Saturday, March 26, 2011

BAB 15


SEMASA Fajar sibuk bertarung dengan Faruk dan Gomez tadi,Inarah pula sedang berhadapan dengan Hanz.Hafiz baru sahaja beredar dari situ meninggalkannya sambil meminta pertolongan daripadanya untuk ‘menguruskan’ Hanz.
    Hanz masih merenung tajam Inarah.Cabaran yang ditunjukkan Inarah menyebabkan dia tidak memandang remaja itu sebagai seorang gadis,tetapi sebagai seorang pahlawan.Pahlawan yang sedang mencabar musuhnya dan bersiap-sedia dengan apa jua keadaan.
     Inarah pula masih mengangkat Tombak Sausan.Mata pisau yang dihalakan kepada Hanz kelihatan tajam sekali.Mata galak berwarna coklat keperang-perangan gadis itu merenung Hanz dengan renungan cabaran.
     Hanz tersenyum nipis. “Kau cabar aku ya!”
     “Mana kau bawa kawan-kawan aku?”Tanya Inarah tanpa mempedulikan ayat Hanz tadi.
     “Oh,maksud kau pembantu-pembantu kau tu?Jangan risau,mereka selamat.Cuma yalah,aku tak jamin mereka selamat ke tidak sebab mereka bersama Musyary...”
     “Kau jangan perli bukan-bukan!”Inarah meluru ke arah Hanz sambil manghayun Sausan.Dia melibas Sausan ke arah Hanz tetapi Hanz ghaib begitu sahaja.
     “Itu sajakah?”Hanz muncul terapung-apung di udara.Inarah mendongak marah.
     “Mungkin itu saja kemampuan kau!”Hanz menjawab sendiri soalannya tadi sambil menghasilkan bebola panas sederhana besar pada tapak tangannya lalu dilontarkannya kepada Inarah.
     Inarah tidak sempat mengelak.Dia menangkis serangan itu dengan senjatanya.Kemudian,dia terapung di udara untuk menyamakannya dengan Hanz.Sambil itu,dia mengeluarkan libasan-libasan berwarna kuning ke arah Hanz.
     Hanz terkena separuh daripada libasan kuning tetapi tidak cukup untuk melemahkannya.Siap boleh ketawa gembira lagi.Lelaki itu menghasilkan tali merah yang pernah mengikat Inarah semasa pertama kali pertemuan mereka tadi.Tali merah itu meliuk-lintuk ke sana ke mari.
     “Kau nak rasa sakit tak?”Hanz sengaja menyoal.
     “Apa?”Bisik Inarah.
     Hanz mengawal tali merah itu ke arah Inarah.Inarah mahu mahu menahannya tetapi sebaliknya Sausan pula terikat oleh tali merah itu.Atas sebab itu,Sausan terlepas dari tangan Inarah lalu jatuh ke bawah.
     Inarah naik panik,dan paniknya itu bertambah apabila tangan kanannya terikat oleh tali merah Hanz.Pergelangan tangannya terasa panas.Apakan daya Inarah tidak dapat melepaskan ikatan itu kerana ia terlalu kejap dan dia tidak terdaya untuk membukanya.
     “Tali merah ni tak sama dengan tali merah yang mengikat kau tadi,”terang Hanz. “Ia merupakan tali haba.Kau akan terasa panas apabila diikat oleh tali merah ni dan pada masa yang sama,tenaga kau sedikit sebanyak badan kau akan jadi lemah!”Tambah Hanz lagi dengan riak suara gembira.
     Pada mulanya,keadaan Inarah seperti biasa.Namun beberapa minit kemudian,dia terasa dirinya tidak terdaya.Badannya terasa lemah.Dalam keadaannya terapung di udara,dia terasa mahu tumbang.Tangan kanannya yang terikat terkulai layu.
     ‘Apa ni?’Inarah menyoal dirinya sendiri di dalam hati. ‘Aku baru nak berlawan dengannya tapi dah jadi macam ni?Tak boleh jadi!’

Tangan Inarah masih lagi terikat.Bahang panas kian terasa.Nafas Inarah termengah-mengah.Tombak Sausan sudah lama terbiar di atas tanah setelah ia terjatuh tadi.Inarah tidak boleh mengambilnya memandangkan dia terperangkap sekarang.
     Hanz ketawa sinis memandang keadaan gadis di hadapannya itu.
     “Kasihan kau ya!Kau masih terlalu muda...tetapi akan mati dalam masa beberapa minit saja lagi...sayang betul...”Hanz menyindir.
     Inarah tidak membalas apa-apa.Sudah hampir sepuluh minit dia berkeadaan begitu.Dia perlu membuat sesuatu supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepadanya.Dia masih ada keluarga di rumah yang tidak tahu akan kegiatannya...dia masih ada rakan-rakan yang perlu diselamatkan...dia masih ada partner yang mengharap kerjasama daripadanya.
     Inarah memejamkan matanya.Hanz yang melihat hanya mengangkat kening.
     Inarah cuba menumpukan sepenuh perhatian.Dalam keadaan dirinya yang lemah,dia tidak mampu untuk menumpukan sepenuhnya tetapi dia menggagahkan diri juga untuk mencuba.Sekurang-kurangnya dia dapat bertindak daripada tidak berbuat apa-apa.
     Hanz ternampak tangan kanan Inarah yang terikat menggeletar.Lelaki itu tersentak dan terkebil-kebil.
     Inarah menjerit.Sejurus kemudian,tali merah yang mengikat tangan kanannya terputus!Inarah terus terbang ke bawah mengambil Sausan lalu terapung ke atas semula dengan pantas.Hanz terpinga-pinga melihat tindakan segera gadis itu.
     “Macam mana sekarang?Ingat,jangan pandang rendah pada orang perempuan!”Kata Inarah sambil tersenyum sinis.
     Pada mulanya,mata Hanz membulat memandang Inarah kerana terkejut.Namun untuk menutup rasa terkejutnya dia ketawa sinis.
     “Heh,kalau setakat nak putuskan tali jangan nak berlagak!”
     “Oh ya!Habis tu,kenapa kau beria-ia sangat nak ikat aku dengan tali tu walaupun kau tahu ia senang terputus?”Inarah memulangkan paku buah keras.
     “Kau ni sama lembab dengan dengan kawan-kawan kau!Aku berbuat begitu semata-mata nak uji kekuatan kau!Aku nak tengok,sejauh mana kekuatan kau tu sampai kau layak menjadi manusia terpilih di samping Pahlawan Mena!”
     Inarah mencebik.
     “Pelik betul aku!Kau dah hampir nak arwah tadi.Tapi kau masih tak nak mengalah!”
     Inarah tadinya mencebik geram kini tersenyum sinis. “Heh,kau ingat aku nak mengalah dengan kau semudah tu!Jangan harap!Lagipun...”buat beberapa saat,wajah Hafiz muncul di matanya. “...aku dah berjanji dengan seseorang yang aku akan habiskan kau!”
     “Janji?”Soal Hanz. “Aku tak peduli kau berjanji dengan siapa pun.Yang aku tahu,aku yang akan habiskan kau di sini!”Hanz mendepakan tangan kanannya.
     Inarah mengambil langkah bersiap-sedia.Dia memegang erat batang Tombak Sausan.Bersiap-sedia untuk menyerang balas.Dia tidak mahu kejadian tadi seperti pisang berbuah dua kali.
     Tapak tangan Hanz mengeluarkan bebola cahaya berwarna biru sambil mengeluarkan bunyi berdesing.Bebola itu tidak sebesar mana tetapi Inarah yakin sekiranya bebola itu tidak mendatangkan efek yang besar,agak mustahil Hanz mahu menghasilkannya.
     Pancaran cahaya menyala di sekelilingnya.Berpusing-pusing,lalu dilontarkan ke arah Inarah.
     Pada mulanya,Inarah mahu menangkis serangan itu seperti biasa namun dia terkejut apabila bebola biru itu semakin membesar tatkala ia semakin menghampirinya.Inarah terpaksa menangkisnya dengan menghasilkan libasan kuning.
     Libasan kuning itu berjaya mematahkan serangan Hanz tetapi hanya sebentar.Tanpa disedari Inarah,berpuluh-puluh lagi bebola biru itu dilontarkan kepadanya.Inarah menghunuskan mata pisau tombaknya ke bawah.Muncul bebola-bebola api yang berwarna kuning bertembung dengan bebola-bebola biru itu.
     Hanz tidak membiarkan begitu sahaja.Dia teleport dan muncul di belakang Inarah.Disentapnya tangan Inarah lalu dihumbannya ke arah sebatang pokok.Tubuh Inarah terhentak pada batang pokok.Batang pokok itu berlubang sedikit.
     “Senang saja nak berlawan dengan kau ya!”Kata Hanz sambil menghasilkan busur panah daripada api.Anak panah api muncul selepas itu.
     Inarah masih terhentak pada batang pokok.Dia mengetap gigi.
     “Lagi sekali...”ujar Hanz ketawa sambil menarik anak panah apinya lalu dilepaskan.
     Anak panah api itu meluncur ke arah Inarah.Inarah menahannya dengan batang Sausan.Mata anak panah api itu mencucuk batang Sausan daripada terkena Inarah.Inarah sedaya upaya menahannya lalu mencampakkan anak panah itu ke arah lain.
     Hanz masih lagi memegang busur panah apinya. “Boleh tahan.”
     “Jangan nak perli aku!”Inarah laju mendarat ke bawah lalu terbang meluru ke arah Hanz yang terapung di udara sambil menghunuskan Sausan.
     Hanz menghilangkan busur apinya.Dia menghasilkan pula tali merahnya dan mahu mengikat Sausan tetapi tidak berjaya.
     “Ambil ni!”Inarah menghayun Sausan ke arah Hanz tetapi Hanz sempat mengelak.
     Hanz ketawa sambil melibas tali merahnya.Inarah mengelak dengan melompat lalu mengangkat Sausan.Pisau tombaknya bercahaya kuning.Kemudian,dihalakan mata pisau itu ke hadapan.Libasan-libasan kecil yang sama bentuknya dengan pisau itu meluncur laju ke arah Hanz.
     Hanz menangkisnya dengan melibas-libas tali merahnya.Tanpa disedari,Inarah tiba-tiba muncul di hadapannya lalu menendang perutnya.Pangkal Sausan diletakkan di atas belakang badan Hanz.Keluar cahaya kecil dari pangkal itu lalu Hanz terus jatuh ke bawah.
     Tubuh Hanz terseret di atas tanah dan berhenti beberapa saat kemudian.Inarah turun mendarat.Dia berjalan mendekati Hanz yang terbaring kaku itu.
     “Selicik-licik kau Hanz,kau takkan terlepas begitu saja,”Inarah bersuara sambil mendekati Hanz. “Aku sarankan kau mengalah saja.Sekurang-kurangnya hukuman kau di penjara nanti dapat diringankan,”sarannya.
     Kedengaran Hanz ketawa kecil. “Betul juga tu,”sokong Hanz membuatkan Inarah berhenti melangkah.
     “Kalau aku tak dihukum bunuh,mungkin hukuman aku akan diringankan kalau aku mengalah...dan aku boleh mulakan kehidupan yang baru,”tambah Hanz lagi.
     Inarah tersenyum. “Baguslah kalau kau fikir begitu.”
     “Ya...memang betul...”sebaik sahaja Hanz menghabiskan kata-kata,berhelai-helai daun tercabut dari dahan-dahan pokok datang melekat pada tubuh Inarah.
     Inarah terperanjat.Berhelai-helai daun melekat pada badannya.Di bahu,di lengan,di betis,di paha,di siku dan lain-lain kecuali di bahagian muka.Gadis itu terpinga-pinga sendirian.Perasaan hairan dan aneh muncul dalam dirinya.
     “Pom!”Hanz bersuara.
     Letupan-letupan kecil terhasil daripada daun-daun yang melekat pada badan Inarah tadi.Inarah tidak menjerit.Dia cuma mengaduh kesakitan.Dia hampir rebah ke tanah tetapi ditahannya.Lututnya dibengkokkan sedikit untuk menahannya daripada rebah.Pedih akibat letupan itu terasa.Nafasnya termengah-mengah.
     Hanz yang tadinya baring mula bangun.Dia tersenyum sinis pada gadis di hadapannya itu.
     “Inilah akibatnya kalau melawan Hanz!”Hanz mengangkat jari telunjuknya ke arah dadanya dengan nada bangga.

                             *          *          *          *          *
Pada masa yang sama...
     Hafiz sampai di satu tempat.Dia sekarang sedang terapung-apung di atas satu kawasan yang mempunyai sungai.Sungai itu cetek tetapi deras.Dia mengagak,dia sudah sampai ke destinasinya.Perasaan gembira tidak terhingga muncul dalam dirinya.
     Bagaimanapun,itu masih belum cukup.Hafiz tidak nampak sesiapapun di situ.Baik Musyary,baik Khalil atau tiga orang kawan-kawannya itu,semuanya tiada.Hafiz menghembus nafas kasar.
     Hafiz mendarat ke bawah dan berdiri di tepi sungai.Dia memandang ke kiri dan kanan mencari kelibat manusia tetapi seorang pun tiada.
     “Mana pula ni?Penat saja aku datang sini!Takkan tekaan aku salah pula!”Dia berkata sendirian.
     “Kau tak silap!”Satu suara kasar kedengaran di belakang dan serentak dengan itu badan Hafiz ditolak dari belakang.
     Keburr!!!Hafiz jatuh tercebur ke dalam sungai.Badannya sakit terkena batu-batu kecil di dalam sungai itu.Sambil bangun,Hafiz menoleh ke belakang.Matanya terbeliak.
     “Musyary!”Nama itu terbit dari mulut Hafiz.
     “Ya,aku Pahlawan Mena!Selamat datang ke tempatku!”Ujar Musyary sambil tersenyum jahat dan menakutkan.

                             *          *          *          *          *         
     Hanz merenung Inarah sinis.Nampaknya taktiknya untuk memerangkap gadis itu tadi berkesan.Kini gadis itu sudah berada dalam kesakitan.Letupan-letupan kecil tadi memberi efek pada tubuhnya yang kecil molek itu.
     “Kau nak rasa lagi?”Hanz mengangkat kedua-dua tangannya lalu dijatuhkan kemudiannya.
     Saat kedua-dua tangannya dijatuhkan,berhelai-helai daun tercabut dari dahan-dahan pokok meluru ke arah Inarah.
     Inarah cuba berlari untuk mengelak daripada terkena daun-daun itu namun gagal.Daun-daun itu berjaya melekat pada badan Inarah dan terjadi satu letupan kecil kemudiannya.Inarah jatuh melutut.
     Hanz muncul secara teleport di belakang semasa Inarah jatut melutut.Dia mencekak bawah leher Inarah.Inarah terasa bawah lehernya sakit.Nafasnya terasa tersekat-sekat.Mulutnya ternganga menahan sakit.Matanya terbeliak.
     “Kau tahu tak betapa kasihannya Musyary apabila kehilangan seorang abang.Muflih itu amat penting baginya tetapi senang-senang kau merampas orang yang paling disayangi Musyary!”Bentak Hanz geram.
     “Musyary...aku akan tolong dia melunaskan dendam ni!Memandangkan kau terlibat,aku akan habiskan kau di sini!”Sambung Hanz meninggikan suara.
     Inarah perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya lalu menggenggam pergelangan tangan Hanz yang mencekaknya bawah lehernya.Hanz memandang hairan.
     “Orang macam Muflih sememangnya patut menerima balasan begitu,”Inarah bersuara dengan suara mendatar.
     “Apa?”
     Inarah menguatkan lagi genggamannya. “Sebab dia memang tak berhati perut macam kau dan juga Musyary!”Dengan sekuat hati,kedua-dua tangan Inarah menangkap pergelangan tangan Hanz lalu dilambungnya ke hadapan seperti lagak seorang pelatih judo.Hanz terhumban ke hadapan.
     Dalam keadaan yang masih lemah,Inarah menghayun Sausan mengeluarkan sambaran elektrik berwarna kuning menyambar ke arah Hanz.
     Hanz sedar akan serangan itu mengelak lalu menghasilkan busur panah serta anak panah.Ditariknya busur panah itu dan dilepaskan.Keluar berduyun-duyun anak panah berapi ke arah Inarah.
     Inarah melintangkan Sausan.Seluruh badan senjata itu bercahaya kuning.Kemudian,Inarah melibas secara melintas senjatanya itu dan mengeluarkan garisan cahaya berwarna kuning menangkis serangan anak panah berapi yang datang berduyun-duyun itu.
     Bagaimanapun tanpa disedarinya,satu anak panah berapi muncul di belakangnya dan melintas di tepi Inarah mengenai sisi tulang rusuk kirinya.Anak panah berapi itu hilang setelah sasarannya mengena.
     Tangan kanan Inarah memegang sisi bahagian tulang rusuknya.Sausan sudah terlepas dari genggamannya.Meskipun ianya hanya sipi-sipi,tusukan anak panah itu cukup untuk mencederakan dirinya.Darah mengalir keluar tetapi tidak banyak.Perasaan pedih usah ditanya.Inarah mendesis kesakitan.
     “Okey ke...?”Hanz bertanya dengan nada perli.
     Inarah merenung tajam wajah Hanz.Perasaan marahnya sudah tidak dapat dibendung lagi.Dia mengambil Sausan yang terjatuh tadi lalu dicacakkan di hadapannya.Dia berdiri perlahan-lahan sambil memegang Sausan yang dicacakkannya.Pada masa yang sama,dia cuba untuk menahan sakit.
     “Nak lagi?Mungkin kau ni tak sabar nak mati agaknya!”Hanz menghasilkan abiliti tali merahnya tadi.Dia melibas tali itu ke arah Inarah.
     Inarah melompat untuk mengelak.Semasa dia melompat,dia menghasilkan libasan-libasan kuning ke arah Hanz.Seperti biasa,Hanz mengelaknya dengan mudah.
     “Heh,taktik lapuk!”Ejek Hanz ketawa tetapi hanya sebentar.
     Tiba-tiba sahaja muncul pancaran-pancaran lazer berwarna kuning di sekelilingnya.Hanz terperangkap!Dia terpinga-pinga melihat situasi itu.Situasi yang langsung tidak dijangkanya.Dia sudah tidak dapat bergerak ke mana-mana.
     “A...Apa ni?”Hanz mula menggelabah.
     Sementara Inarah pula memusing-musingkan tombaknya beberapa kali.Pusingnya berhenti dan Sausan ditegakkan.Dia mencacakkan Sausan ke tanah.Reben yang tergantung pada pangkal senjata itu melayang-layang.
     “Habis kau!”
     Keseluruhan senjata Sausan itu bercahaya kuning.Selain itu.muncul bulatan kuning di atas tanah bermula dari kedudukan Inarah hingga ke kedudukan Hanz terperangkap.Hanz yang terperangkap di dalam pancaran lazer Inarah terkesima.
     Inarah mengangkat perlahan-lahan tangan kirinya ke udara.
     “Aaarrrgghhh!!!”Inarah memegang reben kuning yang tergantung pada tombaknya            lalu ditariknya.
     Cahaya kuning di tanah semakin terang selepas itu.Di kedudukan tempat Hanz terperangkap,pancaran-pancaran lazer kuning itu terus menutup tubuh Hanz.Hanz menjerit sekuat hatinya.
     Inarah mengangkat semula Sausan.Tidak lama kemudian,satu letupan berlaku menyebabkan badan Inarah tercampak ke belakang dan mengenai sebatang pokok.
     Asap berkepul-kepul di udara di tempat Hanz.Setelah asap-asap itu reda sedikit tebalnya,kelihatan Hanz sedang berdiri tidak bermaya.Inarah yang jatuh tersandar pada sebatang pokok sudah tidak mampu untuk bangun.Badannya yang sakit akibat letupan-letupan kecil di badannya tadi dan juga sakit di tulang rusuknya masih belum reda.
     Hanz memandang tajam wajah Inarah. “Kau...tak...guna...!”Kata Hanz sebelum dia rebah ke tanah dan tidak sedarkan diri.
     Inarah hanya memandang.Kesakitan badannya yang masih terasa itu menghalangnya untuk berdiri.Entah kenapa waktu itu juga dia terasa matanya sudah tidak mampu untuk mencelik.Matanya seolah-olah mahu terpejam.Dia mahu mengawal perasaan itu namun tidak berdaya.Kedua-dua matanya terpejam.Dia pengsan.
     Nun di atas udara,kelihatan tiga buah kenderaan antigraviti berwarna putih.Ia berhenti betul-betul di atas kawasan tempat Hanz dan Inarah bertarung.Pintu kenderaan itu terbuka,wajah Fajar terjengul keluar.
     “Inarah!”Panggilnya apabila ternampak Inarah tidak sedarkan diri.Dia terus terjun ke bawah sambil mengawal abiliti mengapungkan dirinya sebelum dia mendarat ke bawah.
     Setelah dia mendarat,dia bergegas mendapatkan Inarah lalu duduk di sebelahnya.
     “Inarah,bangunlah!”Kejutnya dengan nada cemas.
     Inarah tetap tidak sedar.
     “Fajar!”Kedengaran satu suara memanggil dari belakang.
     Rupa-rupanya Chief Inspektor Mahdi sudah mendarat ke bawah dengan tangga tali.Beberapa orang pegawainya mengangkat tubuh Hanz yang sudah pengsan.
     “Kita kena pergi kepada Hafiz sekarang!Jangan kejutkan dia lagi!Biarkan dia begitu!”Arah Chief Inspektor Mahdi.
     Fajar sekadar mengangguk. “Tapi kita kena rawat dia,tuan!Takut dia cedera teruk!”
     “Itu kamu jangan bimbang semuanya akan diuruskan.Ann,bawa Inarah naik ke atas!”Perintah Chief Inspektor Mahdi.
     Inspektor Ann akur lalu mengongkong Inarah di belakangnya.Mereka semua kembali masuk ke dalam kenderaan melalui tangga tali kecuali Fajar.
     Kenderaan itu meluncur pula ke tempat lain...iaitu tempat Hafiz berada.     

No comments:

Post a Comment