HAFIZ dan Inarah yang sedang mengongkong
Dayana di belakangnya melompat tinggi dari bumbung satu bangunan ke bangunan
yang lain.Sekali-sekala mereka terbang sekejap untuk mengawal kedudukan
mereka.Mereka sedang menuju ke sebuah hutan yang terdapat nun di hujung kota
itu.
“Mereka
tunggu kita tak agak-agak?Aku lupa nak tanya Khazin tadi?”Tanya Inarah
memecahkan kesunyian mereka bertiga.
“Aku
yakin mereka tunggu kita,”balas Hafiz.Dia memandang Dayana yang sedang
dikongkong Inarah. “Kau beritahu tadi,kau,Khazin dan Naufal pergi rumah Kak
Zafreen?”Tanyanya.
Dayana
mengangguk.Semasa dalam perjalanan ke sini,dia menceritakan segala-galanya
kepada Hafiz dan Inarah tentang ketiadaan dia,Khazin dan Naufal tadi dari A
sampai Z.Hafiz dan Inarah tidak marah cuma mereka berpesan supaya tidak
mengulangi lagi perkara itu.
Cuma
satu sahaja yang Dayana tidak boleh lupa.Dia teringatkan perbualannya dengan
Zafreen di taman rekreasi tadi sebelum mereka datang ke sini.Dia tidak dapat
melupakan wajah sayu Zafreen merayu-rayu padanya dan juga pada Hafiz dan
Inarah.
Beberapa minit lepas,di taman rekreasi
“Tolong
benarkan akak ikut!Akak nak selamatkan Khalil!”Rayu Zafreen sambil
menggoncang-goncang bahu Dayana.
Dayana,Hafiz
dan Inarah saling berpandangan.Terbit rasa simpati terhadap wanita
itu.Bagaimanapun,mereka tetap dengan keputusan mereka dengan tidak membenarkan
wanita itu mengikut mereka atas alasan demi keselamatan wanita itu.
Zafreen
pula tidak berhenti-henti merayu.Mata coklatnya sudah digenangi air mata.Itu
tandanya dia bersungguh-sungguh dengan keputusannya.
Dayana
memegang tangan Zafreen. “Kak,tolonglah faham.Kami sedang menjalankan misi.Kami
tak nak libatkan akak sekali.”
“Betul
tu,kak,”Inarah mencelah. “Akak jangan risau.Kami akan selamatkan Khalil,Insya
Allah.”
Zafreen
mengesat air matanya.Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa.Ketiga-tiga remaja
di hadapannya itu sudah nekad dengan keputusan mereka.
“Sekarang,akak
balik rumah dan tenangkan fikiran.Kami akan beritahu akak bila semuanya selesai
nanti,okey?”Cadang Dayana.
Zafreen
mengangguk faham.Dia mengukir senyuman kelat.
Sekarang
Hafiz
dan Inarah sudah melompat hampir ke pinggir luar kota.Apabila berada di luar
kota nanti,mereka perlu melompat sambil terbang di udara pula untuk ke hutan
itu.
“Kita
dah nak sampai,”Hafiz bersuara. “Dayana,jauh lagi ke?”
“Taklah
jauh.Kalau kau berdua melompat langkau jauh sikit,mungkin cepat sikit
sampai,”ujar Dayana.
“Kami
boleh melompat langkau ini saja,”Inarah memberitahu.
Dayana
ketawa.Kedua-dua tangannya merangkul erat leher Inarah yang sedang
mengongkongnya.Risau benar dia kalau dia terjatuh.
“Aku
tertanya-tanya,siapa yang selamatkan Khalil sebelum dia dibawa lari
tadi?”Inarah mengubah topik perbualan.
“Orang
yang kebetulan lalu di hutan tu agaknya?”Hafiz meneka.
“Aku
rasa tak.Mesti orang yang ada kaitan dengan kita juga.Tapi siapa?Macam mana dia
kenal Khalil?Dan macam mana dia terfikir nak bawa Khalil tu berjumpa dengan
Khazin dan Naufal?”
Hafiz
terkebil-kebil.Betul juga,fikirnya.
Beberapa
minit kemudian,mereka sudah melompat sampai di luar kota.Sekarang mereka perlu
melompat sambil terbang di udara pula.Mereka melajukan langkah mereka supaya
cepat sampai.
Hafiz
melompat mendahului Inarah.Dia terus melompat sambil terbang.Sedang dia terbang
itu,dia terasa badannya sakit tiba-tiba.Pandangannya terasa kelabu seperti mahu
pitam.Kawalan abiliti apungan dirinya terganggu seketika.
“Hafiz!”Inarah
yang ternampak kawalan apungan diri Hafiz yang semakin goyah itu memanggil.
Hafiz
seperti tersedar.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengerdipkan matanya
beberapa kali.Barulah pandangannya tidak kelabu seperti tadi,Kawalan abiliti
apungan dirinya sudah dapat dikawal serta-merta.
Inarah
terus melompat dan terbang seiring dengan Hafiz.
“Kau
okey ke ni?”Tanya Dayana sebelum sempat Inarah bertanya.
“Entahlah,”jawab
Hafiz tidak pasti.
“Hafiz,kau
baru saja berlawan dengan Musyary tadi.Kecederaan kau pun belum pulih.Jangan
paksa diri sangat,”ujar Inarah tegas.
“Aku
tak apa-apa,”balas Hafiz acuh tidak acuh.
Inarah
mencebik,menyampah dengan sikap acuh tak acuh Hafiz itu.Dayana yang dikongkong
Inarah sekadar memandang.Pandangannya beralih ke hadapan semula.Dia tersedar
sesuatu.
“Dah
sampai!”Teriaknya mengejutkan lamunan Hafiz dan Inarah.Mereka berdua melihat
landskap di hadapan mereka.Hutan.
Hafiz
dan Inarah sudah berada di atas udara di pinggir hutan.Semasa mereka melihat
hutan itu dari jauh tadi,mereka sangka hutan itu tidaklah seluas mana.Namun
sangkaan mereka meleset.Hutan itu bukan sahaja luas malah tebal.
Hafiz
dan Inarah melompat sambil terbang masuk ke kawasan hutan tetapi masih melalui
udara.Mereka memerhati kawasan hutan itu dari udara.Ketebalan hutan itu
menyebabkan mereka hanya nampak pokok-pokok sahaja.Sekiranya hendak mencari
orang sesat di dalam hutan itu,sudah tentu pencariannya agak sukar.
“Macam
mana kita nak cari mereka?Tebal sangat hutan ni,”Inarah mengeluh sendirian.
“Aku
pun tak sangka pula hutan ni tebal,”Dayana juga mengeluh.
Hafiz
hanya mendiamkan diri.Selepas itu,dia seperti tersedar sesuatu lalu berhenti
terbang.Dia memandang ke arah timur hutan itu.Inarah yang melihat juga berhenti
serta-merta.
“Kenapa,Hafiz?”Tanya
Inarah.
Hafiz
mengendahkan soalan Inarah.Dia terus melompat sambil terbang ke arah timur
hutan itu.Inarah yang masih pelik dengan kelakuan Hafiz itu sekadar
mengikut.Bengang juga dia kerana soalannya tidak dijawab.
Setelah
beberapa lompatan Hafiz melompat,dia berhenti.Inarah yang mengikutnya dari
belakang turut berhenti.Dilihatnya Hafiz sedang memandang ke bawah.
“Tengok
apa tu?”Tanya Dayana pula.
“Mereka
di sana...”Hafiz bersuara.
Dia
terus terbang ke bawah.Inarah yang tidak sempat menghalangnya mendengus
kemarahan.Dia mengikut sahaja ke mana Pahlawan Mena itu pergi.Dayana yang
sedang dikongkongnya tersengih melihat telatah Inarah itu.
Hafiz
sudah memasuki kawasan di dalam hutan dari udara dan mendarat di atas dahan
salah sebuah pokok di hutan itu.Dia memandang ke bawah dan pada masa yang
sama,Inarah mendarat di sebelahnya.Dayana yang dikongkongnya tadi diturunkan.
“Apa
kau tengok tu?Siapa yang ada di sini?”Inarah menyoal.Dia masih belum memandang
ke bawah.
Dayana
pula memandang ke bawah. “Hei,Inarah!Itu mereka!”Dia menjerit keriangan.
Inarah
tersentak lalu memandang ke bawah.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati
ada tiga orang remaja lebih kurang sebaya mereka bertiga sedang berbual-bual.Khazin,Naufal
dan...
“Fajar?”Tanya
Inarah. “Itu Fajar,kan?”Tanyanya lagi.
“Ya,tenaga dia yang aku dapat kesan tadi.Itu yang membuatkan aku datang
ke sini,”beritahu Hafiz sambil tersenyum.
Mata
Inarah bulat memandang Hafiz. “Hafiz.”
“Fajar!Khazin!Naufal!”Panggil
Dayana sambil melambai-lambaikan tangannya.
Fajar,Naufal
dan Khazin menoleh ke atas sebaik sahaja mereka mendengar jeritan
itu.Masing-masing tersenyum gembira.
“Ohh...jadi
sebab itulah kau datang ke sini!”Kata Inarah setelah Fajar menceritakan
segala-galanya mengapa dia berada di situ.Dia menceritakan perkara itu seperti
mana dia menceritakan kepada Khalil semasa dia mula-mula berjumpa dengannya.
Sekarang,Hafiz,Inarah
dan Fajar sedang melompat dari satu dahan ke satu dahan pokok yang lain di
kawasan hutan itu.Sambil mereka melompat dan terbang,mata mereka liar mencari
kelibat Musyary,Hanz,Gomez dan Faruk.Oleh itu,lompatan mereka agak perlahan
sedikit.
Khazin
sedang dipegang Hafiz,Naufal dipegang Fajar manakala Dayana dipegang
Inarah.Mereka bertiga tidak boleh melompat sambil terbang begitu kerana mereka
tiada abiliti itu.Mereka hanya penduduk Mena,bukannya manusia terpilih,Pahlawan
Mena mahupun Genolis suntikan seperti Fajar.
“Ya,”akui
Fajar. “Maaflah sebab tak beritahu awal-awal.”
“Lupakan.Sekarang
ni kita nak cari mereka di mana?Hutan ni luas,”Hafiz menyampuk.
“Dengar.Walaupun
hutan ni luas dan tebal,ada satu tempat yang agak lapang dalam hutan ni.”
“Mana
kau tahu?”Tanya Naufal kepada Fajar yang memegangnya.
“Masa
aku selamatkan Khalil.”
“Ya
tak ya.Mungkin mereka ke sana lagi,”Inarah meneka.
“Tempat
lapang tu,”kata Fajar. “Kita cuba ke sana.”
“Kalau
mereka tak ada?”Tanya Khazin.
“Kita
tengok dulu.”
Mereka
semua setuju.Kali ini Fajar berada di hadapan sekali untuk menunjukkan
tempatnya.Sementara Inarah berada di belakang Fajar dan Hafiz di belakang
sekali.Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah...
“Arrgghh!!!”Hafiz
mengaduh kesakitan.Tangan kirinya menyentuh dadanya.Khazin yang sedang
dipegangnya dengan tangan kanan terkejut dengan dengusan Hafiz itu.
“Kenapa
Hafiz?”Tanya Khazin cemas.
Hafiz
mengaduh lagi.Mukanya berkerut.
“Hafiz,kenapa
dengan kau ni?”Tanya Khazin lagi setelah soalannya tidak dijawab.
Hafiz
memegang lengan Khazin lalu membaling tubuhnya ke salah satu dahan pokok
berdekatan.Khazin jatuh di atas dahan pokok dan mengaduh kesakitan.Dia
ternampak Hafiz sedang berperang dengan kesakitannya...dan dia terkejut apabila
Hafiz jatuh ke bawah!
“Inarah!Fajar!Tengok
Hafiz!”Panggil Khazin sekuat hatinya.
Fajar
dan Inarah yang berada di hadapan berhenti setelah mendengar jeritan
Khazin.Mereka berdua menoleh ke belakang bersama-sama Naufal dan Dayana.
“Hafiz!”Teriak
Inarah apabila ternampak Hafiz jatuh ke bawah.
Fajar
yang melihat terus meletakkan Naufal di atas dahan pokok yang sama tempat
Khazin berada.Dia lantas laju terbang ke bawah dan berjaya menyambut
Hafiz.Dibawanya terapung di atas semula berdekatan dengan dahan yang diduduki
Naufal dan Khazin.
Kelihatan
Hafiz tercungap-cungap dalam papahan Fajar.Inarah yang masih memegang Dayana
datang mendekati.
“Hafiz,rasanya
baik kau berehat dulu!Kau masih cedera lagi,”Fajar memberi nasihat.
“Aku...tak
apa-apa...hah hah...aku boleh teruskan...erk!”Hafiz memejamkan matanya menahan
sakit.
Fajar
menarik nafas. “Beginilah.Aku akan rawat kau setakat mana yang boleh untuk
kurangkan sakit kau tu.”
“Eh,kau
boleh rawat dia?”Soal Dayana.
“Sikit-sikit.Cukup
untuk mengurangkan sakit,”jawab Fajar. “Kita mendarat dan berehat di sini dulu
dalam setengah jam.Kemudian kita gerak!”
Mereka
yang lain mengangguk setuju.
* * * * *
Pada masa yang sama,kawasan berdekatan
sungai di dalam hutan
Faruk
mengheret tubuh Khalil lalu ditolaknya ke dalam sungai.Khalil yang tadinya
pengsan tersedar serta-merta.Dia terasa badannya lencun.Barulah dia sedar
sekarang dia berada di dalam sungai.Mujur sungai itu cetek sahaja.Kalau tidak
sudah tentu dia dihanyutkan.
Dalam
keadaannya yang masih bingung itu,Faruk menarik balik tubuhnya yang lemah itu
ke darat.Khalil mengaduh-aduh kesakitan akibat diheret dengan kasar.Batu-batu
yang terseret oleh badannya itu bukan main pedih lagi rasanya.
“Sekarang
baru kau sedar hah!Kalau kau nak sakit lagi,melawanlah lagi!Nak tunjuk hero
depan budak-budak tu konon!Pigidah!”Faruk mengejek sambil menendang tubuh
Khalil.
Khalil
tidak mampu untuk melawan.Tubuhnya yang masih lemah dan sakit menghalangnya
berbuat demikian.
“Hoi,Faruk!Sudah-sudahlah
tu.Nanti Musyary marah pula kau pula yang lebih-lebih daripada dia!”Gomez muncul
di belakangnya.
“Aku
geram!Orang nak tunjuk hebat macam dia ni memang patut diajar!”
“Apa-apapun
kalau kau tak nak kena hentam dengan Musyary,baik kau jangan buat pasal dulu.”
Faruk
mendengus marah.Mukanya merah padam menahan marah.Namun ia hanya sebentar.Ekspresi
wajahnya berubah seperti ternampak sesuatu.
“Kenapa?”Tanya
Gomez.
“Memang
tak boleh harap!”Suara garau yang kedengaran di belakang Gomez membuatkan
mereka tergamam.
Musyary
dan Hanz muncul di situ.Faruk dan Gomez terus berdiri tegak.Khalil yang
terbaring memandang wajah Musyary dengan perasaan jijik.Ikutkan hati,mahu
sahaja dia mencincang-cincang tubuh manusia yang tiada hati perut itu.
“Macam
mana pula boleh ada orang selamatkan Khalil ni?”Musyary bersuara garang.
“Manalah
kami tahu.Masa dia dilepaskan pun,kita tak ada di situ.Tahu-tahu saja dia
datang dibawa oleh seorang budak yang entah dari mana datangnya!”Faruk
meningkah.
“Apapun,dia
ni kita dah dapat balik!Kau nak buat apa dengan dia?”Celah Gomez pula.
Musyary
tersenyum sinis.Dia mendekati Khalil yang terbaring itu.Ditariknya rambut
Khalil membuatkan Khalil terpaksa berdiri untuk mengurangkan rasa sakit
rambutnya ditarik.
“Hei,lembab!Aku
tak nafikan budak-budak kau tu boleh tahan juga sebab mereka masih belum mati
walaupun kami dah habis-habisan berlawan dengan mereka.Tapi ingat,ini baru
permulaan,”Musyary melepaskan tarikan rambutnya.Khalil jatuh tersembam ke
tanah.
“Kau
jangan ingat kau boleh terlepas macam tu saja Musyary,”kata Khalil
termangah-mengah.
Musyary
ketawa. “Terlepas?Ohh...aku akan terlepas bila aku dah bunuh budak-budak
tu!Masa tu...”Musyary menendang tubuh Khalil. “...kau akan jadi hamba abdi
aku!”Dia menyambung tawanya.
Khalil
menderam.Tubuh lemahnya dicuba untuk bangun tetapi tidak terdaya.Badannya yang
basah lencun akibat dicampak ke dalam sungai tadi sudah kotor terkena tanah.
“Oh
ya,aku terlupa!Salah seorang daripada budak-budak tu adik kau,kan?Hahaha...biar
dia rasa macam mana kehilangan seorang abang!”Musyary ketawa lagi.Gembira
rasanya apabila dendamnya hampir terlunas.
“Musyary,”panggil
Hanz. “Kau rasa budak-budak tu akan datang ke sini ke?”
“Hmph,mereka
akan datang!Orang baik macam mereka tu takkan biarkan lelaki lembab ni bersama
kita!Dah mereka pun sama-sama lembab!”Balas Musyary dengan suara mendatar dan
sinis.
“Apapun
Mus,kau tak boleh pandang rendah pada mereka walaupun mereka
budak-budak,”sampuk Gomez.
Musyary
mengalihkan badannya.Dia merenung tajam wajah Faruk,Gomez dan Hanz.
“Kau
semua ingat aku ni bodoh sangat ke!Aku tahu dan aku dah buat persediaan!”
“Persediaan?”
“Persediaan
apa?”Tanya Faruk pula.
Musyary
tersenyum sinis.Dia memandang Hanz.
Hanz
membalas senyuman sinis itu. “Kau berdua tahu tentang apa yang diwarisi oleh
Muflih,kan?”Tanya Hanz kepada Faruk dan Gomez.
Faruk
dan Gomez mengerutkan dahi.Khalil yang terdengar perbualan mereka mengerdipkan
mata.
“Diwarisi
oleh Muflih?”Faruk berfikir seketika. “Oh itu...”
Khalil
yang terbaring berbisik di dalam hati. “Tak mungkin.”
Musyary
ketawa tetapi mulutnya ditutup. “Aku dah praktis bersama Hanz semalam.Semuanya
berjalan dengan lancar...dan sasaran aku ialah salah seorang daripada
budak-budak tu.”
“Kau
masih tak tetapkan sasaran kau?”
“Tidak
lagi.Tapi aku mungkin akan beri pada yang utama...”Musyary melebarkan
senyumannya. “...Pahlawan Mena.”
Selesai
Musyary berbicara,dia terasa buku lalinya disentap seseorang.Kelihatan Khalil
menggenggam erat buku lalinya.
“Kau
jangan maksudkan yang...”Khalil tidak mampu menghabiskan ayatnya.Terlalu
menakutkan untuk menyebut perkataan itu.
Musyary
tersengih sinis. “Apa yang kau sangka betul,Khalil.Tapi kau jangan masuk
campur.Kau bernasib baik sebab diberi rawatan cepat dan masih hidup.”
Khalil
mahu bersuara tetapi suarang tersekat-sekat.
“Tapi
kali ni aku akan pastikan yang ia akan menyerap masuk ke dalam budak tu
dan...K.O,”Musyary ketawa.Faruk,Hanz dan Gomez tersenyum sinis.
“Keji!”Bisik
Khalil sendirian.
Musyary
sekali lagi memandang Khalil. “Kau,Khalil!Kau layak terima ini!”Musyary
menghalakan tapak tangannya ke arah Khalil.
Mata
Khalil terbeliak.Beberapa saat kemudian dia terasa mukanya pedih.Dia
memicit-micit mukanya untuk mengurangkan rasa pedih itu.Setelah agak lama pedih
itu terasa,dia pengsan!
“Gomez,ikat
dia dengan Tali Haba Halimunan.Kau kawal dia kalau-kalau dia terjaga dan hendak
melawan,”perintah Musyary seperti seorang raja.
Gomez
menurut perintah.Dia menaikkan jari-jemarinya untuk mengawal tubuh Khalil
seperti mana dia buat kepada Encik Dasuki dan Umar.
Kemudian,dia
menghentam tubuh Khalil ke arah sebatang pokok.Tubuh Khalil diikat pada pokok
itu.Khalil kaku di situ tidak bergerak ke mana-mana.
“Sekarang
kita tunggu.Kalau mereka dah semakin hampir dengan tempat kita,aku akan bagi
isyarat,”arah Musyary lagi.
“Tunggu?Kalau
lama aku malas menunggu.Baik aku sendiri yang cari!”Kata Hanz seolah-olah
membantah.
“Jangan
risau.Mereka takkan lama cari kita...”Musyary memberi jaminan. “...manusia
Genolis suntikan,manusia terpilih dan Pahlawan Mena ada bersama sekali.”
* * * * *
Villa Encik Dasuki Sekeluarga
Zafreen
berjalan mundar-mandir di ruang tamu.Tidak senang duduk dibuatnya sejak dari
tadi.Dia cuba untuk menenangkan dirinya tetapi tidak boleh.Wajah Khalil dan
budak-budak remaja itu bermain-main di fikirannya.
Encik
Dasuki yang sejak dari tadi memerhatikan tingkahlaku anak perempuannya itu
sekadar menggeleng-gelengkan kepala.Dia faham akan perasaan risau dan gelisah
anaknya itu.Anak perempuannya itu seorang yang agak sensitif.Oleh itu,dia mudah
terasa akan sesuatu perkara sekiranya tiada penjelasan yang munasabah.
Encik
Dasuki mendekati anak perempuannya itu.Zafreen yang sedar akan kedatangan
ayahnya menguntum senyuman kelat.
“Rin,cuba
bawa bertenang,”Encik Dasuki memberi nasihat.
“Rin
takut ayah.Rin tak sanggup kehilangan Khalil...Rin tak sanggup tengok
budak-budak tu dalam bahaya,”Zafreen meluahkan perasaannya.
“Ssshhh...jangan
fikir bukan-bukan.Mereka akan selamat.Percayalah.”
Zafreen
mengetap bibir lalu duduk di atas sofa.Encik Dasuki duduk di sebelahnya.
“Zafreen,ayah
faham perasaan kamu.Kita tak boleh nak buat apa-apa.Mereka tentu mengharapkan
sokongan kamu.Kalau kamu macam ni,macam mana mereka nak jalankan tugas
mereka,”lembut Encik Dasuki mengatur bicara.
“Dengar
sini,kan mereka berjanji mereka akan hubungi kita apabila misi mereka dah
selesai?Jadi Rin kena yakin kepada mereka.Berdoa banyak-banyak dan Insya Allah
mereka akan selamat,”sambung lelaki separuh umur itu lagi.
Zafreen
mengukir senyuman sambil mengangguk. “Baiklah ayah.”
Encik
Dasuki membalas senyuman itu.
Zafreen
menoleh ke kiri dan ke kanan,menacari sesuatu. “Mana Umar?”Soalnya.
“Dalam
bilik.Buat kerja rumah.”
No comments:
Post a Comment