Saturday, March 26, 2011

BAB 10


FAJAR memegang lengan Naufal dan Khazin sambil berlari pantas.Kelajuan lariannya lebih daripada satu perempat daripada kelajuan biasa.Itu adalah salah satu abiliti Genolis yang ada padanya.Khazin dan Naufal yang dipegang lengannya sekadar mengikut.
     Sekarang mereka sudah menghampiri kawasan hutan.Fajar memperlahankan lariannya untuk memudahkan mereka     mencari Faruk dan Gomez.Mereka tidak mahu terlepas pandang nanti.Faruk dan Gomez sudah jauh mendahului mereka bersama-sama Khalil yang dijadikan tebusan.
     “Kan senang kalau kita cari dari udara?”Luah Naufal.
     “Susah nak cari sebab kawasan hutan tu tebal.Lagipun,kau berdua berat.Aku tak larat nak angkat!”Balas Fajar selamba sambil berlari dengan kelajuan sederhana.
     “Eleh,alasan!Hafiz pun pernah terapung pegang kami berdua juga!Boleh saja!”
     “Apa-apalah.Yang pasti kalau kita cari di udara memang susah.Sebab tu aku lari saja.”
     Naufal mencebik dan mempedulikan Fajar.Dia memandang Khazin. “Eh,Khazin!Kau rasalah...”Ayatnya terhenti melihat riak wajah Khazin.
     Wajah Khazin masam mencuka.Keadaannya seperti risaukan sesuatu.Nampaknya dia langsung tidak sedar akan panggilan Naufal sebentar tadi.
     “Khazin?”Panggil Fajar pula.Lariannya terus terhenti melihat reaksi Khazin yang menyedihkan itu.
     Kali ini barulah Khazin tersedar.Dia memandang sekelilingnya sebelum dia memandang Fajar dan Naufal.Fajar dan Naufal memandangnya dengan wajah risau.Terbit pula perasaan bersalahnya kepada kedua-dua rakannya itu.
     Naufal menyentuh bahu sepupunya. “Kenapa ni?”Tanya Naufal. “Kau...risaukan Abang Khalil ke?”Dia meneka.
     Khazin tidak terus menjawab.Dia menghembus nafas kasar.
     “Khazin?”
     “Ya,”jawab Khazin jujur. “Aku rasa tak sedap hati dari awal dia dibawa lari tadi,”dia meluahkan perasaannya.
     “Aku minta maaf.Sepatutnya aku tak cuai tadi,”Fajar meminta maaf.
     “Tak,Fajar.Bukan salah kau,”nafi Khazin. “Abang aku tu masih sakit dan lemah,memang senang dua orang Genolis tu nak menangkapnya.”
     Fajar dan Naufal memandang sayu wajah Khazin.Perasaan simpati bercampur serba salah menyelubungi mereka.
     Khazin pula tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku lebih kurang dua puluh minit lepas.Sewaktu abang kandungnya,Khalil dibawa lari semula oleh Faruk dan Gomez.Timbul perasaan bersalah yang amat kerana tidak sempat menyelamatkan abangnya.

Dua puluh minit yang lalu
     Khazin,Naufal,Faruk dan Gomez tergamam seketika melihat Fajar mendarat ke bawah bersama Khalil yang sedang dipapahnya terutamanya Khazin.Dia seperti tidak percaya melihat seorang insan yang teristimewa baginya berada di hadapan matanya.Walaupun wajah itu kelihatan kusut,dia masih cam wajah insan itu.
     Khazin berjalan perlahan-lahan ke hadapan sambil memerhatikan wajah di sebelah Fajar itu.Dadanya terasa sebak seperti mahu menangis tetapi ditahannya.Kalau boleh,dia tidak mahu insan teristimewa di hadapannya itu melihatnya menangis.
     Khalil tersenyum nipis ke arah wajah lelaki remaja yang datang menghampiri itu...dan dia agak terkejut apabila Khazin terus berlari mendapatkannya lalu memeluknya.Melihat keadaan itu,Fajar melepaskan rangkulannya terhadap Khalil.
     “Abang...”Khazin memanggil lembut ketika memeluk Khalil.
     Khalil sekadar tersenyum lalu membalas pelukan itu.Dia tidak tahu hendak bercakap apa.Apa yang dia tahu,itulah hari yang paling menggembirakan dirinya.Setelah tiga tahun tidak berjumpa,akhirnya mereka bertemu juga atas ketentuan takdir.
     Khazin dan Khalil melepaskan pelukan mereka setelah beberapa saat mereka berpelukan.Tiada air mata yang mengalir tetapi perasaan gembira dan sebak terpacar pada wajah mereka.Jelas sekali ikatan antara mereka adik-beradik kuat walaupun sudah lama tidak berjumpa.
     Sementara itu,Fajar sedang dihampiri Naufal.Naufal memerhatikan setiap inci wajah dan tubuh Fajar.Dia seperti mengenali lelaki itu cuma dia tidak berapa pasti.
     “Woi,apahal tengok aku macam tu?Kau ambil kesempatan ya?Geli aku!”Fajar yang sedar akan hal itu sengaja menyakat.
     “Woi,kau ingat aku macam tu ke?Tak teringin aku!Nauzubillah!”Cepat-cepat Naufal menyangkal. “Kau Fajar,kan?”Soalnya pula inginkan kepastian.
     “Kenapa?Takkan tak ingat muka aku yang kacak ni?”Fajar menyakat lagi.
     Naufal mengalihkan pandangan ke belakang lalu berpura-pura membuat gaya seperti orang muntah.Fajar ketawa melihatnya.Kemudian,dia memandang pula ke arah Khazin dan Khalil.Mereka berdua masih bersama.Fajar tersenyum sendirian.
     “Aku tak ada masa nak tengok drama!”Pekikan Faruk mengejutkan Fajar,Khazin,Naufal dan Khalil.
     Faruk dan Gomez memandang mereka dengan marah sekali.Faruk menghentam tapak tangannya ke tanah.Batu-batu timbul dari permukaan tanah menuju ke arah Khazin dan Khalil.Khazin terpegun tidak sempat berbuat apa-apa.
     Melihat keadaan itu Fajar bertindak pantas dengan berlari di hadapan kedua-dua beradik itu dan menghasilkan pelindung jingga.Khazin dan Khalil terselamat.
     “Hei!Kau siapa hah?Berani kau masuk campur hal kami!”Bentak Faruk kepada Fajar.
     “Aku Genolis yang telah dipergunakan oleh rakan-rakan Genolis kau dulu!Genolis-Genolis macam kau berdua memang layak menerima hukuman berat!”Fajar membalas dengan suara mendatar dan serius.
     “Dipergunakan?Oh,jadi kau sama saja dengan orang lelaki pembelot tak guna tu,ya?”Perli Gomez pula merujuk kepada Khalil.
     “Jangan panggil abang aku macam tu!”Khazin keluar dari pelindung jingga dan meluru ke arah Faruk dan Gomez sambil menghunuskan Lamani.
     “Jangan Khazin!”Fajar cuba untuk menghalang tetapi sia-sia.Khazin sudah berlari jauh ke depan.
     “Kau berdua memang kejam!”Khazin terus berlari sambil menghunus Lamani.Dia bertindak mahu menyerang.
     Sementara Gomez yang melihat tersenyum lebar.Dia yang masih mengawal Encik Dasuki dan Umar semakin menggenggam tangannya dengan kuat.Bunyi jeritan kesakitan dari Encik Dasuki dan Umar kedengaran.
     Larian Khazin terus terhenti mendengar jeritan itu.
     “Kenapa?Takut?”Soal Gomez dengan nada perli dibalas dengan dengusan kasar Khazin.
     “Baik kau serahkan Khalil semula.Kalau tak,tahulah nasib dua beranak ni!”Ugut Faruk.
     Khazin mendengus lagi.Hatinya serba-salah sekarang.Naufal pula hendak menolong tetapi dia juga mati akal.Fajar pula merenung kedua-dua Genolis itu tajam.Di belakangnya,Khalil sudah berada dalam pelindung jingga dalam keadaan lemah.Sejurus kemudian,dia terfikir sesuatu.
     Tanpa berfikir panjang,Fajar teleport.Dia sudah tiada di hadapan Khalil membuatkan Naufal terperanjat.Fajar muncul semula di atas udara berdekatan dengan kedudukan Encik Dasuki dan Umar.
     Gomez dan Faruk mengerutkan dahi melihat tindakan Fajar itu.Mereka bertambah terkejut apabila Fajar menggenggam kedua-dua tangannya di antara kedudukan Encik Dasuki dan Umar.
     “Nanti!Apa kau buat?”Habis sahaja ayat Gomez,Fajar menarik kedua-dua tangan yang digenggamnya itu ke atas.Bunyi ‘tas’ jelas kedengaran.
     Semasa itu juga,mereka ternampak seutas tali yang sudah putus dipegang Fajar dan juga yang mengikat Encik Dasuki dan Umar.Kelihatan juga tali itu bersambung dengan jari-jemari Gomez.Selepas ikatan itu diputuskan,tali yang mengikat badan Encik Dasuki dan Umar longgar dan terlerai.
     Encik Dasuki dan Umar hampir jatuh ke bawah dan Fajar lantas menyambut.Dia teleport dari situ dan muncul di dalam pelindung jingga.Dia meletakkan Encik Dasuki dan Umar yang lemah di dalam pelindung itu.
     “Tak guna kau!”Kutuk Gomez.Geram betul rasanya apabila budak mentah seperti Fajar dapat mematahkan abilitinya.
     Fajar ketawa. “Tali itulah yang mengikat Khalil di dalam hutan,kan?Namanya Tali Haba Halimunan,betul tak?Cuma kau berlainan sikit daripada tali Musyary sebab kau boleh mengawal mereka macam boneka,”kata Fajar dibalas dengan dengusan Gomez.
     “Aku boleh putuskan Tali Haba Halimunan itu dengan senang sebab aku juga Genolis.Cuma bezanya aku ni baik banyak daripada kau berdua.Sekarang macam mana?Boleh kita berlawan dengan adil?”Sambungnya lagi.
     “Diam!!!”Serentak dengan jeritan Gomez itu,seluruh kawasan di situ bergegar.
     Khazin,Naufal dan Fajar jatuh terduduk akibat gegaran secara mengejut itu.Khalil yang masih berada di dalam pelindung jingga bersama Encik Dasuki dan Umar turut sama merasai gegaran itu.
     “Kenapa ni,ayah?”Tanya Umar ketakutan sambil memeluk ayahnya.
     “Ayah tak tahu,Umar,”jawab Encik Dasuki.Dia sempat mengerling ke arah Khalil.Pemuda itu membisu seribu bahasa.
     “Arrrggghhh!!!”Gomez menderam.Kemudian,muncul pancaran-pancaran laser di sekelilingnya membentuk satu bulatan.
     “Apa pula tu?”Teriak Naufal.
     Gomez menderam seketika sebelum dia menghalakan kedua-dua tangannya ke hadapan.Pancaran-pancaran laser yang mengelilinginya tadi sekarang sedang memancar ke arah sasarannya iaitu Khazin,Naufal dan Fajar.
     Mereka bertiga terkejut lantas mengelak-elak pancaran-pancaran itu.Mujur juga Khalil,Encik Dasuki dan Umar berada di dalam pelindung jingga.Jika tidak,sudah tentu mereka juga menjadi mangsa.
     Sedang Fajar dan Naufal sedang mengelak pancaran demi panacaran laser,Khazin mengambil kesempatan untuk menyerang Gomez tetapi berjaya dihalang Faruk.Pedang mereka berdua bertembung.
     “Kalau kau nak Gomez hentikan serangan ni,baik kau mengalah dan serahkan Khalil kepada kami!”Faruk mengugut lagi.
     “Bising!”Pedang Lamani bercahaya api lalu Khazin mengawal pedangnya menolak pedang Faruk.Faruk terundur beberapa langkah ke belakang.
     “Degil hah!”Tangan kiri Faruk menolak kuat bahu Khazin.
     Khazin terjatuh tersembam ke belakang.
     “Woi,berani kau!”Bentak Naufal yang ketika itu sedang menangkis satu pancaran laser dengan bilah Ukail.
    Apabila dinampaknya Khazin diserang,dia mahu membalas tetapi dia dihalang oleh dua pancaran laser yang sedang memancar di hadapannya.Mujur dia sempat mengelak.
     Pancaran-pancaran laser semakin memancar sehinggakan ketiga-tiga remaja itu tidak menang tangan menangkis serangan itu.Ditambah pula dengan kekacauan Faruk.Sekejap dia mengacau Khazin,sekejap dia mengacau Fajar dan juga Naufal.Mereka bertiga sudah keletihan sehingga mereka hampir terlupa akan Khalil,Encik Dasuki dan Umar yang berada di dalam pelindung jingga.
     Di dalam pelindung jingga,Khalil sedang memerhatikan pertarungan di hadapannya itu.Angin marahnya meluap-luap.Kawasan di situ sudah berlubang-lubang tanahnya.Khazin,Naufal dan Fajar pula sudah termengah-mengah.
     Akhirnya,Khalil nekad.Dalam keadaan dirinya yang lemah,dia bangun perlahan-lahan sambil menahan kesakitan badannya.
     “Khalil,kamu nak ke mana?”Tanya Encik Dasuki.
     “Encik Dasuki,”panggil Khalil. “Terima kasih sebab layan saya dengan baik sepanjang saya kenal encik.Kalau terjadi apa-apa pada saya,tolong wakilkan saya meminta maaf kepada Zafreen sebab saya berbohong kepadanya selama ni.”
     “Kenapa kamu cakap begitu,Khalil?Kamu bohong apa pada dia?Apa kamu nak buat ni?”Encik Dasuki mula berasa tidak sedap hati melihat kelakuan Khalil itu.
     Khalil sekadar membisu.Dia menguatkan dirinya yang sudah lemah itu berlari keluar dari pelindung jingga.
     “Khalil!”Panggil Encik Dasuki.
     Panggilan Encik Dasuki itu mengejutkan ketiga-tiga remaja itu terutamanya Khazin.Dia terkejut seperti terkena kejutan elektrik apabila melihat abang kandungnya tiba-tiba berlari keluar dari pelindung jingga.
     “Abang jangan!”Khazin cuba menghalang.
     Khalil tidak mempedulikan halangan adiknya itu.Sambil berlari kedua-dua tapak tangannya mengeluarkan bebola elektrik.Faruk yang berada tidak jauh dari situ tersenyum lebar lalu teleport.
     Sejurus kemudian,dia muncul betul-betul di hadapan Khalil.Khalil berhenti berlari.Faruk mengangkat tapak tangannya dan menghasilkan bebola cahaya yang mengeluarkan bunyi berdesing.Ditusuknya bebola cahaya itu ke perut Khalil.
     Bebola elektrik yang dihasilkan Khalil hilang serta-merta.Tubuhnya rebah di atas badan Faruk.Faruk menoleh ke arah Gomez dan memberi isyarat sesuatu.Gomez mengangguk faham dan menghentikan serangan pancaran lasernya.Gegaran terhenti.
     “Abang!”Khazin mahu berlari mendapatkan abangnya.Faruk yang ternampak menolak tapak tangannya ke hadapan.Angin kecil terhasil lalu menolak Khazin.
     “Kami akan bawa abang kau ke hutan sana!Kalau kau nak dia selamat,kita bertarung di sana!”
     “Kenapa kau berdua kejam sangat dengan dia,hah!”Sampuk Fajar.
     “Sebab dendam Musyary!Musyary takkan benarkan sekali-kali pembelot ni hidup!Tapi sebelum tu,kami akan bermain-main dengan kau semua!Biar kau semua dengan pembelot ni sekali rasa betapa sedihnya apabila seorang adik kehilangan seorang abang!Sebagai kawan dia,aku akan tolong dia untuk balas dendam!”
     Terguris hati Khazin mendengar kata-kata Faruk itu.Kelihatan sekarang nasib itu sudah menyerupai dirinya pula.Hatinya benar-benar mengalami tekanan.
     “Jumpa di sana nanti!”Faruk dan Gomez terus menghilangkan diri dari situ dengan teleport.
     “Cis,terlepas lagi!”Teriak Naufal sambil menumbuk tanah.
     “Sudah,mari pergi!Kita tak boleh buang masa!”Fajar mengajak.
     “Sekejap!Aku nak hubungi Inarah!Dia dan Hafiz mesti sudah ada di Mena sekarang!”Celah Khazin. “Tapi aku tak bawa mini komputer aku!”Dia tersedar separuh merungut.
     “Pak cik ada,”Encik Dasuki pula mencelah sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.Mini komputer hologram.
     Khazin terus menyambar mini komputer hologram itu.
     “Pak cik merayu kepada kamu semua,tolong selamatkan Khalil!”Rayu Encik Dasuki.
     “Pak cik ni siapa?”Tanya Fajar.
     “Pak cik tuan rumah ini,”jawab Encik Dasuki sambil menunjukkan ke arah villa di hadapan mereka itu.
     “Apa?Jadi,pak cik ni ayah kepada Kak Zafreen?”Soal Naufal pula terperanjat.
     “Kamu kenal Zafreen?”Tanya Encik Dasuki pula.
     Naufal menceritakan segala-galanya dari A sampai Z.Barulah Encik Dasuki tahu bagaimana mereka mengenali anak perempuannya.
     “Jangan risau,pak cik!Kami akan selamatkan Khalil...”Khazin menyampuk sambil menghulurkan mini komputer hologram kepada Encik Dasuki. “...yang juga abang kandung saya.”
     Encik Dasuki terkebil-kebil.
     “Dah beritahu Inarah?”Tanya Naufal.
     Khazin mengangguk. “Mari pergi!”
     Naufal angguk. “Kami pergi dulu pak cik!Doakan kami.”
     Encik Dasuki mengangguk-angguk.Umar di sebelahnya masih mendiamkan diri dari tadi.Dia tidak menyampuk percakapan orang-orang yang lebih tua daripadanya itu.
     Fajar memegang lengan Naufal dan Khazin. “Pegang tangan aku sekali.Aku akan berlari laju,”pesannya.
     Fajar menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.Setelah mengumpulkan sepenuh tenaganya,dia berlari laju beredar dari situ dengan pantas meninggalkan Encik Dasuki dan Umar.

Sekarang
     Khazin mengeluh sambil menundukkan mukanya.Mengingatkan peristiwa itu,hatinya terkilan yang amat.
     “Sudahlah,”Fajar menepuk bahu Khazin. “Baik kita pergi sekarang sebelum terlambat.”
     “Masalahnya kita tak tahu mereka di mana.Hutan tu luas.”
     “Itulah yang dipanggil ‘cari’.Kalau tak bukan ‘cari’ namanya.”
     “Kau rasa Musyary dan Hanz dah tahu tentang perkara ni?”Tanya Naufal mencelah perbualan Khazin dan Fajar.
     “Aku tak pasti tapi mungkin mereka dah tahu,”jawab Fajar.
     “Tadi Musyary dan Hanz tinggalkan kita sebab nak cari Hafiz dan Inarah,kan?Agaknya mereka dah berjumpa tak lagi?”
     “Jangan tanya!Aku tak boleh jawab!”Ujar Fajar sambil mengibas-ngibas kedua-dua tangannya ke kiri dan ke kanan.
     Khazin ketawa kecil melihat telatah rakan-rakannya itu.Namun jauh di sudut hatinya,dia masih risaukan keselamatan abangnya.Perasaan itu semakin memuncak sekiranya dia masih tidak bertemu dengan abang kandungnya.
     “Jomlah kita pergi sekarang!”Gesa Naufal.
     “Nanti,kita tak boleh tergesa-gesa!Kita masih belum berjumpa dengan Hafiz dan lain-lain lagi,”Fajar menahan.
     “Habis tu?”
     “Macam ni.Sekarang kita tunggu saja di sini.Kalau mereka nak datang ke hutan ni,pasti mereka akan lalu di sini.Kita akan pergi bersama mereka,”Fajar memberikan cadangan.
     “Tapi,nanti kita lambat...”
     “Khazin,bawa bersabar,”Fajar menyentuh bahu Khazin untuk menenangkannya. “Kita tak boleh terburu-buru.Kita kena ada perancangan.Kita tak tahu apa rancangan Genolis-Genolis tu.”
     “Aku setuju.Kalau kita kalut,nanti buruk padahnya nanti,”sokong Naufal.
     Khazin mengeluh nafas berat.Kalau boleh mahu sahaja dia terus pergi menyelamatkan abangnya.Namun apabila difikirkan kembali memang betul apa yang dikatakan Fajar itu.Sekiranya terburu-buru nanti lain pula jadinya.Dia perlu bersabar.
     Dengan hati yang berat,dia menjawab, “Baiklah.Kita tunggu mereka...”
     Fajar dan Naufal tersenyum.
     Fajar memandang ke arah langit.Waktu pagi masih berlabuh.Sudah macam-macam peristiwa berlaku pada waktu pagi yang indah itu.

No comments:

Post a Comment