Saturday, March 26, 2011

BAB 13


MUSYARY kini berdiri di tepi sungai.Sungai cetek tetapi deras mengalir itu kosong diperhatikan Musyary.Lelaki itu memikirkan sesuatu yang lebih baik dianggapnya daripada itu.Dia tersenyum sendirian seperti memikirkan sesuatu yang jahat.
     “Berseronoklah dulu semua.Selepas ini giliran aku pula,”dia berkata sendirian sambil ketawa kecil.
     Tanpa disedarinya,Khalil yang terikat dengan Tali Haba Halimunan pada sebatang pokok sudah mencelikkan matanya.Dia sudah sedar daripada pengsan.Khalil ternampak Musyary berdiri di tepi sungai.
     ‘Musyary...’bisik hatinya.

                             *          *          *          *          *
     Hafiz,Inarah,Fajar,Khazin,Naufal dan Dayana terpaku di tempat masing-masing memandang Hanz,Gomez dan Faruk yang muncul secara mendadak itu.Mereka langsung tidak bersedia dengan kedatangan ketiga-tiga Genolis itu.
     “Sebab itulah kau berhenti berlari tadi?”Tanya Fajar kepada Hafiz dengan nada berbisik.
     “Ya,”jawab Hafiz tanpa memandang Fajar sebaliknya merenung Faruk,Gomez dan Hanz dengan pandangan tajam.
     Hanz yang mengapungkan diri tadi kini mendarat di hadapan mereka.Faruk dan Gomez mara ke hadapan.Kedudukan ketiga-tiga Genolis itu seolah-olah mengepung keenam-enam remaja itu.
     Hafiz dan yang lain berundur beberapa tapak ke belakang antara satu sama lain setelah mendapati mereka seolah-olah dikepung.Di hadapan mereka sekarang bukanlah manusia biasa.Mereka adalah manusia dari keturunan Genolis yang sah.
     “Aku tak faham betul.Kenapalah budak-budak sekarang ni degil sangat?”Gomez memulakan perbualan.
     “Mungkin sebab banyak makan batu agaknya.Sebab itulah kepala mereka keras macam kepala batu!”Ejek Hanz memecahkan tawa Gomez dan Faruk.
     “Diam!Sepatutnya kau bertiga yang digelar kepala batu sebab degil tak mahu serahkan abang aku yang tak bersalah tu!”Teriak Khazin geram sambil menggenggam penumbuknya.
     Dahi Hanz berkerut. “Khalil?Tak bersalah?Sudahlah!Orang bodoh saja yang cakap begitu!”Ejeknya lagi.
     “Arggghhh!”Khazin berteriak marah sambil mengeluarkan Lamani dari sarungnya lalu berlari ke arah Hanz sambil menghunus Lamani.
     “Khazin!”Jerit Hafiz terkejut dengan tindakan melulu Khazin itu.
     Dengan tenang,Hanz mendepakan kedua-dua tangannya.Muncul satu bulatan bercahaya putih di sekelilingnya.Khazin yang terkesima tidak sempat menghentikan larian apabila kedua-dua kakinya sudah mencecah masuk ke dalam bulatan itu.Dia kaku tidak bergerak.
     “Khazin!”Naufal yang melihat keadaan itu terus meluru mendapatkan sepupunya itu.
     “Jangan Naufal!Dayana cuba menghalang tetapi gagal.Naufal sudah berlari ke arah Khazin.
     Hanz yang melihat situasi itu sekadar tersenyum sinis.Dia membesarkan lagi bulatan bercahaya putih itu menyebabkan ia sampai ke langkah Naufal.Naufal juga kaku tidak bergerak.
     Sejurus kemudian,Hanz mengangkat kedua-dua tangannya.Cahaya berwarna putih muncul ke atas,di sekeliling bulatan itu dan memberi efek kepada Khazin dan Naufal yang berada di dalamnya.Setelah cahaya itu hilang,Khazin dan Naufal rebah tdak sedarkan diri.
     “Mereka berdua mungkin berguna sebab mereka bersaudara dengan Khalil,”kata Hanz lalu bermain dengan jari-jemarinya ke arah Khazin dan Naufal yang terbaring.Mereka berdua hilang dari situ.
     Hafiz yang berada di situ memandang situasi itu dengan penuh kegeraman.Dia tidak boleh bertindak apa-apa lagi ketika itu kerana khuatir dia turut menjadi mangsa seperti Khazin dan Naufal.Kalau perkara itu terjadi kepada dirinya,siapa pula yang akan menyelamatkan Khalil.
     “Sekarang,siapa lagi yang nak kena?”Hanz bersuara.
     “Oh ya!Macam mana dengan aku pula?”Dayana yang geram melihat keadaan itu terus maju ke hadapan tanpa sempat dihalang Inarah yang berada di sebelahnya.
     Hanz tersenyum lalu menjeling Faruk.Faruk tersengih sinis.Dia mengangkat tangan kanannya lalu memusing-musingkan jari telunjuknya.Berdekatan dengannya,sebatang dahan pokok di situ berjuntai ke bawah lalu melilit tubuh Dayana yang kecil molek itu.
     Dayana yang sedang terlilit oleh dahan pokok itu meronta-ronta.Faruk yang mengawal pokok itu mengetatkan lagi lilitannya menyebabkan Dayana kuat menjerit dan beberapa saat selepas itu,tubuhnya terkulai layu dan menghilang dari situ.
     “Dayana!”Jerit Hafiz mahu mendapatkan Dayana tetapi Fajar sempat mendepakan tangannya di hadapannya bertujuan untuk menghalangnya.
     “Apa kau buat ni?Kita kena tolong dia!”Hafiz.
     “Kalau kita masuk campur,kita akan kena sekali!”Kata Fajar.
     “Betul tu,”sokong Inarah. “Kita tengok dulu apa mereka nak buat.Jangan terburu-buru.”
     “Tapi mereka sendiri yang suruh kita ke sini!”
     “Memanglah tapi mereka ni ada agenda tersendiri.Kita tak tahu apa rancangan mereka!Jangan biarkan kita sendiri terperangkap akibat kecuaian kita nanti!”Tegas Inarah.
     Hafiz mendengus kemarahan.Satu persatu rakannya telah diambil mereka.Namun kata-kata Fajar dan Inarah ada juga kebenarannya dan disebabkan kebenaran itulah menyebabkan dia akur.
     “Sekarang pembantu-pembantu menyibuk ni dah tak ada.Sekarang tinggal Pahlawan Mena,manusia terpilih dan Genolis suntikan!Beranikah nak melawan?”Kata Hanz seolah-olah mencabar.
     “Hafiz,Inarah...”panggil Fajar perlahan. “Biar aku lawan mereka ni.Kau berdua pergi selamatkan Khalil dan kawan-kawan kita.”
     “Fajar!”
     “Pergi!”Jerit Fajar.Serentak dengan jeritan itu muncul satu bulatan elektrik besar mengelilingi tubuhnya.
     Hafiz,Inarah,Hanz,Gomez dan Faruk tercampak ke belakang.Fajar menghasilkan bebola-bebola elektrik dan dilontarkannya ke arah Gomez,Faruk dan Hanz.Ketiga-tiga Genolis itu dengan senangnya mengelak serangan bertubi-tubi itu.
     “Cepat pergi!”Jerit Fajar lagi.
     “Fajar...”bisik Hafiz agak keberatan
     “Jom!”Arah Inarah lalu beredar dari situ.Hafiz masih teragak-agak untuk meninggalkan Fajar.Fajar hanya tersenyum meerelakannya pergi.Selepas menganggukkan kepalanya menandakan dia faham,Hafiz berlari beredar dari situ.
     Hanz yang terlihat keadaan itu memerintahkan Faruk dan Gomez menguruskan Fajar.Faruk dan Gomez sekadar mematuhi arahan itu lebih-lebih lagi memang itu yang mereka hendakkan.Hanz beredar dari situ mengejar Hafiz dan Inarah.
     Hafiz dan Inarah terus berlari dan berlari.Mereka sengaja tidak terbang sambil melompat kerana mereka khuatir dalam keadaan kelam-kabut itu,mereka hilang tumpuan akan abiliti itu dan memudaratkan mereka pula.
     Namun dalam pertengahan jalan,larian mereka terhenti apabila satu letupan muncul di hadapan mereka.Mereka tercampak ke belakang.Semasa asap berkepul-kepul di udara,Hanz muncul di tengah-tengahnya sambil tersenyum sinis.
     “Nak lari ya?”Tanya Hanz bernada sinis.
     Hafiz dan Inarah bingkas bangun.
     “Nak selamatkan Khalil boleh...tapi kalahkan aku dulu!”Cabar Hanz.Satu cahaya garis putih muncul pada tapak tangannya.Cahaya garis putih itu kemudiannya diganti dengan sebilah pedang samurai seperti pedang kepunyaan Faruk dan Gomez.
     Hafiz mendengus. “Inarah,aku tahu aku tak patut bahayakan kau tapi...boleh kau uruskan Hanz?”
     Inarah menjeling Hafiz.
     “Kau pernah beritahu aku yang aku perlu memainkan peranan penting dalam setiap misi,kan?Jadi rasanya biarlah aku seorang saja pergi mengalahkan Musyary dan selamatkan Khalil dan lain-lain,”jelas Hafiz bersungguh-sungguh.
     Inarah mencebik. “Ohhh...pandai-pandai saja kau suruh aku!Mentang-mentanglah aku pembantu!Kau buli aku ya?”Perlinya.
     Hafiz ketawa kecil. “Bukan pembantu ataupun penasihat,Inarah,”Hafiz mengerling ke arah Inarah sambil tersenyum nipis. “Kita partner,kan?”Soalnya.
     Inarah membalas senyuman itu. “Heh,pandai pula kau ambil hati!”
     “Woi,cepatlah!Pedang aku dah tak sabar nak menghayun ni!”Teriak Hanz sambil memusing-musingkan pedangnya dengan penuh gaya.
     “Tolong ya!”Pinta Hafiz sebelum dia berlalu dari situ dengan melompat lalu terbang.
     Hanz yang ternampak keadaan itu mendengus marah. “Kurang ajar punya budak!”Baru sahaja Hanz mahu mengeluarkan abilitinya,satu libasan kuning melibas belakang badannya.
     Hanz menjerit kesakitan.Belakang badannya terasa panas.Dengan penuh amarah,dia menoleh ke belakang.Kelihatan Inarah sudah ‘menukarkan’ keychainnya kepada Tombak Sausan.Reben yang tergantung melayang-layang di udara.
     “Aku lawan kau,Hanz!”Inarah menghalakan mata pisau tombaknya ke arah Hanz sambil memberi renungan cabaran kepada Hanz.Hanz tersenyum sinis.

                             *          *          *          *          *
     Musyary memandang tiga orang manusia selain Khalil di hadapannya.Khazin,Naufal dan Dayana.Mereka bertiga terbaring kaku di atas tanah berdekatan dengan tempat Khalil terikat.Waktu itu Musyary tidak sedar,Khalil sudah terjaga dari pengsannya dan sedang memerhatikannya.
     Musyary tersenyum sinis.Sebenarnya,semuanya berada dalam perancangannya.Dia telah memerintahkan Hanz,Faruk dan Gomez menangkap ketiga-tiga remaja ini untuk menyempurnakan hasrat balas dendamnya.Tambahan pula,ketiga-tiga mereka berkait rapat dengan Khalil.Seorang adik kandung Khalil,seorang sepupu Khalil dan seorang lagi adik angkat Khalil.Semuanya itu sudah diketahuinya.
     Khazin,Naufal dan Dayana amat berguna kepadanya.Dia akan menjadikan ketiga-tiga mereka sebagai umpan untuk Khalil pada suatu masa dia memerlukannya nanti.Melihat kepada misinya kali ini sudah hampir mahu berjaya,dia tersenyum sendirian.
     Lelaki itu menggunakan telekinesis untuk mengangkat tubuh Khazin,Naufal dan Dayana.Diletakkan tubuh mereka bertiga itu ke dalam sungai.Mereka bertiga terus terjaga daripada pengsan kemudiannya.Mereka terkapai-kapai kerana menyangkakan mereka berada di dalam sungai yang dalam,tetapi rupanya tidak.
     Khalil yang terlihat situasi itu hendak bersuara tetapi apabila memikirkan tentang kebaikan dirinya,dia diam sahaja.Bukan apa,dia tidak akan tahu apa rancangan yang diatur Musyary seterusnya kerana sudah tentu Musyary akan mengapa-apakannya sekiranya dia tersedar.Baik dia diam sahaja an melihat apa tindakan Genolis itu.
     Musyary mara ke gigi air.Dilihatnya satu persatu wajah Khazin,Naufal dan Dayana.Wajah mereka bertiga kelihatan tidak bermaya tetapi mereka mempunyai semangat yang kuat.Mereka membuang perasaan tidak bermaya itu sejauh yang mungkin.
     “Gembira dengan kedatangan kau bertiga ke sini!”Kata Musyary mengalu-alukan kedatangan Naufal,Khazin dan Dayana.
     “Kau ni siapa?”Tanya Naufal.Dia dan Khazin masih belum pernah bertemu dengan Musyary.
     “Musyary!”Tiba-tiba Dayana bersuara.
     Khazin dan Naufal memandang Dayana.
     “Apa kau kata Dayana?”Tanya Naufal lagi.
     “Musyary?”Tanya Khazin pula.
     Dayana mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan-lahan.Dia masih gugup melihat manusia yang dianggapnya ‘tidak berhati perut’ itu di hadapannya.
     “Mana kau tahu?”Tanya Khazin lagi.
     “Masa aku berjumpa dengan Hafiz dan Inarah tadi,aku ternampak dia.Aku yakin dia memang Musyary.Aku cam muka dia,”jawab Dayana bersungguh-sungguh.
     Khazin dan Naufal tidak berkata apa-apa.Mereka memandang wajah lelaki dewasa di hadapan mereka itu.Wajah itu cukup jelik pada pandangan mata mereka.
     “Kenapa bawa kami ke sini?”Khazin meninggikan suaranya.
     “Saja-saja...kau bertiga berguna kepada aku nanti,”nada suara Musyary memerli mereka bertiga.
     “Apa kau kata?Kau pandang rendah pada kami bertiga ya!”Marah Khazin lalu mencampakkan Lamani ke arah Musyary.Semasa Lamani dicampakkan,bilahnya mengeluarkan busar api yang sederhana besar.
     “Heh!”Dengan selamba Musyary menghalakan tapak tangan kanannya ke hadapan.Bulatan cahaya pada tapak tangannya muncul dan menangkis serangan Khazin.Pedang Lamani menukar arahnya dan menuju ke arah Khazin,Naufal dan Dayana.
     Mereka bertiga terkejut.Mujur Naufal bertindak cepat dengan menolak Khazin dan Dayana ke tepi sambil mengelakkan dirinya.Mereka bertiga jatuh terduduk di dalam sungai cetek itu dan Pedang Lamani tercacak di dalam sungai berhampiran mereka.Busar api tadi hilang dan bilahnya berasap.
     Musyary ketawa kecil. “Janganlah sia-siakan tenaga kau semua.Sia-sia saja!”
     Khazin mencebik. “Kenapa?Kenapa kau buat semua ni?”
     Musyary berhenti ketawa.Dia merenung Khazin tajam. “Kau sudah tentu faham bagaimana perasaan aku sekarang,kan?”
     Khazin terkebil-kebil. “Apa maksud kau?”
     “Kau tengok tu!”Suruh Musyary sambil menghalakan jari telunjuknya ke satu arah sebelah sana.
     Khazin,Naufal dan Dayana hampir serentak menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Musyary itu.Mata mereka buntang.
     “Abang Khalil!”Khazin menjerit.Dia tidak sedar pula Khalil berada di situ.Apa yang pasti,waktu itu kelihatan Khalil terkulai layu dalam ikatannya.
     “Aku gembira betul bila dapat tahu yang kau adalah adik kandung Khalil.Aku nak kau rasa,macam mana peritnya kehilangan seseorang yang amat kita sayangi!”Bentak Musyary dengan penuh emosi.
     Khazin sekadar tersentak.
     “Hai,orang jahat macam kau pun tahu makna kasih sayang?”Tanya Naufal dengan nada perli.
     “Kau diam!”Sergah Musyary. “Abang aku,Muflih adalah abang aku yang terbaik!Sebab itulah...”Musyary melibas tangannya.
     Keluar dua tiga libasan putih mengenai badan Khazin,Naufal dan Dayana.Mereka bertiga terpelanting lalu bdan mereka terhentak ke tanah.Mereka mengaduh kesakitan.
     “Sekarang aku nak kau bertiga rasa apa yang aku rasa!”Teriak Khalil lalu mengikat mereka bertiga antara satu sama lain pada sebatang pokok.Khazin,Naufal dan Dayana yang tidak mampu berbuat apa-apa sekadar membiarkan mereka diseksa begitu.
     Musyary ketawa seperti orang gila dengan matanya yang terbeliak.Sementara itu,Khalil yang sejak dari tadi memerhatikannya memandangnya dengan penuh perasaan gerun.Dayana juga menjerit kecil mendengar tawa yang penuh dengan kejahatan itu.
     “Kau bertiga akan kugantikan dengan Khalil!Ada kerja yang aku nak Khalil buat sekarang!”Pekiknya.
     Khazin,Naufal dan Dayana tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar mereka.Masing-masing dilanda kebuntuan sekarang.Otak mereka sudah zero perpuluhan zero.
     Musyary mengalihkan badannya ke belakang.Dia melangkah menuju ke arah Khalil yang terikat.Khalil masih lagi berpura-pura pengsan.Namun lelaki itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya.Dia dapat merasakan wajahnya berpeluh.
     “Khalil,”panggil Musyary. “Kau jangan nak berpura-pura.Aku tahu kau sudah sedar sejak dari tadi,”kata-kata Musyary mengejutkan Khalil.
     Musyary menarik rambut Khalil. “Kau dengar tak aku panggil?”Bentaknya pula.
     Perlahan-lahan Khalil mengangkat mukanya.Dia sudah tidak boleh menyembunyikan perasaannya lagi.Musyary sudah tahu semuanya.Oleh sebab itu,dia terpaksa melupakan rancangannya untuk mengintip Musyary secara senyap-senyap.
     “Aku...ada kerja untuk kau!Kalau kau tak nak,siaplah kau!Kita tengok aku nak buat apa kepada budak-budak tu!”Musyary mengugut.
     Khalil menelan air liur.Dia gugup.

                             *          *          *          *          *
     Hafiz mendarat pada satu dahan pokok di situ.Dia memerhatikan sekelilingnya.Tiada apa-apa yang menarik pada pandangannya.Semuanya pokok-pokok.Tiada bayang air terjun seperti yang dijangkanya.
     ‘Tak mungkin.Takkanlah aku salah tempat,’Hafiz berbisik di dalam hatinya.Dia mengurut-urut dagunya.
     Hafiz melompat turun ke bawah.Dia berjalan-jalan dahulu di kawasan itu.Matanya meliar ke serata arah.Dia mahu memastikan sekiranya apa yang yang dirasakannya itu betul atau salah.
     Untuk menambahkan kepastiannya,Hafiz menyentuh tanah.Dia memejamkan matanya.Buat beberapa ketika,dia mendiamkan diri.Dia kelihatan seperti memfokuskan sesuatu.Dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pendengaran di sekitarnya.
     Dalam masa beberapa saat,Hafiz dapat mendengar bunyi burung berkicau.Anehnya,tiada seekor burung pun yang berada di kawasan itu sekarang.Itu bermakna burung-burung itu berada di tempat lain.Sebentar kemudian,dia terdengar bunyi daun gugur dari pokok.Bunyinya halus sahaja tetapi tajam didengar Hafiz.
     Kemudian,Hafiz terdengar bunyi air mengalir.Deras.Hafiz membuka mata.Dia terus berlari ke arah timur hutan itu.Lariannya kali ini lebih laju daripada biasa.Mungkin disebabkan kesungguhannya,dia tidak sedar akan abilitinya itu.
     ‘Di sana,’Hafiz berbisik di dalam hatinya. ‘Tunggu aku Khalil,Naufal,Dayana,Khazin...aku akan selamatkan kau semua,’nekadnya.
     Hafiz terus berlari dan berlari tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya.Kesungguhannya untuk menyelamatkan rakan-rakannya mengatasi segala-galanya.
     ‘Aku akan selesaikan misi ni dengan segera...’bisiknya lagi. ‘...kau terimalah balasannya nanti Musyary!’

No comments:

Post a Comment