salah seorang pegawai.
   Fajar faham akan isyarat itu.Isyarat itu menandakan dia juga akan dibawa masuk ke dalam kereta antigraviti.Sebelum itu,dia sempat menoleh ke arah Hafiz. “Kita jumpa lagi,”katanya.
   Hafiz tersenyum.Dia mengekori langkah Fajar yang sedang masuk ke dalam kereta antigraviti yang juga dinaiki oleh Naimi.
   Di dalam kereta antigraviti,Naimi dan Fajar duduk di belakang.Disebabkan kereta itu besar,bahagian belakang kereta itu dijadikan sangkar besi yang diperbuat daripada logam besi dan juga Antigenolis.Mereka berdua dimasukkan ke dalam sangkar itu.
   Jabran yang turut berada di situ tersenyum sinis. “Memang patut Reza dan Arkan tu mati.Rupa-rupanya mereka dah engkar arahan aku untuk menyerang kota tu!”
   “Mereka tak macam kau,Jabran!”Tegas Naimi.
   “Heh,mungkin aku kalah sekarang!Kita tengok,kalau aku tidak dihukum mati dalam penjara nanti,aku takkan berputus asa!Masih banyak lagi Genolis di luar sana!”
   “Dalam penjara nanti,Genolis yang masih ada pun sudah tidak macam kau Jabran.Mereka dah berubah.Aku harap kalau kau tidak dihukum mati,kau juga akan berubah,”kata Fajar mengharap.
   “Kita tengoklah nanti!”Jabran masih belum mahu mengalah.
   Di luar,Chief Inspektor Mahdi mendapatkan Hafiz dan Inarah. “Kau berdua dah buat yang terbaik.Widad dan Yusra pasti bangga dengan kerjasama kamu berdua,”pujinya.
   Inarah tunduk.Hafiz memandangnya.
   “Memandangkan mereka sudah tak ada,nampaknya tak ada siapa lagi yang boleh hubungi kami bila misi kamu dah selesai.Tak apa,ambil ni,”pegawai itu melekatkan sesuatu pada senjata Hafiz dan Inarah yang sudah bertukar menjadi batu jed dan keychain.Ia sebuah permata yang kecil. “Permata ni akan menyala apabila misi kamu selesai...dan menandakan kami dalam perjalanan.”
   “Dan kamu Hafiz...”Chief Inspektor Mahdi memandang Hafiz. “kamu Pahlawan Mena.Lain kali,kamu kena main peranan utama dalam misi seterusnya.Inarah sebagai manusia terpilih akan membantu dan menasihati.”
   “Dan kami juga...”Khazin menyampuk.Naufal dan Dayana berada di sebelahnya.
   Chief Inspektor Mahdi mengangguk sambil tersenyum.
   “Fajar dan Naimi akan dilepaskan dalam beberapa minggu lagi.Jangan risau,”beritahu Chief Inspektor Mahdi sambil berjalan ke arah salah sebuah helikopter. “Jumpa lagi.”Jeritnya.
   Kemudian,dua buah helikopter dan tiga buah kereta antigraviti kepunyaan Pihak Polis Dimensi itu terbang ke udara dan beredar dari situ.Hafiz dan lain-lain memandang pemergian kenderaan-kenderaan itu.
   “Kau cakap apa dengan Naimi tadi?”Tanya Kay kepada Adam ketika lelaki itu mendekati mereka.
   “Adalah,”Adam menjawab ringkas.
   “Tak kisahlah.Asalkan masalah kita selesai,”sampuk Robert.
   “Harap-harap kejadian macam ni tak berulang,”ujar Lubaid.
   “Harap-haraplah,”sokong Malik.
   Pada masa itu juga,Hafiz memandang Inarah.
   “Misi kita selesai dalam masa dua hari...hari ni dan semalam...”
   “Tak sangka,”balas Inarah ringkas.Langit yang sudah dihiasi bintang-bintang dan bulan dipandangnya.
   Khazin,Naufal dan Dayana mendekati Hafiz dan Inarah.
   “Kami nak balik dah,”beritahu Khazin.
   Hafiz mengangkat sebelah keningnya. “Macam mana kau bertiga nak balik?”
   “Macam kau berdualah...balik ikut cahaya...”Dayana menghalakan busurnya ke hadapan.Cahaya putih terhasil. “Cuma senjata kami tak terkunci macam batu jed dan keychain kau berdua.”
   Khazin dan Naufal juga membuat perkara yang sama.
   “Kita jumpa di lain misi,”kata Naufal sebelum masuk ke dalam cahaya yang dihasilkannya.
   Khazin dan Dayana turut membuat perkara yang sama.
   Hari sudah malam.Sudah seharian mereka bertempur rupanya.
   

No comments:

Post a Comment