“SAMPAI begini keadaannya selepas kau berlawan
dengan Fajar semalam?”Inarah terkejut melihat suasana taman rekreasi popular
itu.
Keadaan di
taman rekreasi itu sudah hilang serinya.Mungkin akibat perlawanan antara Hafiz
dan Fajar semalam,sebelum serangan pada hari ini.Tanah berlubang-lubang,kemudahan
awam banyak yang sudah rosak dan beberapa gerai yang sudah musnah.
“Pedulikan!Mana
Jabran?Dia kata nak jumpa aku di sini.”
“Aku di
sini,Pahlawan Mena,”kedengaran satu suara garau.
Hafiz dan
Inarah menoleh ke arah suara itu...Jabran.
“Aku rasa
aku dah pesan pada Naimi supaya kau datang seorang.Hmm,kau penakut
rupanya!”Jabran mengejek.
“Woo...nanti
dulu!Aku tak ajak,dia yang mengada-ngada nak ikut!”Inarah menjeling tajam ke
arah Hafiz setelah dia menghabiskan kata-katanya.
Selepas
itu,mereka berdua baru sedar ada seorang wanita di sebelah Jabran.Jabran sedang
memaut lengan wanita itu.Wanita itu kelihatan tidak sedarkan diri.Mungkin sudah
dipengsankan semasa dia dibawa ke situ.
“Siapa
pula mak cik yang kau bawa ni?”Tanya Hafiz.
Jabran
tersenyum lebar. “Ini Puan Wada,emak kepada Fajar.Kau kenal Fajar,kan?”
Hafiz dan
Inarah tersentak.Hafiz tiba-tiba teringatkan Fajar.Dia teringat Fajar pernah
menceritakan mengapa dan bagaimana dia menyertai Genolis.Dalam cerita itu,Fajar
ada menyelitkan tentang ibunya.Apakah wanita tua yang bersama Jabran itu
benar-benar ibu Fajar?Atau sekadar suatu perangkap?
“Kau tahu
kenapa aku suruh kau datang ke sini?Sebab inilah tempat terakhir Fajar berada
sebelum menghilangkan diri.Aku yakin,dia takkan berdiam diri selagi ibunya
berada di tangan aku!”Ujar Jabran.
“Mak cik
tu tak ada kaitan dengan hal ni,tapi kau babitkan dia?Manusia jenis apa kau
ni?”Marah Inarah.Dia bersimpati dengan Puan Wada yang kelihatan kusut dan lemah
itu.
“Diam!Aku
akan tunggu Fajar datang!Tapi,sebelum tu”Jabran memunculkan cahaya biru pada
tapak tangan kirinya dan berbentuk sfera.Sfera biru itu kelihatan
berpusing-pusing seperti bumi berputar pada paksinya,cuma sfera biru itu lebih
laju.Bunyi berdesing kedengaran.
Cahaya
sfera biru itu kemudiannya menuju ke arah Hafiz dan Inarah dengan sendirinya tanpa
dilemparkan.
Hafiz dan
Inarah melompat ke belakang apabila cahaya sfera biru itu hampir-hampir
mengenai mereka.Walaupun bentuknya cuma sebesar bola pingpong,setelah ia
terjatuh ke atas tanah,letupan yang berlaku amat kuat sehinggakan Hafiz dan
Inarah yang baru sahaja melompat untuk mengelak terpelanting ke belakang.
“Itu baru
sikit!Lemah betul kau berdua!”Jabran ketawa besar.
“Jaga
kau!”Hafiz menghunuskan pedangnya.
“Kenapa?Kau
nak lawan aku?Heh,kau tak sedar ke?Kalau kau serang aku...”Jabran menarik
lengan Puan Wada. “...perempuan tua ni akan terkena sekali serangan kau.”
Hafiz
mengetap gigi. “Keji!”Bisik hatinya marah.
“Kenapa
kau buat macam ni,Jabran?”Tanya Inarah lembut.
Jabran
memandang Inarah. “Inarah...Inarah...kau dah tewaskan ramai kawan-kawan Genolis
aku sebelum Hafiz ada.Itupun kau bernasib baik sebab masa tu pahlawan Mena
belum muncul,dan mereka tak buat perancangan yang cukup baik.Sekarang,baru kau
sedar betapa kuatnya kami bila kemunculan Pahlawan Mena.”
Kali ini
Inarah pula mengetap giginya.Dia mengiyakan kata-kata Jabran itu walaupun pahit
ditelannya.Setelah Hafiz muncul,misi yang dihadapinya sekarang cukup berat.
“Memandangkan
kau berdua ada di sini,aku akan hapuskan kau berdua sekaligus!”Jabran sekali
lagi memunculkan cahaya sfra birunya.Kali ini ianya lebih besar,dan bunyi
desingannya lebih kuat.
Hafiz dan
Inarah hanya mampu memandang.Mereka tidak boleh menyerang balas kerana Puan
Wada masih berada bersama Jabran.
“Sedialah!”Jerit
Jabran lalu cahaya sfera birunya menuju ke arah kedua-dua remaja itu.
Hafiz dan
Inarah kelam-kabut untuk membuat pelindung jingga tetapi tidak sempat.Serangan
Jabran semakin menghampiri.
Tiba-tiba
cahaya sfera biru itu hancur apabila ia menghampiri Hafiz dan Inarah.Percikan
sfera terhasil dan ia memercik ke serata tempat menyebabkan letupan kecil
seperti bunyi mercun papan setelah ia jatuh ke tanah.
“Fajar?”Nama
itu terbit dari mulut Hafiz sebaik sahaja dia ternampak seseorang berdiri di
hadapannya.
Jabran
tersenyum lebar memandang lelaki itu. “Hei,Fajar!Datang pun kau!Mana kau pergi
selama ni,hah?”
“Lepaskan
mak aku!”Pinta Fajar dengan tegas.
“Wah,nampak
gayanya kau nak belot pada aku!Pengaruh Pahlawan Mena memang kuat,ya!”Jabran
memandang Hafiz sekilas.
“Lepaskan
mak aku!”Fajar mula mengeluarkan bebola elektriknya.
“Jangan!”Hafiz
menghalang sambil memaut lengan Fajar.
“Lepaskan
aku!”Jerit Fajar lagi sebelum Hafiz melepaskan satu tumbukan di mukanya
membuatkan dia terdiam.
“Fikirlah!Kalau
kau serang dia macam tu,serangan tu akan terkena pada mak kau sekali!Kau nak
mak kau mati?”Celah Inarah.
“Hahaha...kasihannya!”Jabran
mengejek. “Ini baru mak kau,Fajar!Aku ingat nak tengok penduduk Batu Karang ni
menderita sekali masa serangan ni!Tapi,sayang betul sebab mereka semua tak ada
di sini!”
Fajar yang
mulai tenang memandang Hafiz. “Mana perginya penduduk di sini?”Bisiknya
“Di dua
buah dewan hujung kota ni.Presiden kota dah tempatkan mereka di
sana.Jadi,Jabran tak boleh buat apa-apa,”balas Hafiz.
“Apapun,kita
tak boleh leka.Apa yang penting sekarang,kita kena lepaskan Puan Wada dari
Jabran.Selagi dia ada dengan Jabran,kita tak boleh nak menyerang,”Inarah
menyampuk dibalas dengan aggukan Hafiz dan Fajar.
Fajar
memandang ibunya yang tidak sedarkan diri. “Mak...”
“Apa yang
kau bertiga bisikkan tu?Oh,mungkin kau bertiga tahu di mana penduduk kota
sekarang,kan?”Jabran memandang mereka bertiga,sinis.
“Aku tak
tahu apa kau cakap!Lepaskan mak aku!”Teriak Fajar.
“Oh,dah
tentu!Mak kau dah tak berguna sebab aku dah tak perlukan kau lagi!Kau tak boleh
diharap sebab kalah dengan Pahlawan Mena!”Kata Jabran. “Tapi,sebelum tu aku nak
kau beritahu aku...di mana semua penduduk kota ni sekarang?Kalau tak,perempuan
tua ini akan kubunuh!”
Ketiga-tiga
remaja itu tersentak.Perasaan serba-salah menghantui mereka.Jika mereka tidak
beritahu,Puan Wada akan dibunuh.Namun,sekiranya mereka memberitahu,nyawa
penduduk kota dalam bahaya.
“Jangan,jangan
beritahu!”Tiba-tiba Puan Wada menjerit.Rupa-rupanya dia sudah sedar dari
pengsannya.
Jabran
terkejut.Dia mencekak lengan wanita itu.Puan Wada menjerit kesakitan.
“Mak!”Jerit
Fajar cuba menolong ibunya tetapi ditahan Hafiz.
“Beritahu
aku kalau kau tak nak mak kau mati!”
“Pedulikan
mak,Fajar!”
Mata Fajar
mula bergenang.Dia tidak sanggup melihat keadaannya ibunya sekarang.Perasaannya
berbelah-bahagi.
Jabran
terus mendera Puan Wada dengan menyilangkan tangan wanita itu ke belakang lalu
ditariknya,lama.Puan Wada menjerit kesakitan.Fajar mengetap gigi.
“Dewan
Killi dan Milli,hujung kota ni,”tiba-tiba Hafiz bersuara.
Fajar,Inarah
dan Puan Wada tersentak.Jabran tersenyum girang.
“Bagus,”ucap
Jabran lalu melepaskan Puan Wada.Puan Wada jatuh ke tanah. “Kita akan bertempur
di sana,”Jabran berlari laju meninggalkan mereka lalu terus menghilang dengan
teleport.
Hafiz,Inarah
dan Fajar mendapatkan Puan Wada.
“Mak,”Fajar
memeluk ibunya.Kemudian,dia memandang Hafiz. “Kenapa kau buat begitu?”
“Habis,kau
nak biarkan mak kau mati?”
“Mak cik
tak kisah kalau mak cik mati kalau untuk kebaikan semua,nak,”ujar Puan Wada.
“Jangan
risau,mak cik.Kami akan uruskan Jabran.Mak cik duduk sahaja di sini buat
sementara,”kata Inarah.
“Aku
ikut!”Keputusan Fajar itu mengejutkan Puan Wada.
“Fajar?”
“Mak,Fajar
tahu mak takkan benarkan.Tapi,Fajar nak tebus balik kesalahan yang Fajar buat
pada Hafiz dan lain-lain...dan juga pada mak,”jelas Fajar. “Jabran memang patut
diajar,mak!Lagipun,kuasa Genolis dah ada dalam badan Fajar.Rugilah kalau Fajar
tak gunakannya untuk menolong orang lain.”
Puan Wada
memandang mata Fajar.Mata anaknya itu kelihatan serius memandangnya,menunjukkan
kesungguhan anak lelakinya itu.Akhirnya,dia menghela nafas berat.
“Baiklah,mak
akan tunggu sini.Tapi,kamu mesti balik tau!”Fajar tersenyum mendengar harapan
ibunya itu.
“Bagus!Sekarang,mari!Kita
jangan teleport,banyak tenaga digunakan nanti.Kita ikut lompat bumbung
bangunan,cepat juga!”Cadang Inarah.
Hafiz
mengangguk.“Kita kena beritahu Pak Cik Widad dan Cik Yusra.Mereka perlu tahu
hal ni.”
Inarah
mengangguk. “Fajar,sedia?”
Fajar
mengangguk. “Fajar pergi dulu,mak.”
“Hati-hati
Fajar...dan kamu berdua...”
“Ya,”Hafiz,Inarah
dan Fajar menjawab serentak sebelum mereka melompat tinggi ke atas bumbung
bangunan setinggi tiga tingkat.Mereka melompat dari satu bangunan ke bangunan
yang lain,menuju ke penghujung kota itu.Mereka perlu cepat.
* * * * *
Pada masa yang sama,arah barat Kota Batu
Karang
Mata Naimi
terpejam dan dahinya berkerut.Mulutnya meracau.
“Mak...ayah...jangan
tinggal Naimi...mak...ayah.Jangan pergi!Tiba-tiba Naimi terbangun.Nafasnya
termengah-mengah.
“Bangun
pun kau,”Naimi terdengar satu suara menegurnya.
Kelihatan
Adam berada di hadapannya.Bukan dia sahaja,malah Widad,Yusra,Dayana,Naufal dan
Khazin turut berada bersamanya.
“Cik Yusra
dah rawat kau.Nampaknya Adam taklah cederakan kau teruk sangat.Kau cuma cedera
ringan,”Ujar Khazin.
Naimi
memandang Yusra dan Widad. “Bukankah kau berdua...”
“Ooo...pasal
orang-orang Genolis kau tu?Alah,semuanya dah settle!Polis Dimensi dalam perjalanan sekarang.Bila mereka
sampai,mereka akan selesaikan orang-orang Genolis kau dulu dan hantar
makhluk-makhluk tu balik semula ke Gua Dendaron sebelum berjumpa kami,”sampuk
Naufal.
Yusra
memegang bahu Naimi. “Yang penting sekarang kau selamat.Adam dah ceritakan
segala-galanya pada kami.Kami rasa tak patut kami layan kau dengan buruk sebab
kau penduduk Mena.”
Naimi
memandang Adam. “Kenapa kau tak bunuh aku saja?”
“Apa
faedahnya aku bunuh kau?Kau cuma dipergunakan!Orang Genolis takkan layan
penduduk Mena dengan baik kalau tak ada sebab munasabah,”kata Adam.
“Mana kau
tahu?”
“Orang
jahat macam itulah.Kalau dah jahat,mereka sanggup buat apa sahaja!Tambahan
pula,mereka benci penduduk Mena.Kalau tak,mereka takkan serang alam kita.”
Mata Naimi
berkaca.Dia teringatkan semasa dia baru sahaja kehilangan kedua-dua ibu
bapanya.Setelah ibu bapanya meninggal,hidupnya tidak tentu arah.Dia dicemuh
kerana miskin.Sekiranya dia hendak makan,dia terpaksa mencuri kerana orang
disekelilingnya langsung tiada perasaan belas kasihan terhadapnya untuk memberi
sedikit makanan.Sejak itu,dia mula membenci manusia di sekelilingnya.
Semasa dia
berumur 16 tahun,dia terjumpa dengan dua orang lelaki;Reza dan Arkan.Buat kali
pertama,dia berjumpa dengan dua orang yang mengasihaninya dan membawanya
berjumpa dengan Jabran.Jabran mengalu-alukan kedatangannya dan berjanji akan memberikannya
satu kuasa melebihi orang lain dan orang ramai tidak akan mencemuhnya
lagi.Naimi terus bersetuju tanpa berfikir panjang.
Namun,setelah
dia disuntik dengan Gen Genolis yang membolehkan dia mendapatkan kuasa seperti
diberitahu Jabran,dia dilatih oleh Jabran untuk menggunakan kuasanya tetapi
latihannya kelihatan seperti Jabran menderanya.Kadang-kadang,Naimi cedera teruk
didenda Jabran sekiranya dia gagal mencapai apa yang dikehendaki.Sudahlah
begitu,Jabran langsung tidak mempedulikannya ketika dia sakit.Naimi berasa
perit tetapi ditahannya.
Setelah
dua tiga tahun berlalu,barulah Naimi mahir menggunakan kuasanya dan Jabran
lebih terbuka melayannya.Apatah lagi,dia dilantik sebagai pembantu
Jabran.Walaupun sudah menjadi pembantu Jabran,Naimi merasakan kehidupannya
tidak tenang.Dia tidak menafikan waktu itu,dia berasa dirinya langsung tiada
perasaan belas kasihan kepada orang lain.Mungkin disebabkan pengalaman
dicemuhnya semasa kecil dan penderaan Jabran membuatkannya tidak pernah
merasakan kasih sayang setelah kematian kedua-dua ibu bapanya.Namun,Reza dan
Arkan setia bersamanya walaupun kadangkala mereka bertengkar.
Naimi
mengalirkan air matanya mengingatkan semua itu.Buat kali pertama,air mata
kesalnya mengalir.
“Kenapa...kau
semua tak biarkan saja aku mati?”Naimi menangis terngongoi-ngongoi. “Aku...aku
kejam dengan semua orang.”
“Bawa
mengucap,Naimi.Kau masih ada masa untuk berubah,”pujuk Yusra. “Mungkin Polis
Dimensi akan tangkap kau.Tapi,kau penduduk Mena.Kau cuma dimasukkan ke dalam
penjara dan jalani hukuman buat beberapa minggu sebelum kau dilepaskan
semula.Kau diberi peluang,tidak macam orang keturunan Genolis yang sebenarnya.”
Naimi
menangis terngongoi-ngongoi.Agak lama.
“Naimi,”Widad
bersuara. “Tujuan Jabran menyerang Kampung Fannani dan Kota Batu Karang sebab
nak memerintahnya,kan?”
Tangisan
Naimi beransur hilang mendengar pertanyaan Widad itu.Dia memandang Widad. “Ya,tujuannya
untuk memaksa penduduk kota menurut perintahnya untuk menguasai kota ni seperti
dia buat pada Kampung Fannani dulu.”
“Tapi,aku
tengok kampung aku biasa saja selepas serangan itu.Tak nampak seperti Jabran
dah memerintahnya,”beritahu Adam hairan.
“Adam,masa
serangan tu berlaku,ramai penduduk berfikir yang makhluk-makhluk tu marah sebab
salah seorang penduduk di situ telah membunuh anak makhluk itu,kan?”Soal Naimi.
Adam
mengiyakan.
“Sebenarnya,itu
rancangan Jabran pada awalnya.Dia mahu menyerang semua kampung dan kota untuk
memerintah.Dia menggunakan taktik serangan daripada makhluk itu tetapi dengan
cara yang berlainan untuk menyerang sesuatu tempat.Tujuannya supaya penduduk
tak tahu bahawa dialah dalang di sebalik serangan itu.Dia mahu semua orang
fikir,serangan itu cuma kemalangan yang berpunca dari penduduk itu
sendiri.Jadi,apabila keadaan semua tempat yang diserang dah berjaya,dia akan
muncul sebagai penyelamat mereka.Di samping itu,penduduk akan merayu dan
menganggapnya seperti pemerintah kerana menolong mereka.Dengan status itu,dia
ada peluang untuk menghapuskan penduduk Mena satu persatu,”cerita Naimi.
“Begitu...habis,kenapa
serangan di kota ni dia tonjolkan diri pula?”Tanya Adam.
“Asalnya
memang tak.Tapi,taktiknya terbongkar selepas peristiwa Fajar bertarung dengan
Hafiz.Walaupun dia tak beritahu secara terang,tetapi Hafiz sudah tentu faham
akan maksudnya.Dan lagi satu,Jabran dapat tahu salah satu cip hitamnya telah
dikaji oleh seseorang.Walaupun orang itu tak dapat menggodam masuk ke dalam
sistem untuk tahu siapa pencipta cip itu,dia tetap tahu cip itu telah dikawal
seseorang untuk mengawal makhluk tu.Malah,orang itu akan tahu setiap arahan
kepada makhluk melalui cip itu,termasuk arahan untuk menyerang kota
ini.Jadi,dia tak ada cara lain kerana orang lain sudah tahu rancangannya dan
terpaksa menunjukkan diri.”
“Orang
yang kaji cip tu?Mesti Profesor Rinse.Kami tahu tentang serangan ni daripada
dialah,”Dayana mencelah.
“Oh...”Naimi
tunduk.Perasaan kesal terus menyelubunginya.
“Bagaimanapun,Jabran
dah tak boleh buat apa sebab tinggal dia seorang sekarang.Manusia Genolis yang
lain dan makhluk Dendaron semuanya dah tewas,”kata Widad tersenyum gembira.
“Jangan
pandang rendah padanya.Walaupun dia seorang,dia bukannya lemah!”Tegas Naimi
serius.
“Kami
tahu.Sebab itu kami ada di sini.Lepas saja Adam hubungi Pak Cik Widad dan Cik
Yusra supaya datang sini masa kau pengsan,mereka berdua hubungi kami supaya
daang sekali sebab nak berikan kami sesuatu,”Khazin bersuara.
Naimi
memandang Khazin hairan.
“Hafiz dan
Inarah tak tahu lagi pasal ni.Pak Cik Widad dah beri kami senjata macam mereka
berdua.Tapi,ia cuma ada satu kuasa saja,bukan pelbagai macam mereka sebab kami
bukan manusia terpilih,”beritahu Khazin sambil menunjukkan senjatanya.Ia
kelihatan seperti pedang tetapi bentuknya berlainan dengan pedang Hafiz.Mata
pedangnya lebih tirus dan tempat pemegangnya mempunyai bentuk lengkungan.Tangan
dimasukkan ke dalam lengkungan itu. “Namanya Lamani.Kuasa Lamani sejenis api”
Giliran
Dayana menunjukkan senjatanya.Ia sama seperti busur recurve,sejenis busur di mana bahagian lengannya membengkok hadapan
pemanah dan bahagian tempat pemegangnya berwarna merah,selebihnya adalah
berwarna coklat muda. “Nama senjata ni Damia.Kuasanya seperti pancaran lazer,”Dayana
tersengih.
“Senjata
aku namanya Ukail.Kuasanya sejenis libasan cahaya,”Naufal menunjukkan
senjatanya.Ia kelihatan seperti sabit tetapi dua kali ganda lebih besar dan
agak berlainan.Tempat pemegangnya lebih panjang;30 cm panjang.
Naimi
mengerdipkan matanya.Dia berfikir sejenak. “Pedang?Tombak?Busur
panah?Sabit?”keempat-empat senjata itu bermain di fikirannya.
“Aku cipta
senjata ini dah lama.Cuma aku hanya berniat untuk simpankannya.Apapun,aku rasa
senjata ni patut ada tuannya sekarang,seperti mereka bertiga.”Widad
memberitahu. “Senjata Hafiz dan Khazin adalah pedang,tetapi pedang Hafiz
berlainan sedikit kerana ia adalah pedang Pahlawan Mena.Mata pedang Hafiz tidak
setirus pedang Khazin tetapi tajam.Bilah pedang Hafiz diperbuat daripada logam
titanium.Pelbagai kuasa serangan ada di dalamnya.”
“Senjata Inarah adalah senjata yang paling aku
suka.Bentuknya seperti tombak dan cantik dengan kayu logamnya yang berwarna
kuning,corak klasik yang terukir di atasnya serta hulunya digantung dengan
reben kuning.”
“Senjata
Naufal sejenis sabit tetapi lebih besar.Tempat pemegangnya diperbuat daripada
besi.Libasan cahaya akan keluar dari bilah sabit itu.Senjata Dayana pula
sejenis busur.Anak panah akan keluar dengan sendirinya ketika Dayana hendak
menggunakannya.Anak panah itu akan meluncur seperti pancaran lazer,”terang
Widad panjang lebar.
“Hebat!”Puji
Naimi.
“Bagi aku
ianya biasa saja.Semuanya datang dari Tuhan,”Widad merendah diri.Dia tidak mahu
orang menganggap dia berkuasa boleh mencipta segala-galanya kerana anggapan itu
ternyata salah. “Aku lantik mereka bertiga untuk membantu manusia terpilih dari
awal lagi...tanpa pengetahuan Hafiz dan Inarah.”
“Hafiz tak
tahu senjatanya juga ada nama...begitu juga Inarah walaupun dia sudah lama.Saya
rasa elok kalau kami beritahunya sehingga Pahlawan Mena muncul dan menunjukkan
kehebatannya,”Yusra mencelah.
Naimi
terkebil-kebil. “Kenapa ceritakan semua ni pada aku?”
“Itulah...mungkin
sebab mereka percayakan kau?”Adam tersenyum memandang Naimi.
“Apa?”
“Naimi,walaupun
dalam badan kau sekarang dah ada Gen Genolis,tempat asal kau tetap di
sini...Dimensi Mena.”
Naimi
memandang Adam,seterusnya dia memandang Widad dan yang lain dengan pandangan
kesal. “Kau semua...”
Tit!Tit!Tit!Bunyi
alat kelui kepunyaan Widad menganggu percakapan Naimi.Widad mengambil alat
kelui yang tersimpan dalam jaket bajunya. “Sekejap!”
Widad
beredar agak jauh dari mereka.
Yusra,Khazin
dan yang lain memandang hairan.Kehairanan mereka bertambah apabila Widad yang
sudah selesai menuju ke arah mereka dengan wajah berkerut.
“Kenapa,Widad?”Tanya
Yusra.
“Inarah
hantar mesej,”Widad menarik nafas. “Dia,Fajar dan Hafiz dalam perjalanan ke
Dewan Killi dan Milli.Jabran berada di sana.”
“Apa?”Yusra,Khazin,Naufal
dan Dayana menjerit serentak.
“Yusra,Khazin,Naufal,Dayana...kita
ke sana sekarang!”
“Aku
ikut!”Lantas Naimi dan Adam bersuara.
“Naimi,kau
memang patut ikut.Adam,aku rasa lebih baik kau pergi ke Hotel Kistina.Tok
Lubaid dengan yang lain ada di sana,”perintah Yusra.
“Tapi
aku...”
“Adam,”panggil
Naimi. “Aku tahu kau senang dapat kalahkan aku.Tapi,Jabran bukan macam
aku.Lebih baik kau jangan ikut.Ini untuk kebaikan kau juga.”
“Betul
tu,Adam,”Sokong Widad.“Polis Dimensi akan datang.Kau mungkin akan terserempak
dengan mereka di sana.Jadi,laporkan pada mereka dalang misi ni ada di
penghujung kota.”
Adam
menghela nafas kasar.Dia terpaksa akur.Apabila difikirkan kembali,kalau dia berada
di sana pun,tiada apa yang boleh dilakukan.Jadi,lebih baik dia balik ke Hotel
Kistina,sementara menunggu Polis Dimensi sampai.
“Yusra,kau
bawa Dayana.Aku akan bawa Naufal dan Khazin.Kita akan berlari selaju yang
boleh.Kita tak boleh gunakan teleport
sebab mungkin banyak tenaga akan digunakan.Kita kena simpan tenaga untuk
berlawan dengan Jabran,”perintah Jabran.
Yusra dan
lain-lain mengangguk.Dayana menggalas busurnya,manakala Khazin dan Naufal
memasukkan senjata mereka ke dalam sarung.
Widad
memaut lengan Khazin dan Naufal. “Pegang kuat-kuat!Aku akan berlari
laju,”pesannya sebelum dia berlari pantas meninggalkan tempat itu,diikuti Yusra
yang membawa Dayana.
Naimi juga
hendak membuat tindakan yang sama.Namun,sebelum itu dia sempat menoleh ke arah
Adam.
“Adam?”
Adam
mengangkat kening.
“Terima
kasih.”
Adam
sekadar tersenyum.
Naimi
berlari pantas seperti angin beredar dari situ.Adam pula menuju ke destinasinya
iaitu Hotel Kistina.
No comments:
Post a Comment