Suatu tempat di Dimensi Mena
TERDAPAT sebuah rumah usang di
tengah-tengah hutan.Rumah usang itu kecil sahaja dan hanya mempunyai satu bilik.Pintu utama rumah sudah terkopak.Cermin
tingkap kebanyakannya sudah pecah.Warna dindingnya sudah luntur.Kawasan di
dalam rumah usang itu pula cuma ada dua
tong kosong dan sekelilingnya kotor dan berhabuk.Di silingnya terdapat beberapa
sarang labah-labah yang sudah tentu ‘dibina’ oleh labah-labah sendiri.
Di
dalam biliknya yang cuma sebuah itu,terdapat seorang budak lelaki di
dalamnya.Tangan dan kakinya terikat dan mulut ditutup dengan kain.Budak itu
kelihatan meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi semua itu sia-sia.
Di
luar rumah,empat orang lelaki baru sahaja masuk ke dalam rumah itu.Dua orang
daripada mereka terus masuk ke dalam bilik manakala tiga lagi berada di luar
bilik.Dua orang lelaki yang masuk ke dalam bilik tadi melihat wajah budak
lelaki yang sedang terikat.Mereka berdua tersenyum.
“Kasihannya.Lapar,ya?”sindir
lelaki yang pertama.
Disebabkan
mulut budak lelaki itu terikat,dia tidak boleh menjawab soalan itu.
“Ooo...terlupa
pula yang kau tak boleh bercakap,”lelaki pertama tadi sengaja menepuk dahinya.
“Tak
apalah.Makanan kau berdua yang kami baru beli tadi,kami tolong makan untuk kau
berdua,ya?Kau berduakan anak bangsawan.Mesti makan banyak sampai boleh tahan
dua tiga hari,kan?”Sindir lelaki kedua pula.
Lelaki
pertama mencengkam bahu budak lelaki
itu.
“Kau
dengar sini!Selagi bapak kau tak berikan duit 10 juta yang kami minta,jangan haraplah
dapat lepas!”Lelaki pertama itu ketawa sambil melepaskan cengkaman itu.
“Dahlah,jom!Aku
lapar ni!”Ajak lelaki kedua.
Lelaki
pertama akur.Mereka berdua keluar dari bilik itu.Di luar bilik,dua orang lagi
rakan mereka sedang menikmati makanan.
“Hei,makanan budak tu kita kongsi!Kasihan,tak boleh cakap!”Lelaki kedua
mengejek.
“Woohh,cantik!”Lelaki
ketiga bersorak.
“Aku
pun dah lapar ni!”Lelaki keempat terus menyumbat makanan dalam mulutnya.Mereka
berempat berbual sambil ketawa sambil menikmati makanan masing-masing.
Sementara
itu di dalam bilik,budak lelaki tadi masih meronta-ronta berusaha untuk
melepaskan diri tetapi gagal.Dia hampir-hampir menangis.
Tiba-tiba
dia terasa kawasan tempat duduknya gelap disebabkan bayang-bayang seseorang
daripada belakang.Budak itu menoleh.Kelihatan seorang lelaki dan seorang
gadis berusia belasan tahun muncul dari jendela bilik yang sudah tiada
tingkapnya.
Kedua-dua
remaja itu masuk ke dalam bilik melalui jendela itu.Gadis itu menghampiri budak
lelaki itu dan membuka ikatan tangan,kaki dan mulutnya.Budak itu hendak
bercakap sesuatu sebaik sahaja ikatan pada mulutnya dibuka namun gadis itu
cepat-cepat meletakkan jari telunjuk di mulutnya,menyuruhnya diam.
Lelaki
tadi pula berdiri di sebelah pintu bilik.Apabila dipulas tombolnya,dia
mendapati pintu itu terkunci dari luar.Kalau hendak dibuka dari dalam,dia perlu
menggunakan kunci yang lain tetapi malangnya dia tiada kunci itu.
“Inarah,”panggil
lelaki itu. “Kuncilah.”
“Pecahkan!Kan
kau boleh buat macam tu,Hafiz!”Cadang Inarah.
Hafiz
mengangkat kening.Dia hampir-hampir terlupakan itu.Hafiz berundur dua tapak ke
belakang.Dia membuka langkah...mengumpulkan tenaganya...lalu menendang sekuat
hati pada pintu itu...pintu itu serta-merta tumbang ke hadapan apabila selingannya
patah.
Keempat-empat
lelaki yang sedang menikmati makanan tadi,terkejut dengan kejadian itu.Mereka
ternampak seorang lelaki yang jauh lebih muda daripada mereka sedang memandang
tajam ke arah mereka.
“Hoi,kau
siapa?”Teriak lelaki ketiga.
Hafiz
tidak menjawab soalan itu sebaliknya melepaskan satu tumbukan ke perut lelaki
ketiga.Lelaki ketiga memegang perutnya sambil menahan sakit.
Lelaki
pertama mengambil sebatang kayu yang terdapat di situ dan menyerang tetapi
Hafiz sempat mengelak dengan menundukkan dirinya.Semasa menunduk,dia sempat
menyepak kaki lelaki pertama itu sehingga dia jatuh dan secara tidak sengaja
tertimpa lelaki kedua.Mereka jatuh tersembam bersama-sama.
Pada
masa yang sama,Inarah baru sahaja hendak menyuruh budak lelaki yang diselamatkannya
tadi keluar ikut jendela yang sudah tiada tingkap di dalam
bilik.Bagaimanapun,semuanya terlambat apabila lelaki keempat datang menghadang
jendela itu.
“Mana
nak lari,hah?”Lelaki keempat sersuara lantang.
Lantas
Inarah melepaskan satu tumbukan ke pipi lelaki itu.Semasa lelaki itu memegang
pipi sambil mengaduh kesakitan,Inarah menarik kasar lengan lelaki itu lalu
dihumbannya ke timbunan kotak di satu sudut bilik itu.
“Sekejap
lagi polis sampai!Cepat keluar!Tunggu di luar sampai mereka sampai,okey?”Gesa
Inarah.
Budak
lelaki itu mengangguk dan terus keluar ikut jendela yang dimasuki Hafiz dan
Inarah tadi.Lelaki keempat tadi cuba hendak bangun semula.Inarah mendekatinya
lalu meng’karate’ bahunya.Lelaki keempat pengsan.
Inarah
keluar dari bilik.Hafiz masih bergelut dengan ketiga-tiga lelaki.Ketika Hafiz
menyerang lelaki pertama,kayu terjatuh dari tangan lelaki itu dan bergolek ke
arah Inarah.Tanpa membuang masa,Inarah mengambil kayu tersebut.Dia berlari
sambil menghayun kayunya.
Inarah
memukul lelaki kedua dengan kayunya disertai dengan tendangan pada badan lelaki
itu.Lelaki kedua terus jatuh.Hafiz pula memegang pergelangan tangan lelaki
pertama dan ketiga lalu memusingnya menyebabkan kedua-dua lelaki itu menjerit
kesakitan.Dia menambah pula dengan memegang tengkuk mereka lalu berlagakan muka
mereka berdua.Lelaki pertama dan ketiga mula berjalan ke sana ke sini akibat
pening disebabkan dahi mereka berlaga tadi sebelum mereka rebah.
“Tak
adalah susah sangat nak lawan mereka,”ujar Hafiz sambil mencekak pinggang.
Inarah
mencampakkan semula kayu yang dipegangnya tadi.
“Ini
polis!Sesiapa yang berada di dalam tolong menyerah diri sekarang!”Kedengaran
arahan melalui alat pembesar suara walkie-talkie dari luar bangunan.Polis Mena
sudah sampai!
Hafiz
dan Inarah berpandangan sesama sendiri.Mereka harus keluar dari situ sebelum
Polis Mena nampak mereka!
Di
luar,terdapat lebih kurang sepuluh orang polis menunggu.Setelah tiga kali
mereka memberi arahan yang sama tetapi tiada sesiapa yang keluar
menyerah,seorang polis yang bertindak sebagai ketua mengarahkan anak-anak
buahnya menyerbu masuk ke dalam.Mereka terperanjat!
Alangkah
terperanjatnya mereka apabila melihat tiga orang lelaki terbaring tidak
sedarkan diri.Mereka mendapati ada seorang lagi lelaki yang pengsan semasa
salah seorang daripada mereka masuk ke dalam bilik bangunan itu.
“Apa
dah jadi?”Soal salah seorang anggota polis yang mengetuai pasukan itu pada
dirinya sendiri. “Siapa yang buat sampai begini?”
“Ada
seorang abang dengan kakak tolong saya!”Budak lelaki yang diculik tadi mencelah
masuk ke dalam.
“Abang
dan kakak?”
“Kakak
itu yang lepaskan ikatan saya tadi.Abang tu pula berlawan dengan orang-orang
jahat ni!Kakak tu pun sama!Mereka hebat!”Budak lelaki itu berteriak kagum.
“Eh,mana mereka?Hilang?Tadi,mereka ada...betul!!!”
Semua
anggota polis di situ pula menganggap budak lelaki itu hanya main-main kerana
mereka tidak nampak pun bayang ‘abang dan kakak’ yang dimaksudkan budak lelaki
itu.
“Tak
apalah.Detektif Lim,bawa budak ni keluar dari hutan ni dan bawa dia
balik,”polis yang mengetuai pasukan itu memberi arahan kepada anak
buahnya.Kemudian,dia memandang budak lelaki itu. “Kamu boleh balik sekarang.Ayah
kamu dah tunggu di balai.”
Budak
lelaki itu hanya mengangguk kecewa kerana tidak dapat menunjukkan ‘abang dan
kakak’ yang menyelamatkannya.Dia keluar dari bangunan bersama-sama dengan
detektif yang diarahkan ketua pasukan polis tadi.
Anggota-anggota
polis yang lain telah menyedarkan keempat-empat lelaki yang bergelar penculik
tadi dengan menghidu minyak angin.Keempat-empat lelaki itu terjaga dan
polis-polis itu terus menggari tangan mereka dan dibawa keluar dari bangunan
itu.
Salah
seorang pegawai polis mendekati polis yang mengetuai operasi itu. “Tuan nampak
macam fikirkan sesuatu.”
Polis
yang mengetuai operasi itu mengiyakan.
“Kenapa?”
“Saya
pelik,”luah polis itu. “Siapa yang hubungi kita supaya datang ke sini?Dan macam
mana dia tahu anak bangsawan tu disembunyikan di sini?”
“Tak
apalah,tuan.Yang penting budak tu selamat.”
Ketua
pasukan polis itu mengangguk.Tiba-tiba dia terfikir.Entah-entah ‘abang dan
kakak’ yang dimaksudkan oleh budak lelaki tadi yang menghubunginya?Tetapi kalau
betul,di mana mereka?
Ketua
pasukan polis itu menarik nafas,malas lagi hendak berfikir.
* * * * *
Taman permainan Nurijaya
Terdapat
sebuah pokok besar di satu sudut taman permainan itu.Pada batang pokok itu keluar
satu lubang cahaya.Hafiz muncul pada lubang cahaya itu tetapi masih belum
melangkah keluar.Dia memerhatikan sekiranya ada sesiapa di kawasan itu.
“Line clear,”bisiknya sendirian lalu
melangkah keluar namun,dia jatuh tersembam ke hadapan akibat kakinya tersepak
akar pokok tersebut yang menajalar keluar dari tanah.
Inarah
yang baru sahaja keluar dari lubang cahaya yang sama terpandang Hafiz yang
tertiarap di atas tanah.Dahinya berkerut.
“Buat
tabiat ke meniarap atas tanah?”Tanya Inarah hairan.
“Aku
tersepak akar pokoklah!”Jawab Hafiz sambil bangun dan mengibas-ngibas bajunya.
Inarah
ketawa kecil. “Padan muka!Lain kali tengok depan bila...”Inarah tidak sempat
menghabiskan ayatnya apabila kaki kanannya tersepak akar pokok yang sama ketika
melangkah.Dia jatuh melutut sambil mengaduh kesakitan.
Hafiz
tersengih. “Sekarang siapa yang ‘padan muka’?”sindirnya.
“Diamlah!”Marah
Inarah sambil bangun.Dia memicit-micit lututnya yang sakit buat sementara.
“Nampaknya kau dah buat yang terbaik dalam misi sampingan ni,”dia menukar
topik.
“Ya,masuk
ni dah lima misi sampingan aku jalankan dan baru satu misi berkaitan
Genolis,”ujar Hafiz sambil menaikkan jari-jarinya mengikut angka yang disebut.
“Kau beritahu,Genolis akan kerap buat kacau bila Pahlawan Mena muncul.Tapi
lepas misi pertama lebih kurang empat minggu lepas selesai,tak ada lagi misi
Genolis lain.”
“Aku
cuma teka saja.Kita tak tahu apa rancangan mereka.Mungkin mereka sengaja buat
begitu supaya kita leka.Sebab tu aku selalu suruh kau bersiap-sedia bila-bila
masa saja.Kita tak tahu mungkin mereka akan buat secara mengejut.”
“Aku
bukannya apa.Kalau boleh,aku nak selesaikan semua misi ni secepat mungkin.Lagipun...”Hafiz
mengeluarkan batu jed yang terukir gambar pedang dari dalam poket seluarnya.
“...aku dah lama tak gunakan Ahwas,pedang aku.Yalah,dalam misi sampingan aku
tak boleh gunakannya.”
“Sebab
dalam misi sampingan ia tak melibatkan Genolis.Ia melibatkan penduduk Mena
sendiri.Mereka tak ada abiliti.”
Hafiz
mengangguk. “Kau agak bila mereka bertindak lagi?”
“Aku
tak berani nak agak.Dah empat minggu lebih,mungkin dalam masa terdekat,”Inarah
mula berjalan meninggalkan tempat itu.
Hafiz
ikut berjalan di sebelahnya. “Kau tak takut?”Sengaja Hafiz menduga rakannya itu
sambil tersengih.
“Takut
apa?Aku dah lama jalankan misi ni berbanding kau,tahu!”
“Kau
juga pernah cakap,sejak aku muncul masa dalam misi hari tu,itu misi yang paling
berat kau hadapi walaupun kita cuma selesaikan dalam masa dua hari saja.”
“Memanglah.Tapi
tak semestinya aku takut!”
Hafiz
tidak berkata apa-apa.Dia terus berjalan memandang ke hadapan dan berdiam diri
buat seketika.Kemudian,dia bersuara;
“Aku
dah tak sanggup sembunyikan hal ni daripada mak aku...”
“Hah?”Inarah
tersentak.
“Walaupun
mak aku masih tak syak apa-apa,tapi aku rasa macam aku dah tipu dia.Aku
bernasib baik sebab ayah aku tahu tentang perkara ni,”Hafiz memandang Inarah.
“Aku pernah janji dengan mak aku,kalau ada apa-apa rahsia,aku akan beritahu
dia.”
Inarah
merenung Hafiz.
“Kau
rasa aku tipu dia ke?”
Inarah
menghela nafas. “Kau ingat kau seorang.Aku pun sama.Itupun kau masih bernasib
baik sebab ayah kau tahu.Aku?Tak sesiapapun tahu selain Azman,kawan baik kau
dan kau sendiri.”
Hafiz
diam.
“Lagipun,kalau
mereka tahu,mereka tentu risaukan tentang kita.Kau bayangkan,bila mereka
risau,kita akan rasa serba-salah sebab kita menyebabkan mereka risau.Aku tak
sanggup tengok ibu bapa aku risaukan aku.Kau bernasib baik sebab ayah kau sporting.”
Diam
lagi.
“Kau
juga pernah cakap ini tanggungjawab kau.Kau akan memakan kata kau sendiri kalau
kau fikir macam tu,”Inarah mengingatkan. “Apa sekalipun,kita kenalah sentiasa
berdoa supaya kita dilindungi-Nya.”
Mereka
sudah keluar dari kawasan taman.Terdapat sebuah motosikal berwarna putih kelabu
diparkir di situ.Inarah mendekati motosikal itu sambil mengeluarkan kunci
motosikal dari dalam poket seluarnya.Dia naik ke atas motosikal itu dan
menghidupkan enjin.
“Kau
tak perlu risau,”Inarah menyambung topik perbualannya tadi. “Mungkin satu hari
nanti mak kau akan tahu juga,cuma biarlah dia tahu sendiri.”
“Kau
rasa betul ke apa yang aku buat?”
“Aku
tak berani nak bagi pendapat.Tapi bila kau nak buat sesuatu keputusan,fikirlah
masak-masak.Ini bukan untuk kebaikan kau saja,untuk kebaikan keluarga kau
juga,”nasihat gadis itu. “Genolis mungkin akan muncul dalam waktu terdekat
ni.Bersiap-sedia,okey?”
Hafiz
mengangguk.
Inarah
memakai helmetnya. “Aku balik dulu.Jumpa di sekolah esok,”kata Inarah sebelum
menunggang motosikalnya.
Mata
Hafiz mengekori motosikal Inarah sehingga motosikal itu hilang dari pandangan.
* * * * *
Negara Ghanum,Dimensi Mena
Musyary
sekarang berada di atas bangunan sederhana tinggi sambil memerhatikan
pemandangan di bawahnya.Kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik seratus
peratus dan juga bersifat antigraviti meluncur ke kiri dan ke kanan di hadapannya.Malah
ada juga kenderaan berbentuk seperti sebuah pesawat tetapi kecil saiznya sedang
berterbang di udara.Bangunan-bangunan pencakar langit banyak
dibina.Namun,pokok-pokok dan tanaman hiasan tetap ditanam di sepanjang jalan
mengindahkan lagi suasana di situ walaupun kawasan itu pesat membangun.
Musyary
tersenyum sendirian.Jauh di sudut hati,dia sungguh kagum dengan senario di
hadapannya.
Dalam
keasyikan itu,Musyary sedar ada seseorang baru muncul belakangnya walaupun dia
tidak menoleh.Dia adalah Hanz.Kemudian,muncul dua orang lagi lelaki bersamanya.
“Kau
nampak kagum,Mus,”ujar Hanz.
Musyary
ketawa kecil. “Hebat!Di alam Genofra pun tak sehebat ini teknologinya.Patutlah
keturunan-keturunan kita teringin sangat pada Dimensi Mena!Termasuk abang aku!”
“Aku
harap kau tak kecewakan kami bila kau kata nak ajak kami dalam rancangan
kau,”salah seorang antara dua lelaki yang berada di sebelah Hanz menyampuk.
“Kau
betul,”sokong lelaki seorang lagi.
“Gomez,Faruk...jangan risau.Aku tahu apa yang
aku buat.”
“Kau
nak buat apa?”Tanya Faruk.
“Aku
akan panggil seseorang yang pernah terlibat dengan abang aku dulu...seorang
penduduk Mena yang pernah menjadi tali barut abang aku...”Musyary tersenyum
jahat. “...dia tinggal di negara ni.Bukannya susah nak cari dia!”
Hanz,Gomez
dan Faruk ikut tersenyum jahat.
Musyary
yang tadi kagum dengan senario di hadapannya,kini memandangnya dengan pandangan
yang penuh dendam kesumat.
* * * * *
Negara Luvia,Dimensi Mena
Taman
Perumahan Jinji adalah tempat di mana rumah Khazin berada.Rumah Khazin terletak
di lorong yang kesepuluh daripada dua puluh lorong di dalam taman perumahan
tersebut.Satu lorong cuma terdapat lima belas buah rumah sahaja.
Di
dalam rumah,Khazin sedang baring di atas sofa.Bosan.Itulah yang dia
rasakan.Sejak abangnya sudah berpindah dan bekerja di negara lain lebih tiga
tahun dahulu,dia berasa sunyi.Maklumlah,dia cuma ada dua adik beradik.Abangnya
ada juga menghubunginya sekali setiap minggu.
“Khazin,”Khazin
terdengar suara ibunya,Puan Hani memanggil. “Naufal datang.Dia ada di
luar,”beritahunya.
Mendengar
akan hal itu,terus Khazin bangun dan menuju ke halaman rumah.Sememangnya dia
menantikan kedatangan sepupunya itu.Dia terasa bosan apabila berada di rumah
sahaja.
“Ada
apa?”Tanya Khazin setelah berada di luar rumah.
“Saja
datang,”jawab Naufal terus masuk ke dalam tanpa dijemput.Dia sudah biasa dengan
rumah sepupunya itu. “Aku dengar abang kau hubungi kau semalam.Dia okey?”
“Biasa
saja,”balas Khazin lalu duduk di atas sofa.Naufal duduk di sebelahnya. “Syukur
jugalah bila dia beritahu badannya dah tak sakit.Risau juga aku.”
“Ia
terjadi hujung tahun lepas,kan?Bulan November?”
Khazin
angguk. “Waktu itu,masa dia hubungi kami dan beritahu dia nak pergi kursus
askar,ingatkan bolehlah tahan lasak.Rupa-rupanya kantoi.Aku ingat lagi,lepas
sebulan,awal bulan Disember dia habis kursus,aku tengok tenaganya macam dah
zero,lemah sangat!Terkejut juga aku tengok dia masa dia hubungi kami lepas
habis kursus tu.”
“Dia
hubungi kau dengan komputer plasma kau?”
“Yalah,dengan
apa lagi,”kata Khazin. “Mulanya ingat biasa saja.Tapi setiap minggu dia hubungi
kami,aku tengok dia macam lemah sangat.Dia asyik beritahu badannya
sakit-sakit.Mukannya pun naik merah.Dia kata jangan risau sebab kesakitan tu
akan reda.”
“Jadi,semalam
masa dia hubungi kau,dia dah okey?”
“Alhamdulillah,dia
dah beransur sembuh.Itupun ambil masa sebulan lepas dia habis kursus,sekarang
ni dah hujung bulan Februari.Maknanya,dah hampir dua bulan.Aku pelik,latihan
apa dia buat masa kursus sampai lemah macam tu sekali?”
“Alah,askar...biasalah!Latihannya
memanglah lasak.Siapa yang tak tahan memang jadi macam tu!”
“Masalahnya
abang tu jenis tahan lasak sejak dari sekolah rendah.Dia masuk pertandingan
tempur sampai sekolah menengah.”
Naufal
merenung Khazin. “Lain tempat,lain cara.Mungkin dia tak tahan dengan suasana di
sana.Siapa tahu?Apa yang penting sekarang,abang kau dah makin pulih.”
Khazin
mencebik.Dia bangun dari sofa dan mengambil komputer plasma yang panjangnya 20
cm dan berlebar 15 cm dari atas almari.Kemudian,dia kembali duduk di atas sofa.
“Kenapa?”Tanya
Naufal.
“Aku
nak tunjukkan kau sesuatu,”Khazin menghidupkan komputer plasmanya dengan
menekan satu butang leper di bahagian belakang komputer.Komputer dihidupkan.
“Aku ada simpan lagi gambar masa abang aku sakit.Dia yang hantar pada aku.Aku
sengaja tak nak tunjukkan pada kau dulu sebab ingatkan kau percaya.Nah,sekarang
tengok!”
Khazin
mengangkat jari telunjuknya dan klik pada satu file yang tertulis ‘ABANG’ di
skrin.Keluar banyak gambar setelah meng’klik’ pada file itu tetapi ada satu
gambar yang menarik perhatian Khazin.Dia mempebesar saiz gambar itu.
“Kau
tengok,”suruh Khazin.
Mata
Naufal membulat melihat gambar tersebut.Gambar seorang manusia yang sedang
berdiri tegak.Keadaan manusia itu mengejutkan Naufal.Muka,tangan dan kaki merah
ditambah lagi dengan bintik-bintik merah.Walaupunpun bintik-bintik merah tidak
teruk di bahagian muka,namun wajahnya yang kemerahan itu membuatkan wajah
Naufal tidak berapa cam manusia tersebut ialah abang Khazin.
“Muka
abang kau...lain...”
“Aku
tahu.Masa dia hantar gambar ni,aku,mak dan ayah aku langsung tak percaya ini
abang aku,”akur Khazin. “Selain yang ni,dia selalu mengaduh sakit-sakit
badan,”Khazin meng‘klik’ butang keluar di bahagian tepi skrin itu dengan jari
telunjuknya.
Naufal
menghela nafas. “Kalau kau rasa sangsi,kenapa kau tak beritahu dia yang kau tak
percaya ini gara-gara latihan askar tu?”Naufal menyoal.
“Ada,tapi
dia tetap beritahu yang semua ni kesan daripada latihan tu...aku langsung tak
percaya.Dia macam sembunyikan sesuatu.”
“Mak
Ngah dan Pak Ngah macam mana?”Tanya Naufal merujuk kepada ibu saudara dan bapa
saudaranya,iaitu ibu bapa Khazin.
“Mereka
tak kisah apapun,yang penting abang aku dah semakin sembuh,”jawabnya sambil
menyandarkan tubuhnya di atas sofa.
“Tak
kisahlah.Janji dia dah okey,”ujar Naufal. “Oh ya,dah tiga tahun abang kau
bekerja dekat negara luar!Bila dia nak balik?”
“Dia
tak beritahu apa-apa lagi,”jawab Khazin. “Aku nak sangat jumpa dia,Naufal.”
Naufal
tidak berkata apa-apa.Dia faham perasaan sepupunya itu.
* * * * *
Negara Ghanum,Dimensi Mena
Dayana
menunggang motosikal antigraviti milik bapanya untuk pergi ke sebuah kedai
membeli barang.Jalan raya tidak terlalu sibuk waktu itu menyenangkan Dayana.
Dayana
membelok motosikal antigraviti ke sebatang jalan yang dinamakan Jalan
E-Kedai.Jalan itu dipanggil begitu kerana bangunan di kiri dan kanan jalan itu
semuanya kedai-kedai menjual barang,tidak kiralah barang-barang apa sekalipun.
Gadis
berusia 15 tahun itu menghentikan motosikalnya di hadapan sebuah kedai
kain.Kemudian,dia masuk ke dalam kedai tersebut dan berjumpa dengan salah
seorang pekerja di sana.
“Kak,kain
yang saya tempah dah sampai?”Soalnya.
“Oh,kamu
Dayana!Ada,ada...ikut kakak,”ajak pekerja wanita itu.
Mereka
berdua berjalan menuju ke tingkat dua kedai tersebut dengan menaiki eskalator.Terdapat
banyak gulungan-gulungan kain beraneka warna dan corak cukup menarik perhatian
Dayana sehingga tidak sedar dia sudah sampai di tempat yang ditujunya.Setelah
pekerja wanita itu menegur,barulah dia sedar.
“Ini
kainnya,”beritahu pekerja wanita itu sambil menunjukkan segulung kain berwarna
ungu dan bercorak bunga-bunga kecil di bahagian tepi kain kepada Dayana.
“Wow,cantik!”Puji
Dayana.
Pekerja
wanita itu tersenyum. “Boleh akak tahu mak kamu nak buat apa dengan segulung
kain ni?”
Dayana
ketawa kecil. “Keluarga saya...bulan depan ada majlis keluarga.Jadi,semua mak
saudara saya dan mak saya bercadang,anak-anak perempuan remaja semuanya kena
pakai sedondon.Tak tahulah kenapa.Nasib baik sepupu perempuan yang lebih kurang
sebaya saya tak ramai.Kalau tak,jenuh nak menjahit.”
Pekerja
wanita itu juga ketawa kecil. “Tak apalah.Akak nak ke bawah sekejap,terlupa nak
ambil mesin resit.Tunggu sekejap,ya?”
Dayana
mengangguk sambil matanya mengekori pemergian pekerja wanita itu.Pada masa itu
juga,dia terasa ada seseorang memanggilnya.Dia menoleh, “Abang Khalil!”Panggilnya.
Khalil
tersenyum ke arah gadis itu. “Banyak kain kau beli.”
“Kain
dah tempah.Eh,abang tak kerja hari ni?”
“Hari
ni abang kerja pagi saja.Sejak kebelakangan badan abang letih sangat.”
Dahi
Dayana berkerut. “Aik,hari tu abang beritahu yang abang dan semakin
sembuh?”Tanyanya.
“Memanglah.Sebelum
nak sembuh,mungkin ini efeknya.Insya Allah,lama-lama okeylah.”
“Itulah...keluarga
macam mana?Mereka dah tahu abang dah semakin sembuh?”
“Hmm...baru
semalam abang hubungi mereka.Mereka dah tahu.”
“Abang
tak pernah terfikir nak balik ke?Dah tiga tahun abang kerja dekat sini tapi tak
pernah balik rumah.”
Khalil
mengeluh. “Entahlah.Abang memang rancang nak balik lepas habis kursus
askar.Tapi,tak sangka pula abang sakit lepas habis kursus tu.Nak balik...abang
tak sampai hati mereka tengok keadaan abang macam ni.Jadi,abang ingat nak
tunggu abang sembuh sepenuhnya dulu.”
Dayana
merenung Khalil dengan simpati.Dia sudah maklum bahawa Khalil sudah berhijrah
ke Negara Ghanum selama tiga tahun dan tidak pernah lagi pulang ke
rumah.Walaupun dia tidak mengenali keluarga Khalil,dia pasti keluarga pemuda
berusia awal 20-an itu pasti merinduinya seperti Khalil merindui mereka.
“Abang
pergi dulu,Yana.Itu,perkerja tadi dah datang,”beritahu Khalil apabila terpandang
pekerja wanita yang melayan Dayana tadi sudah datang.
Setelah
meminta izin untuk pergi,Khalil beredar dari situ meninggalkan Dayana.Dayana
terus memandangnya sehingga pemuda itu hilang dari pandangan.