Friday, March 25, 2011

BAB 15


Atas bumbung sebuah bangunan tinggi
JABRAN bersama empat orang anak buahnya berserta Puan Wada memandang keadaan Kota Batu Karang dari atas sebuah bangunan.Keadaan kucar-kacir.Asap berkepul-kepul di udara dan banyak bangunan-bangunan yang sudah rosak,malah ada yang sudah musnah.Apabila mereka memandang ke bawah,di sekeliling bangunan tempat mereka berada,makhluk-makhluk dan para Genolis masih menyerang dan para tentera membuat serangan balas.Keadaan di seluruh kota itu haru-biru.
   Bagaimanapun,ada sesuatu yang Jabran merasakan masih ada kekurangan.Wajahnya berkerut. “Nanti!Mana penduduk kota ni!Sepatutnya dalam keadaan macam ni mesti ramai orang tengah berlari selamatkan diri sekarang!Ini tidak,seorang pun tak ada melainkan tentera-tentera yang sedang bertempur tu!”
   “Betul juga,tuan.Pelik!”Steve mengiakan kata-kata tuan besarnya.
   “Cis,baru saja aku nak tengok muka mereka menderita,sekarang ni semuanya entah ke mana!”Rungut Jabran marah.
   “Heh,tak apa!Biarkan itu dulu!Tujuan aku sekarang adalah berjumpa dengan pahlawan Mena!Aku rasa aku dah dapat kesan kedudukannya sekarang!Dia ada di barat kota ni!”
   “Naimi,kau dengan Reza pergi ke barat!Kau beritahu dengan pahlawan Mena,aku tunggu dia di Taman Rekreasi Sana’.Aku nak berhadapan dengannya sendirian!”Jabran memandang Arkan. “Kau pula ke timur!Di sana ada satu pasukan lagi,”perintahnya tegas.
   Tangan Jabran menarik kasar lengan Puan Wada. “Perempuan tua ni bagi pada aku!Aku akan jadikan kau umpan!”
   Puan Wada hanya berdiam diri.Dipandangannya wajah Jabran yang keji itu.
   “Aku tak nak dengar berita buruk dari kau semua!Faham?”
   “Faham,tuan!”Balas Naimi,Arkan dan Reza serentak.
   Jabran menghilangkan diri dari situ.Sebaik sahaja Jabran menghilangkan diri,Reza dan Arkan salin berpandangan sesama sendiri dengan pandangan tajam.
   “Kau berdua pergi sekarang!Biar aku saja yang uruskan kedua-dua tempat tu,”ujar Naimi.
   Reza dan Arkan tersenyum sesama sendiri.Pandangan mata mereka masih tajam.   
   “Jaga kau,Reza!”Teriak Reza marah.
   Arkan tersenyum sinis.Kedua-duanya menghilangkan diri dari situ dengan teleport.
   Naimi ketawa kecil. “Pergilah kau berdua!Nikmatilah pertarungan kau berdua dengan hati yang puas!”Katanya seorang diri sebelum melompat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain menuju ke arah barat,tempat Hafiz berada.

Arah timur Kota Batu Karang
   “Cik Yusra!”Teriak Inarah mendapatkan penasihatnya itu. “Kenapa Cik Yusra ada kat sini?Sepatutnya cik tak boleh campur tangan dalam misi ni?”Tanya gadis itu.
   “Ini misi yang paling berat pernah kamu hadapi.Saya dan Widad ambil keputusan nak tolong kamu.Lebih-lebih lagi pahlawan Mena baru muncul,”balas Yusra sambil tersenyum.Matanya memandang tajam ke arah semua Genolis yang berada di sekelilingnya.
“Tuan Widad?”
“Dia ada dengan Hafiz,”balas Yusra.Inarah mengangguk.
   Semua Genolis di situ yang merangkap konco-konco Jabran memandang tajam ke arah Yusra.Mereka seolah-olah marah dengan Yusra walaupun hakikatnya mereka tidak kenal siapa wanita itu.Apa yang pasti,wanita itu mencampuri urusan mereka.
   “Siapa kau,hah?”Tanya salah seorang daripada Genolis itu.
   “Siapa aku?Aku Genolis macam kau semua juga.Cuma bezanya aku ni Genolis baik,begitu juga dengan sepupu aku,”terang Yusra.
   “Kau Genolis tulen?Tak mungkin Genolis tulen boleh belot pada kami dari Genofra!”
   “Aku Genolis yang sedar diri!Aku dari keturunan yang mencipta gen ini!Aku tak suka keganasan yang kau semua buat!”Yusra menghasilkan bebola cahaya yang besar pada tapak tangannya lalu dibaling kepada semua Genolis itu.Mereka semua tidak sempat mempertahankan diri dan sesetengah daripada mereka sudah rebah.
   “Cik Yusra bunuh mereka?”Tanya Inarah kaget.
   “Taklah.Cuma pengsankan mereka untuk masa yang lama.Tugas kita cuma tewaskan mereka,bukan bunuh.Kita akan serahkan mereka pada Polis Dimensi nanti,”balas Yusra. “Eh,tapi nampaknya semua makhluk-makhluk ni dah tertidur!”Ujar Yusra tersedar apabila melihat semua makhluk dari Gua Dendaron di situ sudah terbaring kaku.
   “Mereka dah tumbang masa Inarah buat serangan tadi,”beritahu Robert.Inarah tersengih.
   Sementara itu,Genolis yang masih bertahan cuba untuk menyerang balas.Inarah memandang tajam ke arah mereka.
   “Presiden Safaraz!”Panggil Inarah.
   Presiden Safaraz menjawab panggilan itu. “Ya?”
   “Tuan arahkan semua tentera tuan berundur termasuk tuan sekali.Kali ni biar saya bertindak seorang.Ini misi saya!Saya kena selesaikan!”
   “Misi kamu?”Soal Presiden Safaraz.
   “Jangan buang masa!Ikut saja!”Inarah tidak mempedulikan soalan Presiden Safaraz.Dia memandang Yusra. “Oh ya,Cik Yusra!Dekat belakang bangunan sana ada salah seorang daripada kami cedera.Cik tolong rawatkan,ya!”Pintanya sambil menunjukkan ke arah bangunan di mana Lubaid dan Tok Bazil berada.
   Yusra mengangguk.
   “Kami?”Soal Dali merujuk pada dirinya,Robert,Malik dan Kay.
   “Ikut Cik Yusra!”Ringkas Inarah menjawab. “Dari kiraan tiga!Sedia?”
   Yusra dan keempat-empat lelaki itu mengangguk.Presiden Safaraz pula bersedia untuk memberi arahan.
   Inarah memulakan kiraan. “Satu...dua...tiga...!”
   Yusra,Robert,Dali,Kay dan Malik berlari ke arah bangunan tempat di mana Lubaid dan Tok Bazil berada,manakala Presiden Safaraz mengarahkan pasukan tenteranya berundur.Inarah pula maju ke hadapan...ke arah orang-orang Genolis di hadapannya.  
   Di dalam bangunan,Lubaid terkejut melihat empat orang lelaki dan seorang wanita di hadapannya.Dia mengenali wajah keempat-empat lelaki tersebut tetapi wajah wanita yang bersama mereka tidak dia kenali.
   “Siapa dia ni,Malik?”Tanyanya sambil menunjukkan ke arah wanita itu.
   “Ini kawan Inarah.Apa namanya...Yusra?”Malik memandang Yusra.Yusra mengangguk.
   “Kenapa kau di sini?”Tanya Lubaid lagi kepada Yusra.
   Yusra tidak mengendahkan pertanyaan Lubaid sebaliknya dia duduk di sebelah Tok Bazil yang terbaring lemah di situ.
   “Apa kau buat ni?”Marah Lubaid.
   “Tok jangan marah dia.Dia nak rawat Tok Bazil,itu saja!”Jelas Kay menerangkan keadaan sebenar.
   “Bahu Inarah juga cedera tadi.Macam mana?”Robert mengingatkan.
   “Jangan risau,”akhirnya Yusra bersuara lembut. “Inarah kuat semangat.Kalau tak,tentu dia dah suruh saya rawat luka dia dulu sebelum dia pergi bertempur.Tapi,dia sendiri suruh saya ke sini dulu supaya dapat merawat tok kamu,”Yusra memandang Tok Bazil.
   Keempat-empat lelaki itu mendiamkan diri.Lubaid juga tidak berkata apa-apa.Sekurang-kurangnya sudah ada orang yang boleh rawat Tok Bazil sekarang.
   Pada waktu yang sama di luar bangunan,Presiden Safaraz dan pasukan tenteranya sudah tiada di situ.Mereka semua telah berundur ke satu tempat.Namun,pengunduran mereka bukan bermakna mereka sudah tidak mahu terlibat lagi dalam hal itu.Presiden Safaraz telah membuat perancangan lain.Dia dan pasukannya akan pergi ke barat,tempat pasukan tentera lain berada.
   Inarah pula melompat ke sana sini dan mengelak ke sana sini daripada terkena serangan bertubi-tubi daripada para Genolis di situ.Walaupun jumlah mereka sudah berkurangan,mereka tetap lebih ramai daripada Inarah yang cuma seorang diri.Tambahan pula,bahu Inarah yang masih tercedera terpaksa ditahan pedihnya.
   Salah seorang Genolis menyerangnya dengan serangan berupa angin yang disertai duri-duri yang kecil dan tajam.Inarah juga membalasnya dengan serangan angin yang sama dengan melibas kayu logamnya.Apabila kedua-duanya bertembung,terjadi satu puting beliung besar yang juga disertai dengan duri-duri yang tajam.
   Inarah terkejut kerana dia langsung tidak terfikir akan hal itu.Angin bertiup kuat di situ.Lantas Inarah membuat pelindung pada diri sendiri.Semua Genolis di situ juga membuat pelindung tetapi ada juga yang terlambat membuat pelindung.Mereka semua menjerit menahan kesakitan yang amat akibat terkena duri-duri yang tajam lalu pengsan.
   Setelah puting beliung itu reda beberapa minit kemudian,barulah Inarah membuka semula pelindungnya.Dia melihat Genolis yang tinggal cuma lima orang.Dia tersenyum sinis.
   “Kan senang kalau kau bunuh saja kami?Kenapa kau cuma pengsankan kami sahaja?”Tanya salah seorang Genolis yang tinggal.
   “Itu tugas Polis Dimensi.Mereka yang akan hukum kau semua.Jangan risau,mungkin kebanyakan daripada kau semua akan dihukum mati,”sindir Inarah.
   “Arrghhh!!!”Semua Genolis yang tinggal itu meraung marah.Masing-masing mengeluarkan kuasa yang pelbagai seperti pancaran elektrik dan bebola api yang besar.Selebihnya Inarah sendiri tidak tahu.
   “Kami takkan mati!Kuasa kami akan hancurkan kau...dan semuanya sekali!”Jeritan itu serentak datangnya daripada semua Genolis tersebut.Kuasa yang mereka gunakan semakin membesar.
   “Ceh,teruk betul!Mereka tak sedar kuasa itupun datang dari gen yang tercipta dengan izin Allah.Berlagak!”Inarah sempat mengomel sendirian di dalam hatinya.
   “Warrgghhh!!!”Jeritan yang berterusan dari para Genolis itu membuatkan Inarah lebih bersedia.Kuasa para Genolis itu kelihatan semakin besar dan membesar menyebabkan kawasan di situ bergegar akibat lebihan kuasa tersebut.
   “Iyarghh!!!”Kelima-lima Genolis itu datang menyerang Inarah serentak.Inarah mara ke hadapan dan melibas-libas kayu logamnya ke arah mereka.Sekali-sekala keluar cahaya kuning yang memanjang melibas mengenai para Genolis itu tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan.Inarah mula terasa hairan dan terkejut.
   Serang kelima-lima Genolis itu laju.Apabila seorang datang menyerang,datang seorang lagi dan begitulah seterusnya sehinggakan Inarah tidak sempat membalas serangan.Dia jatuh beberapa kali.
   “Sekarang kau rasa!”Ejek salah seorang daripada Genolis itu.
   Inarah masih belum mengalah.Dia bangun dari jatuhnya.Senjata logam kuningnya digenggam erat.Dia mendepakan tangan kanannya yang memegang senjatanya ke hadapan dan melintangkannya.
               “Apa kau buat tu?”Tanya salah seorang Genolis.                                             
   Inarah mengendahkan soalan itu.Dia perlu menumpukan perhatian terhadap sesuatu.Senjata logam kuningnya mengeluarkan cahaya berwarna kuning.Inarah memejamkan mata dan menumpukan perhatian.Fokus...fokus...fokus...
   Tiba-tiba percikan demi percikan berwarna kuning muncul mengelilingi kayu logamnya yang kelihatan seperti bendalir elektrik yang dicas.Semakin lama,semakin banyak percikan dikeluarkan.
   Inarah membuka mata lalu menghalakan bilah pisau senjatanya ke arah udara.Reben yang terikat pada kayunya tiba-tiba lurus memanjang dan separuh daripadanya terbenam ke dalam tanah.Serentak dengan itu,muncul satu bulatan besar berwarna kuning di atas tanah dan Inarah berdiri di tengah-tengah bulatan tersebut.
   Kelima-lima Genolis itu hendak menyerang,tetapi entah kenapa mereka terasa badan mereka tidak dapat digerakkan.Apabila diperhatikan,mereka sekarang berada di atas bulatan berwarna kuning yang dihasilkan oleh Inarah.Rupa-rupanya itulah sebabnya mereka tidak dapat bergerak.
    Genolis berlima itu terasa ada kejutan pada kaki mereka.Namun,mereka hanya boleh menahan   kerana tidak dapat bergerak.
   Senjata Inarah yang berbilah pisau yang dihalakannya ke atas tadi,dihayun semula ke bawah.Serentak dengan itu,bendalir-bendalir elektrik berwarna kuning yang kelihatan seperti sambaran kilat keluar dari bulatan besar itu.Ia tidak memberi kesan kepada Inarah tetapi kepada Genolis berlima itu menyebabkan mereka terpelanting keluar dari bulatan tersebut.Mereka rebah dan kejutan elektrik masih belum reda dari tubuh mereka.
   Kemudian,bulatan besar berwarna kuning dan bendalir-bendalir elektrik itupun hilang.Inarah menghela nafas.Matanya memandang kelima-lima Genolis yang sudah dia tumpaskan.
   “Nasib baik mereka masih hidup,”Inarah menarik nafas lega apabila mendapati kelima-lima Genolis tadi masih hidup.
   “Inarah,”Yusra berlari mendapatkannya.Di belakangnya,Malik yang sedang memapah Tok Bazil serta Robert,Kay,Lubaid dan Dali menuju ke arahnya.
   “Kau tak apa-apa?”Tanya Kay sebelum sempat Yusra bertanya.
   “Ya,okey!”Jawab Inarah.Tiba-tiba wajahnya berkerut dan memegang bahu kanannya.
   “Kau sakit lagi?”Tanya Malik.
   “Inarah,sini!”Kata Yusra.Dia memegang bahu kanan Inarah yang cedera.Dia mengalirkan sedikit tenaganya pada bahu Inarah.Sedikit demi sedikit darah Yusra dapat menghentikan darah Inarah daripada keluar dan bahu gadis itu sudah agak sembuh sedikit.Kesakitan yang Inarah rasakan sudah semakin kurang.
   Yusra melepaskan tangannya apabila dia sudah selesai.Nafasnya termengah-mengah.
   “Dahsyat!Macam mana Cik Yusra buat?”Soal Dali ingin tahu.
   “Tak ada masa cakap pasal tu!Kau semua pergi bersembunyi di tempat yang selamat sekarang!Biar saya dan Inarah saja yang pergi!”Ujar Yusra.
   “Eh,eh.Nanti kejap!Susah-susah kami ke sini,kau nak suruh kami pergi bersembunyi pula!”Bantah Lubaid.
   “Tok,ini untuk kebaikan tok dan kau semua juga.,”Inarah bersuara. “Ini misi saya,tok.Biar saya yang selesaikan.Lagipun,kau semua dah nampak lemah.Ingat,mereka tu Genolis!”
   Lubaid mengetap bibir.Susah hendak dia menerima keputusan itu.
   “Tok,”panggil Robert. “Betul apa yang Inarah cakap.Kita kena pergi ke tempat yang selamat.Lagipun,manusia Genolis dan semakin berkurang.Kita kena yakin pada mereka,”pujuknya.
   Lubaid terdiam.Dia memandang Malik dan Kay.Mereka berdua mengangguk.Dipandangnya pula Yusra dan Inarah.Mereka juga mengangguk.
   Lubaid menghembus nafas kasar. “Baiklah.Tapi kau berdua nak ke mana?”
   “Ke barat,tempat Hafiz dan lain-lain berada.Kami ingat nak suruh Adam dan Hafiy berundur juga.Tentera-tentera itupun sama,”balas Inarah.
   “Habis,tiga lagi kawan-kawan kamu tu?”Tanya Robert merujuk kepada Khazin,Dayana dan Naufal.
   “Buat masa sekarang,mereka akan berundur juga.Tapi,tidak lagi dalam misi seterusnya,”balas Yusra pula.
   “Hah,apa maksud Cik Yusra?”Soal Inarah hairan.
   Yusra tersenyum. “Kamu akan tahu bila misi ni selesai.”
   Inarah mengangkat bahu.Selepas itu,dia memandang Lubaid dan lain-lain. “Baik tok bawa mereka semua bersembunyi di suite tok.Dekat sana lebih selamat.”
   Lubaid mengangguk.
   “Kami pergi dulu!”Beritahu Yusra dan dia hilang dari situ bersama-sama Inarah dengan menggunakan teleport.  
   Lubaid,Robert,Kay dan Malik yang memapah Tok Bazil beredar dari situ menuju ke Hotel Kistina.

Arah Barat Kota Batu Karang
   Semasa Widad tiba tadi,Genolis terus menyerang Hafiz dan lain-lain secara bertubi-tubi.Para tentera yang berada di situ seperti biasa membuat serangan balas dengan menggunakan senjata,begitu juga Adam,Hafiy,Khazin,Naufal dan Dayana.Hanya Widad dan Hafiz sahaja menggunakan kuasa memandangkan mereka ada abiliti itu.
   Kelihatan semua makhluk-makhluk dari Gua Dendaron sudah berjaya ditidurkan.Tinggal Genolis sahaja yang masih bertahan.Serangan Genolis masih berterusan,semakin lama semakin mengganas.Widad dan Hafiz yang tidak mahu membunuh mereka terpaksa berhati-hati supaya kuasa yang mereka gunakan tidak sampai ke tahap yang paling tinggi supaya tidak membunuh mereka.
   Genolis yang berada di situ kelihatan lebih licik berbanding di timur.Mereka bijak menggunakan helah menyebabkan pergerakan mereka susah hendak dikesan.
   “Seranglah kalau dapat!”Ejek salah seorang daripada Genolis.
   Tuan Asyqar yang melihat kelakuan Genolis itu mencebik geram.Dia menarik picu senapangnya.
   “Jangan Tuan Asyqar!”Halang Hafiz tetapi sudah terlambat.Tuan Asyqar sudah menarik picu senapangnya.Tembakan dilepaskan.
   Genolis itu tersenyum lebar.Tapak tangannya dihalakan ke hadapan.Peluru senapang itu berhenti,dan posisi peluru itu bertukar,Sekarang,peluru itu menuju laju ke arah Tuan Asyqar.
   Tuan Asyqar tegamam.Walaubagaimanapun,dia bernasib baik kerana Widad yang melihat kejadian itu sempat menolaknya ke tepi.Peluru itu terbenam masuk ke dalam tanah.
   “Jangan pandang rendah pada mereka,”Widad memberi amaran.
   Tuan Asyqar sekadar mengangguk.Dia masih tergamam kerana dia hampir-hampir sahaja terbunuh tadi.
   “Semua tolong berhenti!”Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menjerit.
   Masing-masing secara spontan menghentikan serangan.Mereka memandang ke arah tuan punya suara itu.
   Yusra dan Inarah berdiri di tengah-tengah mereka yang baru sahaja berhenti berperang seketika.
   Yusra menghela nafasnya. “Dengar sini!Kau semua berundur selain Genolis,Hafiz dan Widad!Ini untuk kebaikan kau semua!”Beritahunya.
   “Kau nak suruh kami berundur!”Suara Presiden Safaraz yang baru sahaja tiba di situ mengejutkan semua tentera yang berada di situ.
   “Kami cuma tak nak kau semua terbabit sama.Ini hal kami,”sampuk Widad yang sudah sedia maklum dengan rancangan yang dikatakan Yusra tadi.
   “Ini kota kami!Kami ada hak nak pertahankannya!”Bentak Presiden Safaraz.
   “Tuan,dengar dulu!”Inarah mencelah.
   Presiden Safaraz hairan melihat Inarah. “Kau gadis yang berasama aku tadi,kan?Macam mana kau boleh ada kat sini sedangkan aku baru sampai?”
   “Itu tak penting.Dengar dulu penjelasan saya,”pinta Inarah. “Mereka Genolis,mereka berlainan daripada kau semua.Memang kami hargai dan hormati apa yang awak semua lakukan tapi tolonglah,kami tak nak ada yang kehilangan nyawa.Biar kami yang selesaikan!Boleh,kan?”
   “Mestilah tak boleh,budak!”Inarah terasa lehernya dicekik seseorang.Dia ternampak seorang wanita memandang tajam dan sinis ke arahnya.Inarah terasa kakinya tidak menjejak tanah.Rupa-rupanya wanita itu telah mengangkat badannya dengan mencekik lehernya.
   “Kau ingat kami serang kota ni semata-mata untuk memerintah kota ni saja ke?Kami juga nak tengok semua penduduk di sini menderita dengan serangan ini.Tapi,ke mana semua penduduk tu,hah?Mana kau semua dah sembunyikan?”Tanya wanita itu sambil memperkuatkan lagi tangannya mencekik leher Inarah.
   Buk!Satu tendangan hinggap di perut wanita itu.Tangannya yang mencekik Inarah terlepas dan dia jatuh terpelanting ke belakang.Inarah jatuh terduduk sambil memegang lehernya.Dia terbatuk-batuk.
   “Kau tak apa-apa?”Inarah terdengar seseorang bercakap dengannya.Dia mendongak.Kelihatan Hafiz duduk melutut di sebelahnya.
   “Hafiz,”panggil Inarah perlahan.Dia masih terbatuk-batuk.  
   Wanita itu bangun sambil memegang perutnya.Wajahnya kelihatan marah.Dipandangnya wajah Hafiz tajam.
   “Kau...Pahlawan Mena...”
   Hafiz memandang wanita itu. “Kau siapa?”
   “Aku?Aku Naimi...pembantu Jabran dari Genolis...”
   Mata Hafiz dan Inarah terbeliak mendengar kata-kata wanita yang dikenali sebagai Naimi itu.Begitu juga Widad,Yusra,Khazin,Naufal,Dayana dan Hafiy,kecuali Adam.Wajahnya memandang wanita itu dengan pandangan biasa.
   “Kau Hafiz,Pahlawan Mena...”Naimi berjalan mendekati Hafiz. “Jabran nak sangat jumpa kau di Taman Rekreasi Sana’,dan dia nak jumpa kau...seorang.”
   “Jabran...”kata Hafiz perlahan.Memang lelaki itulah yang dia cari sejak dari tadi.
   “Jangan,Hafiz.Mungkin ni perangkap,”Inarah mengeluarkan pendapatnya.
   “Dia nak aku datang.Aku kena pergi,”Hafiz nekad. 
   Inarah berfikir sebentar.Kemudian dia memberi kata putus. “Kalau macam tu,aku ikut!”
   “Jangan nak mengada-ngada!Dia nak jumpa aku seorang!”
   “Hafiz,aku datang sini sebab nak selesaikan misi aku!Ini bukan misi kau seorang!Kita pun tak tahu apa jadi bila kau seorang berjumpa dengan Jabran nanti!”Tegas Inarah.
   Hafiz terdiam.
   “Hafiz,kau kena dengar nasihat penasihat kau,”Widad memegang bahu Hafiz. “Lebih baik kau pergi dengan Inarah.Hal di sini biar saya dan Yusra uruskan.”
   Hafiz memandang Inarah.Dia dapat melihat kesungguhan gadis itu.“Ya,tapi kalau terjadi apa-apa tanggung sendiri.”
   Inarah tersenyum lalu mengangguk.
   “Hoi,jangan buang masa akulah!”Bertalu-talu Naimi melemparkan libasan merah yang memanjang dari tangan kerana marah.
   Genolis lain yang berada di situ turut memulakan serangan setelah mereka berhenti menyerang atas permintaan Yusra tadi.Suasana di situ haru-biru akibat serangan Genolis yang mendadak itu.
   “Yang tak terlibat cepat lari!Biar aku dengan Yusra selesaikan!”Arah Widad dengan menjerit.
   “Adam,Khazin,Hafiy,Dayana,Naufal...kau semua pergi Hotel Kistina.Tok Lubaid dengan yang lain ada di sana,”beritahu Inarah.
   Pasukan tentera yang diketuai Presiden Safaraz serta Kapten Asyqar terpaksa berundur.Begitu juga Presiden Safaraz dan Kapten Asyqar.Hafiz,Khazin dan yang lain kecuali Hafiz dan Inarah turut berlari pergi dari situ.
   “Jangan harap dapat lari!”Naimi melemparkan libasan merah yang lebih besar saiznya daripada tadi ke arah Presiden Safaraz,Kapten Asyqar dan pasukan tentera mereka serta Khazin dan yang lain.
   Bagaimanapun,serangan itu berjaya dihalang Yusra dengan memasang pelindung jingga.Libasan merah itu tidak meletup sebaliknya melantun semula ke belakang dan meletup di tengah-tengah medan pertempuran.
   “Lari,jangan tengok belakang!”Arah Yusra.
   Presiden Safaraz bersama yang lain terus beredar dari situ,meninggalkan Hafiz,Yusra,Inarah dan Widad.
   “Tak guna betul!Ah,peduli apa aku!Jabran tak tahu mereka dah dapat lari,biarkanlah!Aku lebih suka berseronok!”Kata hati Naimi sambil menyambung serangannya.
    Hafiz dan Inarah yang sepatutnya beredar untuk berjumpa dengan Jabran masih berlawan dengan Naimi yang tidak henti-henti menyerang dengan pelbagai kuasa yang berlainan dan juga manusia Genolis yang masih berada di situ.
   “Kamu berdua kena pergi sekarang,”suruh Yusra memandang kedua-kedua remaja itu.
   “Tapi,keadaan di sini bahaya.Kami tak boleh tinggalkan awak berdua,”Hafiz membantah.
   “Wargghhh!!!”Salah seorang Genolis meletakkan tangannya di atas tanah.Ketulan demi ketulan batu muncul dari tanah dan menuju ke arah Yusra,Hafiz dan Inarah.
   Namun,Widad sempat menghalangnya dengan menghancurkan ketulan-ketulan batu itu.Dia kemudian melompat ke arah Genolis itu dan memukul tengkuknya dengan tangan.Genolis itu jatuh pengsan.
   “Jangan risaukan kami.Kami boleh uruskan.Kau berdua jumpa Jabran,dia ketua mereka ni.alau dia tewas,bermakna misi ni dah selesai,”kata Widad.
   “Lagipun,kami dah hubungi Polis Dimensi sebelum datang ke sini tadi.Mereka akan datang bila semuanya dah selesai,”tambah Yusra.
   “Habis,perempuan yang merangkap pembantu Jabran ni macam mana?”Tanya Hafiz sambil memandang Naimi.
   Rupa-rupanya Naimi sudah berhenti menyerang dan sedang memerhatikan mereka berempat dengan senyuman sinis.
   “Apa yang kau bincangkan?Takut?”Naimi bertanya dan mengejek dalam masa yang sama.Dia memunculkan bebola elektrik pada tapak tangannya.
   Widad,Yusra,Inarah dan Hafiz memandangnya tajam.
   “Pasal perempuan ni biar saya uruskan,”kedengaran suara seseorang dari belakang mereka.
   “Adam!”Teriak Hafiz dan Inarah serentak melihat Adam berada di belakang mereka.
   “Kenapa kau ada kat sini?Sepatutnya kau lari dengan yang lain tadi!”Kata Widad terperanjat.
   “Kau cakap apa tadi?Kau jangan main-main,dia tu Genolis!”Ujar Inarah tidak percaya.
   “Dia bukannya Genolis...dia penduduk Mena sama macam aku.”
   “Apa?”
   “Naimi,kau masih ingat aku lagi?Tak mungkin kau dah lupa,”Adam memandang Naimi.
   Naimi mengecilkan matanya melihat kemunculan pemuda itu.Memang benar,dia terasa dia pernah melihat wajah lelaki itu.Tiba-tiba matanya terbeliak,terkejut.
   “Kau...”
   “Ya,aku Adam.Orang yang dah tinggalkan kesan parut pada lengan kau setahun yang lepas...Maizatul Naimi,”beritahu Adam.
   Naimi terkejut mendengar pengakuan Adam itu.Serta-merta peristiwa lama terbayang-bayang di matanya.

No comments:

Post a Comment