Markas Berbatu,bilik tidur Jabran
TIT! TIT! TIT!Jabran tersentak apabila terdengar
alat penghubung mininya berbunyi.Dia yang tadinya memerhatikan peta kawasan
Kota Batu Karang di atas katilnya terus mendapatkan alat penghubung mininya
yang terletak di atas meja sebelah pintu bilik tersebut.
Sebaik
sahaja menekan butang ‘Answer’,kedengaran satu suara di hujung talian.Suara itu
milik salah seorang konco-konco Genolisnya.
“Tuan,berita
buruk!”Jabran berasa bengang sebaik sahaja konconya itu selesai
memberitahu.Sememangnya dia tidak suka sekiranya berita yang dilaporkannya itu
satu berita buruk.
“Hm,apa
dia?”
“Fajar,tuan!Dia
gagal bunuh pahlawan Mena tu!”Lapor suara itu.
“Apa?Cis!”Jabran
berteriak marah sambil menumbuk dinding. “Habis tu dia di mana sekarang?”
“Maaf
tuan!Kami gagal kesan dia lepas saja dia menghilang dari Kota Batu Karang tu.”
“Apa?!!!”Jerit
Jabran lagi tidak tentu arah.Dia bertambah marah apabila tahu Fajar tidak dapat
dikesan. “Apa dia cuba buat?”
Senyap.
“Dengar!Keluarkan
wanita tua tu dari sangkar besi!Bawa dia jumpa aku!”perintah Jabran.
“Tuan nak
bunuh dia?”
“Itu kau tak
perlu tahu!Yang pasti,aku tak boleh bunuh dia lagi!Aku masih perlukan dia untuk
gunakan Fajar!Dan lagi satu,jangan lupa,esok kita akan serang Kota Batu
Karang!Aku nak semua Genolis dan makhluk-makhluk tu bersedia!”Bentak Jabran.
“Baik,tuan!Arahan
diterima!”Talian diputuskan.
* * * * *
Pukul
2.30 petang,Suite hotel Malik
“Hafiz,bangun!Kau
okey?”Hafiz terdengar suara memanggilnya.Perlahan-lahan dia membuka
mata.Kelihatan Khazin,Inarah,Naufal dan Dayana memandangnya risau.
“Aku kat
mana?”Tanya Hafiz perlahan.
“Kau dekat
suite hotel Malik sekarang,”jawab Khazin.
“Syukur
kau selamat!”Ucap Naufal.
“Suite
hotel Malik?”Tanya Hafiz sambil bangun dari pembaringan.
“Ya,aku
sewa suite ni,”tiba-tiba muncul seorang lelaki berusia akhir belasan tahun di
dalam bilik.
“Kau...apa
nama kau...Malik?”Tanya Hafiz sambil memandang lelaki itu. “Tapi kau semua
sepatutnya berada di suite hotel adik Tok Bazil sekarang,”Hafiz memandang pula keempat-empat
sahabatnya.
“Itulah kau,pengsan
lama sangat.Dah nak petang baru sedar.Suite Malik ni bersebelahan dengan suite
adik Tok Bazil.Malik bawa kau jumpa adik Tok Bazil dulu sebelum dia bawa kau ke
sini.Adik Tok Bazil yang rawat kau,”terang Dayana.
“Kami pun
terkejut bila nampak Malik dukung kau masuk ke dalam suite adik Tok Bazil tadi.Lepas
saja adik Tok Bazil rawat kau,Malik terus bawa kau ke sini.Kau nak tahu,ada
lagi yang terkejut,”Naufal menambah.
Hafiz
mengangkat kening.
“Rupa-rupanya
Malik inilah kawan yang Robert dan Kay cari selama ni.Masa mereka bertiga
berjumpa tadi,jadilah drama sedih kat sana.Masing-masing terharu dapat
berjumpa,”Inarah mencelah lalu memandang Malik.
Malik
ketawa mendengar kata-kata Inarah itu.
Hafiz pula
masih bingung.Matanya terkebil-kebil.Patutlah badannya tidak sakit seperti
tadi.Rupa-rupanya dia sudah dirawat sepanjang dia pengsan.Dia melihat dahinya
dibalut dengan kain pembalut luka,begitu juga tangan kanannya.Badannya juga
turut dibalut tetapi disebabkan dia memakai T-shirt,balutan itu tidak
kelihatan.
Malik
mendekati kelima-lima remaja itu.Dia memandang Hafiz.
“Sekarang
ni Tok Bazil dan yang lain berada di suite Tok Lubaid,adik Tok Bazil
sekarang.Mereka sedang berbincang tentang serangan Genolis esok,”ujar Malik.
Hafiz
mengangkat kening. “Kau dah tahu?”
Malik
mengangguk. “Mereka dah beritahu semuanya masa kau pengsan tadi.”
“Sebelum
tu aku nak tahu,Robert dan Kay ada beritahu yang mereka termasuk kau diserang
makhluk pelik di Gua Dendaron hari tu.Mereka kata kau terperangkap dengan
makhluk tu.Macam mana kau selamat?”Tanya Hafiz lagi.
Malik
tersenyum. “Tok Lubaid yang selamatkan aku.Ceritanya macam ni...”
Hafiz,Inarah,Dayana,Khazin
dan Naufal memasang telinga.
“Aku suruh
Robert dan Kay lari dari situ sebab mereka ada peluang nak lari minta
bantuan.Jadi,lepas saja mereka pergi,aku terus berlawan dengan makhluk-makhluk
tu sementara tunggu mereka sampai.Aku tak dapat bertahan lebih lama jadi aku
lari sembunyikan diri di dalam gua itu juga.Nasib aku baik sebab lepas tu tak
ada lagi makhluk yang serang aku.Tapi,aku betul-betul penat,letih dan sakit
seluruh badan.Esoknya,aku tak bernasib baik sebab seekor makhluk dah jumpa tempat persembunyian aku.Dalam
keadaan letih dan sakit,aku tak dapat melawannya dan aku hampir
ditewaskan.Selepas tu,datang seorang lelaki selamatkan aku.Makhluk itupun tumbang.Lepas
tu...”
* * * * *
Beberapa hari lepas,Gua Dendaron
“Kau
kenapa?”Tanya lelaki tua di hadapan Malik.
“Aku dan
kawan-kawan aku diserang makhluk ni semalam.Mereka dah keluar minta bantuan
tapi sampai sekarang mereka tak datang,”balas Malik.
“Mungkin
mereka masih mencari.Tak apalah,kau ikut aku ke Kota Batu Karang.Aku sewa hotel
di sana.Kau kena berehat.Kau cedera parah nampaknya.Biar aku merawat kau,”lelaki
tua itu mempelawa.
“Tapi
kawan-kawan saya...”
“Jangan
risau,”potong lelaki tua itu. “Kau akan dapat berjumpa juga dengan kawan-kawan
kau nanti.”
“Ya
tapi,siapa tok ni...”
Lelaki tua
itu tersenyum. “Nama aku Lubaid...”
* * * * *
Sekarang,Suite hotel Malik
Kelima-lima
remaja itu mengangguk-angguk mendengar cerita Malik.Walaupun Khazin,Naufal dan
Dayana tidak tahu ceritanya dari mula,tetapi mereka sudah dapat mengagak bahawa
Robert,Malik dan Kay adalah kawan yang terpisah secara tidak sengaja.
“Tapi pada
hari itu juga Robert dan Kay masuk ke dalam Gua Dendaron,”kata Inarah,
“Itulah yang
Robert dan Kay beritahu aku masa aku ceritakan pada mereka tadi,”kata Malik
pula.
“Hafiz dah
sedar,aku ingat nak jumpa Tok Bazil dengan yang lainlah.Mereka mesti tengah
bincang pasal serangan esok,”sampuk Dayana.
“Eh,kan
itu yang Malik beritahu tadi!”Khazin mengusik.
“Sibuk!”Dayana
mencebik.
“Aku pun
sama!”Malik memandang Hafiz. “Kau nak ikut?”
Hafiz
menggeleng. “Aku ingat nak rehat dululah.”
“Baguslah.Kau
rehat dulu.Kalau ada apa-apa,kami beritahu kau,”ujar Naufal sambil
menepuk-nepuk bahu Hafiz.
“Pergi
dulu!”Kata Dayana lalu keluar dari bilik diikuti dengan yang lain.
Inarah
merupakan orang terakhir yang keluar dari bilik itu.Hafiz bangun dari katil
lalu keluar dari bilik.Waktu itu,dia ternampak Inarah hendak melangkah keluar
dari suite itu.
“Inarah,aku
ada hal nak cakap dengan kau!”Panggil Hafiz.
Langkah
Inarah terhenti mendengar panggilan itu.Waktu itu Malik,Khazin,Naufal dan
Dayana sudah keluar dari apartment tersebut.Pintu apartment masih
terbuka.Inarah berdiri betul-betul di hadapannya.
“Ada
apa?”Tanya Inarah.
“Kau masih
belum ceritakan semuanya pada aku,kan?”Kata-kata Hafiz membuatkan Inarah
sedikit tersentak.Hafiz merenung tajam ke arahnya.
Inarah
cuba berlagak selamba. “Apa kau cakap ni?Ceritakan apa?”
“Kau
jangan pura-pura tahu.Tentang status aku sekarang.Kau masih belum beritahu aku
semuanya tentang aku.”
“Kenapa?Aku
dah beritahu kau semuanya.Kau manusia terpilih.Habis,kau nak tahu apa
lagi?”Inarah masih sedaya-upaya menyembunyikan sesuatu.Dia tersenyum kelat.
“Oo...kau
dah beritahu aku semuanya?Habis,kau tak nak ke beritahu aku yang aku ni
pahlawan Mena!”
Inarah
terasa kepalanya seperti dihempap batu besar.Matanya membulat kerana terkejut
sebaik sahaja Hafiz selesai bercakap.Dia terpaku.Mukanya ditundukkan.
“Betul
atau tak tekaan aku ni?”Hafiz mengangkat sebelah kening.
Inarah
mengangkat muka,dahinya berkerut dan matanya memandang wajah Hafiz.Lelaki itu
kelihatan selamba tetapi serius.Inarah menggenggam kedua-dua tangannya.
“Sebenarnya...”Inarah
membuka mulut.
Hafiz
masih menunggu jawapan.
“Aku minta
maaf!”Tiba-tiba Inarah menundukkan badannya seperti orang Jepun.
Inarah
menegakkan semula badannya. “Sebenarnya aku...”tiba-tiba pandangan Inarah gelap
apabila sebuah bantal kusyen hotel hinggap di muka Inarah.Lantas Inarah mengambil
bantal kusyen yang hinggap di mukanya. “Apahal kau baling bantal dekat aku
pula?Aku tak habis cakap lagi!”Marah gadis itu.
Hafiz
menuding jarinya ke arah Inarah. “Kau tiba-tiba nak minta maaf kenapa?Aku cuma
nak tahu tekaan aku betul atau tak!Bukannya suruh kau minta maaf!”kata Hafiz
bernada geram.
“Kalau ya
pun tunggulah aku habis cakap dulu!”
“Aku cuma
nak jawapan ‘ya’ atau ‘tak’!Bukannya ‘minta maaf’!”
“Aku nak
terangkan dari mula sebelum aku jawab soalan kau!”
“Buang masa!Jawab sajalah soalan aku!”
Inarah dan
Hafiz masing-masing merenung tajam dan mendengus kemarahan.Namun,beberapa saat
kemudian,mereka seperti tersedar.Kenapa pula mereka hendak bergaduh tentang
perkara remeh?Masing-masing menarik nafas panjang.
“Perangai
kau sejak dari tingkatan satu sampai sekarang tak pernah berubah,Hafiz,”ujar
Inarah mulai tenang.
“Kau pun
sama.Jenis tak mahu mengalah,”Hafiz tersenyum. “Jadi,macam mana?”
“Sebelum
tu aku nak tanya,mana kau tahu tentang hal ni?”
“Fajar
beritahu aku.”
“Semuanya?”
Hafiz
mengangguk.
Inarah
menyilangkan kedua-dua tangannya. “Betul apa yang dia cakap.Kau adalah pahlawan
Mena.”
“Tapi aku
tak faham.Dia beritahu aku yang pahlawan Mena bertanggungjawab tewaskan semua
keturunan Genolis yang ada.Itupun tugas kau,kan?”
“Separuh
betul.Memang tugas aku menewaskan Genolis,tapi aku tak main peranan penting
dalam hal ni.Sebelum kau muncul,ia tugas aku.Tapi sekarang,kau main peranan
utama.Aku cuma sebagai pembantu dan penasihat kau saja.”
“Woa,nanti!Pasal pembantu tu aku boleh terima
lagi.Tapi,sebagai penasihat aku kurang setuju.”
Inarah
mengerut kening. “Alah,tak boleh ke kau ‘iyakan’ saja?”
Hafiz
mengangkat bahu.“Kenapa kau tak beritahu aku semua ni?”
“Aku minta
maaf.Aku...”sekali lagi sebuah bantal kusyen hinggap di mukanya.Inarah mengambil
lalu melempar bantal kusyen tersebut. “Apahal kau ni?”Tanya gadis itu dengan
marah.
“Kan aku
dah cakap jangan minta maaf.Jawab saja soalan aku,”kali ini Hafiz bersuara
tenang.
Inarah
mengetap bibir. “Aku takut...”
“Kau takut
aku tarik diri?”Teka Hafiz.
Inarah
mengiyakan. “Sedangkan dengan hanya beritahu kau yang kau ni manusia terpilih
pun kau dah hampir tolak,inikan pula kalau aku beritahu kau,yang kau pahlawan
Mena.Sebab tu kalau boleh...aku nak kau biasakan diri dulu dengan menganggap
kau sebagai manusia terpilih sebelum aku beritahu perkara sebenarnya,”satu lagi
bantal kusyen hinggap di muka Inarah sebaik sahaja dia selesai bercakap.Inarah
mengambil dan melempar sekali lagi bantal kusyen tersebut. “Apa lagi?”
“Fikiran
kau memang ceteklah,”Hafiz bersuara.
“Apa?”
“Kau cakap
macam tu seolah-olah kau anggap aku ni pengecut,betul tak?”
Inarah
terdiam.
“Memang
masa Fajar mula-mula beritahu aku tadi,memang aku ada terfikir yang aku tak
mungkin boleh pikul tanggungjawab seberat tu.Tapi,tak semestinya aku tarik
diri.”
Inarah
mengerdipkan matanya.
“Kau
tahu?Kalau diikutkan,aku langsung tak nak terima sama ada aku ni manusia
terpilih ataupun pahlawan Mena.Aku cuma nak jadi orang biasa.Apapun,kalau
tanggungjawab itu diserahkan pada aku...aku kena laksanakannya.Tambahan
pula,penduduk Mena perlukan bantuan.Takkan aku nak lepaskan tanggungjawab
aku,”jelas Hafiz.
“Hafiz...”
“Lagipun,kalau
aku tarik diri,tentu aku ni jenis yang pentingkan diri,betul tak?Aku biarkan
penduduk Mena menderita dek kerana Genolis tu.Genolis pula bertambah seronok
bila aku langsung tak ambil peduli.Kau ingat aku nak biarkan semua tu?”
Inarah
terkesima merenung Hafiz.
Hafiz
tersenyum memandang Inarah. “Kau jangan risau.Aku tak marah.Cuma aku nak pesan
lain kali kalau nak cerita,cerita sampai habis,jangan sekat-sekat.Kau buat aku
pening.”
Inarah
tersenyum lalu ketawa kecil. “Iyalah.”
“Hoi,Inarah!Patutlah
cari tak jumpa!Ada dekat sini lagi rupanya.Oh,Hafiz,kau dah baik ke?Elok
sangatlah tu!”tiba-tiba Khazin muncul di muka pintu yang masih terbuka.
Hafiz dan
Inarah serentak memandang Khazin. “Kenapa?”Tanya Inarah.
“Baik kau
berdua ikut aku pergi suite Tok Lubaid sekarang.Liputan stesen televisyen di
kota ni terganggu.Ada liputan luar ceroboh masuk ke liputan kota ni.Lepas
tu,keluar gambar orang lelaki.Cara dia bercakap macam nak bercakap dengan
kau,Hafiz!” “Dengan aku?”Tanya
Hafiz kehairanan.
Kawasan luar Hotel Kistina
Terdapat
satu skrin projektor besar dibina dan ditayangkan berdekatan dengan Hotel
Kistina.Di skrin itu memaparkan wajah seorang lelaki.Wajah lelaki itu kelihatan
marah.Mukanya merah padam.
“Mana
Hafiz,pahlawan Mena tu?Aku nak cakap dengan kau!Kalau kau ada,baik kau jawab
sekarang!Aku dah pasang interkom dari sini!Aku dan setkan interkom tu khas untuk
suara kau saja!Aku boleh dengar!Cepat!Mana kau?”Lelaki itu bersuara marah.
Orang
ramai yang lalu lalang melihat lelaki di skrin itu dengan wajah hairan.Mereka
berbisik-bisik sesama sendiri.Di fikiran mereka penuh tanda tanya.
“Siapa
lelaki tu?”
“Hafiz tu
siapa?”
“Jangan-jangan
itu Genolis!Habislah!”
Tekaan
demi tekaan dan pertanyaan demi pertanyaan masuk dalam fikiran
mereka.Masing-masing membuat kesimpulan sendiri.
Suite
hotel Lubaid,Hotel Kistina
Mata
masing-masing terpaku memandang skrin televisyen plasma yang juga memaparkan
gambar yang sama seperti skrin di luar Hotel Kistina tadi.Dali menelan air liur
melihat wajah lelaki yang menakutkan itu.
Sejurus
kemudian,pintu apartmen hotel dibuka.Kelihatan Khazin,Hafiz dan Inarah masuk ke
dalam.Lubaid bangun sambil memandang Hafiz.
“Kamu
Hafiz?”
Hafiz
terkesima seketika. “Ya,kenapa?”Balasnya.
Dali
bergegas mendapatkan Hafiz lalu memegang bahunya. “Lelaki tu nak cakap dengan
kau!Kau kena jawab sekarang sebelum dia mengamuk!”
“Dali,apa
kau buat ni?Kita tak tahu mungkin ini perangkap!”Adam mencelah.Dia agak marah
melihat sikap terburu-buru Dali.
“Tak
apa.Saya jawab.”
Masing-masing
memandang Hafiz.
“Dia nak
cakap dengan aku.Aku kena jawab,”Hafiz meninggalkan Inarah di situ dan
mendapatkan Lubaid dan lain-lain. “Macam mana aku nak cakap?Dia dekat tv.”
“Dia
beritahu dia dah pasangkan interkom khas untuk suara kau saja.Kau cakap
saja,dia akan dengar,”beritahu Malik.
Hafiz
berdiri di hadapan mereka Lubaid,Adam dan lain-lain.Dia memandang skrin televisyen.Wajah
lelaki yang terpapar di skrin masih marah-marah.
Hafiz
menarik nafas panjang. “Aku di sini,”Hafiz bersuara membuatkan wajah lelaki di
skrin itu tersenyum lebar.
“Muncul
juga kau,hah!Aku ingatkan kau tak berani nak bercakap dengan aku!”Kata lelaki
di skrin itu separuh mengejek.
“Kau
siapa?Aku tak kenal kau.”
“Aku?Heh,kau
tak kenal aku!Tapi,kau kenal Fajar,kan?”
“Fajar?”Bisik
hati Hafiz.
“Fajar?Budak
lelaki yang Hafiz jumpa tadi ke?”Tanya Naufal kepada Inarah yang berdiri di
belakang Hafiz bersama dengan Lubaid dan yang lain.
“Agaknya,”jawab
Inarah sambil menganggukkan kepalanya.
Hafiz
memandang tajam wajah lelaki di skrin itu. “Kau siapa?Apa kena mengena kau
dengan Fajar?”Tegas Hafiz bertanya.
“Wow,marah
nampaknya!Rilekslah.Baik,aku beritahu nama aku.Aku Jabran,ketua Genolis yang
berkaitan dengan serangan makhluk di Kampung Fannani dulu.Ingat lagi tak?”
Hafiz dan
lain-lain terkejut mendengar pengakuan lelaki itu.
Luar Hotel Kistina
Kedengaran
suara orang ramai membisingi kawasan luar hotel tersebut.Ada yang ketakutan,ada
yang hairan,ada terkejut,ada yang menangis,ada yang marah dan macam-macam lagi.
“Dia
ketua Genolis!Habislah!Apa dia nak buat pada kita?”
“Kampung
Fannani kena serang?Biar betul!”
“Aku
takut!”
“Siapa
lelaki tu?Aku rasa macam nak tumbuk muka dia!”
Suite hotel Lubaid,Hotel Kistina
Hafiz menyentuh kasar skrin
televisyen plasma di hadapannya.Dia mengetap bibir menahan marah.
“Hafiz,sabar!”Teriak Tok Bazil.
“Jadi,kau
dalangnya!Kau yang menyebabkan Fajar terpaksa membunuh aku gara-gara kau dah
seksa mak dia!Kau juga menyebabkan makhluk-makhluk tak bersalah tu menyerang
Kampung Fannani!Dan kau juga menyebabkan ramai penduduk kampung tu
menderita,hah!”Hafiz berteriak melepaskan kemarahannya.
Jabran
ketawa besar,penuh dengan kejahatan. “Ya,memang aku dan konco-konco aku punya
kerja!Seronok betul bila buat begitu!”
“Keji!!!”Jerit
Hafiz sambil menumbuk dinding.
“Aku bukan
apa.Aku bercakap dengan kau sekarang pun supaya kau tak terkejut bila berjumpa
aku masa serangan di Kota Batu Karang esok.”
Hafiz
mengetap bibir.Matanya merenung tajam wajah Jabran yang terpapar di skrin.
“Oh
ya!Tentang Fajar pula.Kalau kau nak tanya aku pasal dia,lupakan sajalah sebab
dia tak ada dengan aku sekarang.”
Hafiz
serta-merta teringatkan Fajar. “Mana dia sekarang?”
“Macam
yang aku cakap,dia tak ada dengan aku.Aku tak kisah sebab budak tu langsung tak
boleh diharap!Aku dah tak perlukan dia.Apapun,sampai bila dia boleh
bertahan,sebab mak dia masih ada dengan aku!”Jabran ketawa lagi.
“Kau...”
“Okey,itu
saja!Kita jumpa lagi masa serangan itu esok.Esok tengahhari!Tak sabar rasanya
aku nak jumpa kau...pahlawan Mena!”Tiba-tiba skrin yang memaparkan wajah Jabran
tadi bertukar ke siaran lain.
Luar Hotel Kistina
“Dia kata
nak serang kota ni?”Kata seorang wanita.
“Macam
mana ni?Habislah!”Keluh seorang seorang remaja lelaki.
“Mak,adik
takut,”rungut seorang kanak-kanak kepada ibunya.
Perbualan
antara Jabran dan Hafiz sudah tersebar luas di seluruh kota.Penduduk di sana
mulai takut.Esok,nyawa mereka semua akan terancam.Namun,masih ada juga yang
berani dan langsung tidak mempedulikan cabaran itu.
Suite Hotel Lubaid,Hotel Kistina
“Huih,dahsyat betul!”Kata Kay.
“Jangan
main-main!”Tegur Tok Bazil. “Kita kena fikirkan cara bagaimana nak lawan
mereka.Takkan Hafiz dan budak-budak ni saja yang nak kena lawan mereka.Kita
kena tolong.”
“Yalah.Jatuhlah
maruah kita kalau mereka saja yang melawan sedangkan mereka berlima ni jauh
lagi muda daripada kita,”sampuk Adam.
“Betul
tu,”Lubaid bersuara. “Perbualan tadi dah tersebar seluruh kota ni.Aku rasa
presiden kota ni takkan biarkan benda ni berlaku.”
“Maksud
tok?”
“Mungkin
dia akan suruh tentera keamanan kota ni bertindak esok.”
“Memang
betul,tok.Tapi,mereka bukannya Genolis.Mereka tak ada kuasa macam Genolis,”Khazin
mencelah.
“Tak
apa,”celah Robert sebelum Lubaid membuka mulut. “Sekurang-kurangnya bila dah
serang ramai-ramai,kurang sikit beban kau semua.Lagipun,kau bertigakan orang
Dimensi Mena juga?”Kata Robert merujuk pada Dayana,Naufal dan Khazin.Mereka
tersengih.
Hafiz
memandang mereka semua. “Tak apa ke?”
“Apalah
kau ni.Walaupun aku beritahu kau yang kau berperanan penting dalam hal ni,tak
semestinya kami tak terbabit sama.Kau dah lupa ke Hafiz,aku ni pun manusia
terpilih,mereka pula datang ke sini sebab inilah.Takkan nak patah balik,”Inarah
menyilang tangannya. “Hafiz,ini bukan sahaja misi kita berdua,ini juga misi
mereka,”Inarah menoleh ke arah Lubaid dan lain-lain.
Hafiz
tersenyum. “Terima kasih semua.”
* * * * *
Kediaman Presiden Kota Batu Karang
Presiden
Safaraz duduk termenung di atas sofa.Dahinya berkerut dan matanya dipejam
seperti dia otaknya memikirkan sesuatu.
Sebentar
tadi dia baru sahaja menonton berita di televisyen.Bagaimanapun,ada liputan
luar telah menceroboh masuk ke dalam liputan kota tersebut.Ia datangnya dari
seorang lelaki.Lelaki itu marah-marah tetapi kemudian reaksinya berubah apabila
kedengaran suara seorang lagi lelaki lain sedang berbual dengan lelaki di skrin
televisyen tersebut dan perbualan itu benar-benar merunsingkan fikirannya
sekarang.
“Tuan
presiden!”Seorang lelaki memakai kot dan cermin mata hitam berdiri di
sebelahnya. “Tuan panggil saya?”
Presiden
Safaraz mendongak. “Ah,ya!Jose,tolong bawakan alat perhubungan saya ke
sini.Sebelum tu,sambungkan taliannya pada semua penduduk kota ni.Jangan
lupa,paling penting talian kepada markas pihak keamanan kota.Mereka ada tugas
penting.”
“Baik,tuan!”Lelaki
bernama Jose itu akur.Tidak berapa lama kemudian,Jose membawa alat berupa
sebesar walkman di tangannya.Presiden
Safaraz mengambil alat itu.
“Dah
sambungkan talian?”
Jose
mengangguk.
Presiden
Safaraz membalas anggukan itu.Ibu jarinya menekan butang ‘On’ pada alat
perhubungan tersebut.Talian dibuka.
“Assalamualaikum.Saya
Presiden Safaraz,Presiden Kota Batu Karang ingin menyeru sesuatu kepada kamu
semua.Saya yakin kamu semua sudah menonton siaran ancaman tentang serangan di
kota ini esok.Saya minta kamu semua jangan risau kerana saya akan sediakan
tempat perlindungan kamu semua.Tempatnya ialah di Dewan Milli dan Dewan Killi.Pastikan
kamu semua berada di sana paling lewat malam ini.”
“Kepada
pihak keamanan kota,kamu semua dikecualikan kerana kamu semua akan ditugaskan
untuk membuat serangan balas dalam serangan esok dan saya akan sertai
sekali.Sila bersiap sedia.”Presiden Safaraz menekan butang ‘Off’.Dia
menyerahkan semula lat perhubungan itu kepada Jose.Jose beredar dari situ.
“Tak
sangka Genolis akan menyerang sini pula,”fikirnya.
* * * * *
Markas Tentera Keamanan Kota Batu Karang
Kedua-dua
leftenan itu berpandangan berpandangan.Kata-kata presiden yang mereka dengar
dari corong alat perhubungan yang khas untuk suara presiden benar-benar
mengejutkan mereka.
“Kita kena
berlawan dengan Genolis tu,”ujar salah seorang leftenan itu.
“Alah,kalau
dia tak suruh pun,memang dah tugas kita jaga keamanan kota ni,kan?Kita pun kena
terbabit sama,”kata seorang lagi leftenan itu.
Para
tentera lain yang juga berada di situ berbual-bual sesama sendiri tentang
serangan tersebut.Kemudian,mereka dikejutkan dengan suara garau dari corong speaker di situ.
“Kepada
semua anggota sila berkumpul di tanah lapang sekarang.Ada mesyuarat
penting!”Suara itu memberi arahan.
“Itu suara
Kapten Asyqar,”kata salah seorang pegawai.
“Dah,dah
jom!”Kesemua tentera di situ pergi ke tanah lapang seperti yang diarahkan.
No comments:
Post a Comment