Waktu pagi,SMK Bais Saujana
Pada
hari itu,sekolah telah mengadakan Hari Gotong-Royong membersihkan kawasan
sekolah dan semua pelajar berpakaian sukan ataupun T-shirt putih berseluar
track panjang.Aktiviti itu sudah sampai ke ‘pertengahan jalan’.Kebanyakan murid
sedang berehat sambil menikmati makanan dan minuman setelah letih membuat
aktiviti tersebut.Sekarang sudah pukul sepuluh pagi.Aktiviti akan disambung
pada pukul 11.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahhari.
Hafiz,Azman,Firas,Syahid
bersama dengan rakan mereka yang lain iaitu Muqri sedang makan sambil
berbual-bual di pondok.Walaupun wajah masing-masing menunjukkan
keletihan,mereka berasa ceria berkumpul begitu.
“Hafiz,aku
nak tanya kau sikit boleh tak?”Syahid sambil mengunyah karipap.
“Hmm...”Hafiz
menjawab selamba.Cuma dia sahaja yang tidak makan kerana dia sudah bersarapan
pagi sebelum ke sekolah tadi.
Muqri
menelan karipapnya usai mengunyah. “Aku dah lama nak tanya sebenarnya,”kata
Syahid. “Aku tengok sejak kebelakangan ni badan kau makin toughlah...kau pergi gim ke?”
Hafiz
merenung Syahid tajam. “Kau bukannya tak tahu aku belajar silat?Badan aku
memang macam ni.”
“Itu
kami tahu.Masalahnya masa kau belajar silat,badan kau kurus tapi
keras...sekarang ni bukan saja keras tapi aku tengok dah macam berotot...macam
kau jalani latihan keras.Lainlah kalau betul kau pergi gim,”Firas pula
menyampuk kerana dia sudah lama bersetuju dengan Syahid.
Hafiz
menyilangkan kedua-dua tangan di belakang kepalanya.Badannya jadi begitu
mungkin kerana sebelum ini dia banyak menjalankan misi sampingan setelah misi
Genolis yang dijalaninya empat minggu lalu selesai.Tambahan pula,dia
menjalankan misi yang memerlukan banyak tenaga untuk berlawan.Dia sendiri tidak
perasan akan perubahan itu lebih-lebih lagi rakan seperjuangannya,Inarah
langsung tidak berkata apa-apa tentang perubahannya.
“Aku
tak pergi mana-mana gim,”Hafiz berdalih.
“Yalah
tu.Kau tahu tak,orang perempuan yang selama ni tak pandang kau dulu,sekarang
asyik bercakap pasal kau.”
Hafiz
mengerutkan dahi.Tidak tahu pula dia tentang hal itu.
“Hahaha...betul,Hafiz.Kalau
kau nak tahu,budak-budak perempuan kelas kita pun ada juga bersembang pasal
kau.Kau saja yang tak perasan,”Muqri pula menyampuk.
“Wah,popularlah
kau Hafiz!”
Hafiz
menghela nafas lalu bangun dari duduknya.
“Eh,Hafiz!Kau
nak ke mana?Aku tak habis cakap lagi.”
“Kantin,”Hafiz
menjawab ringkas.Dia beredar dari situ meninggalkan rakan-rakannya yang
tercengang-cengang melihatnya.
Sebenarnya,Hafiz
tiada niat pun mahu ke kantin.Dia malas hendak melayan kerenah
rakan-rakannya.Kebetulan dia mahu bersendirian.Perbualan rakan-rakannya tadi
mengingatkan dia tentang misinya.Hafiz terus berjalan.Sesekali dia memegang
kocek seluar sebelah kanannya.Batu jednya masih tersimpan elok di dalam.
“Hafiz,”kedengaran
seseorang memanggilnya.
Hafiz
berhenti melangkah dan menoleh ke kanan.Dia ternampak empat orang pelajar
perempuan yang dikenalinya;Farahin,Raisya, dan Nafilah sedang duduk di lobi.
“Kau
nak ke mana?”Tanya Farahin.
“Saja
jalan-jalan,”jawab Hafiz. “Pergi dulu.”
Farahin
tersenyum sambil melambaikan tangannya. “Okey!”
Hafiz
beredar di situ sambil diperhatikan Farahin.
“Kau
perasan tak Hafiz dah makin tough?”Nafilah
bersuara.
“Ha’ah,dah
macam berotot sikit,kan?Patut pun sekarang ramai perempuan minat dekat dia.Dia
saja yang tak perasan,”kata Raisya.
Nafilah
ketawa kecil. “Walaupun mukanya taklah handsome sangat,tapi sedap mata
memandang.Tambahan pula badannya dah makin tough.”
Raisya
dan Farahin tersenyum simpul.Farahin tunduk sambil terbayangkan wajah
Hafiz.Mukanya merah padam kerana malu.
* * * * *
Taman Permainan Ijlali,Dimensi Mena
Zafreen
kelihatan sedang duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sambil melihat
ragam orang ramai di sekitar taman itu.Ibu bapa kelihatan sedang memerhatikan
anak-anak mereka bermain.Ada sesetengah mereka ikut bermain sekali.Girang
sungguh hatinya melihat gelagat kanak-kanak itu yang sedang bermain itu.
“Nah,ini
air yang kau pesan!”Seorang lelaki tiba-tiba menegurnya.
Zafreen
mengenali lelaki itu...Khalil. “Thanks.”
“Aku
tengok kau rileks saja.Tak ada kerja ke?Mentang-mentanglah anak salah seorang daripda lima bangsawan di
negara ni,”Khalil memulakan topik perbualan.
“Pandailah
kau!Aku ni cuma anak kepada seorang bangsawan.Yang kaya mak dengan ayah
aku,bukannya aku,”tingkah Zafreen setelah menghirup minumannya.
Khalil
tersengih. “Seronok kau dapat jadi anak bangsawan,kan?”
“Tak
juga,”nafi Zafreen. “Aku sebenarnya teringin nak jadi orang biasa macam
kau.Kaya sangat pun tak seronok.
“Kau kena bersyukur,Rin.Apa yang kau nak,semuanya kau dapat.Kau ada kereta sendiri,rumah sendiri...semuanya duit ayah dan mak kau.”
“Kau kena bersyukur,Rin.Apa yang kau nak,semuanya kau dapat.Kau ada kereta sendiri,rumah sendiri...semuanya duit ayah dan mak kau.”
Zafreen
menyeringai. “Pandailah kau nasihat aku.Cakap pasal keluarga,bila kau nak balik
jumpa keluarga kau?Kau ingat tiga tahun tu sekejap ke?”Wanita itu menjeling
Khalil sinis.
“Kan
aku dah cakap,aku nak tunggu sakit aku ni sembuh sepenuhnya baru aku balik.Aku
tak sanggup biar mereka tengok aku dalam keadaan badan aku merah-merah macam
ni,”ujar Khalil sambil mendepakan tangannya.
“Kau
tak sembuh sepenuhnya lagi?”
“Belum,”balas
Khalil. “Sekurang-kurangnya sakit aku dah menunjukkan tanda-tanda nak
sembuh.Aku dah beritahu keluarga aku dua hari lepas.”
Zafreen
berdiri. “Eloklah tu.Tak payahlah aku risaukan tentang keadaan kau lagi.”
“Maaflah
buat kau risau,”Khalil meminta maaf. “Aku janji,lepas aku sembuh sepenuhnya,aku
akan balik jumpa keluarga aku.Aku betul-betul rindukan mereka.”
“Tapi,Khalil...betul
ke kau jadi macam ni sebab latihan-latihan dalam kursus askar tu?”Soal Zafreen
seperti tidak percaya.
“Kenapa?”
“Kau
masuk kursus tu tiga minggu saja.Tapi kesannya macam kau masuk kursus tu sampai
dua tiga bulan.Nak kata latihannya keras,orang lain pun jalani latihan itu juga
tapi tak adalah sampai jadi macam kau.”
“Err...mungkin
aku elergik dengan latihan lasak agaknya...hehehe,”Khalil menyeringai.
“Betul
ke kau ni?”
“Betul...alah,biasalah!Kau
tak payahlah ambil tahu pasal tu.Yang penting aku dah tak sakit macam
dulu,kan?”
“Apa-apalah.Ni...adik
angkat kau macam mana?”
“Dayana?Dia
sihat...”
Tanpa
mereka berdua sedari,empat pasang mata sedang memerhatikan mereka dari sebalik
salah satu pokok besar yang ditanam di taman permainan itu.Mereka ialah
Musyary,Hanz,Gomez dan Faruk.Pandangan mereka lebih tertumpu kepada Khalil.
“Kita
dah jumpa dia.Nak serang sekarang ke?”Gomez bersuara.
“Sabar
dulu,”Musyary menghalang. “Kita tunggu masanya nanti.Sekarang tak sesuai.”
“Hmph,kami
ikut saja!”Sampuk Hanz.
Musyary
kembali memandang Khalil. “Aku akan gunakan kau untuk manusia terpilih kerana
kau dah belot pada Genolis!”Lelaki itu tersenyum sinis.
* * * * *
Hafiz
melihat jam tangan.Pukul 11.20 pagi.Lambat lagi aktiviti akan disambung.Para
guru sengaja memberi tempoh sejam untuk para pelajar berehat sebelum memulakan
aktiviti gotong-royong.Mungkin suruh simpan tenaga agaknya,fikir Hafiz.
Hafiz
menyandarkan tubuhnya di dinding bersebelahan dengan Bengkel Kemahiran Hidup yang
terletak berhadapan dengan tapak perhimpunan sambil memerhatikan
pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang di situ.
“Apa
yang kau termenungkan tu?Macam ayam berak kapur,”tiba-tiba Inarah bersuara dan
muncul dari tepi membuatkan Hafiz terperanjat besar.Inarah berwajah selamba.Tangannya
memegang tin minuman soya cincau dan straw.
“Jangan
terkejutkan aku begitu boleh tak?Nasib baik aku tak sakit jantung!”Marah
Hafiz,menaikkan jari telunjuknya ke arah Inarah.
Inarah
menjeling. “Ooo...itu kira nasib baik kau tak melatah.Buruk betul kalau tengok
kau melatah,”sindirnya.
“Kau
ni kan...”Hafiz cuba menenangkan dirinya walaupun geram.
“Aku
berguraulah.Saja nak hilangkan bosan sebab tak ada misi,”beritahunya sambil
cuba membuka penutup tin minuman,tetapi gagal.
Hafiz
menyandarkan tubuhnya semula. “Eloklah.Ada juga masa untuk aku rehat.”
“Senang
kau cakap.Genolis macam mana?”
“Mereka
tak muncul lagi.Nak buat macam mana.Muncul nanti,aku jalankan tugas macam
biasalah.”
“Kau
ni...sia-sia aku bagi nasihat dekat kau semalam,”Inarah masih cuba membuka
penutup tin.Gagal lagi.
“Kau
nasihat tentang keluarga aku,bukannya tentang misi.”
“Habis,kau
ingat tak ada kena-mengena?Hafiz,kau dah besar.Janganlah pendek akal
sangat,”jari Inarah terlucut ketika membuka penutup tin minuman.Dia
mengibas-ngibas jarinya kerana sakit. “Boleh tolong bukakan tak?”Pinta Inarah
sambil menghalakan tin minuman soya cincau kepada Hafiz.
Hafiz
menghela nafas. “Kau ni...”Baru sahaja Hafiz menghulurkan tangannya untuk
mengambil tin itu,satu suara menegur mereka berdua membuatkan huluran Hafiz
terhenti.
“Patutlah
tiba-tiba saja pergi.Ada rancangan lain rupanya,”suara itu datangnya dari
Azman.Mulutnya tersengih. “Kau berdua nampak semakin baik sekarang,ya.”
Hafiz
merenung Azman sinis. “Apa?Kami nampak baik ke macam ni?”Soalnya tidak berpuas
hati.Inarah yang berada di sebelahnya sedang mencuba lagi membuka penutup tin
minuman apabila Hafiz tidak lagi menghulurkan bantuan dek kerana teguran Azman
tadi.
Azman
ketawa kecil. “Suka hati kaulah.Eh,Inarah!Kau tak perasankah Hafiz dah makin tough sekarang?Misi yang kau berdua
jalankan tu mesti dahsyat,kan?”
“Hah,tough ke?Aku tengok biasa saja!”Inarah
tersentak sambil memandang Hafiz.
“Mungkin
sebab kau selalu jalankan misi dengan dia,kau tak perasan agaknya,”Azman
menjeling Hafiz. “Misi sampingan kau berdua jenis misi yang macam mana?”
“Alah,kes-kes
jenayah!Pelik betul aku.Dekat tempat sendiri banyak jenayah tak boleh pula nak
tolong tapi dekat dunia lain,boleh pula,”Hafiz menjeling Inarah.
“Hei,Hafiz!Kau
dah lupa ke,walaupun kau Pahlawan Mena,kau tetap manusia terpilih!Kalau tak
dapat tolong dekat dunia sekarang,dekat dunia lain pun apa salahnya,”kata
Inarah,geram.
“Macam
mana dengan Genolis?”Tanya Azman.
“Lepas
habis misi dulu,sampai sekarang tak muncul lagi.”
Azman
mengerdipkan matanya. “Berani betul kau...”Azman tidak sempat menghabiskan
kata-katanya apabila ternampak Firas,Syahid dan Muqri muncul secara mengejut di
situ.
“Wooo...pandai
kau Hafiz!Sejak bila kau pandai berbual dengan Inarah ni?Setahu aku,kau berdua
ni eksyen!”Firas mendekatkan mukanya pada Hafiz sambil merenung sinis.
Hafiz
sengaja menekapkan tapak tangannya ke muka Firas. “Yang kau sibuk sangat
kenapa?Ada aku susahkan kau?”Hafiz membalas renungan sinis Firas.
“Kau
tak ada tugas pengawas ke hari ni,Inarah?”Tanya Muqri.
Inarah
yang masih mencuba membuka penutup tin minuman menjawab, “Hari ni hari
gotong-royong.Tugas aku macam pelajar biasalah,kutip sampah,buang
sampah,bersihkan longkang,bersihkan kelas...”Inarah menepuk-nepuk tin
minumannya.Geram betul dia.
Syahid
mengangguk-anggukkan kepala. “Teruk betullah kau,Muqri.Itupun tak boleh fikir.”
“Yalah,aku
cuma mengingatkan.Aku tak sanggup tengok Inarah kena marah dengan Zafri,ketua
pengawas tu kalau tak jalankan tugas.”
“Wah,baiknya
kau!”Azman mencelah. “Sebelum ni ada kau nampak Inarah pernah kena marah?”
Muqri
mengerdipkan matanya. “Tak!Kena puji lagi adalah.”
“Haa...tahupun
kau!Zafri tu memang jarang marah orang perempuan.Paling tidak pun dia cuma
tegur saja,”Firas menyampuk sambil menolak tangan Hafiz yang menakup mukanya
tadi.
“Huh,kadang-kadang
aku tengok dia macam berat sebelah!Tak puas hati betul!”Muqri mencekak
pinggang.
“Jangan
banyak komplen,Muqri.Sia-sia,”ujar Azman selamba.
Azman,Firas,Muqri
dan Syahid terus berbual-bual sehingga tidak sedar bahawa Hafiz dan Inarah juga
berada di situ memerhatikan mereka.Inarah tersenyum melihat gelagat mereka.
“Kawan-kawan
kau memang selalu ceria...tak macam kau,”komen Inarah tanpa memandang
Hafiz.Tangannya sudah berhenti untuk mencuba membuka penutup tin minuman
setelah beberapa kali gagal.
“Dah
perangai aku macam ni,nak buat macam mana,”tangan Hafiz mengambil tin minuman
soya cincau dan straw yang dipegang Inarah tanpa disuruh.Inarah membiarkan
sahaja.
“Tak
adalah.Kali pertama aku tengok kau ceria masa kita jalankan misi Genolis pasal
serangan Kota Batu Karang dulu.”
“Takkanlah
aku kena masam masa jalankan misi tu.Kuranglah tumpuan aku,”balas Hafiz sambil
cuba membuka penutup tin minuman.Ia berjaya dibuka!Hafiz memasukkan straw ke
dalam lubang penutup tin dan menyerahkannya pada Inarah. “Nah!Susah sangatkah
nak buka penutup ni?”
Inarah
mengambil tin minumannya. “Aku tak reti.Sebab tu aku jarang beli air tin.Beli
inipun sebab aku nak rasa air soya cincau,akak aku kata air ni sedap.Apapun,terima
kasih,”Inarah duduk melutut dan menghirup minumannya.
Hafiz
kembali memandang hadapan.Keempat-empat rakannya masih berbual sesama
mereka.“Aku bukan lagi manusia normal macam mereka,kan?”Kata-kata Hafiz
membuatkan Inarah berhenti menghirup minumannya.
“Apa
maksud kau?”
“Dulu,aku
macam mereka.Pergi sekolah...balik sekolah...buat kerja rumah...pendek kata
semua tu rutin untuk pelajar normal,”terang Hafiz tanpa memandang Inarah.
“Sekarang tak tentu.Kalau ada misi,aku jalankan misi.Memanglah aku sempat buat
rutin begitu,tapi semuanya dah berubah sikit sejak aku jadi manusia terpilih.”
“Kau
menyesal?”
Hafiz
menggeleng. “Cuma kalau boleh aku tak nak ia terjadi kerap sangat.Aku pun nak
jadi macam kawan-kawan aku yang lain.Aku masih bersekolah...dan aku tak nak
pelajaran aku terganggu.”
“Kau
kena ingat.Semua orang takkan lari dari masalah.Semua masalah itu ada
penyelesaian dan bagaimana caranya bergantung kepada diri kita,”Inarah menghirup
minumannya. “Sedap air ni.”
Hafiz
tersenyum. “Yakah?”
* * * * *
Negara Ghanum,Apartmen Sari,Dimensi Mena
Waktu
malam sudah lama membuka tirai.Khalil sengaja membuka jendela apartmennya bagi membenarkan
angin malam masuk.Disebabkan dia tinggal di tinggal di tingkat dua puluh,angin
yang bertiup meluru masuk ke dalam apartmennya membuatkan dia berasa nyaman.
Khalil
melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang empuk alasnya.Dia
menyandarkan tubuhnya lalu memandang kedua-dua tapak tangannya.
‘Dah
semakin hilang,’katanya di dalam hati sambil sembuh. ‘Menyesal betul
aku.Kenapalah aku terikut-ikut dengan perbuatan jahat tu?Mujur racun tu tak
merebak ke seluruh badan aku.’
Khalil
bangun dan berjalan ke tingkap.Dia memandang cahaya-cahaya lampu yang
berwarna-warni datang dari setiap bangunan pada malam itu menjadikan
pemandangannya sungguh cantik.
‘Agaknya
bagaimana reaksi keluarga aku kalau mereka tahu bahawa selama tiga minggu yang
aku beritahu...aku masuk kursus askar sebenarnya aku terperap dalam penjara
dengan badan aku bergelumang dengan racun?Macam mana pula reaksi Dayana dengan
Zafreen?Mungkin mereka semua marah pada aku?’
Persoalan
itu menerjah masuk ke dalam fikiran Khalil.Dia benar-benar rasa bersalah
sekarang.Rasa bersalah terhadap keluarganya...terhadap adik
angkatnya,Dayana...terhadap kawan baiknya,Zafreen...dan juga terhadap orang
lain yang mengenalinya.
Khalil
teringatkan peristiwa di mana dia terlibat dalam satu perbuatan jahat.Dia
terlalu taksub dengan keistimewaan yang akan diberikan sekiranya dia terlibat
dalam perbuatan jahat itu.Dia tidak sedar,ketaksubannya itu membawa
padah.Mujurlah ketika itu ada seseorang telah menyelamatkannya.Membuatkan dia
kembali ke pangkal jalan walaupun kesedarannya itu membuatkan dia diracun oleh
dalam penjahat itu.
‘Apalah
agaknya dia buat sekarang?’Dia berfikir sendirian.Wajah orang itu masih
diingatinya walaupun agak kurang jelas.Dia sudah tidak berjumpa lagi dengan
orang yang telah menyelamatkannya setelah peristiwa itu berakhir.
Semasa
dalam penjara,dia diberi rawatan rapi berkenaan dengan penyakitnya yang
diakibatkan oleh sejenis racun yang memberi kesan kepada tubuh badan.Mujur dia
diberi rawatan segera kerana jika tidak,racun itu akan membawa maut.
Setelah
keluar dari penjara dua bulan lepas,penyakitnya masih belum beransur sembuh.Dia
terus menghubungi keluarganya setelah keluar dari penjara.Sebenarnya,sehari
sebelum masuk penjara,dia sudah memberitahu keluarganya bahawa dia hendak
menjalani kursus askar.Oleh itu,apabila
dia menghubungi keluarganya melalui komputer plasma setelah keluar dari
penjara,dia sudah mengagak keluarganya pasti terkejut melihat perubahan pada
dirinya.Lantas diberitahu semuanya kesan daripada latihan yang dijalankan dalam
kursus berkenan.
Khalil
memberitahu mereka supaya jangan risaukan tentang keadaannya.Dalam masa dua
bulan,dia menjalani pelbagai rawatan dan turut dibantu oleh pihak penjara yang
memejarakannya dahulu.Kini,dia bersyukur kerana dia sudah beransur sembuh.Dia
berjanji,setelah sembuh,dia akan pulang melawat keluarganya setelah masuk tiga
tahun tidak berjumpa dengan mereka.
Persoalannya sekarang,patutkah dia memberitahu mereka perkara yang
sebenarnya?Dia tidak pasti akan hal itu.Kalau tidak diberitahu,lama-kelamaan
pasti mereka akan tahu juga.
Khalil
mengeluh sambil menghembus nafas kasar.Dia menyalahkan dirinya sendiri.Namun
apa boleh buat,benda sudah terjadi.Masa tidak boleh diundur semula.Kalau boleh
diundur sekalipun,takdir itu sudah tertulis untuknya.
Tok!Tok!Tok!Khalil
tersentak dari lamunannya apabila terdengar pintu apartmen diketuk.Khalil
menuju ke pintu yang diperbuat daripada logam itu.
“Siapa
pula?”Soalnya pada dirinya sendiri.
Khalil
meletakkan tapak tangannya pada dinding sebelah pintu tersebut.Pintu automatik
terbuka dan Khalil terasa badannya terkena satu kuasa yang membuatkannya
terhumban ke belakang dan terhentak pada dinding.Dinding itu retak
sedikit.Khalil cuba untuk bangun tetapi dia terasa badannya sakit yang amat.
“Aku
dah jumpa kau pembelot!”Satu suara garau menegurnya.
Khalil
mendongak.Dahinya berkerut menahan sakit di bahagian dadanya.
“Kkauu...ssiia..ppa?Tanyanya tersangkut-sangkut.
Kelihatan
empat orang lelaki berdiri di muka pintu sambil memandang sinis ke arah
Khalil.Salah seorang daripada mereka mendekati Khalil lalu menarik leher baju
pemuda itu.
“Kau
memang patut dihukum!Kau dah belot pada abang aku!Abang aku mati sedangkan kau
masih hidup!Aku takkan maafkan kau!”Tengking lelaki itu dengan mata terbeliak.
“Kau
siapa?”
Lelaki
itu tersenyum sinis sambil ketawa. “Aku Musyary...adik kepada Muflih.Kau ingat
Muflih?”
Mata
Khalil terbeliak. “Muflih?”
Musyary
menghentak badan Khalil ke dinding.“Sekarang aku nak kau bekerja dengan aku
sambil aku gunakan kau untuk balas dendam pada manusia terpilih!”Musyary
berteriak marah.
“Tidak!”Bantah
Khalil. “Aku takkan sekali-kali terlibat dengan perbuatan jahat kau tu!”Khalil
menekapkan tangannya ke dada Musyary.Cahaya muncul pada tapak tangannya dan
Musyary jatuh tersungkur ke belakang.
Musyary
bangun. “Berani kau,hah!Kau sepatutnya berterima kasih sebab abang aku yang
berikan abiliti itu pada kau!Kau memang tak mengenang budi!”
“Heh,kalau
sebab nak terlibat dalam rancangan jahat,aku pun tak nak abiliti ni!”Khalil
melontarkan bebola cahaya kepada Musyary tetapi Musyary pantas mengelak.
“Degil
betul!”Bentak Musyary. “Gomez!Hanz!Faruk!”
Hanz,Gomez
dan Faruk seakan faham maksud Musyary.Mereka bertiga serentak mendekati Khalil.
Khalil
memunculkan bebola api kepada kedua-dua tapak tangannya.Baru sahaja dia hendak
melontarkan kedua-dua bebola api itu,Hanz pantas menolak tangannya ke hadapan
dan angin terhasil menusuk ke perut Khalil.
Khalil
tersentak.Kedua-dua bebola api yang dihasilkan tadi terus hilang.Dia hendak
melawan balik tetapi Gomez dan Faruk menyambung dengan memberikan hentakan
angin pada bahu,lengan,paha,betis,pipi dan leher Khalil secara
bertubi-tubi.Khalil yang tidak mampu berlawan terus rebah.
“Bawa
dia!Tahulah macam mana aku nak ajar dia!”Perintah Musyary. “Kita teleport terus ke hutan!Nanti orang lain
perasan kalau kita keluar!”
Hanz,Faruk
dan Gomez tidak membantah.Faruk memegang badan Khalil.Khalil bergerak sedikit.
“Cis,menyusahkan
betul!”Faruk menarik lengan Khalil lalu menyilangkan ke belakang.
“Aarrgghhh!!!”Jerit
Khalil kesakitan.
Negara Luvia,Rumah Khazin,Dimensi Mena
Khazin
terbangun dari tidurnya.Nafasnya termengah-mengah dan badannya berpeluh.Matanya
terbeliak.Keningnya berkerut.Dia kelihatan seperti baru tersedar dari mimpi
buruk.
“Abang...”bisiknya
perlahan.
Khazin
bangun dari katil dan menuju ke tingkap biliknya.Dia menarik tirai.Bulan
mengambang penuh pada malam itu.
“Macam
mana agaknya keadaan abang sekarang?”Khazin berfikir sendiri.Entah kenapa,dia
merasakan seperti ada sesuatu yang buruk berlaku kepada abangnya.
No comments:
Post a Comment