Waktu pagi,Markas berbatu,Dimensi Mena
KEHADIRAN Jabran membuatkan semua manusia Genolis
dalam markas itu tergamam.Apatah lagi Jabran muncul dengan wajah yang merah
padam.Keningnya tajam memandang setiap konco-konconya.Reza dan Arkan yang juga
berada di situ turut berasa hairan.
Jabran
memberi isyarat menyuruh semua konco-konconya yang terdiri daripada manusia
Genolis itu berkumpul.Setelah kesemua mereka berkumpul,Jabran duduk di atas
kerusi markas yang disediakan khas untuknya.Dia memandang wajah konco-konco di
hadapannya dengan pandangan tajam.
“Dengar,”Jabran
memulakan kata-katanya. “Kita batalkan saja taktik yang kita rancang.Hapuskan
program taktik tu!”
“Hah!Apa?”Kedengaran
satu keluhan dari kalangan konco-kanconya.Suasana bising dan keluhan demi
keluhan kedengaran.
“Kenapa
pula?”
“Kami dah
penat-penat rancangkan program tu!Takkan nak hapuskan macam tu saja?”
“Habis
serangan tu dibatalkan ke?”
Demikian keluhan
dan rungutan daripada mereka.Masing-masing tidak berpuas hati dengan keputusan
Jabran.
“Diam!Kalau
aku suruh hentikan saja taktik tu,hentikan saja!Jangan bantah!”Jabran berteriak
marah.
“Kenapa
tuan?Aku tak puas hati!Itu idea aku!”Tiba-tiba Reza menyampuk.Sememangnya dia
juga tidak puas hati dengan keputusan Jabran kerana taktik yang dimaksudkan
ialah ideanya.
Jabran
memandang Reza.Dia tidak terkejut dengan reaksi Reza yang memang sudah
dijangkanya.
“Semalam Fajar
dah bocorkan segala-galanya.Tambahan pula,aku baru dapat kesan salah satu cip
yang kita pasang dah diambil orang.Aku yakin orang tu salah seorang daripada
mereka.Walaupun mereka tak dapat kesan kedudukan kita,tapi mereka sudah tahu
serangan ni angkara kita.Sia-sia saja kita serang Kota Batu Karang tu dengan
gunakan taktik yang kau cadangkan,”terang Jabran.
Reza
mendengus kemarahan.Arkan yang berada berdekatan dengannya tersenyum sinis ke
arahnya.
“Habis
tu,serangan di Kota Batu Karang tu dibatalkan ke?”Tanya salah seorang daripada
konco-konco itu.
“Siapa
kata dibatalkan?”Jabran tersenyum lebar.
Manusia-manusia
Genolis di situ berpandangan sesama sendiri.
“Kita
tetap akan serang Kota Batu Karang dengan menggunakan makhluk tu.Tapi,kali ni
kita juga akan pergi menyerang kota itu dengan makhluk-makhluk itu.Kita serang
habis-habisan untuk cita-cita kita!”
Sorakan
penuh semangat kedengaran dalam kalangan manusia-manusia Genolis itu.Jabran
tersenyum puas.Kali ini aku akan pastikan rancangan aku berjaya.Aku takkan
gagal macam kawan-kawan aku dulu,fikirnya.
“Tuan,bila
kita nak serang kota tu?Tuan asyik beri jawapan ‘tak pasti lagi’?
“Kali ni
aku pasti,”kata Jabran. “Esok!Siapkan semua keperluan!Kita akan menyerang kota
itu esok!”
Sorakan
kedengaran menyebabkan Jabran ketawa terbahak-bahak.Selepas itu,dia menyuruh
konco-konconya itu bersurai.Jabran meninggalkan markas itu setelah
konco-konconya mula bergegas menyiapkan kelengkapan masing-masing untuk
serangan esok.
Reza
memerhatikan suasana itu dengan marah.Dia menggenggam tangannya.Ikutkan
hati,mahu saja dia memaki hamun Jabran tetapi dia takut untuk berbuat
begitu.Dia tahu,perbuatan itu akan mengundang padah pada dirinya.
“Kasihan,”sindiran
Arkan menyakitkan telinga Reza. “Ingatkan bolehlah tengok hasil idea
sendiri,tapi malangnya...”
Tangan
Reza terus menarik kasar kolar baju Arkan.Arkan sedikit terkejut tetapi cuba
berlagak selamba.Steve yang ternampak lantas mendekati mereka.
“Kau
memang sengaja cari nahas dengan aku!Kau sukalah bila idea aku ditolak!Betul
tak,hah?”Marah Reza.
“Wow,takutnya
aku!”Reaksi Arkan yang berpura-pura takut itu menambahkan lagi kemarahan
Reza.Dia melepaskan kolar baju Arkan dengan kasar menyebabkan Arkan jatuh
terlentang.
“Kau
memang dah lama bencikan aku,kan?”Sambung Reza.
“Woi,sudahlah
tu!”Steve mencelah.
“Ahhh,tepilah
kau!”Reza menolak Steve.
Reza
memandang tajam ke arah Arkan yang sudah bangun.
“Ya!Memang
aku bencikan kau!Ada saja benda yang kau buat tuan besar berpuas hati!Aku?Kalau
aku bagi idea semuanya ditolak!Aku tak faham!Apa lebihnya kau!”Satu tumbukan
hinggap di muka Reza.Reza terjatuh.
“Sebab
tu...”Arkan menarik kasar lengan Reza. “...bila idea kau ditolak,aku rasa
seronoookkk sangat!Baru puas hati aku!”Arkan ingin melepaskan satu tumbukan
lagi tetapi terhenti apabila pergelangan tangannya dicekak.
“Sudahlah
tu,Arkan,”seorang wanita berdiri di sebelah Arkan. “Naimi...”panggil Arkan.
Reza yang
juga ternampak wanita itu terkejut.Arkan melepaskan Reza.Reza menyentuh mukanya
yang pedih ditumbuk Arkan.
“Perkara
kecil macam ni pun kau berdua nak bergaduh.Kalau tuan Jabran tahu,habislah
berdua,”Naimi berkata tenang.
“Ini semua
Arkan punya pasal,”kata Reza.
“Siapa
punya pasal aku peduli apa!Kita ni di pihak yang sama.Kalau kau berdua
bergaduh,macam mana kau berdua nak bekerjasama dalam serangan esok!”
Reza dan
Arkan diam.Walaupun begitu,hati mereka masih panas.
“Baik kau
berdua bersiap sekarang.Walaupun kau berdua Genolis,jangan ingat diri tu dah
kuat sangat!”Perli Naimi.
Reza
memandang Naimi. “Kau tu apa rancangan pula?Aku tahu kau pembantu Tuan
Jabran,takkan kau nak bantu dia setiap masa?”
Naimi
ketawa kecil. “Itu salah satu tugas aku.Tapi,jangan risau,aku akan sertai kau
semua juga nanti!Bila serangan tu berjaya,kita serang tempat lain pula!”
“Ya...aku
harap...”celah Arkan.
Naimi
ketawa lagi.Mata Reza dan Arkan pula saling menjeling tajam.Hati mereka
menyimpan dendam.
* * * * *
Waktu Pagi,Kampung Fannani
“Wow,ini
ke Kampung Fannani?”Tanya Hafiz bernada kagum.Waktu
itu,dia,Inarah,Khazin,Naufal dan Dayana baru sahaja tiba di kampung itu
“Apahal?Terkejut
ke?Macam nilah keadaan kampung ni lepas saja serangan makhluk tu,”kata Inarah.
“Tak!Maksud
aku,suasananya tak macam kampung.Tengoklah,semuanya rumah batu dan mewah-mewah.Kenderaan
pun sama.Ini namanya kampung?”Kata Hafiz apabila melihat rumah-rumah dan juga
kenderaan yang terselamat daripada serangan itu.
Khazin,Naufal
dan Dayana ketawa besar mendengar kata-kata Hafiz itu.Khazin menepuk bahunya.
“Kau pun
tahukan,teknologi di dimensi ni jauh lebih maju berbanding di bumi.Di
sini,kawasan kampung memang macam ni.Kalau kat bandar dan kawasan kota,semuanya
bangunan tinggi-tinggi dan ada sesetengahnya pencakar langit,”terang Khazin.
“Tapi,sayang.Lepas
serangan tu semuanya musnah.Mujur tak ada yang hilang nyawa dan masih ada lagi
rumah yang terselamat,”ujar Inarah.
“Lagi
satu,”Hafiz bersuara. “Waktu dimensi ni awal satu waktu daripada tempat aku.Sekarang
di sini waktu pagi.Di tempat aku sekarang masa aku bertolak tadi waktu malam.”
“Betul
tu,”Khazin menepuk lagi bahu Hafiz.
Kelima-lima
remaja itu terus berjalan di dalam kampung itu.Tujuan mereka datang ke kampung
itu untuk mencari seseorang.
Dalam
pencarian itu,hati masing-masing hiba melihat suasana kampung itu.Mata mereka
terpandang sebuah rumah yang terselamat.Terdapat seorang wanita tua dan seorang
anak kecil.Anak kecil itu menangis.
“Mak,nak
balik!Tak nak tinggal kat sini!Mana rumah kita?”
“Rumah
kita dah tak ada,nak!Kita tunggu rumah kita siap dibina lepas tu kita
balik,ya,”wanita tua itu memujuk.
Anak kecil
itu terus menangis.Kelima-lima remaja itu berasa sayu memandang kedua-dua
beranak itu.
“Kasihannya,”kata
Dayana.
Hafiz
berasa terkilan.Dia terfikir,kalaulah dia menolak tentang pemilihannya sebagai
manusia terpilih,maknanya dia melepaskan tanggungjawab untuk menyelamatkan
penduduk di situ.Dia menggenggam tangannya seolah-olah kesal kerana pernah menolak
pemilihannya sebelum ini.
“Eh,itu
Adam,kan?”Inarah bersuara sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah seorang
lelaki berjalan tidak jauh dari situ.
Hafiz,Khazin,Naufal
dan Dayana memandang ke arah lelaki tersebut.Hafiz yang kenal lelaki bernama
Adam terus mengiakan tekaan Inarah.Mereka berlima terus mendapatkan lelaki itu.
“Adam!”Panggil
Inarah.
Adam
menoleh. “Oh,Hafiz,Inarah dan err...”Adam terpaku melihat tiga remaja lagi yang
tidak dikenalinya.
“Saya
Naufal,ini Khazin dan Dayana.Kami kawan mereka berdua dari dimensi ni
juga,”Naufal terus memperkenalkan diri sebelum Inarah sempat membuka mulut.
“Ooo...”Adam
mengangguk-angguk.
“Kau nak
ke mana?”Tanya Hafiz.
“Rumah Tok
Bazil.Katanya ada hal penting.Jomlah sekali!”
“Eloklah,kami
memang nak jumpa dia pun.”
Mereka
berenam berjalan menuju ke rumah Tok Bazil.Setibanya mereka di sana,kelihatan
Dali,Robert,Hafiy dan Kay berada di sana.Hafiz dan Inarah terpaku melihat Dali.
“Kau dye
rambut ke,Dali?Dah tukar warna hitam.Setahu aku warna kuning masa aku jumpa kau
hari tu,”beritahu Hafiz.
Mata Dali
terbeliak.Hafiy yang berada di belakangnya ketawa terbahak-bahak.Begitu juga
Robert, dan Kay.Adam yang baru tiba di situ turut ketawa.Wajah Dali merah
padam.
“Hah,Dali!Jawablah!Hafiz
tanya tu,”kata Hafiy.
Dali tidak
menjawab.Hatinya panas.
“Sebenarnya...”Adam
mendekati Dali. “...Dali ni dah tak ada rambut.Rambutnya rosak terkena api.Bila
dah gunting semua rambut,terus botak.Jadi,dia pakai rambut palsu,”Adam
menanggalkan rambut palsu Dali. “Mungkin sebab warna kuning kami kutuk dia,dia
tukar warna hitam.”
Dali
merampas kembali rambut palsu yang dipegang Adam sambil mendengus
kemarahan.Adam ketawa kecil.Hafiz,Inarah,Khazin,Naufal dan Dayana tersengih
sendiri melihat rupa Dali itu.
“Seronoklah
kau semua kenakan aku,hah!Tengoklah,ada ubi ada batas!”Dali memakai semula
rambut palsunya.
Adam,Hafiz
dan yang lain melambakkan ketawa mereka.Namun,ketawa mereka terhenti apabila
Tok Bazil muncul di muka pintu utama rumahnya.Masing-masing tunduk membisu.
“Seronoknya
ketawa.Ini bukannya masa untuk seronok.Ada hal lagi penting daripada itu!”Tegas
Tok Bazil.
“Apa
dia,tok?Kami datang pun pasal tok beritahu ada hal penting tok nak beritahu
kami.”
“Ya,termasuk
kamu berdua...dan err...tiga kawan kamu tu,”Tok Bazil memandang Hafiz dan
Inarah.Dia agak pelik kerana ada tiga lagi remaja bersama dua orang manusia
terpilih.
“Kami?”Soal
Inarah.
Tok Bazil
mengangguk. “Saya dah suruh seorang kawan saya periksa cip tu.Nampaknya,makhluk
tu memang dikawal oleh seseorang...tak...mungkin ramai yang terlibat.Kedudukan
mereka di Barat cuma tak tahu siapa yang mengawalnya.”
Hafiz
tiba-tiba teringatkan Fajar.Walaupun dia tahu Fajar terlibat dalam serangan
itu,tetapi dia yakin bukan Fajar yang mengawal makhluk-makhluk itu.Lebih-lebih
lagi apabila Inarah memberitahunya Fajar mungkin telah dipergunakan.
“Ada lagi
satu.Kawan aku beritahu,melalui cip tu,makhluk-makhluk itu diberi arahan untuk
menyerang sebuah kota,Kota Batu Karang.Mereka akan serang kota tu dua tiga hari
lagi.”
Hafiz,Adam,Robert
dan yang lain terkejut mendengar berita itu.Masing-masing saling berpandangan
sesama sendiri.
“Yang lagi
teruk,adik aku tinggal di sana,”tambah Tok Bazil.
“Jadi,tok
nak ke sana?Bawa kami sekali?”Tanya Naufal.
Tok Bazil
mengangguk. “Aku mesti selamatkan adik Aku dan beritahu tentang perkara ni pada
semua penduduk di sana.Saya ingat nak bertolak hari ni supaya sempat nak buat
persediaan.”
“Dah tak
sempat,”tiba-tiba satu suara muncul dari belakang mereka.Suara itu milik
Profesor Rinse.
“Rinse,apa
kau buat di sini?”Tanya Tok Bazil.
Profesor
Rinse tidak menjawab soalan itu.Dia berjalan mendekati Tok Bazil dan
lain-lain.Wajahnya serius.
“Setengah
jam tadi aku baru saja terima satu arahan untuk makhluk-makhluk tu dari cip
yang kau bagi.Nampaknya serangan itu bukan lagi dalam dua tiga hari.Ia
bermula...esok!”
Mereka
semua yang berada di situ berasa seperti satu panahan halilintar menyambar
jantung mereka,lebih-lebih lagi Tok Bazil.Lelaki separuh umur itu jatuh
terduduk.Dia benar-benar mengalami kejutan. “Lubaid...”
Kay
menarik lengan Profesor Rinse. “Kau jangan main-main!”
“Aku
takkan main-main perkara macam ni!Lagipun,apa faedahnya kalau aku
bohong?”Protes Profesor Rinse.
Kay
melepaskan lengan Profesor Rinse sambil menjerit marah. “Arghh,dah la Malik aku
belum jumpa!Timbul satu masalah!Kejam betul mereka tu!”
“Kay!”Robert
cuba menenangkan sahabatnya itu.
Naufal
segera berpaling ke arah Hafiz dan Inarah.
“Apa kau
berdua nak buat?”
Hafiz dan
Inarah menghela nafas. “Nak buat macam mana.Kalau dah serangan tu esok,hari ni
juga kita kena bertolak,”kata Hafiz.
“Betul
tu.Tapi,kita tak boleh berlengah.Kita kena bertolak sekarang.Kota Batu Karang
tu dua puluh kilometer dari sini,”Ghaisan mencelah.
“Tak
adalah jauh sangat,”kata Khazin.
“Memanglah.Tapi
untuk ke sana,kita kena melalui Padang Pasir Ahwaz.Perjalanan kita akan jadi
lambat sebab angin pasir di situ bila-bila masa saja bertiup.Tambahan pula,kamu
semua tahukan ia dekat dengan Gua Dendaron,tempat tinggal makhluk-makhluk
tu?”Hafiy menyampuk.
Kelima-lima
remaja itu saling berpandangan.Tiba-tiba Inarah bersuara, “Aku ada idea.Kita teleport terus ke sana.Tak payah naik
kenderaan.”
Hafiz
mengerutkan keningnya. “Boleh ke macam tu?”
“Mestilah
boleh.Kota tu tak jauh sangat.Kita takkan guna tenaga banyak,”kata Inarah
dengan yakin.
“Tapi,kita
perlukan juga kenderaan bila ada di sana nanti.Manalah tahu kita nak berjalan
ke mana-mana ke...takkan nak teleport
saja,”celah Adam.
Inarah
tersentak.Dia menggaru-garu kepalanya sambil tersengih. “Betul juga...”
Tok Bazil
yang mendengar kenyataan mendekati Inarah dan Hafiz. “Kamu berdua boleh teleport sekali apa saja yang benda kamu
pegang?”
Inarah dan
Hafiz berpandangan.Kemudian,mereka mengangguk.
“Kalau
macam tu,senang,”Tok Bazil berjalan ke bahagian belakang rumahnya.Mereka yang
berada di situ hanya memandang tindak-tanduk Tok Bazil dengan penuh tanda tanya.
Tidak lama
kemudian,keluar sebuah van dari belakang rumah.Reka bentuk van itu memang
berlainan dan lebih canggih berbanding di bumi.Van itu berhenti di hadapan
Hafiz dan lain-lain.Hafiz hairan melihat van itu kerana van itu tiada ekzos
enjin walaupun mempunyai tayar.
“Ekzosnya
mana?Macam mana nak keluar asap?”Tanya Hafiz.
“Van ni
bergerak dengan menggunakan tenaga elektrik seratus peratus.Mana ada guna ekzos,”terang
Khazin.
“Oh,aku
lupa!Ini Mena.Hmm...reka bentuknya pun lain.”
Tok Bazil
keluar dari van tersebut lalu mendekati Hafiz dan Inarah. “Saya ada idea.Kami
semua akan masuk ke dalam van ni.Kamu berdua pula sentuh van ni dan teleport ke sana dengan van ni
sekali.Boleh,kan?”
Terlopong
mulut Hafiz dan Inarah mendengar cadangan tersebut.
“Bagus
juga idea tok tu.Tapi,boleh ke macam tu?”Pertanyaan Hafiz itu dibalas dengan
pijakan kaki oleh Inarah.
“Adoi,kau
ni asyik pijak kaki aku je!”Rungut Hafiz.
“Kau tanya
tmacam tak yakin.Mestilah boleh,”Inarah memandang Tok Bazil. “Tok,kami setuju.Small matter.”
Hafiz
tidak berpuas hati. “Nanti,aku tak bagi jawapan lagi...”Sekali lagi Inarah
memijak kaki Hafiz dan sekali lagi Hafiz mengaduh kesakitan.
“Err...tok,kita
boleh mulakan sekarang!”Kata Inarah.
Tok Bazil
mengangguk.
“Abang,ni
bagasi abang!”Tiba-tiba isteri Tok Bazil muncul di muka pintu.Di tangannya
menjinjit dua bagasi pakaian.
“Eh,aku
pun tak bawa pakaian aku!”Dali bersuara.
“Tak
payah,Dali.Lambat.Dekat sana nanti kita beli baju.Tak pun pinjam saja baju adik
Tok Bazil,”kata Adam.
“Aku takut
tak muat.”
“Muatkan,susah
apa.Kau tu sama tinggi dengan Tok Bazil.Adik Tok Bazil mesti sama dengan
je,”Hafiy pula menyampuk.
“Hei,jangan
bertekaklah!”Teriak Tok Bazil yang sudah berada di dalam van.Kemudian,dia
memandang isterinya. “Abang pergi dulu.”
Dayah
mengangguk.
“Mak
cik,tolong beritahu keluarga kami yang kami ikut Tok Bazil,”suruh Adam.
Dayah
mengangguk lagi.
“Rinse,kalau
ada apa-apa maklumat lagi,hubungi aku!”Kata Tok Bazil.
Profesor
Rinse mengangguk.
Adam,Robert,Kay dan lain-lain kecuali Hafiz dan Inarah masuk ke dalam
perut van.Setelah semuanya masuk dan bersedia,Hafiz menyentuh badan van
tersebut di sebelah kiri van manakala Inarah di sebelah kanan van.
“Ready,Hafiz?”Tanya Inarah.
Hafiz
menaikkan ibu jarinya.Inarah yang nampak bahasa tubuh Hafiz melalui cermin
tingkap van dari arah bertentangan tersenyum.
Seketika
kemudian,dalam sekelip mata van itu hilang dari pandangan Dayah dan Profesor
Rinse.Dayah menghela nafas kerisauan.
Kota Batu Karang
Van
kepunyaan Tok Bazil berada di satu kawasan lapang yang berumput.Di situ
terdapat juga kenderaan-kenderaan lain seolah-olah ia kawasan tempat letak
kenderaan.
Hafiz dan
Inarah jatuh terduduk.Mereka termengah-mengah.Dayana keluar dari van
mendapatkan Inarah. “Kau okey?”
“Okey,tak
sangka pula sampai penat macam ni.”
Khazin dan
Naufal membantu Hafiz bangun.Hafiz mengurut-urut dadanya.Tok Bazil dan
anak-anak buahnya keluar dari van.Tok Bazil memegang bahu Hafiz.
“Tok minta
maaf.Tak sangka sampai jadi macam ni.”
Hafiz
tersenyum. “Tak apa,tok.Sikit saja.Lagipun,kami sendiri tak pernah lagi bawa
benda sebanyak ni masa buat teleport.”
Inarah
yang baru sahaja menyertai mereka bersama Dayana mengangguk-anggukkan
kepalanya.Tok Bazil menarik nafas lega.
“Kau
berdua berhentikan van dekat mana ni?”Tanya Robert sambil memerhatikan keadaan
sekitar di situ.
Mereka
sedang berada di kawasan berumput yang dipenuhi kenderaan yang tersusun rapi.Di
hadapannya pula bukan lagi kawasan berumput tetapi kelihatan seperti taman
sebuah taman.Ramai orang sedang berjoging,beristirehat dan sebagainya.Terdapat
juga gerai-gerai di menjual makanan di situ.
“Aku yakin
kita ada di Kota Batu Karang.Tapi,kalau kau maksudkan tempat
ni...entahlah,”jawab Hafiz.
“Taman
Rekreasi Sana’...”Dayana bersuara.
Mereka
semua serentak memandang Dayana.
Dayana
tersenyum. “Aku ingat lagi pemandangan ni.Kalau tak silap aku pernah ke sini
tahun lepas.Taman ni taman yang paling cantik di kota ni.”
“Jadi,betullah
sekarang kita ada di kota ni?”Tanya Kay.
Dayana
mengangguk.
“Bagus!”Kata
Tok Bazil sambil mengeluarkan buku kecil dari dalam kocek bajunya. “Adik aku
baru duduk di kota ni bulan lepas.Jadi,aku tak tahu dekat mana dia
tinggal.Nasib baik dia tinggalkan alamat.”
“Hotel
Kistina?”Adam membaca alamat itu.Dia memandang Dayana. “Kau kata pernah ke
sini.Kau tahu dekat mana hotel tu?”
“Hotel
Kistina?Itu hotel mewah di kota ni,”ujar Dayana. “Kalau dari taman kita berada
sekarang,lebih kurang lima,enam kilometer.”
“Tak
adalah jauh.Jom,kita pergi!Kali ni kita naik van.Hafiz dan Inarah dah tak larat
nak teleport kita,”cadang Ghaisan.
Namun,semasa
mereka semua baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam van,Hafiz ternampak
satu bebola elektrik datang dari arah sebelah kiri meluncur laju menuju ke arah
mereka.
“Ke
belakang!”Jerit Hafiz membuatkan Inarah dan lain-lain terkejut.
Bebola
elektrik itu semakin hampir dan Hafiz lantas ke hadapan dan membuat pelindung
jingga yang sederhana besar saiznya.Bebola elektrik itu terkena pelindung
tersebut dan meletup.
Letupan
kuat itu menyebabkan keadaan bergegar seketika membuatkan suasana taman yang
dikenali Taman Rekreasi Sana’ itu haru-biru.Semua manusia di situ menjerit dan
berlari lintang pukang.
Hafiz
mengibas-ngibas mukanya daripada terkena asap.Di hadapan sana kelihatan seorang
lelaki.Lelaki itu memandang tajam dan mulutnya mengukir senyuman sinis ke arah
Hafiz.
“Fajar?”Bisik
Hafiz.
“Kita
jumpa lagi,Hafiz.Aku dah agak kau ada di sini lepas dapat tahu kota ni akan
diserang,kan?”Kata Fajar masih tersenyum sinis.
“Fajar?Dia
ke lelaki tu?”Bisik Inarah.
Khazin
yang terdengar bisikan Inarah itu mendekatinya. “Siapa Fajar?”Tanyanya.
Inarah
memandang Khazin. “Dia orang Mena sama macam kau.Menurut Hafiz,Fajar ni
bermusuhan dengan kami berdua.Dia ada kaitan dengan Genolis yang serang Kampung
Fannani hari tu.”
“Tapi,bebola
elektrik tadi dia yang buat,kan?Dia orang Mena.Macam mana tu?”Tanya Dayana
pula.
“Aku yakin
dia dah dipergunakan Genolis.Apabila ada penduduk Mena sertai mereka,mereka
juga akan disuntik dengan Gen Genolis.Kau semua tentu tahu tentang gen
tu,”terang Inarah lagi.
“Tapi,mesti
ada sebab budak Fajar tu sertai mereka,”teka Naufal.
“Ada
sesetengah penduduk Mena sengaja sertai mereka dan ada yang terpaksa.Kalau
dalam kes Fajar,aku tak tahu nak cakap apa.”
Hafiz
masih memandang Fajar.Di tangan Fajar masih ada bebola elektrik yang
bernyala-nyala.Dia berjalan beberapa langkah ke hadapan.
“Kalau
hari tu aku gagal,hari ni aku takkan gagal lagi,”kata Fajar.
Hafiz diam
sahaja.Dia hanya memandang tajam ke arah Fajar.
Inarah
berjalan beberapa tapak ke hadapan mendapatkan Hafiz. “Hafiz,biar aku
to...”kata-katanya dan langkah kakinya terhenti apabila Hafiz mendepakan tangan
kanannya di hadapan Inarah.
“Kau semua
pergi dulu.Biar aku uruskan dia,”ujar Hafiz.
“Tapi...”
“Dia
datang cari aku.Biar aku saja di sini.Kau semua pergi ke Hotel Kistina.Nanti
aku ke sana.”
Inarah tidak
berganjak.Pandangannya tajam memandang Hafiz.
“Jangan
risau,”kata Hafiz. “Aku akan menang.”
Inarah
menghela nafas. “Baiklah.Tapi,ingat!Kau mesti menang.Aku akan pijak kaki kau
sampai lumat kalau kau kalah!”Katanya seolah-olah memberi amaran.
Hafiz
tersenyum sinis. “Tahulah aku,”dia mengambil batu jed di dalam poket seluar
trekshutnya.Dia menepuk batu jed itu dan sebilah pedang muncul pada tapak
tangannya.
“Pergi!”Jerit
Hafiz.
Inarah,Tok
Bazil dan lain-lain lantas masuk ke dalam perut van.Dali bertugas untuk
memandu.Van itu meluncur beredar dari situ.Fajar yang melihat van itu pergi
melontarkan bebola elektrik ke arah van tersebut tetapi Hafiz lantas menghalang
bebola itu dengan pedangnya.Bebola itu melantun ke arah sebuah gerai makanan di
taman itu lalu meletup.
“Kau
datang cari aku.Aku sasaran kau,bukannya mereka.”
Fajar
tersenyum sinis.
Sementara
itu di dalam van Tok Bazil,masing-masing hairan memandang Inarah.
“Kenapa kau
tak tolong dia?”Tanya Kay.
“Hafiz tak
boleh berlawan seorang diri,”Hafiy menyampuk.
“Kita kena
yakin yang dia boleh kalahkan Fajar.Dia sendiri yang putuskan,”balas Inarah
selamba.
“Kau yakin
ke?”Tanya Dali yang sedang memandu.
Inarah
mengangguk. “Ya,dan dia dah beritahu supaya kita jangan risaukan dia.”
“Tapi,aku
tak yakin...”
“Kita kena
yakin!”Tegas Inarah. “Hafiz sendiri yakin yang dia boleh menang.Jadi,kita pun
kena yakin dengan dia.Kita kena berdoa supaya dia menang dan selamat balik pada
kita!”
Mereka
semua terdiam mendengar kata-kata Inarah.Jauh di sudut hati mereka,mereka mengiyakan
kata-kata yang terbit dari mulut gadis belasan tahun itu.
Van itu terus meluncur menuju
ke destinasinya;Hotel Kistina.
No comments:
Post a Comment