Saturday, March 26, 2011

BAB 17


Tiga hari kemudian,Negara Luvia
KHAZIN dan Naufal berada di hadapan rumah kediaman Khazin.Mereka memandang sesama sendiri.Kemudian serentak mereka mengangkat ibu jari.Kemudian mereka menoleh ke belakang pula.
     Kelihatan Khalil sedang berada di dalam kereta antigraviti bersama Zafreen di sebelahnya.Khazin mengangkat ibu jarinya kepada Khalil sambil mengangkat kening.Khalil membalasnya dengan juga mengangkat ibu jari.
     Khazin mengangguk.Dia membuka pintu pagar rumah.Dia bersama Naufal masuk ke dalam rumah.Sebaik sahaja Khazin membuka pintu utama rumahnya,terus memanggil ibunya.Ibunya,Puan Hani terus keluar dari dapur.Baju kurung yang dipakainya agak kotor sedikit.
     “Mak sibuk dekat dapur,Khazin.Ada apa ni?”Tanya Puan Hani.
     Khazin menyeringai membuatkan Puan Hani mengerutkan dahi.
     “Naufal,kenapa ni?”Tanya wanita itu pula kepada Naufal.
     Naufal juga menyeringai.
     “Eh,kenapa ni?Hiiii...ada-ada sajalah kamu berdua ni!”Ujar Puan Hani geram.
     Khazin datang mendekati ibunya lalu memegang lengannya. “Mak,semalam saya beritahu yang saya ada kejutan untuk mak,kan?”
     Puan Hani mengangguk.
     “Kejutan itu sekarang berada di luar.Jomlah keluar mak,”Khazin menarik lengan ibunya.
     “Eh,kalau ya pun tunggulah mak ambil tudung dulu!”Puan Hani menuju ke biliknya.
     Khazin memberi isyarat kepada Naufal.Naufal faham lalu berlari keluar.Dia memberi isyarat ‘Masuk’ kepada Khalil dan Zafreen yang berada di dalam kereta.Khalil yang faham akan isyarat itu segera mengajak Zafreen keluar.Zafreen akur sahaja.
     “Hah,apa kejutan kamu tu?”Tanya Puan Hani sambil membetul-betulkan tudungnya.
     Khazin tidak menjawab sebaliknya dia menarik tangan ibunya itu keluar dari rumah.Puan Hani hanya membiarkan sahaja.
     Sebaik sahaja kedua-dua beranak itu keluar dari rumah,Puan Hani kelihatan agak terkejut.Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.Wajah seorang pemuda yang agak mirip dengan wajah suaminya.Sepasang mata coklat itu menyerupainya.Pemuda itu tersenyum.
     “Mak...”Khalil mendekati ibu kandungnya yang dirinduinya itu. “Maafkan Khalil mak.Khalil banyak buat dosa dengan mak.Khalil rindukan mak,rindukan ayah,rindukan Khazin....maafkan Khalil mak,”Khalil merayu-rayu sambil mendakap ibunya itu.
     Puan Hani terkedu.Dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Walaupun begitu,air mata jernihnya mengalir sebaik sahaja Khalil mendakapnya.Dia menangis teresak-esak.
     “Khalil...mak dah lama maafkan Khalil.Tapi Khalil dah tiga tahun tak balik,hati mak terguris kamu tahu tak?”Dalam esakan,Puan Hani bersuara.
     “Khalil tahu mak.Sebab itulah Khalil datang nak minta maaf.Khalil janji Khalil takkan tinggalkan mak begitu saja,”Khalil berjanji bersungguh-sungguh.
     Puan Hani meleraikan dakapan mereka. “Mak tak kisah Khalil.Asalkan kamu tak pernah lupakan mak itupun dah cukup,”Puan Hani mengusap-usap pipi Khalil.
     Khalil tersenyum.Air matanya sudah berhenti mengalir.Matanya sudah naik merah.
     “Ehem...ehem...”Zafreen berdehem beberapa kali setelah melihat drama di hadapannya itu.
     Khalil menoleh ke arahnya sambil tersengih.Lupa pula dia akan kehadiran Zafreen di situ.
     “Err...lupa pula.Mak,ini Zafreen,kawan Khalil dekat sana dulu.Dan dia jugalah yang paling ambil berat tentang saya masa saya sakit dulu,”beritahu Khalil sambil menjeling Zafreen.
     “Apa khabar,mak cik?”Zafreen menyalam tangan wanita tua itu lalu menciumnya.
     “Mak cik baik,”balas Puan Hani. “Ini bawa perempuan dari jaun berjumpa dengan mak ni,mesti ada apa-apa?”Usik Puan Hani.
     Khalil dan Zafreen tersentak.Merah padam muka mereka.
     “Eh,tak adalah mak!”Khalil menafikan.
     “Habis tu,kenapa bawa dia ke sini?”Puan Hani mengorek lagi.
     Khalil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia menjeling Zafreen.Kelihatan Zafreen diam sahaja.Mukanya ditundukkan.
     Khalil menghela nafas. “Ya,mak.Khalil memang bawa dia jumpa mak sebab Khalil rancang nak memperisterikan dia.Jadi,Khalil nak minta restu mak dan ayah.”
     Zafreen tersentak. “Wei,kenapa cakap di sini?”
     “Salahkah.Bukan ada sesiapa di sini!”
     “Tu...”Jari telunjuk Zafreen menunjukkan ke arah Khazin dan Naufal yang tersengih-sengih ke arah mereka.
     Mata Khalil buntang. “Woi,kau berdua budak-budak jangan kacau hal orang dewasa!”Marah Khalil menyebabkan Khazin dan Naufal berlari lintang-pukang masuk ke dalam rumah sambil ketawa.
     Puan Hani ketawa melihat telatah anak-anak muda itu.Sudah lama perkara itu tidak berlaku semasa Khalil meninggalkan rumah itu selama tiga tahun.Dia kembali memandang Khalil.
     “Mak tak kisah siapa pilihan kamu Khalil.Asalkan dia boleh bahagiakan kamu.Itu yang penting,”Puan Hani memberi kata putus.
     Khalil tersenyum. “Mana ayah?”
     “Kerja.Nanti baliklah tu!”Balas Puan Hani.
     Sementara itu di dalam rumah,di dalam kamar Khazin,Khazin membuka komputer plasmanya.Muncul imej Dayana dan Fajar di skrin.
     “Ada bagus tak?”Tanya Dayana.
     “Line clear...”Khazin dan Naufal serentak menjawab.
     “Cantiklah!”Fajar bersorak sambil bertepuk tangan.
     Khazin dan Naufal saling bertepuk tangan.Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

                           *            *          *          *          *
     Hafiz dan Inarah sedang bersarapan di gerai hadapan sekolah mereka pada pagi itu.Jam menunjukkan sudah pukul 7.10 pagi.Mereka berdua duduk di meja paling hadapan sekali.Mereka duduk bertentangan sesama mereka.Ketika itu,mereka baru sahaja selesai bersarapan nasi lemak.
     Hari itu hari Ahad,tiga hari selepas mereka menjalankan misi mereka.Itulah hari pertama persekolahan mereka setelah tiga hari mereka bercuti.Selepas menjalankan misi itu,mereka tidak berjumpa selama tiga hari kerana cuti sekolah.Oleh itu,mereka menceritakan segala-galanya tentang misi mereka pada hari Ahad itu.
     “Teruk betul aku kena dengan ayah aku!”Rungut Hafiz.
     “Kenapa?”Tanya Inarah.
     “Ayah aku kata aku kena balik sebelum subuh.Tapi pukul tujuh baru aku balik.”
     “Rilekslah.Nak buat macam mana.Kita bukannya tahu pukul berapa misi kita selesai,”Inarah menghirup teh O panasnya.
     “Yalah.Teruk aku kena jurus silat ayah aku tu!Aku bukan tandingnya lagi!”Hafiz menongkat dagu.
     Hampir tersembur air teh O panas yang dihirup Inarah.Serta-merta Inarah menutup mulutnya.
     “Tak sangka juara silat dua tahun berturut-turut teruk kena jurus oleh ayah sendiri!”Inarah ketawa.
     “Ha,gelaklah...gelak!Aku seriuslah!”Marah Hafiz.
     Inarah menghilangkan tawanya walaupun dia terasa hendak ketawa lagi.
     “Inarah,”panggil Hafiz. “Kau rasa apa pula misi kita lepas ni?”
     “Entah.”
     “Entah?”
     Inarah mengangguk.
     “Jawapan kau macam tak acuh!”
     “Kau rasa?”
     “Ya!”
     “Okey,”Inarah menghela nafas. “Penduduk Genolis memang ramai.Sebab itulah kita kena cari ‘kepala’ mereka yang sebenarnya.”
     “Maksud kau ‘ketua’?”
     “Yup!”
     “Macam mana?”
     Inarah menjeling Hafiz. “Kau Pahlawan Mena,Hafiz.Kau kena cari sendiri!”
     “Macam mana aku nak cari kalau petunjuknya tak ada!”
     “Petunjuknya ada dalam hati kau.”
     “Hati aku?”
     Inarah mengangguk. “Ketua segala Genolis itu kau boleh rasakannya dengan hati kau.Ingat,Hafiz.Pada masa yang sama,ketua itu juga akan mencari kau.”
     Hafiz menelan air liur.
     Inarah tersenyum. “Jangan risau,Hafiz.Aku akan sentiasa bersama kau.Kita kan partner...”
     Hafiz tersenyum sinis. “Itu yang aku takut!”
     Berkerut dahi Inarah. “Takut apa?”
     Hafiz mengangkat bahu.
     Duummm!!!Kedengaran meja yang diduduki mereka dihentak kuat memotong percakapan Hafiz.Hampir terjatuh Hafiz dan Inarah mendengar ketukan kuat itu.
     “Apa kau berdua buat dekat sini?”Kelihatan Syahid menjeling sinis ke arah mereka berdua.Di belakang Syahid,kelihatan Azman dan Firas sekadar memandang.
     “Kau ni ntak boleh ke bagi salam dulu?”Tanya Hafiz geram.
     “Kenapa?Supaya kau boleh cover yang sebenarnya kau sedang berdating dengan Inarah?”Syahid menjeling Hafiz sambil mendekatkan mukanya kepada Hafiz.
     Tiba-tiba Syahid terasa kepalanya ditekan seseorang.Firas rupanya.
     “Kau ni kan...apa salahnya kalau Hafiz suka Inarah sekalipun!”Kata Firas dibalas jentikan di hidung oleh Hafiz.
     “Apahal kau ni?”Tanya Firas.
     “Kau cakap berlapiklah sikit!”Hafiz merenung Firas tajam.
     Inarah menepuk dahinya.Pening melihat telatah mereka berempat itu.
     “Hei,apahal kecoh-kecoh ni?”Kedengaran suara perempuan di belakang mereka.
     Kelihatan Farahin,Nafilah dan Raisya sedang memandang ke arah mereka.
     “Tak ada.Hafiz ni...dia ajak Inarah keluar petang ni,”Firas sengaja membalas dendam.
     “Woi!Woi!”Teriak Hafiz marah.
     “Apa?”Nafilah berjalan mendekati Hafiz. “Betulkah?”
     “Yang kau ni menyibuk kenapa?”Hafiz menjeling Nafilah.
     “Kau semua ni,kan...suka sangat buat kecoh.Dekat kedai pula tu!”Raisya menggeleng-gelengkan kepala.
    Farahin di sebelah Raisya memandang Inarah.Inarah tidak berkata apa-apa ketika itu.Farahin menundukkan mukanya.
     “Woi,sudah-sudahlah tu!Jom,kita masuk sekolah.Loceng nak berbunyi ni,”ajak Azman.
     Mereka semua dalam keadaan terpaksa beredar dari situ kecuali Hafiz dan Inarah.Mereka berdua membayar dulu harga makanan mereka.
     “Kau pergi dulu,Hafiz.Aku nak kena tunggu di luar ni.Tengok pelajar datang lambat,”suruh Inarah.
     “Ah,yalah!”Hafiz melangkah keluar dari kedai itu mendahului Inarah.
     Tatkala Hafiz melangkah meninggalkannya, Inarah merasakan seperti ada sesuatu yang mengikatkan ikatan antara mereka. Dia tersenyum bersendirian. Tahulah dia,dia tidak akan bersendirian lagi selepas ini.
     “Oh ya,Inarah!”Hafiz menghentikan langkahnya lalu menoleh.
     Inarah terkebil-kebil memandang Hafiz.
     “Luka dekat tulang rusuk kau dah okey?”Tanya Hafiz.
     Mendengar sahaja ayat itu,Inarah menyentuh tulang rusuk kirinya yang tercedera semasa dalam misi hari itu.Dia tersenyum.
     “Dah okey sikit,”jawabnya. “Terima kasih,”ucapnya.
     Hafiz tersenyum.Kemudian,dia mengangkat tangannya kelihatan seperti dalam keadaan menabik. “Pergi dulu!”
     Inarah membalas tabikan itu. “Ya.”
     Hafiz terus berjalan meninggalkan Inarah yang tersenyum memandangnya.Pada hari Ahad yang hening itu,hari berlalu seperti biasa.       

                                                     ...TAMAT...
  
  

No comments:

Post a Comment