Saturday, March 26, 2011

BAB 16


“MUSYARY...”nama itu terbit dari mulut Hafiz sekali lagi.Agak terperanjat juga dia dengan kemunculan Musyary secara mendadak.
     Musyary melontarkan bebola cahaya kepada Hafiz.Pantas Hafiz mengelak dan bebola cahaya itu masuk ke dalam sungai.Air tercebur akibat kesan bebola cahaya itu.
     Hafiz kini berdiri.Pakaiannya separuh basah dan separuh kering.Dia merenung Musyary tajam. “Mana kawan-kawan aku?”Hafiz meninggikan suara.
     Musyary tersenyum sinis. “Memandangkan kau dah tanya...”lelaki itu memetik jarinya.
     Tiba-tiba Hafiz terdengar suara orang menjerit.Jeritan itu kedengaran lebih daripada seorang.Hafiz mencari-cari arah jeritan itu.Pandangannya terhenti di satu tempat di seberang sungai tempat dia berada sekarang.
     Kelihatan badan Khazin,Naufal dan Dayana terikat pada sebatang pokok di seberang sungai sana.Tubuh mereka calar-balar.Wajah mereka lesu tidak bermaya.Rambut Khazin dan Naufal berserabut manakala Dayana yang memakai tudung sudah kelihatan selekeh.
     “Khazin!Dayana!Naufal!”Teriak Hafiz.
     Kelihatan Dayana mendongak perlahan-lahan. “Hafiz!”Teriaknya.
     Mendengar teriakan Dayana itu,Khazin dan Naufal mengangkat muka.Mereka ternampak Hafiz sedang memandang mereka dengan perasaan belas kasihan.Masing-masing memanggil nama Hafiz dengan gembira.
     Hafiz memandang Musyary tajam. “Apa kau dah buat pada mereka?”Tanyanya marah.
     “Ooo...kenapa nak marah aku pula?Kau marahlah orang yang berada di belakang sana!”Musyary memandang ke arah belakang diikuti Hafiz.
     Kelihatan Khalil masih terikat dengan Tali Haba Halimunan pada sebatang pokok.Keadaannya masih lemah seperti tadi.
     “Aku suruh dia buat kerja untuk aku sebagai pengikut aku.Tapi dia degil!Disebabkan kedegilan dialah aku terpaksa mendera kawan-kawan kau tu!Kalau kau nak tahu,ia berlaku sehinggalah kau sampai sini!”Beritahu Musyary tanpa rasa bersalah.
     Hafiz mengetap gigi. “Sepatutnya kau yang harus dipersalahkan!”Jerit Hafiz marah sambil melepaskan satu sikuan ke perut Musyary.
    Musyary tidak sempat mengelak lalu terkena sikuan itu.Hafiz menyentap lengannya pula lalu dikilasnya ke belakang.
     “Baik kau lepaskan mereka sekarang!”Hafiz masih belum melepaskan kilasannya.
     Musyary tersengih sinis. “Itupun kalau kau dapat kalahkan aku!”
     “Apa?”
     Sebelah lagi tangan Musyary menyentap lengan Hafiz yang mengilas tangannya lalu diberikannya renjatan haba pada lengan itu.Spontan Hafiz melepaskan tangannya kerana panas.Dia mengibas-ngibas tangannya.
     Musyary mengalihkan badannya ke arah Hafiz. “Kalau nak berlawan dengan aku,berlawan dengan cara Pahlawan Mena...”katanya.
     Hafiz tersengih sinis.Dia mengambil batu jed yang tersimpan dalam poket seluarnya lalu menukarkannya menjadi sebilah Pedang Ahwas.Hafiz mengangkat pedangnya itu menghala ke arah Musyary.
     “Kita sambung pertarungan kita yang tergantung tadi!”Cabar Hafiz.
     “Ya,memang aku tunggu-tunggu saat ini!”Musyary menghasilkan bulatan kuning berserta dengan bendalir elektrik dikelilingnya yang mengeluarkan bunyi berdesing seperti mana semasa dia berlawan dengan Hafiz buat pertama kali.
     Hafiz mengangkat sebelah kening. “Kau macam dah tak ada abiliti lain?”
     “Jangan salah faham.Aku tahu apa yang aku buat!”Musyary mengawal bulatan kuning itu dengan bermain dengan jari-jemarinya.
     Hafiz marah ke hadapan lalu menahan serangan bulatan kuning itu.Setiap kali bulatan kuning itu berpusing-pusing seperti boomerang ke arahnya,setiap kali itulah dia menahan dengan Pedang Ahwas.
     “Hoi,jangan main-main dengan akulah!”Jerit Hafiz geram.Terasa dirinya seolah-olah dipermainkan.
     Musyary sekadar ketawa sinis.Dia menghasilkan pula bebola-bebola cahaya sederhana besar ke arah Hafiz.Hafiz yang marah menghasilkan libasan cahaya merah ke arah serangan-serangan itu.Serangan-serangan itu lenyap serta-merta.
     “Apa sebenarnya yang kau nak buat ni?”Soal Hafiz.Dia agak hairan melihat segala serangan Musyary.Semuanya biasa sahaja tidak nampak seperti Musyary mahu menghapuskannya.
     “Kau akan tahu nanti!”Musyary menghalakan jari telunjuknya ke arah sungai.
     Air sungai bergumpal-gumpal membentuk seperti sebiji bola sebesar bola ping pong.Air-air yang bergumpal-gumpal itu terapung-apung di udara.Hafiz terundur setapak ke belakang.
     “Hiiyaarrgghh!!!”Gumpalan-gumpalan air itu bertukar menjadi beku dan membentuk seperti jarum-jarum tajam dan halus.
     Hafiz tersentak.Air-air yang sudah beku terbentuk seperti jarum-jarum tajam dan halus itu meluncur ke arah Hafiz.Jumlahnya teramatlah banyak menyebabkan Hafiz terpaksa melompat beberapa kali untuk mengelak serangan itu.Namun dia terkena tiga daripadanya di bahagian lengan dan juga betis.
     Musyary ketawa.Dia meneruskan serangan dengan mengawal kembali bulatan kuningnya itu.Hafiz menghasilkan lingkaran api biru ke arah bulatan kuning itu.Lingkaran api biru itu memerangkap bulatan kuning itu lalu ia musnah.
     Hafiz berlari meluru ke arah Musyary sambil menghunus Ahwas.Musyary menangkap bilah pedang Ahwas itu dengan selamba.Hafiz sedikit terkejut.
     “Cantik pedang kau ni!Pandai pula Widad merekanya ya!”Musyary merenung Hafiz.
     Hafiz mengetap gigi.Bilah Ahwas bercahaya merah.Hafiz mengambil kesempatan itu dengan melibas Ahwas di betul-betul di hadapan Musyary dan libasan itu mengenai dadanya.Satu parut panjang wujud pada dada Musyary.Musyary terkesima.
     Hafiz melompat ke belakang.Dia melihat Musyary sedang mendengus geram.Kedua-dua tangannya memegang dadanya yang sakit.Namun Hafiz yakin bukan itu masalahnya.Masalahnya sekarang adalah serangan tidak diduga Musyary.
     “Jaga kau Pahlawan Mena!”Pekik Musyary geram sambil melontarkan busar api kepada Hafiz.
     Hafiz menahan serangan itu dengan libasan putih.Serangan itu hilang begitu sahaja.
     Musyary melompat ke udara lalu menghasilkan busur panah lazer berwarna biru berserta sekali dengan anak panah.Setelah dia melepaskan panah itu,berduyun-duyun anak panah lazer meluncur laju ke arah Hafiz.
     Hafiz menahan dengan menyilangkan kedua-dua tangannya di mukanya.Lengannya sedikit tercedera.Setelah serangan tu berakhir,Hafiz terbang pula ke udara sambil melontarkan libasan-libasan api merah kepada Musyary.
     Musyary membalasnya juga dengan libasan-libasan api merah.Apabila kedua-duanya bertembung,terjadi satu letupan.Masing-masing terundur ke belakang.Khalil,Khazin,Naufal dan Dayana yang berada di bawah menundukkan kepala mereka.
     “Macam mana ni?Hafiz akan menang ke?”Tanya Dayana gelisah.
     “Aku yakin dia menang.Dia kan Pahlawan Mena!”Ujar Naufal sengan suara yakin.
     “Tapi boleh ke?”
     “Dayana,Hafiz sekarang dalam usaha untuk selamatkan kita!Yakin pada dia!”Tegas Khazin.
     Dayana menundukkan kepalanya tanda faham.
     Khazin memandang abangnya,Khalil yang terikat di seberang sungai sana.Kelihatan Khalil lesu.
     ‘Maaf,bang.Saya tak mampu nak selamatkan abang...’bisik Khazin dalam hati.

     Hafiz terundur ke belakang.Dia menghasilkan lingkaran api mengelilingi tubuh Musyary dengan berhasrat mahu mengepungnya.Musyary terperangkap tidak boleh bergerak ke mana-mana.
     Dengan sekali hayunan pedang,lingkaran api itu bertukar menjadi gumpalan api menutup seluruh tubuh Musyary.Selepas itu,Hafiz menghilangkan gumpalan api itu.Musyary tiada!
     Hafiz tercengang.Mana pula perginya?
     Tiba-tiba Hafiz terasa lehernya dirangkul seseorang.Walaupun dia tidak tahu siapa,tetapi dia tahu Musyary yang merangkul lehernya dari belakang.Hafiz terasa lehernya tercekik.Tangan kirinya memegang lengan Musyary yang merangkul lehernya.
     Hafiz terasa badan belakangnya panas.Dia menjerit kepanasan.Letupan kecil berlaku dan Hafiz dilepaskan dari rangkulan.Belakang badannya terasa sakit.
     “Apa kau buat ni?”Tanya Hafiz sambil memegang belakang badannya.
     Musyary tidak menjawab sebaliknya dia ketawa.Dia melontarkan pula bebola-bebola elektrik kepada Hafiz dengan perasaan gembira dan ketawa seperti orang gila.
     Setengah daripada bebola-bebola elektrik itu mengenai badan Hafiz.Hafiz terkena sedikit kejutan.Dia jatuh ke bawah.Entah kenapa,agak sukar dia hendak mengelak atau menangkis serangan itu.Mungkin kerana kesakitan di bahagian belakang badannya.
     “Ahmad Hafiz Johari...”panggil Musyary setelah menadarat dan berjalan mendekati jasad Hafiz yang terbaring. “Sekarang aku nak kau rasakan!”
     “Rasa...rasakan apa!”
     “Tentang warisan dari abang aku...”
     “Warisan...abang kau?”Hafiz bingung.
     Musyary menghalakan tapak tangannya ke arah Hafiz. “Racun...yang dikenakan untuk Khalil dulu...”dia bersuara lirih.
     Hafiz membeliakkan mata.Khalil yang terdengar perbualan itu menyampuk, “Jangan Musyary!Budak tu tak bersalah apa-apa!Kalau kau nak buat,buat padaku!”
     “Kau diam!”Musyary melontarkan bebola cahaya putih ke perut Khalil.Khalil menjerit kesakitan.
     Musyary memandang Hafiz semula. “Aku dah tetapkan racun ni untuk Pahlawan Mena!Dan aku takkan ubah keputusan aku!Bahang panas yang kau rasa di belakang badan kau adalah pusatnya!Aku akan masukkan duri-duri yang mengandungi racun itu ke dalamnya!”
     “Jangan harap!”Hafiz menikam lengan kanan Musyary.Darah mengalir keluar.
     Musyary memegang lengannya. “Tak cukup lagikah kau dah hiris badan aku ni!”Tengking Musyary sambil menunjukkan badannya yang terhiris dengan pedang Hafiz sebentar tadi.
     Hafiz hanya diam.Dia menggagahkan dirinya untuk bergerak.Dia mencacakkan Ahwas dan keluar sambaran elektrik melalui tanah menuju ke arah Musyary.
     Musyary melompat dan membalasnya dengan piring-piring cahaya yang berpusing.Cahaya itu berbentuk seperti piring menuju ke arah Hafiz.Hafiz menangkis dengan pedangnya lalu menghentak pedangnya ke tanah.Batu-batu kecil muncul dan menuju pula ke arah Musyary.
     Musyary meletakkan tapak tangannya ke tanah dan serangan Hafiz terhenti.Dia berlari mendapatkan Hafiz lalu melepaskan tumbukan berapi pada bahu Hafiz.Hafiz menendang perut Musyary menyebabkan Musyary terundur ke belakang.
     Hafiz melompat ke udara lalu menghasilkan libasan api merah dan libasan api biru secara bertubi-tubi.Musyary terbang ke udara sambil menepis segala serangan itu walaupun dia terkena juga sedikit kesannya.
     “Aku takkan buang masa!Racun ni akan diserahkan juga kepada kau!Biar kau rasa macam mana aku rasa bila kehilangan abang!”Bentak Musyary bersungguh-sungguh.
     Hafiz tergamam seketika.
     Musyary memejamkan matanya.Duri-duri tajam muncul di sekelilingnya.
     “Itu racunnya!Hati-hati Hafiz!”Jerit Khalil dari bawah.Takut benar dia apabila Musyary mengeluarkan racun itu.Racun itu diwarisi abangnya yang juga Genolis.
     Hafiz langsung tidak menunjukkan perasaan takut.Dia bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.
     Duri-duri yang mengelilingi Musyary tadi sudah bertukar menjadi warna merah terang.Walaupun ia hanya sekadar warna,warna merah terang bernyala-nyala itu cukup menggerunkan lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa ia boleh membawa maut.
     “Dalam masa beberapa saat lagi,masa kau akan tiba...”kata Musyary.
     Hafiz merenung Musyary.
     “Kau...akan menerima penyakit seperti Khalil dan akan mati...”Musyary terus melontarkan duri-duri itu ke arah Hafiz.
     Hafiz tersenyum lebar.Dia mengangkat Ahwas tinggi-tinggi dan sepenuh tenaganya dia melibas-libas Ahwas untuk menghalang kedatangan duri-duri itu masuk ke dalam badannya.Hafiz berjaya mengelak kesemua duri-duri itu dengan libasan-libasan pedangnya.Duri-duri tajam panjang dan berwarna merah terang itu hilang dalam sekelip mata.
     “Tidak!Apa dah jadi ni?”Tanya Musyary agak aneh.
     “Sayang...walaupun ia warisan dari abang kau,ia hanya boleh digunakan sekali saja,kan?Lagipun,bukannya susah sangat nak elak serangan itu.Dulu abang kau berjaya mengenakan Khalil sebab masa tu keadaan Khalil terlalu lemah.Kau ni kalau nak buat sesuatu fikirlah habis-habis...”kata Hafiz panjang lebar seolah-olah menyindir Musyary.
     “Cehhh!!!”Jerit Musyary. “Aku takkan kalah dengan orang macam kau!”Lelaki itu meluru ke arah Hafiz sambil menakup tangannya ke muka Hafiz.
     Hafiz meletakkan bilah Ahwas pada lengan Musyary.Musyary spontan melepaskan tangannya kerana kepanasan.
     “Aku rasa kau ni tak adalah susah sangat nak dikalahkan.Kau cuma terikut dengan kau sehinggakan kau tak ada perancangan teliti.Nampaknya masa pertama kali aku berlawan dengan kau tadi maknanya hanya dalam pemikiran aku saja.Kau tak adalah sekuat mana!”Sindir Hafiz lagi.
     Hafiz melibaskan pedangnya di hadapan Musyary tetapi langsung tidak mengenainya.Dia hanya membuatkan libasan layang.
     Mata Musyary terpejam rapat.Dia rebah di bahu Hafiz.Perlahan-lahan Hafiz membawanya turun ke bawah.Setelah tiba di bawah,Hafiz membaringkannya.
     “Hafiz!”Panggil Khalil.
     Hafiz tersenyum.Dia memegang Ahwas lalu menghayun-hayun untuk memustuskan Tali Haba Halimunan yang mengikat Khalil.Khalil jatuh terduduk.Dia masih lemah rupanya,fikir Hafiz.
     Hafiz teleport dari situ.Kini dia berada di hadapan Khazin,Naufal dan Dayana pula.Dia menghayun-hayunkan pedangnya untuk memutuskan Tali Haba Halimunan yang mengikat mereka.Khazin,Naufal dan Dayana juga jatuh terduduk.Masing-masing lemah.
     Hafiz menyentuh bahu Khazin dan Naufal dulu dan teleport dari situ dan muncul semula di tempat berdekatan Musyary terbaring.Khazin terpandang abangnya lalu memeluknya.
     Hafiz teleport semula ke seberang sungai untuk mengambil Dayana.Dia mengambil ranting pokok yang terdapat di situ dan menyuruh Dayana memegangnya.Kemudian,mereka teleport dari situ dan muncul semula di tempat yang sama dengan Khazin dan Naufal.
     “Tak sangka sampai jadi macam ni,”luah Naufal.
     “Aku faham perasaan Musyary,”Khazin mencelah. “Kalau aku berada di tempat dia,mungkin aku juga akan lakukan perkara yang sama.”
     “Tapi kau masih ada akal.”
     “Itulah maksud aku...kita pandai-pandai sendiri gunakan akal kita,”tambah Khazin lagi.
     Masing-masing membisu seribu bahasa.
     Tidak lama kemudian,mereka terdengar bunyi dengungan kenderaan dari atas udara.Mereka mendongak ke atas.Kelihatan tiga buah kenderaan antigraviti berwarna putih berada di atas mereka.Hafiz kenal kenderaan itu.
     Pintu dibuka.Kepala Fajar terjengul keluar.
     “Hafiz,kau semua...baguslah kau semua selamat!”Jeritnya gembira.

                      *     *          *          *          *
MPD,Dimensi Mena
     “Saya gunakan alat pengesan daripada komputer hologram saya untuk mengesan kamu semua,”Chief Inspektor Mahdi membalas setelah Hafiz bertanya bagaimana dia dan pasukannya boleh sampai ke situ tanpa dipanggil.
     Hafiz,Naufal,Fajar dan Khazin yang berada di situ mengangguk.Ketika itu mereka berada di luar klinik Markas Dimensi Mena.Masing-masing sudah menerima rawatan akibat kecederaan mereka.Kecederaan mereka tidaklah teruk sangat.Mereka bersyukur untuk itu.
     Tidak lama selepas itu,keluar empat orang lelaki yang amat mereka kenali dari dalam klinik.Musyary,Faruk,Hanz dan Gomez!Nampaknya mereka juga sudah menerima rawatan.Mereka berempat memandang ke arah Hafiz dan yang lain dengan marah.Kedua-dua tangan mereka sudah digari dengan gari antigenolis supaya mereka tidak boleh bertindak di luar jangkaan nanti.
     “Aku akan balas dendam!Aku akan balas dendam!”Musyary meronta-ronta.
     Hafiz dan yang lain hanya memandang penuh simpati.Perasaan belas mereka tetap ada walaupun Musyary dan rakan-rakan sekutunya itu musuh ketat mereka.Musyary,Hanz,Faruk dan Gomez dibawa pergi dari situ menuju ke Penjara Dimensi Mena atau PPD.
     “Kasihan betul.Disebabkan terburu-buru dia tak dapat merancang rancangannya itu dengan baik,”kata Fajar perlahan.
     Hafiz hanya memandang.Kemudian dia terdengar pintu automatik klinik dibuka.Mereka semua menoleh.Kelihatan Khalil sedang dipapah oleh salah seorang pegawai Polis Dimensi.
     “Abang!”Panggil Khazin sambil meluru ke arah abangnya.Dia menggantikan tempat pegawai polis itu untuk memapahnya abang kesayangannya itu.
     “Maaf.Sebab abang kamu semua jadi macam ni,”Khalil meminta maaf dengan rasa bersalah.
     Keempat-empat remaja itu sekadar tersenyum dan mengatakan tidak apa-apa.
   “Ini tugas kami,”beritahu Naufal.
   Khalil tersenyum.Dia memandang ke arah Hafiz.
     “Kau tak kenal aku tapi kau sanggup selamatkan aku.”
     Hafiz ketawa kecil. “Aku buat atas dasar tanggungjawab,”jawab Hafiz ringkas sambil mengerling Fajar.Fajar tersengih.
     Khalil senyum lagi.Dia masih lemah untuk berbuat apa-apa walaupun sudah dirawat.
     Kedengaran lagi pintu automatik klinik dibuka.Mereka semua memandang ke arah pintu itu.Kelihatan Dayana sedang memapah Inarah keluar dari klinik.Kedua-dua gadis itu sedang berjalan menuju ke arah mereka semua.
     “Dayana,aku dah boleh berjalan sendiri,”kata Inarah.
     “Oh,okey!”Dayana melepaskan rangkulannya.Mereka berdua terus berjalan mendapatkan kawan-kawan lelaki mereka itu.
     “Baiklah,kamu semua dah ada di sini...rasanya dah tak ada apa-apa yang perlu saya cakapkan,”Chief Inspektor Mahdi bersuara.
     “Macam mana dengan hukuman Musyary dan kawan-kawannya tuan?”Tanya Hafiz.
     “Kesalahan Musyary rasanya boleh dipertimbangkan...jadi dia akan dipenjarakan.”
     “Aku harap dia terima hukuman berat-berat dalam panjara nanti!”Naufal mendengus geram.
     “Baiklah,kamu semua!Tahniah untuk misi kali ini!Kalau ada apa-apa saya akan hubungi kamu semua!”Chief Inspektor Mahdi memandang ke arah Hafiz dan Inarah. “Prestasi kamu berdua dah semakin meningkat.Bersedia untuk misi seterusnya nanti.”
     Hafiz dan Inarah tersenyum lalu mengangguk.
     Chief Inspektor Mahdi balik semula ke markasnya sambil diperhatikan oleh keenam-enam remaja itu.Suasana sudah damai kembali seperti biasa.

No comments:

Post a Comment