Saturday, March 26, 2011

BAB 9


SEMENTARA Khazin dan Naufal sibuk bertarung dengan Faruk dan Gomez,di satu tempat yang lain di atas udara,Hafiz dan Inarah sedang berhadapan dengan Musyary dan rakan sekutunya Hanz.Itu adalah pertemuan mereka berdua buat pertama kali.
     Hanz mendepakan tangan kanannya.Cahaya bergaris merah muncul pada tapak tangan.Cahaya garisan merah itu kelihatan seperti seutas tali yang panjang dan tebal sedang meliuk-lintuk ke atas,ke bawah,ke kiri dan kanan.Sambil ketawa sinis,Hanz mengawal tali merah itu dengan melibasnya ke arah Hafiz dan Inarah.
     Hafiz dan mengelak libasan itu tetapi malang bagi Inarah kerana dia gagal mengelak dari serangan itu.Badannya dilibas dengan tali merah itu lalu jatuh ke bawah.
     “Inarah!”Panggil Hafiz tetapi dia terkejut apabila dia terasa Musyary muncul di belakangnya tiba-tiba.
     “Walaupun sebenarnya aku berdendam dengan Inarah,tapi rasanya kau perlu diutamakan juga...”Musyary ketawa. “...Pahlawan Mena...”
     Tidak semena-mena Musyary melepaskan tendangan di bahagian belakang nadan Hafiz.Walaupun ia cuma tendangan biasa,kesakitannya seperti dihempap batu besar.Terbatuk-batuk Hafiz dibuatnya.Mujurlah tidak disertai dengan darah keluar dari mulut kerana ia menunjukkan Hafiz sakit di bahagian dalam.
     Pada masa yang sama,Inarah yang jatuh ke bawah sempat mengawal dirinya daripada jatuh.Dia berjaya mengapungkan dirinya semula seperti biasa.Namun ia cuma sekejap.Tubuh Inarah dililit dengan tali merah yang dihasilkan Hanz.Tubuhnya terikat.
     “Lepaskan akulah!”Jerit Inarah sambil meronta-ronta.
     Hanz tidak mempedulikan jeritan itu.Dia mengawal Inarah yang terikat itu dengan melemparkannya ke arah Hafiz.
     Hafiz yang tidak sedar akan hal itu terasa berasa badannya dilanggar seseorang.Dia terus terpelanting ke belakang tetapi dia berjaya mengawal dirinya daripada terjatuh ke bawah.Hafiz menghela nafasnya beberapa kali.Pada masa itu juga dia ternampak Inarah diikat dengan tali merah dan sedang dikawal Hanz.Barulah dia tahu bahawa Inarah yang melanggarnya tadi.
     Inarah yang sedang terikat sedang meronta-ronta.Lilitan itu mengikat seluruh badannya kecuali di bahagian kaki.Oleh sebab itu,dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana tangannya sudah diikat sekali.Dia hanya boleh meronta-ronta.
     “Baru puas hati aku!Sekarang kau dan aku!”Musyary membuat satu bulatan kuning di hadapannya.
     Bulatan itu besar dan sama tinggi dengan Musyary.Bendalir-bendalir elektrik mengelilingi bulatan itu.Bunyi berdesing kedengaran serta bunyi percikan elektrik kedengaran.Hafiz berundur dua tapak ke belakang kerana agak terkejut.
     “Ambil ni!”Musyary mengawal bulatan kuning itu untuk meluncur ke arah Hafiz.Bulatan kuning itu meluncur secara melintang seperti boomerang ataupun piring.
     Hafiz melompat ke atas sebaik sahaja bulatan itu hendak melalui kakinya.Waktu itu juga Hafiz mengambil batu jed dari dalam poket seluarnya lalu menjadikannya sebagai pedang Ahwas.
     Bulatan kuning itu berpatah balik dan meluncur lagi ke arah Hafiz.Kali ini Hafiz menahannya dengan bilah pedang.Semasa bulatan kuning itu bertembung dengan bilah Ahwas,percikan api terhasil.Hafiz sedaya upaya menahan.Bunyi berdesing dan bendalir elektrik dari bulatan kuning itu sedikit menyakitkan telinganya.
     Musyary yang sedang mengawal bulatan kuning itu memperkuatkan luncurannya dengan bermain dengan jari-jemarinya.Dia tersenyum sendirian melihat reaksi Hafiz itu.Keseronokan mula timbul di hatinya.
     Hafiz pula tidak dapat menahan serangan itu.Bunyi desingan dan bendalir elektrik semakin menyakitkan telingannya.Ditambah pula dengan kelajuan luncurannya.Dia terpaksa mengalah,dan bulatan kuning itu terlepas lalu menghiris lengan kanannya.
     “Hafiz!”Inarah menjerit cemas.
     Bulatan kuning itu berhenti tidak bergerak setelah menghiris lengan Hafiz.Bunyi desingan dan bendalir elektrik masih kedengaran.Musyary telah menghentikan luncuran itu sambil ketawa berdekah-dekah.
     “Macam mana?Sakit ke?”Perli Musyary dengan girang sekali.
     Tangan kiri Hafiz memegang lengan kanannya.Darah mengalir keluar.Meskipun tidak banyak tetapi ia memedihkan.Buat pertama kali Hafiz terasa pedih yang amat.Ia lebih pedih daripada tangannya yang pernah terhiris pisau dahulu.
     Walaupun begitu,Hafiz berusaha menggerakkan kedua-dua tangannya.Kedua-dua tangannya memegang hulu Ahwas.Dia mengangkat Ahwas perlahan-lahan.
     Musyary kembali mengawal bulatan kuningnya.Bulatan kuning itu bersedia untuk meluncur ke arah sasarannya.
     Hafiz terus mengahayun-ayun Ahwas dan libasan-libasan api merah dan biru terhasil.Libasan-libasan api merah dan biru itu terus menuju ke arah Musyary.
     Musyary agak panik melihat libasan yang terlampau banyak itu.Dia hanya menghasilkan satu bulatan kuning dan terpaksa menahannya dengan bulatan itu sahaja.Dia tidak bernasib baik kerana berjaya menghalang separuh sahaja.Selebihnya mengenai tubuh badannya membuatkan dia mengalami kecederaan.
     Dengan perasaan marah,Musyary menghasilkan tiga lagi bulatan kuning dan sekarang ia menjadi empat kesemuanya.Bunyi desingan dan bendalir elektrik saling berlanggar sesama sendiri.Kemudian,keempat-empat bulatan kuning sekaligus meluru ke arah Hafiz.
     Hafiz menghalangnya dengan sekali libasan pedangnya.Empat bulatan kuning itu tercampak ke serata arah tetapi dengan kawalan Musyary,keempat-empatnya berpatah balik ke arah Hafiz.
     Hafiz menghasilkan libasan cahaya merah yang panjang pula untuk menghalang bulatan kuning itu.Namun ia hanya cukup untuk menghalang bulatan kuning itu daripada mengenainya sahaja.Ia tidak cukup untuk memusnahkannya.
     “Kenapa ni Pahlawan Mena?Aku baru saja menghasilkan bulatan kuning yang ‘kecil’ tapi kau tak boleh melawan?Aku belum lagi mengaktifkan abiliti aku yang lain,”Musyary menyindir.
     “Diamlah!”Hafiz terbang meluru ke arah Musyary.
     Musyary menggerakkan kedua-dua tangannya ke sana ke mari.Dia sebenarnya sedang mengawal bulatan-bulatan kuning itu.Keempat-empat bulatan kuning itu juga meluncur ke sana ke mari bagi menghalang Hafiz.
     Hafiz menangkis bulatan-bulatan kuning itu dengan pedang Ahwas.Dia bergerak pantas agar tiada satupun mengenainya.

     “Kau tengok sekarang.Kalau dulu kau boleh tewaskan abangnya,Muflih,jangan harap kali ni kau berdua boleh kalahkan Musyary,”Hanz yang berada di sebelahnya berkata sinis.Dia masih memegang tali merah yang mengikat Inarah.
     Inarah memandang Hanz tajam. “Senang kau cakap!Baik kau lepaskan aku!Kita lawan!”Gadis itu mencabar.
     “Kalau boleh dari awal lagi aku dah lakukan.Tapi,aku tahu.Kalau aku lepaskan kau,kau akan masuk campur dalam pertarungan mereka walaupun kau sedang berlawan dengan aku sekalipun.”
     Inarah terdiam mendengar kata-kata Hanz.Tekaannya benar.
     “Tapi Musyary berdendam dengan aku.Bukannya Hafiz!”
     “Memang betul tapi sekarang budak tu dah jadi rakan seperjuangan kau.Maknanya dia tali barut kau.Tambahan pula...”Hanz memandang Inarah sinis. “...dia Pahlawan Mena yang kami orang Genolis tunggu selama ni.”
     Inarah merenung Hanz tajam.
     “Sebab itu Musyary akan selesaikan dia dulu.Dan kemudiannya...kau!”
     Inarah mencebik geram mendengar ayat-ayat yang terbit dari mulut Hanz itu.Mahu sahaja dia menumbuk muka lelaki itu tetapi apakan daya,dia sendiri tidak boleh bergerak.Dia juga tidak boleh membantu Hafiz.
     Matanya kembali memandang pertarungan antara Hafiz dan Musyary.Hafiz kelihatan seperti sudah penat manakala Musyary masih bertenaga.Mana tidaknya,Musyary hanya menggerakkan kedua-dua tangannya mengawal empat bulatan kuning itu.Hafiz pula lebih banyak bergerak dengan anggota badannya.

                             *          *          *          *          *
Di luar taman rekreasi...
     “Di sini?”Zafreen terus bertanya sebaik sahaja dia dan Dayana tiba di luar salah sebuah taman rekreasi di kota itu.
     “Ya,”ringkas Dayana menjawab. “Di sini nampaknya ramai orang.Mungkin di bahagian dalam lagi.”
     “Dalam mana?”Zafreen bertanya.
     Dayana tidak menjawab.Dia terus berlari memasuki kawasan taman rekreasi itu.
     “Dayana!”Zafreen memanggil sambil berlari mengekori Dayana.

                             *          *          *          *          *
     Nafas Hafiz turun naik.Kecederaannya tidak seteruk mana tetapi kesakitan badan dan keletihan yang dialami membuatkan dia sedikit lemah.Sebenarnya dia terkilan.Musyary baru sahaja mengaktifkan satu abiliti tetapi dia gagal melawannya.Ternyata Musyary bukan calang-calang Genolis.Dendam kesumatnya mendalam sekali.
     Musyary masih mengawal keempat-empat bulatan kuningnya.Bunyi berdesing berserta percikan elektrik masih kedengaran cuma ia sudah tidak bergerak atas ‘arahan’ Musyary.Musyary sengaja membiarkan dahulu Hafiz yang keletihan.
     Inarah yang melihat tidak jauh dari situ memandang dengan perasaan gementar.Hanz di sebelahnya pula tersenyum bangga dengan kemenangan Musyary buat masa ini.
     Tangan kiri Hafiz perlahan-lahan memegang hulu Ahwas yang sudah dipegang tangan kanannya.Nampaknya dia masih belum mengalah.Dia bersiap-sedia untuk menyambung semula perlawanan.
     Musyary mengangkat sebelah keningnya melihat reaksi Hafiz itu.
     “Jangan,Hafiz!Baik kita berhenti dulu!Kita masih ada masa lagi untuk berlawan dengan mereka!Kau kena pulihkan diri kau dulu!”Inarah tiba-tiba menjerit seolah-olah memberi arahan.
     Diam.Tiada jawapan.
     “Hafiz,kau dengar tak ni?”
     Diam lagi.
     “Hafiz!”
     “Inarah,kau diam boleh tak?”Hafiz menengking membuatkan Inarah tersentak.
     “Aku tahulah apa yang aku buat!Kau tak payah nak arah aku!Aku masih boleh bertahan lagi!Boleh tak kali ni kau biarkan aku bertindak sendiri?Aku bukannya budak kecil!”Hafiz menyambung.
     Sebentar tadi,Hafiz menyedari Inarah sedang melihatnya bertarung dengan wajah bimbang.Tiada niat langsung di hatinya untuk menengking gadis itu.Dia berbuat begitu kerana dia mahu menunjukkan kepada Inarah bahawa dia tidak apa-apa sedangkan kesakitan yang dialaminya hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.
     Inarah hanya membisu mendengar tengkingan Hafiz itu.Dia tahu Hafiz sedang menyembunyikan kesakitannya cuma dia tidak menyangka Hafiz akan menengkingnya sampai begitu sekali.Gadis itu menundukkan muka.Dengan hati yang berat,dia membiarkan sahaja Hafiz meneruskan niatnya.
     “Ahmad Hafiz Johari!”Panggil Musyary setelah menyaksikan drama di hadapannya tadi. “Kau dah sedia?Nak sambung balik?”
     Perasaan Hafiz kini kembali kepada Musyary.Kali ini dia mahu fokus sepenuhnya.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Kesakitan dan keletihannya masih terasa tetapi dia tetap menguatkan semangat.
     Bunyi desingan dan bendalir elektrik yang datang dari keempat-empat bulatan kuning kelihatan bertambah kuat.Mungkin Musyary menguatkannya untuk berlawan dengan Hafiz.
     Hafiz terbang meluru ke hadapan.Serentak dengan itu,Musyary mengawal keempat-empat bulatan kuningnya meluncur ke hadapan.Hafiz dan keempa-empat bulatan kuning itu bertembung!
     Bilah Ahwas bercahaya lalu mengeluarkan libasan-libasan api biru.Libasan-libasan itu bertembung dengan keempat-empat bulatan kuning Musyary.Kemudian,libasan-libasan itu berubah menjadi lingkaran mengelilingi keempat-empat bulatan kuning membuatkan keempat-empatnya terkurung dalam lingkaran api biru itu.Bunyi desingan dan bendalir elektrik semakin perlahan.
     “Apa dah jadi?”Musyary bertanya pada dirinya sendiri.Terkejut juga dia melihat keadaan itu.
     “Kau ingat aku saja-sajakah berlawan dengan kau tadi?”Hafiz bertanya sinis.
     “Apa?”
     “Sepanjang aku ‘berlawan’ dengan bulatan-bulatan kuning kau tadi,aku perasaan,bulatan-bulatan kuning ni akan bergerak mengikut kawalan kau.Memandangkan ia bebas,ia boleh bergerak ke mana-mana saja,”jelas Hafiz. “Tapi bagaimana pula kalau ia terkurung?”
     Musyary mengetap gigi.Geram.
     “Serangan api sengaja aku pilih sebab ianya satu-satu serangan yang boleh mengurung bulatan-bulatan kuning tu melalui lingkaran,”sambung Hafiz lagi agak angkuh. “Oh,dan lagi satu...”
     Musyary terkebil-kebil melihat Hafiz mengangkat pedangnya.Kemudian,dengan sekali hayunan lingkaran-lingkaran api yang mengurung empat bulatan kuning tadi menghancurkannya!
     Empat letupan kecil berlaku tatkala semasa penghancuran itu.Keempat-empat bulatan kuning itu sudah tiada lagi.Asap-asap kecil akibat letupan-letupan itu berkepul-kepul.
     Inarah tersenyum gembira manakala Hanz di sebelahnya pula mendengus geram.
     “Sekarang,mana abiliti kau yang lain pula?”Hafiz memberi renungan cabaran.
     Musyary diam seketika.Kemudian,dia ketawa sambil menepuk-nepuk tangan.
     “Hebat...hebat...”Pujinya dengan nada tidak ikhlas. “Mari teruskan lagi Pahlawan Mena!”Bebola-bebola elektrik muncul di sekeliling Musyary.Terdapat lebih dua puluh bebola kesemuanya.
     Musyary mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan dan bebola-bebola elektrik meluncur ke arah sasarannya iaitu Hafiz.
     Pada mulanya,Hafiz dapat menangkis serangan itu dengan Ahwas,tetapi salah satu bebola-bebola elektrik itu menghentam perutnya menyebabkan dia terjatuh ke bawah dan terlanggar salah sebatang pokok di taman rekreasi itu.Dia menjerit kesakitan.
     “Hafiz!”Inarah yang masih berada di atas udara menjerit.
     Hafiz jatuh tersembam ke atas rumput taman rekreasi itu.Mujurlah tempat yang dia pilih tadi tiada manusia yang lalu-lalang.Kalau tidak,sudah tentu mereka terlibat sekali.Tempat itu masih juga dalam kawasan taman rekreasi tetapi ia merupakan tempat tersorok.
     Musyary mendarat ke bawah berdekatan dengan tempat Hafiz terjatuh.Hanz juga mendarat bersama-sama Inarah yang masih terikat.Masing-masing memandang Hafiz yang masih tidak bergerak.
     Musyary menghampiri Hafiz yang terbaring kaku.Setelah dia berada betul-betul di hadapan remaja lelaki itu,Musyary menghalakan tapak tangannya.
     “Tamat riwayat kau,Hafiz...”Bebola cahaya berwarna putih muncul pada tapak tangan Musyary,bersedia untuk menyerang sasarannya.
     “Jangan!!!”Inarah cuba menghalang.
     Serentak dengan jeritan itu,kelihatan seperti ada satu cahaya yang panjang melintas betul-betul di tepi Musyary.Musyary dapat merasakan anginnya apabila cahaya itu melepasinya.
     Cahaya panjang itu kemudiannya meluncur ke arah tali merah yang dipegang Hanz.Tali merah itu putus terkena cahaya panjang itu sekaligus membuatkan ikatan Inarah terlerai.Cahaya panjang itu berhenti meluncur apabila ia tercacak pada batang salah sebuah pokok di situ setelah memutuskan tali merah Hanz.
     “Anak panah laser?”Inarah menyoal dirinya sendiri.Dia mengalihkan pandangannya ke hadapan.
     Nun di hujung sana,kelihatan Dayana sedang memegang busurnya,Damia.Dari lagak gayanya itu seperti dia baru sahaja selesai memanah sesuatu.
     “Dayana!”Inarah berteriak gembira.
     Setelah menggalas semula Damia,Dayana berlari untuk mendapatkan Inarah. “Maaf,Inarah.Aku tahu kau marah sebab kami tinggalkan kau.Tapi sesuatu yang aku nak berita...”kata-kata Dayana terhenti apabila Musyary tiba-tiba muncul di depannya.
     Larian Dayana terhenti.Musyary memandangnya tajam.
     “Menyibuk betul!”Tangan Musyary menakup muka Dayana.Dayana menjerit seperti berada dalam kesakitan.
     “Dayana!”Inarah hendak bertindak tetapi lengannya sempat ditangkap Hanz.
     “Jangan nak masuk campur!”Bentak Hanz.
     “Jangan sentuh akulah!”Pantas Inarah melepaskan satu tumbukan dimuka Hanz.Hanz menyentuh mukanya yang kesakitan.
     Inarah mengambil kesempatan untuk menghasilkan senjatanya.Dia mencabut keychain yang tergantung pada tali gelang tangannya lalu dilambung ke udara.Keychain itu bertukar menjadi senjata yang kelihatan seperti tombak yang kayunya berwarna kuning dan juga digantung reben kuning yang agak panjang.Ia dipanggil Sausan.
     Inarah melompat pantas ke arah Musyary sambil menghunuskan pisau Sausan tetapi Musyary berjaya menahan dengan memegang kayunya.Tangannya yang menakup muka Dayana tadi dilepaskan.
     “Sia-sia,”Musyary berbisik sambil tersenyum sinis.
     “Kau lagilah sia-sia!”Satu suara mencelah dan serentak dengan itu,satu tendangan hinggap di perut Musyary.Musyary terpelanting ke belakang.
     Inarah menoleh. “Hafiz!”Nama itu keluar dari mulutnya.
     Hafiz berdiri perlahan-lahan setelah menendang Musyary tadi.Dia walaupun kelihatan lemah tetapi masih berdaya untuk berdiri.Semangatnya yang kuat mengatasi kesakitan dan keletihan yang dialaminya.
     Dayana meraba-raba mukanya.Inarah datang menghampiri. “Kenapa tinggalkan kami?Mana Khazin dan Naufal?”Tanya Inarah sambil diperhatikan Hafiz.
     “Hehehehe...”Dayana menyeringai.
     “Apa ‘hehehehe...’?”Celah Hafiz.
     Dayana bermain-main dengan jari-jemarinya.Dia tahu kedua-dua rakannya itu sedang memarahinya.Teragak-agak dia mahu memberikan jawapan.Bagaimanapun,perbualan mereka diganggu oleh dengusan kasar Musyary.
     Musyary bangun perlahan-lahan.Wajahnya menunjukkan kemarahan yang amat. “Kau bertiga akan terima akibatnya!Hanz!”
     Hanz yang ditumbuk Inarah tadi juga berasa geram.Dia dan Musyary maju beberapa tapak ke hadapan.Wajah mereka menunjukkan reaksi marah.
     Hafiz,Inarah dan Dayana berundur beberapa tapak ke belakang sesama mereka.
     “Apa mereka nak buat ni?”Tanya Dayana.
     Tiada jawapan dari Hafiz mahupun Inarah.Mereka pun tidak tahu apa yang kedua-dua Genolis itu mahu lakukan.
     Semasa dalam langkahan itu,langkah Musyary terhenti tiba-tiba.Hafiz,Inarah dan Dayana termasuk Hanz memandangnya hairan.Mengapa dengan Musyary itu?
     Lebih memeningkan,tangan kanan Musyary menyentuh telinga kanannya.Dia diam seketika.Kemudian dia menjerit, “Apa?Macam mana boleh terlepas?”
     Hafiz,Inarah dan Dayana tersentak dengan jeritan itu.Siapa yang terlepas?Musyary sedang bercakap dengan siapa?Hanz pula teleport dan berada di sebelah Musyary sekarang.
     “Bagus!Pastikan jangan terlepas lagi!Aku datang sekarang!”Musyary mematikan perbualannya.
     “Kenapa?”Tanya Hanz.
     “Nanti aku cerita!Ikut aku!”Musyary memandang ketiga-tiga remaja itu. “Aku takkan biarkan kau semua terlepas!”Tekadnya lalu melompat ke udara diikuti Hanz.Mereka berdua hilang dari situ.
     “Mereka pergi mana?”Tanya Dayana.
     Kedengaran bunyi ‘bip bip’ dari poket seluar Inarah sebaik sahaja Dayana habis bercakap.Gadis itu mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.Ianya sebuah mini komputer yang saiznya sama besar dengan buku tiga lima.
     Inarah menekan satu punat.Cahaya hologram keluar dam imej seseorang yang mereka kenali terhasil.Khazin.
     “Hah,kenapa Khazin?”Tanya Inarah dengan marah.
     “Sabar dulu,Ina.Aku tahu kau marah.Ada hal penting aku nak beritahu kau dan Hafiz ni.”
     “Hal apa?”Hafiz menyampuk.
     “Err...Dayana ada sekali tak?”
     “Aku ada,”balas Dayana.
     Khazin mengangguk-angguk. “Faruk dan Gomez...mereka dah bawa lari Khalil.Mereka ke hutan.Kami hendak berkejar ke sana sekarang!”Lapornya cemas.
     “Bawa lari Khalil?Eh,kan memang Khalil dah kena tangkap?”Inarah bertanya dengan hairan.
     “Ya,tapi ada orang selamatkan dia dan berjumpa dengan kami!Kemudian,dia dibawa lari semula!”
     “Diselamatkan?Siapa yang selamatkan dia?Kau berada di mana sebenarnya ni?”Tanya Hafiz pula.
     “Nanti aku ceritakan!Kau semua kena pergi ke hutan sekarang!Dayana tahu hutannya!Cepat sikit!”Khazin mematikan talian.Imejnya sudah tidak kelihatan lagi.
     “Hutan mana?”Tanya Inarah.
     “Mungkin hutan yang aku maksudkan,”Hafiz memandang Dayana. “Ada hutan berdekatan dengan kota ni,kan?”
     Dayana mengangguk. “Aku yakin memang hutan tu yang dimaksudkan Khazin.”
     “Patutlah Musyary dan Hanz tergesa-gesa nak ke sana!”
     “Jangan buang masa!Mari pergi!”
     “Sekejap!”Dayana menahan.Hafiz dan Inarah berhenti melangkah.
     Dayana mengalihkan pandangannya ke sebelah kiri kawasan itu. “Kak,dah selamat sekarang.Kakak boleh keluar,”Dayana bersuara mengarahkan seseorang.
     Hafiz dan Inarah ternampak satu kelibat sedang berjalan keluar dari sebalik pokok-pokok itu.Muncul seorang wanita bertudung ungu,baju T-shirt labuh putih berlengan panjang dan berseluar hitam.
     “Siapa tu?”Tanya Hafiz kepada Dayana.
     “Kak Zafreen...kawan aku dan juga Abang Khalil,”jawab Dayana sambil melemparkan senyuman kepada wanita cantik bernama Zafreen itu.

No comments:

Post a Comment