Waktu tengahhari di rumah Hafiz
HAFIZ keluar dari cahaya meja cermin di biliknya.Dia
memandang jam dinding.Pukul 12.45 tengahhari.Sekarang ini Dimensi Mena dah
menjelang petang,di sini dah menjelang tengahhari.Maknanya,memang betullah
waktu Dimensi Mena satu waktu lebih awal,fikirnya.Dia berjalan ke pintu
biliknya.
Perlahan-lahan
Hafiz membuka pintu bilik.Dia menjenguk di balik pintu.Sunyi saja,fikirnya
lagi.Hafiz keluar perlahan-lahan dari biliknya.Tiada sesiapa di situ.Dahi Hafiz
berkerut.Tiba-tiba...
“Abang!”Hafiz
terasa bahunya disentuh disertai dengan teriakan seseorang dari belakang.Dia
terkejut seketika lalu menoleh.
“Yati!”Teriak
Hafiz geram apabila melihat adiknya,Fityati yang mengejutkannya.
“Abang
asyik terperap saja dalam bilik sejak dari malam tadi.Pagi tadi,abang tak
bangun sembahyang Subuh.Berapa kali dah mak ketuk pintu suruh bangun tapi abang
tak bangun-bangun.Nak buka tak boleh.Sekarang baru bangun.Sejak bila pula abang
pandai bangun lambat ni?”Bebel Fityati.Walaupun baru sahaja bersekolah
rendah,dia sudah pandai membebel seperti orang dewasa.
Hafiz
mengucap panjang.Dia benar-benar terlupa akan itu.Gara-gara dia sibuk di
Dimensi Mena,dia lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.Sepatutnya
dia sedar dia perlu pulang ke bumi dahulu sebelum ini.
“Yati,kenapa
ni?”Encik Johari muncul di situ dengan isterinya,Puan Fatimah.
“Abang
ni,ayah.Dah tengahhari baru tahu nak bangun.”
“Tak
apa,Yati.Biar ayah marah abang kamu.Kamu ke dapur tolong mak masak.Kejap lagi
ayah dan abang nak pergi sembahayang Jumaat,”Encik Johari cuba menenangkan anak
bongsunya itu.
Fityati
menarik muka masam. “Yalah,”dia memandang Hafiz.Dia menghentak-hentakkan
kakinya tanda protes lalu beredar dari situ mengikut Puan Fatimah ke dapur.
“Hentak,hentak!Kerat
kaki baru tau!”Sengaja Hafiz mengusik adiknya.Fityati sempat menoleh dan
menjelirkan lidahnya.
Encik
Johari memegang lengan Hafiz dan mereka berdua menuju ke ruang tamu.Pasangan
anak dan ayah itu duduk di atas sofa.
“Macam
mana?”Tanya Encik Johari.
“Biasa
saja,”jawab Hafiz.Sebenarnya,dia tidak tahu hendak memberi jawapan apa. “Fiz
cuma nak beritahu,mungkin Fiz tak balik lepas ni.”
Dahi Encik
Johari berkerut. “Kenapa?”
“Kota Batu
Karang dah nak kena serang.Fiz dah tak boleh buang masa.Serangan tu...err,kalau
di Mena,esok tengahhari,tapi waktu di tempat kita waktu tu esok pagi,”Hafiz
menggaru-garu kepalanya memikirkan perbezaan waktu antara Dimensi Mena dan
tempat tinggalnya.
“Jadi,lepas
sembahyang Jumaat ni,Hafiz terus pergi?”
Hafiz
mengangguk. “Ayah,Fiz tahu ini tugas berat tapi Fiz tak boleh lepaskan
tanggungjawab Fiz.Orang-orang jahat tu dah banyak susahkan orang ramai.”
“Ayah
faham.Fiz lelaki,Fiz anak ayah yang berani.Itukan yang Fiz belajar dalam
silat.Seorang pesilat mesti berani,”Encik Johari menepuk-nepuk bahu anaknya.Dia
sebak.
“Ayah
doakan Fiz selamat,okey?”
Encik
Johari mengangguk. “Ya,ayah doakan,”dia memeluk anak sulungnya itu.Hafiz
membiarkan sahaja.
Semasa
Encik Johari melepaskan pelukannya,Hafiz bertanya, “Kalau mak tanya Fiz asyik
duduk dalam bilik,ayah nak jawab apa?”
“Alah,jangan
risau!Pandailah ayah handle!”Jawab Encik Johari sambil menampar lembut bahu
anaknya. “Dah,pergi mandi.Siap!Kita pergi sembahyang Jumaat sama-sama.Sebelum
tu jangan lupa qada’ sembahyang Subuh kamu.”
* * * * *
Beberapa minit kemudian,di rumah Inarah
Telefon
bimbit kepunyaan Inarah tidak berhenti-henti berdering menandakan ada panggilan
masuk.Inarah yang waktu itu baru sahaja selesai mandi dan menukar pakaian mendapatkan
telefon bimbitnya yang terletak di ruang tamu.Dia menekan butang ‘Answer’.
“Hello,”sapa
Inarah.
“Hello,Inarah.Aku
ni,Farahin,”kedengaran satu suara di hujung talian.Walaupun suara itu tidak
memperkenalkan dirinya,Inarah sudah cam akan tuan punya suara itu.
“Hmm,kau
nak apa?”
“Petang ni
datang rumah aku,boleh tak?Nafilah dan Raisya datang sekali.Kami rancang nak
buat homework sekali.”
“Buat
homework?”
“Yalah.”
Inarah
tersenyum. “Sorrylah.Petang ni tak
boleh.Aku sibuklah.”
“Sibuk?Hai,hari
ni baru first cuti!Lagipun,kita nak
buat kerja sekolah.Kau pun dah lama tak datang rumah.Tangguhlah kejap hal kau
tu,”rayu Farahin.
Inarah
berfikir seketika.Bari dia teringat yang sekolahnya akan bercuti selama empat
hari dan hari ini hari pertama cuti.Inarah menghela nafas.Baru sahaja sehari
dia bercuti tetapi sudah macam-macam perkara berlaku di Dimensi Mena.
“Inarah,”tegur
Farahin setelah agak lama Inarah mendiamkan diri.
“Bukan
macam tu.Aku nak buat homework di rumah saja.Aku tak boleh pergi rumah kau
petang ni sebab memang aku sibuk.Ada kerja lain.”
Kedengaran
Farahin mengeluh di hujung talian. “Kalau macam tu tak apalah.Aku pun tak nak
ganggu kau.”
“Maaflah,ya?”
“Betul petang
ni kau tak boleh datang?”
“Betul,memang
tak boleh.Sorrylah...”
“Tak
apalah.Nanti bila sekolah dibuka nanti kita jumpa.Okey,assalamualaikum!”
“Waalaikummussalam,”Inarah
menjawab salam itu lalu mematikan talian.Dia menarik nafas
panjang.Kemudian,matanya beralih pada ibunya,Puan Jasmin yang sedang menonton
televisyen.Memang begitulah selalunya.Pada waktu tengahhari begitu Puan Jasmin
akan berehat sebelum menyambung kerja-kerja rumahnya semula.
Inarah
berjalan mendekati ibunya dan duduk di sebelahnya.Puan Jasmin yang sedar akan
kehadiran anaknya itu hanya tersenyum.
“Kenapa
ni?”Tanya Puan Jasmin.
“Err...mak...ayah
mana?”Sengaja Inarah mengeluarkan soalan itu sebelum dia mengatakan sesuatu.
“Ayah kamu
dah pergi masjid dengan adik kamu Izzat.Bukankah hari ni hari Jumaat?”
“Oh,Ina
lupa!Sembahyang Jumaat,”Inarah tersengih.
“Kak Laili
kamu pula dah pergi rumah kawan dia.Minggu depan rumah kawan dia kenduri.Dia
datang tolong,”beritahu Puan Jasmin walaupun Inarah tidak bertanya.
Inarah
mengangguk faham.Sebenarnya,bukan itu yang dia mahu tahu.Dia mahu mengatakan
sesuatu kepada ibunya tetapi dia takut ibunya menyangka yang bukan-bukan.Dia
teragak-agak untuk membuka mulut.
Puan
Jasmin yang menyedari kelakuan gelabah anak gadisnya itu bertanya, “Kenapa
ni,Ina?Ina ada sesuatu nak beritahu mak ke?”
Inarah
sedikit tersentak. “Tak...sebenarnya...Ina...”
“Apa
dia,Ina?”
“Ina nak
tanya,katakanlah Ina nak pergi berperang,mak benarkan tak kalau Ina pergi?”
Puan
Jasmin yang agak terkesima mendengar kata-kata Inarah tadi terus menutup
televisyen.Dia memandang wajah anaknya itu.
“Ina cakap
apa ni?”
“Tak...maksud
Ina...kalaulah Ina masuk pertandingan seni mempertahankan diri,mak benarkan
tak?”Serta-merta Inarah menukar soalan yang agak berkait-rapat dengan soalan
pertamanya tadi.
“Kenapa
pula mak tak benarkan?Pertandingan itukan bentuk disiplin diri Ina juga,jadikan
Ina lebih berani.Buat apa pula mak tak bagi,”balas Puan Jasmin.
“Jadi,mak
tak kisahlah Ina nak bertarung?”
“Mak tak
kisah.Tapi,Ina jangan lupa,Ina tu perempuan.Jangan ingat bila Ina masuk
pertandingan tu Ina kena jadi kasar macam lelaki.Perempuan memang dituntut
untuk belajar ilmu tu.Zaman Rasulullah dulupun ada juga perempuan pergi
berjihad.Setakat nak bertarung dekat gelanggang,tak ada masalah.”
“Ooo...jadi
mak bagilah kalau Ina pergi bertempur?”Inarah mula mengajukan soalan pertama
tadi.
Puan
Jasmin mengangkat kening. “Ina nak pergi bertempur ke?”
“Err...tak..maksud
Ina...kalau.”
Puan
Jasmin tersenyum. “Sebenarnya,kalau boleh mak tak nak anak mak dalam bahaya.Mak
lebih rela pergi bertempur daripada mak benarkan anak mak pergi.Tapi,kalau dah
terpaksa,mak tak boleh buat apa.”
Inarah
memeluk ibunya. “Mak ni baiklah.”
“Mak
tahu,”Puan Jasmin ketawa kecil sambil membalas pelukan anak gadis
kesayangannya.
“Mak,lepas
Zohor ni Ina nak rehat dalam bilik.Banyak kerja sekolah.Mak jangan kacau,ya.”
“Yalah,”Puan
Jasmin menepuk-nepuk belakang anaknya.
Inarah
masuk ke dalam bilik.Dia mengambil keychainnya yang diletakkan atas meja lalu
dibeleknya.Kemudian,matanya memandang jam dinding.
“Pukul
1.05 tengahhari,”bisiknya. “Baik aku buat homework dulu.Aku akan pergi ke Mena
selepas selesai sembahyang Jumaat.Hafiz mungkin akan pergi masa tu.”
* * * * *
Pukul 2.05 petang,Masjid Al-Anwar
Para
jemaah sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah setelah selesai sembahyang
Jumaat dan mendengar khutbah.Berduyun-duyun para jemaah keluar dari masjid
tersebut.
Hafiz
menunggu ayahnya di kereta ayahnya di tempat letak kereta sementara ayahnya
masih berbual-bual dengan para jemaah lain.Hafiz memandang ke arah langit.Awan
mendung menghiasi langit tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda hari mahu hujan.
“Hoi,Hafiz!”Hafiz
terasa bahunya ditepuk.Apabila dia menoleh,kelihatan Azman,Syahid dan Firas di
belakangnya.
“Termenung
je?Teringat girlfriend ke?”Usik Syahid.
Hafiz
merenung Syahid. “Banyaklah kau punya girlfriend.”
Ketawa
terkekeh-kekeh Syahid dibuatnya.
“Hafiz,petang
ni jom pergi pekan nak?Aku dengar ada magic
show dekat medan makan di Taman Gombak tu,”ajak Firas.
“Petang
ni?Emm,tak bolehlah.Aku ada hal,”Hafiz menolak.
“Hal?Hal
apa pula kau ni?Magic show tu satu
jam saja.”
“Dahlah,Firas.Dia
tak boleh pergi sudahlah.Mungkin hal tu penting agaknya,”Azman menyampuk.
Firas
memandang Hafiz. “Betul ke?”
Hafiz yang
sedang terpinga-pinga itu hanya mengangguk.
“Tak
apalah,Firas.Kita pergi bertiga je,”Syahid mencelah.
Firas
mengangkat bahu. “Okey!”
“Firas,Syahid.Kau
balik dulu.Aku nak cakap dengan Hafiz sekejap,”kata Azman.
“Huh,kau!Kau
tengok Syahid.Entah apa yang mereka bincang sampai tak ajak kita,”Firas
berpura-pura mencemik sedangkan dia langsung tidak kisah hal itu.
Azman
ketawa. “Rilekslah.Bukan ada apa-apa,perkara kecil saja.”
“Yalah,yalah!Jom,Syahid!”Firas
dan Syahid beredar dari situ meninggalkan Azman dan Hafiz.Setelah mereka berdua
berada jauh dari situ,Azman memulakan topik perbualannya dengan Hafiz.
“Kau macam
mana?Okey?”Tanya Azman.
“Macam
biasa.Aku pening betul sekarang.”
“Kenapa?”
“Aku dah
tahu siapa dalang di sebalik serangan makhluk tu.Masalahnya sekarang mereka nak
serang Kota Batu Karang esok...err...kalau ikut waktu dimensi itulah.Kalau di
bumi,waktunya pagi esok,”sekali lagi Hafiz berfikir tentang perbezaan waktu
antara Dimensi Mena dan tempat tinggalnya.Pening dia memikirkan hal tersebut.
“Kota Batu
Karang?Kau tak sebut pun tentang kota tu masa kau cerita dekat aku dulu?”
“Memanglah,sebab
masa tu aku pun tak tahu lagi tentang kota tu,”jawab Hafiz. “Bila aku balik
nanti,aku akan terus ke sana sampailah semuanya selesai.Aku yakin,perkara tu
takkan berlaku lama.”
“Kau yakin
kau boleh buat?”
Hafiz
merenung Azman tajam. “Aku yakin.Lagipun,bukan aku seorang saja.Inarah dan
sesetengah penduduk Mena di sana akan tolong aku juga.Aku tak boleh hampakan
mereka,Azman.”
Azman
tersenyum. “Macam biasa,kau memang tak suka tengok orang lain susah,kan?”
“Bukan aku
seorang,ramai orang yang tak suka keganasan dan tengok orang lain
susah.Contoh,seperti penduduk Mena,mereka perlukan bantuan.Hidup mereka tak
aman selagi Genolis masih hidup dan buat kacau.”
“Tak
sangka.Akibat kekejaman nenek moyang mereka,sampai sekarang darah kekejaman itu
mengalir sampai ke generasi mereka sekarang.Kau beritahu aku sebab itulah
Genolis tak ada seorang pun yang baik,”ujar Azman sambil mengingati cerita
Hafiz yang pernah diceritakan kepadanya beberapa hari lepas.
Hafiz
tersengih. “Kalau ada pun,satu dalam sejuta agaknya.Tapi,Inarah beritahu aku
selama tiga misi yang dia jalankan dulu,dia tak pernah nampak lagi Genolis
baik.Yang ada,penduduk Mena yang disuntik dengan gen Genolis semasa menyertai
mereka.Yalah,walaupun mereka ada gen tu,mereka tetap penduduk Mena,”serta-merta
Hafiz teringatkan Fajar.Kasihan Fajar,dia terpaksa mengikut kehendak Jabran
semata-mata tidak mahu melihat ibunya menderita.Sekarang,entah ke mana pula dia
menghilang.
“Apa yang
kau fikirkan sekarang?”Tanya Azman.
Hafiz
menggeleng. “Susahlah...”
“Macam
susah kau nak faham Matematik Tambahan?”Tanya Azman lagi dengan nada bergurau.
Hafiz
menjeling. “Ini baru awal tahun,memang susah sikit nak faham.Nanti lama-lama
fahamlah.”
“Wohoo..rilekslah.Aku
gurau aje.”
“Apa jadi
sekalipun,aku tak nak tarik diri.Aku tak nak kecewakan Inarah,Pak Cik Widad,Cik
Yusra dan lain-lain.Mereka betul-betul percaya aku boleh lakukan.”
Azman
merenung Hafiz.Dia faham benar dengan sifat Hafiz apatah lagi dia kenal Hafiz
sejak dari sekolah rendah lagi iaitu semasa tahun lima.Di sebalik sikap Hafiz
yang dingin,serius,selamba dan jarang tersenyum,Hafiz mempunyai sikap berani,suka
menolong orang lain,berpendirian tetap,kuat semangat dan seorang yang pelindung.Memang
sesuai dengan namanya, ‘Hafiz’ bermaksud pelindung penjaga.
Azman
memegang bahu Hafiz. “Aku balik dulu.Ayah kau pun dah datang tu.Aku doakan kau
selamat balik Hafiz.Aku tetap tunggu kau balik.”
“Insya
Allah,”ucap Hafiz.Sebenarnya,dia tidak yakin dia boleh balik dengan
selamat.Dalam pertempuran,nyawa bila-bila masa boleh melayang.Bagaimanapun,dia
tetap berharap dia boleh balik dengan selamat.
“Oh,lagi
satu!Kirim salam dekat Inarah.Aku nak sangat jumpa dia sebelum pergi,tapi tak
ada peluang nampaknya.”
“Tak
apa,nanti aku kirimkan,”kata Hafiz memandang Azman beralalu dari situ.Beberapa
lama kemudian,Encik Johari muncul.
Mereka
pulang ke rumah dengan menaiki kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Encik
Johari.Dalam perjalanan,Encik Johari sempat mengerling ke arah Hafiz yang duduk
di tempat duduk sebelah.
Wajah
Hafiz selamba tetapi mempunyai emosi.
* * * * *
Dimensi Mena,Air Terjun Khairun Balqis
Arkan
berjalan mendekati kawasan air terjun tersebut.Tiba sahaja dia di tepi sungai
yang dihubungkan oleh air terjun tersebut,dia memasukkan kedua-dua kakinya ke
dalam.
Air sungai
itu tidaklah terlalu dalam.Air sungai tersebut hanya paras buku lalinya
sahaja.Airnya sungguh dingin,sedingin hubungannya dengan Reza.Arkan terkenang
kenangan lama.Namun,kenangan itu terus dilupakan begitu sahaja walaupun ia satu
kenangan manis.
Tanpa
disedari,Naimi berada di belakang memerhatikannya.Mulutnya tersenyum sinis.
“Kau
teringatkan kenangan lama,hah!”Teguran Naimi mengejutkan lamunan Arkan.
“Naimi...”
Naimi
masih tersenyum sinis.
“Kau
peduli apa.Ini hal aku!Jangan nak campur!”Arkan berdalih.
“Arkan...Arkan...kita
dah lama kenal,jangan cuba nak tipu aku,”Ujar Naimi bernada sinis. “Walaupun
tak sama lamanya kau kenal dengan Reza,”sambungnya.
Arkan naik
berang. “Kau jangan cakap pasal dia pada aku!”
Naimi
ketawa tetapi hanya sebentar. “Kenapa dengan kau?Setahu aku hubungan kau dengan
dia baik.Sekarang ni dah macam anjing dengan kucing...atau...macam singa dengan
harimau.”
“Kau
jangan buat lawak!Aku dah cakap,ini hal aku dengan dia!”Marah Arkan penuh
emosi.
“Woa!Okey,okey,aku
dah tak cakap!Tapi aku nak tahu kenapa kau benci sangat dengan Reza tu?”
Arkan diam
sebentar. “Reza...dia selalu dapat lebih daripada aku sejak dari kecil sampai
sekarang!”
Naimi
mengangkat sebelah kening.
“Di
sekolah semasa kami sama-sama belajar dulu,dia lebih bijak daripada aku dan
selalu mendapat perhatian sehinggalah kami masuk pusat pengajian tinggi.Dia
juga selalu dipuji,orang bagi hadiah,ambil berat tentangnya...sedang
aku...,”Arkan berhenti seketika.Kemudian,dia menyambung, “Aku mungkin tak sebijak
dia tapi aku juga perlukan perhatian!Semuanya sisihkan aku seolah-olah aku ni
tak wujud langsung!Masa ibu bapa aku masih hidup,mereka selalu membandingkan
aku dengan dia!”
Naimi
mengerdipkan matanya mendengar cerita Arkan itu.
“Kau
tahu,pada mulanya memang aku tak kisah dengan semua tu.Aku setkan dalam kepala
aku,aku bangga sebab berkawan dengan orang macam dia.Tapi,kami bukan kawan lagi
selepas sebulan kami bersama Jabran.”
Naimi
mengerutkan keningnya. “Kenapa?”
“Semasa
kami mula-mula bersama Jabran,kami masih baik.Apapun,dalam masa sebulan,Reza
selalu dapat perhatian lebih daripada aku.Semua ideanya Jabran tak pernah
tolak.Bukan itu sahaja,Reza banyak menerima hadiah cenderahati daripada
Jabran.Habis aku macam mana?Walaupun tak semua idea aku diterima tapi aku tak
pernah dapat apa-apa!Sejak itu,Reza semakin sombong dengan aku!Aku langsung tak
kisah sebab aku pun dah tak tahan dengan perangai dia!Sebab itu bila idea Reza
ditolak tentang serangan Kota Batu Karang tu,aku orang yang paling gembira sekali!”Arkan
ketawa besar,berpuas hati dan penuh kegembiraan.
Naimi langsung tidak menunjukkan wajah simpati
ataupun ingin meredakan hal itu.Dia masih tersenyum sinis seolah-olah tidak
kisah dengan hubungan Reza dan Arkan yang sudah renggang itu.
“Kau tahu,Naimi?Kadang-kadang
aku rasa macam nak hapuskan saja budak tu dari dunia ni!Baru puas hati
aku!”Kata Arkan.
“Wah,wah!
‘Sedap’ betul mulut kau berkata-kata,ya!Kau tu dah kuat sangat ke nak bunuh
aku!”Tiba-tiba Reza muncul di belakang mereka berdua dengan menggunakan teleport.
Arkan
langsung tidak terkejut dengan kemunculan mendadak Reza itu.Dia tersenyum sinis
dan memandang Reza tajam.“Habis,kau tu dah cukup kuat ke nak hapuskan aku
pula!”
“Kau
jangan pandang rendah pada aku walaupun aku ni lebih rendah daripada kau!Rendah
bukan sebarang rendah!”
“Sudahlah,Reza!Kita
tahulah siapa yang mati dulu dalam serangan esok!Jangan cabut lari sudah!”Arkan
mengejek.
“He!Hei!Nanti
dulu!Kalau nak bergaduh,jangan bergaduh depan aku!Aku takkan teragak-agak nak
laporkan perkara ni kepada Jabran.Aku yakin,dia tentu tak suka hal ni
berlaku!”Sampuk Naimi.
Reza
memandang Naimi. “Jangan nak campur urusan kami,Naimi!Kau jangan ingat kau
pembantu Jabran,kami takut dengan kau!”
“Hei,kawan!Rileks,aku
tahu kau sikit pun tak takut dengan aku.Aku cuma nak beritahu,pertengkaran kau
berdua akan memberi kesan lain pula pada rancangan kita.Kalau rasa tak puas
hati,cari cara lain!Aku takkan menghalang!”
Arkan pula
memandang Naimi. “Kau jangan nak cuba-cuba nasihatkan kami,Naimi!Kau jangan
lupa kau tu siapa!Kami ni Genolis yang sebenar,sedangkan kau...Genolis suntik!”
Lantas
Naimi menaikkan jari telunjuknya ke arah Arkan. “Kau jangan cakap benda tu lagi!Walaupun
aku bukan darah daging keturunan Genolis,dalam badan aku tetap ada gen tu!Aku
pun ada kuasa macam kau berdua!”
“Ya,kau
jangan lupa yang kau juga penduduk Dimensi Mena.Kau sepatutnya berterima kasih
kepada kami kerana kamilah yang bawa kau berjumpa Jabran.Kalau tak,sampai
sekarang kau jadi...”Reza menjeling tajam ke arah Naimi. “...pencuri makanan
atau peminta sedekah!”
Naimi
mendengus marah.Kalau boleh mahu sahaja dia menampar dan menumbuk muka
kedua-dua lelaki tersebut.Bagaimanapun,memang betul apa yang mereka katakan.
Naimi cuba
untuk bertenang,menyembunyikan amarahnya.Dia tahu,sekiranya dia marah,dia kalah
dalam pertelingkahan itu.Dia memegang lengannya.
“Kau
berdua jangan lupa...sebab aku sertai Jabranlah lengan aku ada parut terbakar
ni sampai sekarang!”
“Ya,aku
tahu!Salah seorang penduduk Kampung Fannani yang buat begitukan?Heh,kami peduli
apa tentang parut kau!Kau sendiri yang cuai masa berlawan dengan dia!Berlagak
sangat,memang patut pun lelaki tu buat begitu,”ejek Reza.
Naimi
masih cuba menahan marahnya.Di fikirannya terbayang wajah lelaki yang
meninggalkan kesan parut di lengannya.
“Cakap
pasal bertarung...”Arkan bersuara. “...apa kata kita berdua bertarung!Tengok
siapa yang lebih kuat!”
Naimi
mengangkat mukanya.
“Heh,aku
sebenarnya malas nak berlawan dengan kau sebab aku tak nak kau kecewa bila kau
kalah nanti.”
Arkan
mendekati Reza,lalu merapatkan mukanya dengan muka Reza.Dia berbisik, “Aku
takkan teragak-agak nak bunuh kau!”
Reza
ketawa kecil. “Oh,yakah?Takutnya aku!Okey,kalau kau nak sangat,apa boleh aku
buat!Cuma aku pun nak ingatkan kau...aku pun takkan teragak-agak nak bunuh
kau!”Reza tersenyum lebar bernada sinis.
“Kita akan
jumpa di sungai ni masa serangan esok!Jabran takkan tahu kita ke sini!Dan kau
Naimi...”Arkan memandang Naimi tajam. “...jangan sekali-kali masuk campur atau
beritahu Jabran!”
Naimi
ketawa kecil.Dia sudah melupakan amarahnya terhadap kedua-dua lelaki itu tadi
setelah mendengar bahawa mereka berdua akan bertarung menunjukkan kekuatan
masing-masing.
“Sebenarnya
aku suka cara kau berdua!Bertarung untuk tahu siapa yang lebih kuat!Jangan
risau,aku takkan beritahu Jabran!Buatlah apa yang kau berdua suka!”Akur wanita
itu.
Reza
tersenyum sambil kakinya mengundur beberapa tapak ke belakang.
“Kau
jangan lupa,Arkan.Kau yang cadangkan dan kalau kau tarik diri...memang sah kau
tu penakut!”Reza menghilang dari situ dengan menggunakan teleport.
Arkan
tersenyum kegembiraan.Puas hatinya sekarang.Esok dia akan berlawan habis-habisan
dan akan membunuh lelaki itu.Lelaki itu akan lenyap dalam hidupnya dan dia
orang yang paling gembira sekali.
Naimi memandang
Arkan. “Kau yakin kau boleh menang?Jangan takut kalau terbunuh nanti.”
Arkan
ketawa. “Siapa yang akan terbunuh Naimi?Kau cakap macam tu sebab kau yakin dia
akan menang?Kau jangan sekali-kali nak menyebelahi dia kalau kau tak nak aku
tambah lagi parut pada lengan kau tu!”Marahnya.
“Sabar,Arkan!Aku
cuma tengok keadaan Reza.Walaupun dia rendah daripada kau tapi hakikatnya
memang dia lebih bijak berbanding kau.”
“Huh,bijak!Kita
tengok siapa yang bijak esok!Biar dia rasa langit tu tinggi ke rendah.Selagi
aku tak dapat bunuh dia,aku akan buat apa sahaja asalkan lelaki penyangak tu
mati!”Arkan ketawa besar.
“Suka hatilah,”Naimi memalingkan
badannya.Tanpa memandang Arkan,dia berkata, “Aku pun masih berdendam dengan
orang yang tinggalkan parut di lengan aku ni.Aku tak salahkan kau.Apapun,jangan
menyesal sudah!”Naimi hilang dari situ.
“Ceh,buat
apa aku nak menyesal!”Arkan mencemik.
Tiba-tiba
hatinya tergerak untuk memandang air terjun di hadapannya yang dikenali sebagai
Air Terjun Khairun Balqis.Serta mereta dia teringatkan kisah dua sahabat
baik,Khairun dan Balqis yang pernah Jabran menceritakan kepadanya beberapa hari
lalu.Dia ingat lagi Balqis berhasrat untuk membunuh Khairun gara-gara Khairun
mendapat segala-galanya daripadanya.Akibatnya,kedua-duanya mati.
Arkan
berfikir seketika.Adakah aku ni sama sahaja dengan Balqis yang pendengki tu?Dan
Jabran pernah kata,aku ni sama dengan Balqis.
Arkan
terus menggelengkan kepalanya beberapa kali.Dia tidak mahu memikirkan semua
itu.Baginya,itu hanya cerita lama yang berlaku seratus tahun dahulu di Dimensi
Mena.Perkara itu tidak akan terjadi lagi.
Tanpa
disedari Arkan,ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak-gerinya dari
celah-celah pokok berdekatan dengan sungai tersebut.Wajahnya kelihatan sedih.
“Arkan...”bisiknya.
“...kau sengaja hancurkan hidup kau.”
No comments:
Post a Comment