Waktu petang,Alam Genofra
BANGUNAN Hattens adalah sebuah bangunan
pejabat yang paling tinggi di negara Ixodia.Tingginya mencecah hingga 270
kaki.Walaupun begitu,sudah tidak ramai yang bekerja atau membuka syarikat di
bangunan itu sejak peristiwa peperangan dan penindasan oleh Genolis
dulu.Bangunan itu sudah kelihatan usang.Namun,masih ada orang lagi yang bekerja
di sana cuma tidak ramai.
Di
tingkat dua puluh bangunan,terdapat sebuah pejabat yang masih berfungsi.Semua
pekerja di pejabat itu adalah manusia Genolis memandangkan alam Genofra adalah
dunia Genolis...dan mereka bencikan penduduk yang tinggal di Dimensi Mena.
Seorang
lelaki kelihatam sedang berjalan dan masuk ke dalam sebuah bilik di pejabat
itu.Dia ternampak seorang lelaki lagi di dalam bilik itu sedang menikmati
pemandangan dari dinding yang diperbuat daripada cermin khas.
“Ada
apa kau nak jumpa aku,Musyary?”Tanya lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam
bilik itu tadi kepada lelaki yang sedang menikmati pemandangan.
Tanpa
menoleh,lelaki bernama Musyary itu berkata, “Aku ada berita baik!”
“Apa
dia?”
Kali
ini baru Musyary menoleh. “Rupa-rupanya Widad dan Yusra dah lama mati.Aku baru
saja dapat tahu pagi tadi.”
“Kau
biar betul?Hahaha...memang ni berita yang paling baik pernah aku dengar!Padan
muka,dasar pengkhianat keturunan Genolis!”Lelaki yang seorang lagi bersorak.
“Sabar
dulu,Hanz.Walaupun mereka dah mati,tak semestinya kita dah bebas!”Ujar Musyary.
“Kau dah lupa tentang manusia terpilih?”
Hanz
tersentak. “Maksud kau Inarah?Ah,dia cuma seorang gadis baru berumur. 16 tahun..apa yang dia boleh
buat?”Kata Hanz menyindir.
“Masalahnya
sekarang,Pahlawan Mena dah muncul,Hanz.Bukan itu saja,mereka juga ada tiga
orang lagi pembantu yang asalnya dari Dimensi Mena sendiri,”Musyary mendengus
kemarahan. “Bijak betul Widad tu!Sebelum dia mati,dia dah tinggalkan
budak-budak yang boleh menghalang misi kita!”
Hanz
tiba-tiba ketawa terbahak-bahak.
“Kenapa
kau ketawa?”Tanya Musyary dengan geram.
“Musyary,mereka
cuma budak-budak!Kenapa kau takut sangat?”
Dengan
marah,Musyary menarik kolar baju Hanz. “Siapa kata aku takut,hah?Kau dengar
sini,aku tak pernah takut dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi budak-budak
mentah tu!”Dia melepaskan semula kolar baju Hanz.
Hanz
memperbetulkan kolar bajunya. “Okey,okey!Tapi,Musyary,kau pernah cakap dekat
aku dulu yang kau marah dengan manusia terpilih tu...apa namanya...aaa...”
“Inarah,”Musyary
menyambung.
“Haa...ya,betullah!”
Musyary
tersenyum sinis. “Ya,memang aku dah lama berdendam dengan dia.Dialah yang
menyebabkan...,”dia memandang Hanz. “...abang aku ditangkap Polis Dimensi dan
dihukum mati tahun lepas.Masa tu aku dapat tahu,dia sedang menjalankan misi
keduanya.”
“Jadi,kau
tak nak balas dendam?”
“Sudah
tentu!”Musyary berazam. “Selama ni aku berdiam diri pun seba aku nak tunggu kemunculan
Pahlawan Mena.Dan sekarang...dia dah muncul.”
“Aku
sokong! Aku akan ikut kau sekali! Bila nak mulakan?”
“Jangan
risau...dalam masa terdekat ni.Aku dah lama buat perancangan.Kita tengoklah
nanti,”balas Musyary. “Dulu Inarah dah tewaskan abang aku...sekarang aku nak
tengok sama ada dia boleh tewaskan adiknya pula...sambil itu aku akan
berkenalan dengan Pahlawan Mena!”Sambil ketawa besar,Musyary menggerakkan
sebuah pasu di dalam bilik itu dan membalingkannya ke arah dinding dengan
menggunakan telekinesis;menggerakkan sesuatu objek tanpa menyentuhnya.
Pasu
itu pecah setelah ia dilambung ke dinding.Serpihan-serpihan pasu bertaburan di
atas lantai.
“Kau
nak aku panggilkan orang lain sertai kita?Dan..bila kita nak ke Dimensi
Mena?”Soal Hanz sambil tersenyum lebar.
“Suka
hati kaulah nak ajak siapa pun!Aku akan beritahu kemudian bila kita akan ke
Dimensi Mena,”Musyary menjawab sinis.
Hanz
tersenyum nipis sebelum dia keluar dari bilik itu.
Musyary
memandang semula pemandangan melalui cermin khas bilik pejabatnya.Dia hanya
memandang kosong pemandangan itu sambil ketawa jahat dan sinis.
“Manusia
terpilih,kau berdua tunggulah!Pembalasan dendam seorang adik kepada seorang
abang!”Musyary ketawa kecil tetapi sinis.
dear thanks follow my blog.. nice blog dear.
ReplyDelete:)
http://puingcinta.blogspot.com/