Friday, March 25, 2011

BAB 14


Keesokkan hari,menjelang tengahhari,Kota Batu Karang
WAKTU pagi pada hari itu terasa berlalu dengan pantas.Hari sudah menjelang tengahhari nampaknya.Walaupun begitu,cuacanya hanya sederhana panas,tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Pendek kata,waktu tengahhari itu cuma biasa.Orang yang tinggal di situ masih selesa dengan cuaca tersebut.
   Seperti yang dijanjikan oleh Jabran,manusia Genolis dan makhluk-makhluk dari Gua Dendaron akan menyerang kota yang popular dengan pengunjungnya,iaitu Kota Batu Karang pada waktu tengahhari,cuma tidak pasti pada pukul berapa.
   Suasana di kota itu sunyi-sepi tanpa penduduknya di dalam kerana mereka semua sudah dipindahkan ke dalam Dewan Killi dan Dewan Milli.Presiden kota itu,Presiden Safaraz yang menyarankan supaya mereka bersembunyi di sana supaya mereka tidak terlibat sekali dalam pertempuran pada hari itu.Oleh itu,kehilangan nyawa dalam kalangan penduduk kota dapat dielakkan.
   Waktu tengahhari itu,pihak keamanan kota yang terdiri daripada tentera-tentera sedang bersembahyang jamak Zohor dan Asar berjemaah di sebuah masjid terbesar di Kota Batu Karang berimamkan Presiden Safaraz.Lubaid,Malik,Tok Bazil berserta tiga orang anak buahnya termasuk Hafiz dan empat rakannya turut sama berjemaah.Selesai sembahyang,masing-masing berdoa supaya mereka tabah dan Dia melindungi mereka sepanjang pertempuran yang bakal mereka hadapi tadi.Robert dan Kay pula menunggu mereka di luar masjid.
   Setelah selesai bersembahyang,pasukan pihak keamanan kota tersebut berpecah kepada dua pasukan.Satu pasukan di sebelah timur dan satu pasukan lagi di sebelah barat kota tersebut.Tok Bazil dan lain-lain juga turut sertai antara kedua-dua pasukan tersebut.
    Tok Bazil,Lubaid,Kay,Robert,Dali dan Malik bersama dengan pasukan tentera yang berada di timur kota,manakala Hafiz,Inarah,Adam,Khazin,Hafiy,Naufal dan Dayana berada bersama dengan pasukan barat.Pasukan di timur diketuai Presiden Safaraz manakala pasukan di barat diketuai Kapten Asyqar.

Pasukan tentera sebelah timur kota
   Para tentera sudah siap dengan senjata masing-masing.Begitu juga Tok Bazil,Lubaid,Kay,Robert,Dali dan Malik.Mereka sudah bersiap dengan senjata masing-masing iaitu senapang dan pistol.Mereka tidak mempunyai senjata canggih seperti para tentera yang lain seperti meriam,bazooka dan bom tangan.Tambahan pula,Presiden Safaraz sendiri tidak membenarkan kerana mereka bukan orang yang mahir menggunakan senjata seperti itu.
   Malik melihat jam tangannya. “Lagi sepuluh minit pukul dua.”         “Sekejap lagi mesti mereka sampai,”balas Tok Bazil sambil memandang Lubaid.Wajah adiknya itu tajam.
   Dali kelihatan gugup sedikit.Entah beberapa kali dia menelan air liur.Ini kali pertama dia berada di medan pertempuran.Robert yang menyedari tingkahlaku lelaki itu tersengih memandangnya.
   “Jangan takut,Dali.Kau bukannya seorang,”Robert cuba menenangkan Dali sambil menepuk-nepuk belakang pemuda itu. “Muka macho macam kau ni janganlah jadi pengecut.”
   Dali menjeling Robert.Kata-kata Robert itu menghilangkan sedikit rasa gugupnya.
   Presiden Safaraz kelihatan berjalan ke arah mereka berenam.Lubaid tersenyum memandang presiden tersebut.
   “Kau dengan abang kau memang berani,hah!”Puji Presiden Safaraz pada Lubaid dan Tok Bazil.
   “Kami cuba buat apa yang mampu tuan,”kata Tok Bazil sebelum sempat Lubaid bercakap.
   “Ya.Saya harap lepas ni Genolis takkan kacau di sini lagi.Saya betul-betul tak sangka suatu hari nanti kota ni akan diserang mereka.Saya tak boleh biarkan.”
   Tok Bazil dan Lubaid mengangguk.

Pada masa yang sama,Pasukan tentera sebelah barat kota
   Kapten Asyqar memerhatikan anak-anak buahnya yang sudah bersedia di posisi masing-masing.Sesetengah daripada mereka sudah berada di posisi agak jauh daripadanya.Yalah,tidak mungkinlah dia hendak semua anak buahnya berkumpul di situ saja.Pihak musuh bukan menyerang di satu tempat sahaja.
   Hafiz dan Inarah sudah ‘menghidupkan’ senjata mereka,manakala Adam,Khazin,Naufal,Dayana dan Hafiy sudah bersiap sedia dengan senjata masing-masing,senjata yang diberikan oleh Lubaid sebelum mereka berpecah.
   “Aku harap aku tak perlukan senjata ni masa berperang nanti.Aku lebih suka gunakan tangan dan kaki aku,”ujar Khazin.
   “Mereka tu Genolis,Khazin.Mereka boleh serang kita dari jarak jauh.Kita...”balas Hafiy.
   “Apapun,kita cuba dulu.Manalah tahu kalau berjaya nanti,”saran Naufal bersungguh-sungguh.
   Hafiz yang melihat telatah rakan-rakannya itu sekadar tersenyum.Matanya beralih pada Inarah.Gadis itu melibas-libas senjata logamnya yang kelihatan seperti tombak,mempunyai bilah pisau di hujungnya serta terukir corak klasik di atas kayunya yang berwarna kuning.Reben kuning yang tergantung melayang ke kiri,ke kanan,ke atas dan ke bawah setiap kali Inarah melibas kayu tersebut.Mata bilah pisaunya berkilau disinari cahaya matahari.
   Dengan sengaja Hafiz mengambil pedangnya di mana hulunya dibalut dengan kain hitam dan kain putih lalu menembungkannya dengan senjata Inarah daripada bergerak.Inarah agak tersentak dengan tindak Hafiz itu.
   “Ada masalah ke?”
   “Saja cari masalah,”balas Hafiz lalu menarik balik pedangnya. “Apa perasaan kau sekarang?”
   Inarah mengangkat bahu. “Aku pun tak tahu nak cakap apa.Inilah misi yang paling berat pernah aku jalankan lepas tiga misi aku selesaikan.Semua ni gara-gara kemunculan kaulah.”
   Hafiz merenung Inarah tajam. “Kau salahkan aku?”Soalnya.
   “Jangan salah faham.Tak semestinya,”Inarah tersengih sebentar. “Sebenarnya,mungkin ya!”Guraunya.
   Hafiz tidak mengendahkan Inarah.Dia memandang beberapa orang tentera yang berada bersama mereka.Mereka kelihatan sudah bersedia.Apabila musuh datang menyerang,mereka spontan akan bertindak.
   “Kamu berdua pasti ke nak gunakan senjata itu saja?”Tanya Tuan Asyqar kepada Hafiz dan Inarah.Dia berjalan mandapatkan mereka.
   “Kami pasti,tuan!Lagipun,kami tak biasa guna senapang atau pistol,”jawab Inarah.
   “Kalau kamu dah cakap macam tu,saya tak boleh paksa kamu,”kata Tuan Asyqar. “Walaupun saya tak tahu siapa kamu berdua sebenarnya,tapi...saya yakin tuan presiden lebih tahu kenapa dia benarkan kamu sertai kami.”
   Hafiz dan Inarah sekadar mengangkat kening.
   “Apapun,semoga berjaya!”Ucap Tuan Asyqar lalu menepuk bahu Hafiz.Hafiz mengangguk.Inarah yang berada di sebelahnya tersenyum.
                           *          *          *          *          *         
Pada masa yang sama,Markas Berbatu
   Naimi menyerahkan sebuah cip hitam sebesar ibu jari kepada Jabran.Jabran memasukkannya ke dalam satu mesin di sebelah komputer hologram milik konco-konconya di situ.Konco-konconya yang berada di belakang sekadar memerhatikannya.
   Apabila cip hitam itu dimasukkan ke dalam mesin tersebut,cip itu ‘dibaca’ oleh mesin tersebut dan keluar huruf-huruf atau ayat-ayat dan tak boleh dibaca.Jari telunjuk Jabran akhirnya menekan butang merah dan perkataan ‘On’ menyala.

Gua Dendaron
   Makhluk-makhluk di dalam gua tersebut seperti baru terjaga dari tidur.Mereka tiba-tiba sahaja mengaum membuatkan gua itu bergegar.Mereka tidak sedar yang mereka sudah dikawal oleh manusia Genolis bernama Jabran.
   “Makhluk-makhluk Gua Dendaron,”suara Jabran kedengaran di telinga makhluk-makhluk tersebut. “Kau semua akan menyerang Kota Batu Karang sekarang!Gunakan teleport yang aku sudah berikan di dalam cip,teleport terus ke sana!”Perintahnya.
   Makhluk-makhluk itu mengaum kuat.
   “Seraannggg!”Jerit makhluk-makhluk dengan suara besar dan garau itu sebelum satu persatu hilang dari situ tiba-tiba.Makhluk-makhluk itu menggunakan teleport.Semasa teleport itu digunakan,cip-cip yang dipasang pada badan mereka bercahaya warna hijau terang dan seterusnya hilang.

Makmal konco-konco Jabran,Markas Berbatu
   Jabran memutuskan perhubungannya dengan makhluk-makhluk tersebut dengan menekan semua butang merah dan lampu menyala pada perkataan ‘Off’.Dia tersenyum puas.Matanya beralih pada konco-konco yang sudah berkumpul di hadapannya.Konco-konconya itu ramai,hampir seratus orang,tidak termasuk Naimi,Reza dan Arkan.
   Reza dan Arkan berada bersama konco-konco Jabran yang lain.
   “Semua teleport terus ke kota itu!Gunakan semua kuasa yang kau semua ada!Jangan bagi peluang!Aku tak nak tunggu lama!Tak sabar rasanya aku nak tengok penduduk kota tu melutut padaku!”Teriak Jabran lalu ketawa terbahak-bahak seperti orang gila.
   Konco-konconya itu bersorak sebelum satu persatu hilang dari situ menggunakan teleport.
   Naimi muncul di sebelah Jabran bersama Puan Wada di sebelahnya.Wajah manita itu mencuka dan lemah.Keadaan dirinya memang berserabut.
   “Muka kau dah makin sembab,ya Puan Wada.,”Jabran memegang dagu wanita tersebut.
   Puan Wada menggelengkan kepalanya beberapa kali supaya Jabran melepaskan pegangannya.
   “Wah,marah!Puan jangan risau.Kalau Fajar tak muncul juga bila kami jadikan puan umpan,kami akan bunuh puan.Puan sendiri cakap yang puan dah tak tahan dengan kami,kan?”Jabran tersenyum sinis.
   Jabran berpaling ke arah Naimi. “Naimi,ikut aku!Kau bawa perempuan tua ni!”Matanya memandang Arkan dan Reza. “Kau berdua ikut sekali!”
   Puan Wada cuba meronta dilepaskan semasa Naimi memegang kuat.Dia memicit pergelangan tangan Puan Wada menyebabkan wanita itu mengalah.
   Jabran dan Naimi  yang memegang Puan Wada hilang dari situ dengan menggunakan teleport.Reza dan Arkan masih sempat menjeling sesama sendiri.
   “Kita akan tentukan hari ni...”bisik Reza sinis.
   “Tak sabar rasanya,”bisik Arkan pula juga bernada sinis.
   Mereka berdua hilang dari situ.

                           *          *          *          *          *         
Arah timur Kota Batu Karang
   Semua tentera di situ termasuk Presiden Safaraz,Tok Bazil,Lubaid,Dali,Robert,Kay dan Malik terkejut seperti hampir luruh jantung mereka apabila ternampak beberapa ekor makhluk aneh muncul tiba-tiba di situ.Makhluk-makhluk itu mengaum membuatkan jantung mereka berdegup laju.Kemunculan makhluk-makhluk itu diikuti dengan kemunculan beberapa puluh manusia yang tidak mereka kenali.
   Presiden Safaraz bertindak pantas dengan menyuruh semua tentera di bawah arahannya segera bertindak.Sebaik sahaja arahan dikemukakan,semua tentera bergegas maju ke hadapan dan menyerang bertubi-tubi menggunakan senjata masing-masing termasuk Tok Bazil,Lubaid dan lain-lain.
   Namun,serangan itu dibalas dengan kuasa yang tidak diduga oleh mereka.Serangan api yang tiba-tiba keluar dari tangan manusia itu,retakan pada tanah,serangan angin yang disertai dengan tusukan-demi tusukan tajam dan pelbagai lagi.Serangan itu menyebabkan beberapa orang tentera di situ tercedera kerana gagal mengelak serang tersebut termasuk Dali.
   “Mereka Genolis!”Jerit Presiden Safaraz.
   Para tentera yang lain tidak mengendahkan jeritan tersebut.Walaupun mereka tidak dapat melawan manusia Genolis itu,mereka berusaha untuk menyerang makhluk-makhluk yang mengaum itu.
   “Jangan bunuh mereka!Mereka tak bersalah!Mereka dah dikawal!Tidurkan saja!”Saran Presiden Safaraz.Anak-anak buahnya akur lalu mengambil satu lagi senjata yang disediakan untuk menembak penyuntik tidur kepada makhluk-makhluk aneh itu.
   Grauuuu!!!!Makhluk-makhluk itu mengaum sambil menghentak-hetakkan kaki mereka.
   Dali yang tercedera berusaha untuk bangkit semula.
   “Aku mulakan dengan kau berdua...”salah seorang manusia Genolis muncul di hadapan mereka berdua.Namun,manusia Genolis itu terasa dirinya ditembak.Apabila dia menoleh,kelihatan Tok Bazil sedang menghalakan senapangnya.
   “Kau tak guna!”Manusia Genolis itu menghentakkan kakinya ke tanah.
   Keluar serpihan-serpihan tanah di sekeliling manusia Genolis itu dan serpihan-serpihan itu meluncur laju seperti peluru menuju ke arah Tok Bazil.Tok Bazil yang gagal mengelak terkena serpihan-serpihan tersebut membuatkannya jatuh ke tanah.
   “Tok Bazil!”Jerit Dali serentak
   Sementara itu,Lubaid,Robert,Kay,Presiden Safaraz serta para tentera yang lain masih berbalas-balas serangan.Mereka sedar akan keadaan Tok Bazil tetapi keadaan tidak membenarkan mereka mendekati lelaki tua itu.

Arah barat Kota Batu Karang
   Suasana di situ lebih kurang sama dengan suasana pertempuran di timur.Mereka yang berada di situ masing-masing terkejut apabila ternampak makhluk-makhluk aneh dan manusia Genolis tiba-tiba muncul secara mendadak di tempat mereka.Kemunculan itu membuatkan mereka terpaksa menyerang serta-merta.Mereka langsung tidak menyangka mereka memunculkan diri sebegitu rupa.
   Para tentera kebanyakannya menyerang makhluk-makhluk aneh itu dengan menembak penyuntik tidur kerana mereka mudah ditumpaskan berbanding dengan manusia Genolis yang menyerang mereka dengan pelbagai kuasa luar biasa.Kadang-kadang mereka menyerang balas dengan membaling bom tangan dan tembakan bazooka.
   “Bodoh betul aku!”Inarah bersuara setelah berjaya menumpaskan salah seorang manusia Genolis.
   Hafiz yang baru sahaja menumpaskan salah seorang manusia Genolis melompat laju ke arahnya. “Apahal tiba-tiba mengaku diri bodoh ni?”Soalnya.
   “Sepatutnya aku pergi bersama Presiden Safaraz tadi.Tak ada seorang pun di antara mereka yang ada kuasa macam kita!Kalau aku ada,mungkin aku boleh lawan Genolis tu,”rungutnya kesal.
   “Yarghhh!!!”Salah seorang manusia Genolis hendak menyerang mereka berdua.
   Hafiz menjeling tajam ke arah manusia Genolis itu sambil menghalakan mata pedangnya.Bilah pedangnya bercahaya lalu mengeluarkan lingkaran api berwarna biru dan lingkaran itu menuju ke arah manusia Genolis tersebut.Manusia Genolis itu tidak sempat mengelak lalu tumbang sambil mengaduh menahan kepanasan pada badannya.
   “Kalau macam tu,pergilah!”Ujar Hafiz sambil meletakkan bilah pedangnya di atas bahunya.
   Inarah membulatkan matanya memandang Hafiz. “Tak apa ke?”
   “Mereka lebih perlukan bantuan.Pergilah.Lagipun,aku masih menunggu seseorang yang belum muncul,”kata Hafiz.
   “Maksud kau Jabran?”Teka Inarah dibalas dengan anggukan.
   “Kalau begitu,baiklah,”akur Inarah.Dia memalingkan tubuhnya. “Jangan cuai,Hafiz!”Pesannya tanpa memandang Hafiz.
   “Aku tahu,”jawab Hafiz.Matanya mengekori langkah Inarah yang berlari beberapa tapak ke hadapan dan seterusnya hilang dari situ.
   “Hafiz!Belakang kau!”Kedengaran suara Adam menjerit.
   Hafiz menoleh ke belakang.Kelihatan seekor makhluk aneh sedang menuju ke arahnya.Hafiz melompat tinggi dan mendarat di atas badan makhluk tersebut.Makhluk itu menggoyang-goyangkan badannya membuatkan Hafiz hampir-hampir terjatuh.
   “Hati-hati,Hafiz!”Jerit Khazin pula sambil mengelak-elak serangan bertubi-tubi dari manusia Genolis.Jelaslah dia mengalami kesukaran.
   “Aaahhh!!!Aku tak peduli!Kau ingat kau ada kuasa,kau boleh kalahkan kami!”Khazin menghalakan senapangnya.
   Pada masa yang sama,Hafiz menghunuskan mata pedangnya ke atas makhluk aneh itu.
   Khazin melepaskan tembakan bertubi-tubi menyebabkan manusia Genolis di hadapannya tiada kesempatan untuk menyerang balas.
   Tanpa membenamkan mata pedangnya,Hafiz hanya mendekatkan mata pedangnya ke badan makhluk tersebut.Makhluk itu terhuyung-hayang.Hafiz melompat turun dari badan makhluk itu.
   Manusia Genolis yang ditembak Khazin terhuyung-hayang.Kemudian,dia jatuh ke tanah.
   Makhluk yang ‘diuruskan’ oleh Hafiz tadi juga jatuh ke tanah,menindih badan manusia Genolis yang ditembak tadi.
   Hafiz dan Khazin yang tergamam dengan situasi itu saling berpandangan.Kedua-dua mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
   “Aduh,kena tindihlah pulak,”keluh Hafiz.
   “Biarlah,”kata Khazin pula.
   Sementara itu,para tentera lain sedang sibuk bertempur.Masing-masing berbalas-balas serangan.Hafiy yang melihat gelagat Hafiz dan Khazin mendengus.“Apa kau berdua buat tu?Jangan”
   “Aaaahhh!!!”Kedengaran suara Dayana menjerit.Rupa-rupanya tangannya sedang menahan kaki seekor makhluk yang mahu memijaknya.
   Bang!Kedengaran satu tembakan dari tepi.
   “Lari Dayana!”Teriak Naufal.Rupa-rupanya dia telah menembak penyuntik tidur pada kaki makhluk itu.Makhluk itu pening lalat.
   Dayana mengambil peluang untuk melarikan diri.Makhluk yang mahu memijaknya tadi jatuh ke tanah,tidak bergerak lagi.
   Baru sahaja Dayana menarik nafas lega,serangan bertubi-tubi menuju ke arahnya.Mujurlah langsung tidak mengenainya dan dia berlari-lari untuk mengelak serangan itu.Apabila diperhatikan,serangan itu merupakan kuasa manusia Genolis.
   Hafiz mara ke hadapan lalu melompat tinggi.Semasa berada di udara,dia mengangkat pedangnya.Bilah pedangnya bercahaya lalu dia menghayunkan pedangnya,mengeluarkan libasan api berwarna biru dan merah secara bertalu-talu.
   Libasan-libasan berwarna api dan merah itu cuma ditujukan kepada manusia-manusia Genolis di situ.Ada yang dapat mengelak.Bagi yang gagal mengelak serangan itu meraung kesakitan.
   Keadaan itu membuka peluang kepada para tentera membuat serangan balas.Mereka mula menggunakan tangan dan kaki mereka menumpaskan satu persatu para Genolis itu dan sesetengah daripada mereka masih cuba menidurkan beberapa lagi makhluk yang masih belum tertidur.
   Adam bersama Hafiy masih berlawan.Dayana,Naufal dan Khazin kadangkala menyerang menggunakan senjata mereka dan adakalanya mereka berlawan dengan tangan kosong.Suasana di situ kelam-kabut menyebabkan banguna-bangunan di sekeliling mereka rosak teruk.Dinding-dinding bangunan retak dan hancur manakala cermin-cermin bangunan pecah berderai.Asap berkepul-kepul di udara dan kuasa-kuasa Genolis bermaharajalela.
   Ramai tentera yang sudah tumpas,tidak sedarkan diri.Kapten Asyqar juga sudah semakin penat.Adam dan Hafiy sudah beberapa kali jatuh dan tercedera tetapi menggagahi juga untuk meneruskan pertempuran itu.
   Hafiz sudah menidurkan lima ekor makhluk aneh yang kadangkala menyerangnya dengan cahaya merah yang dihasilkan dari belalai mereka.
   Hafiz termengah-mengah. “Susah ni.Aku tak boleh nak serang makhluk tu dengan orang-orang Genolis ni sekaligus,”bisik hatinya.Tanpa disedari,seorang Genolis hendak menyerangnya dari belakang.Dia cuma sedar apabila serangan angin yang disedari batang-batang kayu tajam sudah hampir menuju ke arahnya.
   “Hafiz!!!”Jerit Adam yang terlihat keadaan itu.
   Hafiz tidak sempat mengelak.Dia memejamkan kedua-kedua matanya sambil beristighfar.Namun,setelah beberapa saat tiada apa-apa yang terjadi kepada dirinya.Dia hairan lalu membuka matanya.
   “Pak Cik Widad?”kata Hafiz perlahan.Widad yang berada di hadapan memandangnya sambil tersenyum.

Pada masa yang sama,arah timur Kota Batu Karang
   Suasananya sudah menjadi kucar-kacir.Keadaan sekeliling mereka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan sudah rosak teruk.Keadaannya lebih kurang sama sahaja seperti di sebelah timur.
   Walaubagaimanapun,pertempuran masih berterusan.Sudah ramai tentera yang tumpas,sudah banyak makhluk ditidurkan tetapi cuma separuh sahaja Genolis yang dapat ditewaskan.Jelaslah mereka mengalami kesukaran untuk berlawan dengan Genolis yang mempunyai kuasa yang tidak ada pada mereka penduduk Mena.
   Tok Bazil dibaringkan di dalam bangunan yang sudah terpecah-pecah dindingnya ditemani Lubaid dan Dali.Dia baring tidak sedarkan diri.Dali mengetap bibir.Air matanya bergenang,simpati melihat keadaan lelaki tua dihadapannya.
   “Maaf,tok.Saya yang patut disalahkan,”Dali meminta maaf kepada Lubaid.
   “Ini bukan salah kau.Kau dah bertempur dengan baik tadi,”pujuk Lubaid.Matanya sayu memandang wajah abang kandungnya yang masih tidak sedarkan diri itu.
   Dali bangun. “Tok Lubaid sembunyi saja di sini jaga Tok Bazil.Jangan bagi manusia Genolis dan makhluk tu perasan tok berada kat sini.Saya nak sertai Robert,Malik dan Kay,”satu semangat baru muncul dalam diri Dali.Dia nekad.
   “Tapi,Dali.Saya pun kena...”belum sempat Lubaid menghabiskan ayatnya,Dali sudah berlari keluar dari bangunan yang sudah hampir runtuh itu.Lubaid dapat melihat pertempuran dahsyat masih berlaku di luar sana.
   “Tok,”Lubaid tersentak apabila namanya dipanggil.Apabila dia menoleh,Inarah berada di belakangnya dengan wajah serius.
   Inarah terpandang lelaki tua yang terbaring kaku di sebelah Lubaid.Dia terkejut. “Kenapa dengan Tok Bazil?”Soalnya.
   “Dia diserang manusia Genolis masa dia selamatkan Dali.”
   “Maaf.Saya sepatutnya berada kat sini dari awal lagi!”
   “Bukan salah kamu,”ujar Lubaid lalu memandang ke luar. “Keadaan di sana masih belum tenteram.Dali suruh saya jaga Tok Bazil di sini.”
   “Memang betul apa yang Dali cakap.Tok duduk saja di sini.Jangan sekali-sekali keluar.Biar kami saja yang uruskan,”Inarah terus berlari keluar dari situ sebelum sempat Lubaid menahannya.Lubaid sedikit kecewa tetapi apabila melihat wajah lesu abangnya yang masih tidak sedarkan diri,akhirnya mengalah.
   Presiden Safaraz masih juga bertahan walaupun dia sudah tercedera teruk di seluruh badannya.Beberapa orang anak buahnya sudah tidak mampu untuk berlawan dan ada yang seperti Tok Bazil,tidak sedarkan diri.Robert,Kay,Malik dan Dali masih bertahan walaupun sudah tercedera akibat kuasa-kuasa yang dihasilkan manusia Genolis dan makhluk-makhluk dari Gua Dendaron itu.
   “Robert!Malik!Kay!Dali!Tuan Presiden dan tentera-tentera semua!Tunduk cepat!”Jeritan seseorang mengejutkan mereka berlima dan memerhatikan siapa tuan punya suara itu.
   Inarah muncul di tengah-tengah pertempuran.Dia melompat tinggi ke udara.Pada waktu itu juga,dia memusing-musingkan senjata logamnya yang berwarna kuning berbilah pisau secara perlahan-lahan.Cahaya kuning berbentuk bulatan mengikut pusingan itu muncul disertai dengan pancarannya membuatkan makhluk-makhluk mengaum dan manusia-manusia Genolis yang berada di darat menghadang mata mereka dengan tangan akibat silau.Anehnya,Robert,Kay,Dali,Malik,Presiden Safaraz dan para tentera di situ langsung tidak berasa silau.
   Inarah menghayunkan senjatanya.Pancaran cahaya bulatan kuning itu keluar dan meluncur laju ke arah darat dan letupan berlaku apabila sampai ke tanah.Presiden Safaraz dan lain-lain yang berpihak kepada Inarah spontan meniarap di atas tanah.Mereka kaget dengan kejadian itu.
   Inarah mendarat.Asap berkepul-kepul di udara membuatkan dia tidak nampak keadaan sekeliling.
   Tiba-tiba Inarah terasa ada satu benda yang menyakitkan mengenai bahu kirinya.Darah terpancut keluar.
   “Inarah!”Jerit Malik menuju ke arahnya diikuti dengan yang lain.
   Inarah mengerang kesakitan sambil memegang bahu kirinya.Tangan kanannya yang memegang bahu itu turut dibasahi darah.“Dahlah bahu kiri aku ni baru saja nak sembuh.Kena lagi sekali,”bisik hatinya.
   “Kau memang lembab sebab fikir dapat kalahkan kami,”salah seorang Genolis menegur mereka.
   Robert maju ke hadapan dengan pandangan tajam. “Kenapa kau semua kejam sangat,hah?”
   “Kejam?Oh,kami tak terfikir pun pasal tu!Kami Cuma nak berseronok,itu saja!”
   “Tolonglah berhenti!”Presiden Safaraz menyampuk. “Kedatangan kau semua dah hampir hancurkan tempat ni!Nanti penduduk di sini ramai yang tak ada tempat tinggal!”
   Seorang Genolis lain menyampuk. “Cakap pasal penduduk...mana perginya penduduk kota ni?Aku tak dengar pun orang-orang menjerit minta tolong,berlari ke sana sini...mana pergi semuanya?”
   Presiden Safaraz tergamam.
   “Ah,sudah!Yang penting aku nak kau hapuskan kau semua dulu!”Genolis itu menghalakan tapak tangannya.Tiba-tiba...
   “Arkkh!Karghh!Kenapa ni?”Genolis itu memegang lehernya.Mereka yang lain melihat terkejut.
   Genolis itu jatuh ke tanah beberapa minit kemudian.Inarah tergamam dan bertambah tergamam apabila melihat seorang wanita muncul di sebelah Genolis yang sudah terbaring itu. “Cik Yusra?”

No comments:

Post a Comment