Friday, March 25, 2011

BAB 16


KEPALA dan hati Naimi sakit.Kepala sakit kerana mengingati peristiwa yang menyakitkan,hatinya sakit kerana dia ttidak menyangkan akan berjumpa lagi dengan orang yang paling di berdendam selama ini.
   Naimi mengangkat muka memandang Adam.Adam memandangnya tenang disertai dengan senyuman sinis.
   “Kau...kenapa kau ada dekat depan mata aku lagi?”Soalnya geram sambil menunjukkan ke arah Adam.
   Adam tidak mengendahkan pertanyaan itu.Dia memandang Widad,Yusra,Hafiz dan Inarah.
   “Pak Cik Widad,Cik Yusra,awak berdua pergi uruskan Genolis yang tak sabar-sabar nak serang lagi tu.Hafiz,Inarah,kau berdua pergi jumpa Jabran.Perempuan ni biar aku yang uruskan,”Adam memberi kata putus.
   “Kau pasti?”Tanya Yusra.
   Adam mengangguk. “Dia cuma penduduk Mena macam saya.Tak apa yang nak ditakutkan.”
   Widad,Yusra,Hafiz dan Inarah akhirnya bersetuju.Widad dan Yusra terus pergi ke arah Genolis lain yang masih berada di situ manakala Hafiz dan Inarah menuju ke arah tempat Jabran berada tanpa menggunakan teleport kerana tidak mahu membazirkan tenaga mereka.
   Kini,Naimi sedang berhadapan dengan Adam.Kemarahan wanita itu kelihatan memuncak.“Kenapa dengan kau,hah?Kau ingat kau dapat lawan aku!”
   Adam tidak berkata apa-apa.Tiba-tiba dia berlari meninggalkan tempat itu.Naimi yang melihat terus mengikutnya.
   Adam berlari dan terus berlari.Naimi mengikutnya dari belakang.
   “Kenapa kau lari?Tadi kata berani sangat!”Naimi tersenyum sinis.
   Beberapa minit kemudian,Adam berhenti.Naimi juga berhenti.
   “Kenapa dengan kau,hah?”Tanya Naimi marah.Dia merasakan seolah-olah Adam sedang mempermainkannya.
   Adam tersengih. “Saja.Cuba kau tengok tempat ni,dah jauh dari Pak Cik Widad dan Cik Yusra dan kawan-kawan Genolis kau yang lain,kan?”
   Naimi memerhatikan keadaan sekelilingnya.Barulah dia sedar,rupa-rupanya tujuan Adam berlari tadi adalah untuk membawanya ke tempat lain supaya tidak masuk campur dengan pertarungan Widad,Yusra dan pasukan Genolisnya.Bagaimanapun,mereka masih berada di arah barat Kota Batu Karang.
   Naimi mendengus kemarahan. “Kau memang dari dulu sengaja nak sakitkan hati aku!”Dia menjerit marah lalu membaling bebola elektrik yang dihasilkannya.
   Namun,Adam mengelaknya dengan melompat dan bebola elektrik itu mengenai sebatang pokok.Pokok itu tumbang.
   “Wow,kau masih panas baran!”Ejek Adam.Naimi mencebik.

                           *          *          *          *          *
Air Terjun Khairun Balqis
   Reza dan Arkan berlumuran darah akibat pertarungan mereka yang masih lagi belum tamat.Masing-masing masih belum mahu mengalah.Sepanjang pertarungan mereka,kelihatan Arkan yang paling menyerlah serangannya berbanding Reza.Walaubagaimanapun,Reza tidak kurang hebatnya.
   Nafas mereka berdua termengah-mengah.
   “Sudahlah,Reza.Baik kau mengalah!Jangan sampai aku ‘terbunuh’ kau!”Suruh Arkan dengan nada mengejek.
   “Ah,peduli apa aku!Kau memang nak sangat bunuh aku!Jadi,baik kita mulakannya dengan perlawanan!”
   Arkan tersenyum sinis. “Aku tak boleh nak buat apa...”dia mendepakan tangannya.
   Woiissshh!!!Segumpal air dari sungai yang berada berhampiran mereka bergerak naik ke udara.Arkan menghasilkan pula bendalir elektrik mengelilingi gumpalan tersebut memusing-musing pergelangan tangannya.Bendalir itu semakin semakin kuat ‘kilowatt’nya kerana bertindak balas dengan air.
   Reza sudah tentu dapat mengagak serang itu ditujukan ke arahnya,menghalakan tapak tangannya ke atas,ke arah gumpalan tersebut.Tujuannya adalah untuk mematikan serangan itu tetapi sia-sia.Dia mulai gelisah.
   “Aku mengaku kau memang bijak daripada aku!Tapi,kau tak sebijak aku bila mengawal kuasa Genolis!”Teriak Arkan lalu mengarahkan gumpalan air yang dikelilingi bendalir elektrik itu ke arah Reza.
   Reza terpaku melihat serangan Arkan semakin mendekatinya.

                           *          *          *          *          *         
 Pada masa yang sama,arah barat Kota Batu Karang
   Adam masih tersenyum sinis melihat Naimi yang berada agak jauh darinya dari arah bertentangan,Naimi pula melihatnya dengan perasaan marah.Hatinya penuh dengan perasaan benci dan meluat yang amat terhadap lelaki dihadapannya.
   “Naimi...Naimi...aku ingat,aku dah tak jumpa kau lepas saja kau merancang nak bakar Kampung Fannani dulu.Nasib baik bukan kampung tu yang terbakar tapi...”Adam berhenti bercakap.Dia memandang lengan Naimi.
   Naimi menggengam lengan dengan sebelah lagi tangannya. “Kau ingat bila kau halang aku bakar kampung tu,kampung itu akan selamat sampai bila-bila?Tidak,Adam!Buktinya,kau tengok sekarang bagaimana keadaan kampung kau tu!Jabran memang bijak buat pilihan!”Wanita itu ketawa terbahak-bahak.
   Adam menggeleng-gelengkan kepalanya sambil beristighfar. “Kau langsung tak serik lagi bila aku tak sengaja bakar lengan kau,hah?Kau kena ingat,Naimi!Kau dah belot pada seluruh penduduk Mena,”kata Adam begitu kesal dengan sikap degil Naimi.
   Dia ingat lagi,setahun yang lepas,kampungnya iaitu Kampung Fannani kelam-kabut apabila ternampak Naimi sedang berjalan di kampung itu sambil kedua-dua tangannya memunculkan busar api yang besar.

Setahun yang lepas
   Naimi mengugut akan membakar kampung sekiranya semua penduduk kampung tidak menurut perintahnya.Menurutnya,penduduk kampung itu perlu menyertai Genolis untuk membantu Jabran menjalankan misi tetapi tiada sesiapapun yang akur.
   Apalagi,Naimi yang memang dikenali dengan panas barannya berasa marah dengan kedegilan penduduk kampung.Tanpa membuang masa,Naimi ingin membakar kampung itu supaya penduduk kampung itu menerima akibatnya.
   Walaubagaimanapun,Adam yang baru sahaja muncul memberanikan diri untuk menghalangnya.Dia membuat serangan mengejut dari belakang dengan menumbuknya.
   Naimi yang terkejut mula hilang kawalan.Busar api yang terhasil sudah tidak dapat dikawalnya lalu busar itu menjadi dalam bentuk lingkaran api dan lingkaran itu ‘melilit’ lengan kiri Naimi.
   Naimi menjerit kesakitan.Beberapa lam kemudian,dia mendapati lengan baju di sebelah kiri terkoyak dan kesan melecur jelas kelihatan.Dia memandang Adam.Tajam.
   “Kau...dah bakar lengan aku yang cantik ni!!!”Marah Naimi.
   “Kau siapa sebenarnya?”Tanya Adam.
   “Aku Maizatul Naimi dari Genolis!Kau ingat nama aku baik-baik sebab aku takkan lupakan perbuatan kejam kau ni!”
   “Aku cuma tumbuk belakang kau,tapi kau dah hilang kawalan?Genolis apa kau ni?”Adam mengejek.
   Naimi mencebik geram.Dia melemparkan bebola api sebesar bola sepak ke arah Adam.Adam mengelak.
   “Kau sengaja nak terkejutkan aku!Sebab tu aku benci penduduk Mena.Tahu nak menyusahkan orang saja!Memang patut aku jadi Genolis daripada jadi penduduk Mena tak guna macam kau semua!”Naimi berteriak marah.
   “Apa?Jadi,kau ni sebenarnya penduduk Mena?Kau jangan beritahu aku yang kau disuntik Genolis?”Adam terkejut.
   “Diamlah!Hei,apa nama kau?”
   “Adam.”
   “Adam?Aku akan ingat nama tu!Kalau kita berjumpa lagi,aku akan balas dendam!”Jerit Naimi,marah dengan kejadian itu sebelum dia pergi dari situ.

Sekarang
   “Kau akan terima padahnya!”Pekik Naimi sambil menolak kedua-dua tangannya ke hadapan dan angin kuat terhasil.
   Adam berlari ke belakang pokok hiasan yang ditanam di kawasan itu.Namun,pokok itu mula menunjukkan tanda-tanda hendak tumbang kerana angin yang terlalu kencang.Lantas Adam berlari ke tempat lain.
   “Aku tahu,”sahut Adam. “Sebab tu bila aku jumpa kau tadi,aku sengaja nak berhadapan dengan kau.Dulu,kau kata kau tak berapa sebati lagi dengan Gen Genolis itu.Sekarang,aku nak tengok kau dah sebati ke tak?Ataupun...kau masih terkejut macam dulu lagi!”
   Naimi menjerit marah.Dia menyerang Adam dengan segala macam serangan tetapi Adam pantas mengelak.Hairan.Adam seolah-olah sudah biasa berlawan dengan orang.Pergerakannya ketika mengelak,memang berlainan.
   Kadang-kadang dia melompat tinggi,kadang-kadang dia menghalang dengan kayu menyebabkan kayu itu yang musnah akibat serangannya,kadang-kadang dia mengelak dengan tangannya ke bawah dan kakinya ke atas dan sebagainya.
   Naimi mulai letih setelah banyak tenaga yang digunakannya.Satu pun tidak mengenai lelaki itu. “Kenapa...kau...”Naimi tidak sempat menghabiskan pertanyaannya kerana nafasnya termengah-mengah.
   “Dah habis?”Soal Adam,perli. “Sekarang aku pula,”sejurus dengan itu,Adam berlari ke arah wanita itu lalu menumbuk bahunya.
   Naimi seluruh badannya sakit.Tiba-tiba sedikit darah keluar dari mulutnya.Dia terbatuk-batuk lalu jatuh terduduk.
   “Macam mana...kau...”
   “Kau pelik ke?Aku cuma belajar silat dari ayah aku.Bila kita dah belajar betul-betul,aku dah sampai tahap boleh membunuh kau dengan tangan dan kaki aku walaupun aku tak ada kuasa atau abiliti macam kau.”
   “Kau jangan nak permainkan aku!”Naimi menghentakkan tangannya ke tanah.
   Ketulan-ketulan batu muncul di bawah Adam menyebabkan dia terpelanting ke belakang.
   “Aku dari dulu lagi berdendam dengan kau!Walaupun pertemuan kita cuma sekejap,perbuatan kau dah cukup sakitkan hati aku!Kau jangan nak buat baik dengan aku!”Kali ini Naimi menghasilkan busar api.Busar api itu hanya sederhana besar. “Kalau dulu kau bakar lengan aku,sekarang aku bakar seluruh badan kau biar kau mampus!”
   Naimi mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan.Busar api itu sedang menuju ke arah Adam.
                           *          *          *          *          *
Air terjun Khairun Balqis    
   Arkan terkebil-kebil melihat Reza berada di hadapannya serta mulutnya terlopong.
   Kelihatan Reza sedang mengawal gumpalan air yang berserta dengan bendalir elektrik yang dihasilkan Arkan.Semasa gumpalan itu sedang menuju ke arahnya tadi,dia sempat menyambut gumpalan itu dengan mengeluarkan cahaya pada tapak tangannya.Cahaya itu bertindak sebagai ‘pelekat’ dan gumpalan itu berjaya dikawalnya.
   “Kau nampak?”Soal Reza. “Sekarang siapa yang bijak?”
   Arkan masih tidak berpuas hati.Dia menghasilkan lagi gumpalan air yang berserta bendalir elektrik lalu dilemparkannya ke arah Reza.Reza membaling semula gumpalan yang dikawalnya setelah Arkan berbuat begitu.
   Kedua-dua gumpalan itu bertembung.Gumpalan itu itu ‘terpecah’ dan menyimbah ke seluruh arah disertai dengan kejutan elektrik yang kuat kelihatan seperti pancaran kilat menyambar ke seluruh tempat tersebut.
   Apa yang lebih dahsyat lagi,sambaran itu mengenai air sungai Air Terjun Khairun Balqis menyebabkan kejutan semakin kuat kerana tindak balasnya terhadap air.Kejutan elektrik yang kelihatan seperti kilat menyambar itu menyambar ke seluruh tempat tersebut.
   Reza dan Arkan sama-sama mengenai sambaran tersebut.Mereka tidak sempat berbuat apa-apa.Mereka hanya menjerit kesakitan.Sambaran itu juga turut mengenai pokok-pokok di sekelilingnya menyebabkan beberapa pokok di situ tumbang.
   Setelah semuanya berakhir,kawasan di situ yang tadinya sudah teruk kini bertambah teruk dan langsung menghilangkan terus keindahannya.Tanah berlubang-lubang berbentuk seperti kawah dan kebanyakan pokok sudah tumbang.Ada sesetengah pokok tumbang di salam sungai menyebabkan air sungai kotor.Asap kecil berkepul di sana sini.Namun,air terjun tetap mengalir dengan derasnya.
   Reza dan Arkan sama-sama terbaring di atas tanah.Mereka berdua mengambil masa agak lama untuk bangun kerana kecederaan mereka bertambah parah,di muka,tangan,kaki dan badan.Kejutan elektrik yang menyambar tubuh mereka masih lagi terasa.
   “Aku...takkan...kalah dengan kau...”
   “Aku...tak nak...mati...”
   Kedua-dua mereka sudah berdiri tetapi tidak stabil.
   “Arkan...kau memang nak bunuh...aku...”Reza menghasilkan duri-duri panjang dan tajam pada kedua-dua tangannya.
   “Aku...akan tunjukkan...aku juga bijak...macam kau...”Arkan memunculkan bebola cahaya berwarna putih dengan menepuk tangannya sekali.
   Reza dan Arkan bersiap-sedia...untuk menyerang.
   “Hiyarghhh!!!”Mereka berdua menjerit,lalu melemparkan kuasa mereka serentak ke arah sasaran yang mereka tetapkan.

Pada masa yang sama,arah barat Kota Batu Karang
   Busar api itu hilang apabila ia menghampiri Adam.Naimi terkejut.Dia ternampak Adam sedang menghalakan tapak tangannya ke hadapan semasa busar api itu serta-merta hilang dari pandangan matanya.
   ‘Tidak...’Naimi jatuh melutut dan kedua-dua tangannya memegang tanah. ‘...aku dah penat sebab serang dia bertubi-tubi tadi.Dia...bukan Genolis ataupun manusia terpilih tapi dia...dah berjaya lawan aku...’
   “Naimi,hentikanlah niat jahat kau.Kau tetap penduduk Mena walaupun kau dah terima Gen Genolis.Kau masih sempat untuk berubah,”nasihat Adam.
   Naimi mendongak. “Sudahlah,Adam.Entah-entah kau pun Genolis juga.Kalau tak,bagaimana kau boleh hilangkan busar api aku,”Naimi membuat tuduhan melulu akibat terlalu geram.
   “Bukankah aku dah cakap,aku cuma belajar silat.Aku hayati sepenuhnya dalam ajaran itu dan aku berjaya hasilkan angin dengan tangan aku.Apapun,itu kuasa Tuhan,dan kuasa yang ada pada kau sekarang juga adalah kuasa Tuhan.”
   “Bising!”Naimi berdiri tiba-tiba.Dia menampar bahu Adam dan Adam terundur terus ke belakang hingga mengenai sebuah dinding bangunan.Unduran itu terhenti.
   Kini,Adam tersandar ke dinding bangunan.Dia cuba menggerakkan tubuhnya tetapi tidak berjaya.Dia memandang tapak tangan kanan Naimi yang dihalakan ke hadapan.
   Naimi menggerakkan tangannya.Adam terasa nafasnya tersangkut-sangkut.
   “Rasakan!”Bisik Naimi puas. “Kalau aku tak boleh menyerang kau guna kuasa aktif,aku akan menyerang kau dengan aura aku.Ambil kau!”
   Adam mengerang kesakitan.
   “Sekarang barulah aku boleh gunakan kuasa aktif aku!”Naimi menaikkan kedua-dua tangannya.Batu besar naik dari permukaan tanah. “Aku akan hentam badan kau dengan batu ni sampai lumat!Dendam aku akan terbalas jua!!!”
   Naimi menolak batu besar itu dengan tapak tangannya.Batu itu meluncur laju ke arah Adam yang tidak dapat bergerak.
   Bunyi yang kuat berlaku apabila batu itu seperti menghentam dinding bangunan tempat Adam ‘terlekat’.
   Naimi tersenyum puas.Namun,senyuman itu hilang apabila dia mendapati batu besar yang dilemparkan itu langsung tidak hancur dan masih elok.Malah,dinding bangunan tidak langsung retak.
   “Setakat batu macam ni janganlah nak berlagak!”Satu suara muncul.
   Tiba-tiba batu itu terbelah dua.Kelihatan Adam masih ‘terlekat’ di dinding tetapi dia tangannya sedang menunjukkan penumbuk.Penumbuknya itu telah menumbuk batu besar itu sehingga terbelah dua.
   “Jaga-jaga...batu ni akan meluncur pada kau”beritahu Adam.Dia menolak tapak tangannya ke hadapan lalu angin terhasil dan kedua batu yang terbelah itu laju meluncur ke arah Naimi.
   Naimi tidak sempat mengelak dan tubuhnya dihentam dengan salah satu batu yang terbelah itu.Sakitnya bukan kepalang.Dia terasa tubuhnya melayang-layang.
   ‘Kenapa...sekejap saja...aku...boleh kalah...dengan orang...biasa?’Naimi sempat bermonolog dalam hatinya semasa tubuhnya melayang.
   Tubuh Naimi jatuh ke tanah.Matanya terpejam.Tubuhnya kaku tidak bergerak.
                           *          *          *          *          *
Air terjun Khairun Balqis    
   Kaki Reza melangkah perlahan-lahan.Begitu juga Arkan.Mereka kelihatan sudah tidak berdaya lagi.Semasa perlawanan baru sahaja bermula antara mereka berdua tadi,mereka kelihatan bertenaga.Sekarang,tenaga mereka sudah 99% peratus hilang.
   Mereka menjadi begitu kerana saling berbalas serangan tadi.Reza menyerang Arkan dengan melemparkan duri-duri panjang dan luar biasa tajamnya kepada Arkan,manakala Arkan melemparkan bebola cahaya berwarna putih ke arah Reza.Masing-masing tidak dapat mengelak serangan itu.
   Akhirnya,kedua-dua mereka rebah.Tubuh mereka menggeletik dan berlumuran darah.
   “Arr...kkan...aa...akkuu...ddahh...kkallahh,”Reza menggerakkan jari-jemarinya.
   “Bbelluumm...aku ttakk puaass hati,”Arkan tidak mahu mengalah tetapi suara sudah serak dan dia tidak boleh bangun.
   “Arrkan...kkawann aku...”Reza mengesot badannya ke arah Arkan.Dia terasa badannya lemah hendak membuat apa pun.
   Arkan terkesima mendengar ayat itu.Dia tidak tahu apa motif Reza mengucapkan ayat itu tetapi ia cukup menyentuh hatinya.Sudah lama dia tidak mendengar ayat itu dari mulut Reza.
   “Aakkuu...bbukann kkawan kaau...”Arkan cuba menafikan kerana dia masih bencikan Reza.
   “Kkiita...kawwann baikk duluu...”
   Serta-merta fikiran Arkan kembali pada nostalgia lama.Nostalgia dia berkawan baik dengan Reza.Kenangan pahit manis semuanya ada di dalamnya.Dingat lagi mereka berkejaran bersama-sama,dia ingat lagi mereka bermain permainan perang bersama-sama,dia ingat lagi mereka dimarahi ibu bapa mereka kerana mandi si sungai bersama-sama dan banyak lagi peristiwa lain.
   “Wallauuppun...kkitta ddah jjadii...mmusuh...kkau tetap kkawan akku...”Reza memberitahu isi hatinya.
   “Jangan bising!”Arkan mengambil pisau yang terselit pada kasut butnya lalu menikam dadad Reza yang terbaring berhampirannya.
   Reza terkejut.Dengan sekali tikaman,Reza sudah tidak bernyawa lagi.Darah membuak-buak keluar.
   Arkan menarik balik pisaunya.Matanya memandang air terjun di hadapannya.Dia teringatkan kisah Khairun dan Balqis yang didengarnya oleh Jabran.
   “Aku ibarat Balqis yang..bencikan..Khairun...”Arkan memandang Reza yang terbaring beberapa meter di hadapannya. “...Reza...”
   Pisau terlepas dari tangan Arkan.Tangannya yang tadi dihala ke atas jatuh ke tanah.Badannya yang sudah terbaring kini sudah tidak bernyawa.
   Reza dan Arkan mati dalam pertarungan tersebut,ibarat Khairun dan Balqis...sama-sama mati di tempat yang sama;Air Terjun Khairun Balqis.

No comments:

Post a Comment