Friday, March 25, 2011

BAB 10


Hafiz mengetap gigi menahan sakit.Tetapi,selepas itu dia ketawa kecil.
   “Hah,kenapa kau ni?”Tanya Fajar,hairan apabila melihat Hafiz ketawa.Tiba-tiba dia terdengar satu bunyi berdesing dari arah belakangnya.Namun,apabila dia menoleh,tubuh belakangnya terkena libasan api biru kepunyaan Hafiz.
   Fajar jatuh terjelopok ke hadapannya.Baru dia sedar,rupa-rupanya semasa Hafiz mengelak daripada sambaran elektrik yang dihasilkannya tadi,Hafiz sempat membuat satu libasan api biru dengan pedangnya.Hafiz menghalakan libasan api biru itu jauh ke arah udara supaya Fajar tida sedar.
    Fajar menyentuh belakangnya.Panas dan pedih.Itulah yang dia rasakan sekarang.Tiba-tiba tetap berasa hairan.Hafiz boleh membunuhnya dengan libasan api biru itu sekiranya dia menghasilkan libasan yang besar.Namun,Hafiz cuma menghasilkan yang kecil sekadar menyakiti dirinya sahaja.Dia tidak faham kenapa.
   Entah kenapa,Fajar seperti hendak mengalah.Dia tidak sanggup untuk bertarung lagi.Apatah lagi lawan di hadapannya memang tiada niat untuk membunuhnya.Namun,dia tiba-tiba teringatkan ibunya yang menderita di sebalik sangkar besi.Wajah Jabran yang kejam dan menakutkan bermain-main di fikirannya.Mengingatkan semua itu,Fajar menjadi marah.Hatinya panas.
   Fajar cuba bangun perlahan-lahan walaupun belakangnya masih sakit.Hafiz juga cuba untuk bangkit.
   “Aku akan selesaikan tugas aku!”Jerit Fajar lalu mengangkat kayu besinya.Bendalir-bendalir elektrik yang terhasil semakin banyak.Malah sekiranya diperiksa kiraan kilowatt,mungkin mencecah hingga beribu kilowatt.Bendalir elektrik semakin banyak dan semakin besar.
   Hafiz bersiap-sedia dengan pedangnya.Kawasan sekitar bergegar tetapi tidak terlalu kuat.Ketiga-tiga budak tadi serta-merta terjatuh apabila gegaran kecil itu berlaku.
   “Aku takkan main-main dengan kau!Kau akan aku bunuh!”
   Hafiz menggenggam hulu pedangnya. “Kenapa kau beria-ia sangat nak membunuh?Kau tak rasa bersalah ke bunuh orang?”Hafiz masih sempat mengajukan soalan.
   “Heh,sebab kaulah aku dan mak aku menderita sekarang!”
   “Aku?”
   “Ya!Kau tak pernah terfikir ke kenapa aku beria-ia nak bunuh kau?Dan bukannya budak perempuan tu sedangkan dia juga manusia terpilih!”
   Hafiz terkebil-kebil.Betul juga.Kenapa dia nak sangat bunuh aku dulu sebelum Inarah?Aku ada buat salah apa-apa ke dengan dia?Ish,kenapalah aku tak pernah terfikir semua ni!Fikir Hafiz.
   “Nampaknya budak perempuan tu tak beritahu kau lagi.Baik,biar aku beritahu kau.Sebenarnya,kau tu bukan setakat manusia terpilih!Kau lebih daripada itu!”Kata Fajar membuatkan Hafiz mengerutkan kening.



Hotel Mewah Kistina
   Tok Bazil,Inarah dan yang lain berdiri di hadapan pintu masuk hotel tersebut.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
   “Adam,kau masuk dulu!”Arah Tok Bazil.
   “Err...tok lah masuk dulu.Saya seganlah nak masuk hotel mewah macam ni,”Adam menolak.
   “Hish,senang-senang kita semua masuk serentak!”Hafiy memberi cadangan.
   “Nanti,betul ke adik tok tinggal di hotel mewah macam ni?”Tanya Dali ragu-ragu.
   “Kenapa?Kau fikir adik aku tak mampu nak sewa hotel mewah ni?”Tok Bazil merunung Dali,tajam.
   Dali menggelabah. “Tak,tok.Saya tak bermaksud macam tu...”
   “Kita tak boleh buang masa.Jom masuk!”Robert orang pertama melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.Tok Bazil dan yang lain mengikutnya dari belakang
   Semasa kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan hotel tersebut,langkah Inarah terhenti seketika di tengah-tengah pintu masuk.Dia menoleh ke belakang lalu memandang ke arah langit.Fikirannya melayang.
   “Inarah,apa kau buat lagi?Lekaslah!”Panggil Naufal.
   “Oh,sorry!”

Taman Rekreasi Sana’
   Mata Hafiz terbeliak kerana terkejut.Fajar pula tidak berhenti lagi mengukir senyuman sinis seolah-olah kecederaan yang dihadapinya langsung tidak memberi kesan kepadanya.Dengan langkah yang berat,Hafiz melangkah beberapa tapak ke hadapan.
   “Apa...kau...cakap...tadi?”Tanya Hafiz tergagap-gagap.
   “Haa...kau nak aku ulang lagi?Baik,aku beritahu kau yang kau bukan setakat manusia terpilih,malah kau lebih daripada itu.Kau...”Fajar menghalakan kayu besinya ke arah Hafiz. “...adalah Pahlawan Mena yang kami tunggu selama ni!”
   Sekali lagi Hafiz terkejut.Dia pasti dia tidak silap dengar.
   “Kenapa terkejut?Nampaknya betullah perempuan tu tak beritahu kau lagi.Kau agak-agak apa motif dia buat macam tu?Jangan-jangan dia takut kau tarik diri.Yalah,tugas pahlawan Mena melibatkan semua sekali tentang Genolis.Pahlawan Mena bertanggungjawab untuk menewaskan semua Genolis yang ada.”
   “Apa maksud kau ‘tewaskan’?Kenapa bukan ‘hapuskan terus’?”Tanya Hafiz lagi.
   “Heh,orang baik!Dalam keadaan bagaimana sekalipun mereka takkan sanggup membunuh orang melainkan kalau terpaksa.Dalam kes ni,orang Genolis yang ditangkap akan dibicarakan dulu sebelum dihukum mati.Apapun,ramai Genolis yang ditangkap dulu dihukum mati.Sebab apa?Sebab mereka dah menyebabkan banyak pertumpahan darah.”
   “Aku tak peduli semua tu!Tentang pahlawan Mena tu kau jangan nak mempermainkan aku!Aku tak kisah kalau setakat jalankan misi kecil,tapi kalau dah sampai tahap hapuskan semua sekali Genolis,aku tak mampu buat seorang.”
   “Haa...aku rasa itulah sebabnya kenapa perempuan tu tak nak beritahu kau.Dia tahu,kau mungkin akan kata yang kau tak dapat pikul tanggungjawab seberat tu.Dia tak nak kau tarik diri.”
   Hafiz diam.
   “Aku rasa memang patut pun meluat tengok orang macam dia tu.Sudahlah tak beritahu kau yang kau ni pahlawan Mena,sanggup pula dia biarkan kau jalankan tugas bahaya ni.Perempuan macam dia tu memang...”tiba-tiba satu tumbukan hinggap di perut Fajar.Fajar terbatuk-batuk.
   Hafiz yang membuat tumbukan tersebut.Dia masih membiarkan penumbuknya berada di perut Fajar.
   “Kau bila jumpa aku,jangan cakap yang bukan-bukan pasal kawan aku,”Hafiz menarik balik penumbuknya.
   Fajar memegang perutnya yang sakit.Matanya sekejap pejam,sekejap celik.Perutnya terasa senak.
   “Kenapa...kan kau...tak berapa baik...dengan...dia...”
   “Aku tak nafikan yang Inarah tu kadang-kadang keras kepala,degil,sukan menyindir...”Hafiz merapatkan mukanya dengan muka Fajar. “...dia tetap kawan aku!Belajar satu sekolah dengan aku,dan paling penting,dia rakan seperjuangan aku sekarang.Kau tak kenal dia,jangan cakap bukan-bukan!”Hafiz menarik balik mukanya.
   “Tapi,dia langsung tak beritahu kau yang...”
   “Oh,pasal aku pahlawan Mena?Itu hal aku.Tahulah aku macam mana nak kenakan dia nanti.Apapun,terima kasih sebab beritahu aku,”ucap Hafiz tetapi bernada sindiran.
   “Tak guna!Kau perli aku!”Dengan marah Fajar menghayun kayu besinya ke arah muka Hafiz tetapi pantas Hafiz menunduk.
   Hafiz mengangkat pedangnya.Dia menghayunkan pedangnya ke arah Fajar tetapi dengan pantas juga Fajar menahan dengan kayu besinya.Pertarungan kembali bermula.
   Kceng!Keceng!Bunyi geseran kedengaran setiap kali kayu besi Fajar dan pedang Hafiz bertembung.Sekali-sekala Hafiz melontarkan libasan api merah dan biru kepada Fajar dan Fajar pula sekali-sekala melontarkan elektrik dari kayu besinya serta bebola elektrik dari tangannya.
   Akibat pertarungan tersebut,kawasan sekitar mereka mulai rosak.Sesetengan kawasan tanah mulai timbus ke dalam,jalan tar yang disediakan untuk aktiviti berjoging dan berjalan kaki pecah dan berlubang.
   Fajar melompat dan menghayunkan kayu besinya ke arah Hafiz.Hafiz mengelak dengan melompat dan mendarat di atas bumbung gerai yang terdapat di situ.Pada masa yang sama,Hafiz terus melibas pedangnya dan angin kuat terhasil membuatkan Fajar jatuh terlentang ke belakang.Sebenarnya,ia bukan angin biasa.Angin yang kuat itu disertai dengan duri setajam pisau yang tidak dapat dilihat kerana ia terlalu halus.Fajar merasai kesakitan apabila terkena duri-duri tersebut.
   “Aku akan balas balik!”Fajar bangkit perlahan-lahan sambil menahan kesakitan pada badannya.
   Hafiz melompat turun dari bumbung gerai.Dia berjalan mendekati Fajar.Pada masa yang sama,Fajar menghalakan kayu besinya ke arah Hafiz lalu melontarkan cebisan bendalir elektrik ke arahnya.Namun,dengan mudah Hafiz menahannya dengan pedang.
   “Sudahlah,aku tengok kau dah cedera teruk tu!”Pinta Hafiz.
   Fajar mendengus. “Aku takkan kalah!”Fajar menjerit dan tiba-tiba muncul satu bulatan elektrik besar mengelilingi atau memenuhi tubuhnya.Fajar masih menjerit.Marah.
   Hafiz berundur beberapa tapak ke belakang.
   “Aku mesti selamatkan mak aku!”Jerit Fajar.
   “Mak?”Ulang Hafiz dan ketika itu juga bendalir-bendalir elektrik keluar dari bulatan elektrik menuju ke arah Hafiz.Dia mengelak setiap lontar bendalir elektrik tersebut.
   “Aku tak ada pilihan,”bisik Hafiz lalu memejamkan matanya.Kemudian,dia membenamkan mata pedangnya ke tanah.Muncul lingkaran api merah dan biru mengelilingi tubuhnya.Selepas itu,dia mengangkat pedangnya semula.Dia menarik pedangnya ke belakang dan dihayun ke hadapan kemudiannya.
   “Arrghhh!”Hafiz menjerit.Lingkaran api merah dan biru menuju ke arah Fajar dan menutupi bulatan elektrik yang mengelilingi atau memenuhi tubuh Fajar.
   Hafiz mengangkat pedangnya dan dihayunkan ke bawah.Letupan berlaku tetapi cuma sekejap.Asap berkepul-kepul di udara.Tidak lama kemudian,di celah-celah asap tersebut,kelihatan Fajar sedang melutut.Badannya cedera.Baju yang dipakainya koyak-rabak.Rambutnya berserabut.
   Fajar terus rebah.Hafiz mendekatinya perlahan-lahan.Apabila dia berada beberapa inci di hadapan Fajar yang nasih terbaring,dia bersuara tenang, “Teruk juga luka kau,ya?Aku rasa aku dah minimumkan kuasa aku tadi.”
   “Kenapa...kau tak...bu...nuh..aku?”Tanya Fajar dalam kesakitan.Sejak dari mula lagi dia sedar Hafiz tidak mengeluarkan sepenuh kuasanya.Serangan demi serangan yang dibuat tidaklah sekuat mana tetapi kesakitannya tetap terasa.
   “Untuk apa aku bunuh kau?Tuhan saja yang berhak cabut nyawa kita.Kita tak boleh cabut nyawa orang sesuka hati.Lagipun,kau sendiri cakap,tugas aku cuma menewaskan Genolis,bukan bunuh mereka.Oh,aku lupa!Kau bukan Genolis,”balas Hafiz selamba.
   Fajar ketawa kecil. “Tak faham aku.Selalunya kalau mereka diberi peluang macam kau,mesti mereka lawan habis-habisan.”
   “Tadi kau ada sebut tentang mak kau?Kenapa dengan dia?”Soal Hafiz tanpa mempedulikan kata-kata Fajar tadi.
   Wajah Fajar mulai muram.Perasaan marah mula menguasai dirinya. “Jabran dah umpan mak aku supaya aku ikut kehendak dia.”
   “Jabran?”
   “Dia ketua dalang serangan makhluk di Kampung Fannani dulu.Dia juga yang arahkan aku bunuh kau bila dia dapat tahu kau dah muncul,”beritahu Fajar. “Dia tak boleh arahkan orang Genolis datang bunuh kau sebab dia tak nak kau dan perempuan tu tahu yang mereka dalang di sebalik serangan tu.”
   “Habis tu bagaimana dia jumpa kau?Dia kenal kau ke sebelum ni.”
   Fajar menggeleng. “Jabran terus mencari sesiapa saja penduduk Mena yang dia rasa boleh jalankan tugas untuk bunuh kau.Masa tu,dia berada di kawasan tempat tinggal aku.Kebetulan pula rumah aku adalah rumah pertama yang dia serbu.Dia tangkap mak aku diseksanya semata-mata nak aku sertai dia.Tapi,aku tak nak.Mak aku pun tak benarkan aku ikut dia walaupun dah dipukul dengan Sampailah...dia ugut cuba nak bunuh mak aku.Aku tak ada pilihan.Aku terpaksa ikut dia.Masa aku sertai dia,dia suntik aku dengan Gen Genolis.Kemudian,dia ceritakan aku semua tentang Genolis,termasuk tentang kawan-kawannya yang ditangkap dahulu dan dihukum mati.Lepas tu,baru dia beritahu aku yang dia sudah dapat kesan Pahlawan Mena.Jadi...aku datang ke bumi...cari kau.”
   Hafiz tersengih. “Macam tu.Jadi,kau buat macam ni semata-mata kerana mak kau?”
   Fajar yang masih terbaring lemah mengangguk. “Aku dah tak ada sesiapa melainkan mak aku seorang.”
   “Aku faham.Aku rasa mungkin aku juga buat benda yang sama kalau aku berada di tempat kau...”Hafiz melutut. “...itupun kalau masa tu fikiran aku cetek.Kau tak terfikir ke nak minta bantuan?”
   “Heh,bantuan?Siapa yang nak tolong aku?Orang macam Jabran tu siapa pun tak berani!”
   Hafiz tersenyum.Tiba-tiba dia terdengar suara siren peronda.Dia tersentak.Pada masa yang sama,dia teringatkan ketiga-tiga budak yang dia selamatkan tadi.Habis!Budak-budak tu!
   “Hmph,polis ni pun!Masa ni lah dia baru datang.Baik kau pergi sebelum polis-polis tu nampak kau,”kata Fajar.
   “Tapi,budak-budak tu macam mana?Mereka nampak kita berlawan tadi?Mesti budak-budak tu beritahu polis-polis tu.”
   “Kau jangan risau.Aku akan hilangkan ingatan mereka tentang hal ni nanti.”
   “Habis,kau?”
   “Jangan risau pasal aku.Aku tahulah apa nak buat.Dah,pergi!”Fajar mendesak.
   Dengan berat hati,Hafiz melangkah meninggalkan taman rekreasi tersebut.Sekali-sekala kepalanya tertoleh ke belakang,melihat Fajar yang masih terbaring.
   Fajar pula apabila Hafiz hilang dari pandangannya,dia bangkit lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke arah ketiga-tiga budak tadi.Budak-budak itu ketakutan.Fajar menghalakan tapak tangannya dan budak-budak itu jatuh ke belakang.
   “Eh,apa dah jadi?”Tanya salah seorang budak itu apabila sudah bangun.
   “Abang,kenapa baju abang koyak-rabak?”Tanya seorang budak lagi kepada Fajar.
   Fajar tersenyum. “Tak ada apa-apa.Baik kamu semua balik rumah sekarang.Nanti mak dan ayah kamu risau.”
   “Baik!”Budak-budak itu akur lalu beredar dari situ.
   Fajar hanya memandang sambil tersenyum.Setelah dia nampak kereta peronda polis masuk ke kawasan taman tersebut,dia terus menghilangkan diri dengan menggunakan teleport.
    Sementara itu,Hafiz berada di tengah-tengah jalan di Kota Batu Karang tersebut.Walaupun dia menang pertarungan tadi,badannya tetap terasa sakit dek kerana pertarungan tadi.
   Nafas remaja lelaki itu termengah-mengah.Hari sudah menjelang tengahhari.Dia tidak larat untuk berdiri lagi.Dia mulai jatuh tetapi dia terasa ada seseorang menyambutnya daripada terjatuh.Hafiz mendongak.Wajah seorang lelaki yang tidak dikenalinya dipandang.
   “Kau siapa?”Tanya Hafiz lemah.
   Lelaki itu tersenyum. “Nama aku Malik.Kau nampak cedera teruk.Biar aku suruh seseorang rawat kau.”
   “Ma...lik...”Ulang Hafiz.Dia seperti pernah mendengar nama itu sebelum ini.Bagaimanapun,fikirannya terhenti apabila matanya terpejam rapat.Dia pengsan.

No comments:

Post a Comment