Penghujung Kota Batu Karang,Dewan Killi
dan Dewan Milli
HARI sudah menjelang senja.Jabran sekarang sedang
terapung-apung di udara,di tengah-tengah Dewan Killi dan Dewan Milli.
“Besar.Memang
logik dewan ni memuatkan beribu-ribu penduduk kota ni,”bisiknya sinis.Matanya
kemudian terpandang pasukan tentera keamanan kota di hadapan kedua-dua dewan
tersebut. “Nampaknya mereka dah berundur ke sini!Memang nasib aku baik!”
Jabran
mengangkat kedua-dua tangannya ke udara.Renjatan elektrik muncul dan mengalir
antara kedua-dua tapak tangannya.Dia memandang sasaran pertamanya,iaitu pasukan
tentera yang berada di darat.Sambil menjerit,Jabran menjatuhkan kedua-dua
tangannya.Serentak dengan itu,bendalir-bendalir elektrik muncul menyambar tempat
di mana pasukan-pasukan tentera keamanan kota itu berada.
Pasukan
tentera keamanan kota yang tidak sedar akan kehadiran Jabran,terkejut dengan
serangan mengejut itu.Ada di antara mereka yang bernasib baik kerana dapat
mengelak serangan itu.Bagi yang tidak dapat mengelak,mereka terkena kejutan
elektrik.Tubuh mereka menggeletik.
“Pasukan
tentera perubatan!Bawa tentera yang terkena kejutan masuk ke dalam dewan!Rawat
mereka!”Presiden Safaraz yang berada di situ memberi arahan kepada pasukan
tentera perubatan.
Pasukan
tentera perubatan membawa anggota yang terkena kejutan elektrik tadi ke dalam
Dewan Killi atau Dewan Milli.
Waktu itu
juga,suasana menjadi kecoh.Suasana hingar-bingar pasukan tentera keamanan kota
itu menyebabkan sesetengah penduduk Kota Batu Karang yang berada di dalam
kedua-dua dewan berlari keluar untuk melihat apa yang terjadi.
Presiden
Safaraz yang melihat keadaan itu terus menjerit. “Jangan keluar!Masuk dalam
balik!”
Walaupun
penduduk kota itu terdengar arahan Presiden Safaraz,mereka masih terpinga-pinga,mengendahkan
arahan itu.
“Saya kata
masuk!Jangan ban...”Presiden Safaraz tidak menghabiskan kata-katanya apabila
Jabran muncul secara mengejut di hadapannya.Wajahnya menakutkan.
“Kau
presiden kota ni,ya?”Jabran menggenggam penumbuk.Satu cahaya garis putih muncul
pada tapak tangannya lalu muncul sebilah pisau. “Kau dah buat yang terbaik
sebab pandai sembunyikan penduduk kota di sini.Tapi,malangnya kau gagal
juga.“Apapun,lagi manis kalau aku selesaikan kau dulukan?”
Presiden
Safaraz tergamam.Jabran menghayunkan pisaunya untuk membenam jantung presiden
kota itu tetapi tiba-tiba terdapat satu tangan memegang pergelangan tangan
dalang Genolis itu.
Tangan itu
milik Hafiz.Hafiz merenung Jabran tajam.
“Kau...”Jabran
tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila sebelah tangan Hafiz yang
memegang pedang menghiris lengannya.Spontan dia memegang lengannya.
Hafiz
melompat ke belakang,ke arah Inarah dan Fajar yang juga berada di situ.
“Kau
memang pandai serang hendap.”
“Aku tak
perlukan pujian,”balas Hafiz. “Tuan presiden,tuan dan pasukan tuan tolong masuk
ke dalam dewan.”
“Saya
faham,”Presiden Safaraz sekadar akur.Dia sendiri tidak mahu membahayakan
nyawanya di situ lalu dia mengarahkan semua pasukan tenteranya masuk ke salah
satu dewan tersebut.
Sementara
itu di dalam Dewan Killi,Jalani sedang memandang suasana di luar sana.Dia
ternampak tiga orang remaja di sana.
“Abang
Hafiz...Kak Inarah...”Jalani terpandang Fajar. “Siapa lagi seorang?”Fikirnya
sendirian.
Di luar
dewan,Jabran merenung tajam ke arah Hafiz.
“Kau
jangan ingat aku seorang tak boleh kalahkan kau bertiga.”
“Yakah?”Hafiz
tersenyum menyindir. “Mungkin kau patut terangkan bagaimana mudahnya aku
lukakan lengan kau.”
Jabran
ketawa. “Ya,kau memang pandai serang hendap.Tapi...”Jabran menghalakan tapak
tangannya ke arah Dewan Killi dan Dewan Milli. “...kita tengok ni,”keluar busar
api yang besar menuju ke arah kedua-dua dewan itu.
Hafiz,Fajar
dan Inarah tergamam.Ia berlaku dengan pantas sekali.
Busar api
itu semakin mendekati.Penduduk Kota Batu Karang yang berada di dalam kedua-dua
dewan menjerit ketakutan.
Namun,busar
api itu berpatah balik!Menuju ke arah Jabran semula.Jabran kaget.Dia melompat
ke udara lalu terapung tujuh kaki dari tanah.Busar api itu mengenai salah
sebuah bangunan.Dinding bangunan itu pecah.Letupan berlaku.
Sementara
itu,di tempat di mana busar api itu berpatah balik tadi,kelihatan Khazin sedang
menghunuskan Lamani.Bilah Lamani yang
bercahaya kini hilang.Serentak dengan itu,Dayana,Naufal,Widad dan Yusra muncul
di belakangnya.
“Apa kau
bertiga buat di sini?”Tanya Inarah kepada Dayana,Khazin dan Naufal. “Senjata
apa pula dibawa tu?”
“Inarah,”panggil
Yusra. “mereka bertiga sekarang akan membantu kau dan Hafiz.Widad yang berikan
senjata mereka.”
“Mereka
bukan manusia terpilih.”
“Tak
bermakna mereka tak boleh menolong,”celah Widad. “Mulai sekarang mereka
ditugaskan untuk membantu kamu berdua.Saya tahu,misi ni semakin sukar.Cuma saya
nak tegaskan,kamu berdua tetap main peranan penting,terutama kamu Hafiz.”
Hafiz
mengangguk.
“Wah,dah
semakin ramai nampaknya!”Jabran yang sedang terapung di udara berteriak gembira
bercampur sinis.
Masing-masing
memandang ke atas.Tajam memandang Jabran.
Jabran
ketawa besar. “Makin seronok pula aku rasa!”
“Seronok
kau cuma sekejap,Jabran,”suara dari belakang mengejutkan Jabran.
“Naimi!”Nama
itu terbit dari mulut Jabran apabila dia menoleh.
Naimi juga
terapung-apung di udara,merenung Jabran tajam.
“Heh,kau
pun bersekongkol dengan manusia keparat ni ke?”
“Jangan
kau panggil mereka begitu!Manusia yang kau panggil keparat inilah yang melayan
aku dengan baik daripada kau!Kau tak pernah hargai apa yang aku buat pada
kau!Disebabkan kaulah,aku jadi tak tentu arah!”Teriak Naimi marah.
Jabran
merenung Naimi tajam. “Berani kau cakap begitu!Kau memang langsung tak
mengenang budi!Kau sedar tak,kalau bukan kerana aku,sampai sekarang kau jadi
miskin,dicemuh orang!”
“Ya,memang
betul,”Naimi memunculkan berpuluh-puluh bebola api di sekelilingnya. “Tapi,aku
tak pernah rasa tenang!”Serentak dengan itu Naimi menghalakan kedua-dua
tangannya ke hadapan.Berpuluh-puluh bebola api meluncur ke arah Jabran.
Jabran
hanya tersenyum.Dia merasakan serangan itu terlalu lemah.Dia menghasilkan
pelindung.Berpuluh-puluh bebola api tadi melantun semula ke arah Naimi apabila
mengenai pelindung itu.
Naimi kaget.Dia
tidak sempat mengelak menyebabkan tubuhnya mengenai beberapa bebola api
tersebut dan dia jatuh ke bawah.
“Naimi!”Fajar
menjerit.
Yusra yang
melihat terus menyambut Naimi dari bawah.Naimi dibaringkan.Hafiz dan lain-lain
mengerumuninya.
“Naimi,”panggil
Fajar perlahan.
“Fajarkah?Aku
gembira kau masih hidup,”ujar Naimi lemah.
Fajar
sekadar tersenyum.
Jabran
yang masih terapung di udara menyampuk. “Kau dengan Fajar sama saja!Menyusahkan
aku!”
Panas
telinga Hafiz mendengar rungutan sindiran Jabran itu.Dia melompat ke udara dan
terapung seperti Jabran.
“Kalau kau
nak tahu,kau tu yang menyusahkan!”Hafiz menghayun pedangnya ke arah
Jabran.Namun,dengan mudah Jabran memegang pedangnya.
“Itu saja
ke?”Jabran menyindir.Dia menolak pedang Hafiz lalu memberi satu tendangan ke
perut remaja itu.
Hafiz
terundur ke belakang sambil memegang perutnya.Jabran menghasilkan dua cahaya
sfera biru lalu dibalingnya ke arah Hafiz.Satu daripada cahaya sfera biru itu
berjaya Hafiz menghalang dengan pedangnya tetapi yang lagi satu berjaya
mengenai bahu kirinya.Darah membasahi kawasan bahunya.
Inarah
yang berada di bawah melompat ke udara mendapat Hafiz dan terapung di
sebelahnya. “Kau okey?”Soalnya.
Hafiz
tidak menjawab.Matanya masih memandang Jabran.
“Dua
manusia terpilih di depan aku sekarang!Barulah seronok!”
“Ya,kau
berseronoklah sebelum kau kena tangkap!”Inarah terbang meluncur ke arah laju ke
arah Jabran sambil mengangkat senjatanya.Dihayunkannya ke arah Jabran.
Seperti
tadi,dengan senang Jabran menangkap senjata logamnya,menyebabkan Inarah tidak
dapat bergerak.Waktu itu juga,sebelah lagi tangan Jabran memegang dahi Inarah.
“Rasakan!”
Inarah
terasa dahinya panas.Spontan dia menjerit kuat.
“Inarah!”Teriak
Hafiz.Lantas menggenggam pedangnya dan menghasilkan lingkaran api biru.Dia
mensasarkan lingkaran api biru itu ke arah Jabran.
Jabran
ternampak lingkaran api itu terus melepaskan Inarah.Tujuannya untuk membuat
pelindung tetapi tidak sempat.Lingkaran itu mengenai tubuh Jabran.
Inarah
terundur ke belakang sambil memegang dahinya.Hafiz mendekatinya.“Inarah?”
“Aku
okey,”balas Inarah. “Aku rasa dahi aku panas.Macam ada benda cucuk-cucuk.”
“Sebab aku
hampir-hampir mengawal otak kau!Heh,nampaknya aku gagal!”Kata Jabran.Tubuhnya
cedera sedikit akibat terkena lingkaran api tadi. “Kau memang malang sebab kau
tak ambil peluang nak bunuh aku,budak!”
“Sebab
tugas aku hanya menewaskan kau,bukannya membunuh!Lagipun,bukan aku yang akan
tentukan hukuman!”Hafiz kembali serius.
“Jangan
nak tunjuk baik!”Jabran hendak mengeluarkan kuasanya dan pada masa yang sama
satu panahan laser menembus bahu Jabran.Jabran tersentak.Dia memandang ke
bawah.
Kelihatan
Dayana memegang senjata Damia.Satu anak panah muncul pada Damia. “Terima dari
aku pula!”Dayana melepaskan anak panah.
Kali
ini,Jabran dapat mengelak.
Dayana
tersentak.
Jabran
mula naik hantu.Hatinya panas membara melihat situasi itu. “Aku cuma nak
berlawan dengan manusia terpilih dan Pahlawan Mena.Jangan masuk
campur!”Jeritnya.Serentak dengan itu,keadaan di situ bergegar tiba-tiba.
Masing-masing
terkejut dengan situasi itu.Penduduk kota yang berada di Dewan Killi dan Dewan
Milli menjerit.
Batu-batu
kecil di atas tanah berterbangan.Ia berkumpul dan dicantumkan di satu tempat
dan juga di tempat-tempat yang lain.Apabila ia siap berkumpul dan
dicantum,terbentuk satu lembaga menyerupai manusia yang berbadan tegap,cuma ia
terhasil daripada cantuman batu-batu kecil tadi,tidak berkepala dan tubuhnya
tiga kali ganda lebih besar berbanding manusia normal.Terdapat berpuluh-puluh
lembaga yang terhasil.
Widad,Yusra,Hafiz
dan lain-lain terkejut.Lembaga-lembaga di hadapan mereka kelihatan agak
menggerunkan walaupun bentuk badannya seperti manusia.
“Lembaga-lembagaku,selesaikan
mereka di bawah sana!”Jabran memberi arahan.
Lembaga-lembaga
itu mula bergerak.Widad,Yusra,Khazin,Naufal dan Dayana memasang langkah.Selepas
itu,mereka menyerang lembaga-lembaga itu dengan menggunakan abiliti dan kuasa
masing-masing.
Naimi
bangun dari pembaringannya.
“Kau okey?”Tanya
Fajar.
“Aku kena
okey juga.Aku kena tolong mereka,sebagai tanda terima kasih aku,”Naimi
melontarkan bebola cahaya berwarna putih ke arah salah satu lembaga-lembaga
tersebut.
Separuh
badan lembaga itu hancur.Naimi melompat lalu menendang badan lembaga yang masih
ada.Akhirnya,semuanya hancur.Naimi mendarat,dia menoleh ke arah Fajar.
“Heh,lantaklah!”Ujar
Fajar.Dia menghidupkan abiliti utamanya,iaitu elektrik.Sememangnya,dia sudah
tiada abiliti lain selain itu.Dia tiada abiliti pelbagai seperti Genolis yang
lain kerana Gen Genolis yang disuntik pada badannya jenis abiliti terhad,tidak
seperti Naimi.
Fajar
melontarkan bebola-bebola elektrik ke arah lembaga-lembaga itu.Ada
sesetengahnya terus hancur dan sesetengahnya masih bertahan.
Widad dan
Yusra serentak meletakkan kedua-dua tapak tangan mereka ke tanah.Retakan tanah
menuju ke arah lima lembaga di hadapan mereka menyebabkan lembaga-lembaga itu
jatuh ke dua kaki ke dalam tanah.
Dayana
melancarkan anak panah lazernya secara berterusan ke arah lembaga-lembaga di
sekelilingnya.
Khazin
pula menghasilkan busar api menggunakan Lamani.
Naufal
melibas-libas Ukail pada badan lembaga-lembaga itu dengan sabitnya yang
bercahaya putih.
Sementara
itu di atas udara,Jabran ketawa melihat senario itu.
“Seronok
betul,”luahnya. “Sekarang,tak ada sesiapa menganggu lagi,”Jabran mendepakan
kedua-dua tangannya.
Cahaya
sfera biru dihasilkannya empat kali ganda lebih besar dari tadi mengelilingi
Jabran,bermaknan Jabran berada di dalam cahaya sfera biru itu.Bunyi desingannya
kini lebih kuat.Angin terhasil dari bunyi desingan itu menyebabkan baju dan
rambut Hafiz serta tudung Inarah melayang-layang.
“Kita
bergembira!”Teriak Jabran sambil ketawa.Kedua-dua tangannya dihulurkan ke
hadapan.Bebola-bebola api dan elektrik dihasilkan serentak keluar dari cahaya
sfera biru yang Jabran berada di dalamnya.
Hafiz dan
Inarah melibas-libas senjata mereka bagi menahan serangan itu.Di samping
itu,Hafiz menghasilkan angin berduri;iaitu kuasa angin yang disertai dengan
duri-duri tajam.Bebola-bebola api dan elektrik beransur hilang akibat serangan
itu.
“Dia
campur-adukkan abilitinya,”beritahu Inarah tanpa ditanya.
“Campur
aduk?”Ulang Hafiz.
“Masa
berada cahaya biru itu,Jabran dapat memanipulasi semua abilitinya
serentak.Sebab tu bebola api dan elektrik tadi dia boleh hasilkan serentak.Tapi,itu
baru sikit.”
“Mana kau
tahu?”
“Semasa
aku jalankan misi kedua aku dulu,ada seorang Genolis punya abiliti begini.Bukan
semua Genolis boleh kuasainya.Abiliti ni boleh dikatakan ikut nasib saja.”
“Maksud
kau,Jabran cuma bernasib baik ada abiliti ni?”
Inarah
angguk. “Apapun,tak semestinya dia tak ada kelemahan.”
Jabran
bengang melihat kedua-dua remaja itu. “Woi,jangan buang masa aku!”Dia terbang
laju ke hadapan.
Inarah dan
Hafiz kembali serius dan terbang ke hadapan sambil bersedia dengan senjata
mereka.Mereka cuba menghayun senjata mereka ke arah Jabran tetapi tidak berjaya
kerana halangan daripada cahaya sfera biru itu.
“Cis!”Rungut
Inarah lalu mengangkat senjatanya ke udara.Bilah pisau senjatanya bercahaya.Kemudian,dia
melibas-libas senjatanya mengeluarkan libasan-libasan berwarna kuning ke arah
Jabran.
Jabran
menjeling tajam dan memperkuatkan cahaya sfera birunya.Libasan-libasan kuning
itu meletup ketika ia mendarat pada cahaya sfera birunya.
“Rasakan
libasan aku pula!”Libasan-libasan yang terhasil daripada cahaya sfera biru
Jabran keluar berduyun-duyun.
Hafiz mengecilkan matanya sambil tersenyum
sinis. “Ooo...nak lawan...”Setelah menahan libasan-libasan dari Jabran,Hafiz
melintangkan pedangnya.Bilah pedang bercahaya merah.Hafiz menumpukan
perhatian.Kemudian...
“Sekarang
ambil ni!”Hafiz menghayunkan pedangnya sekali sahaja,tetapi terdapat banyak
libasan merah yang terhasil,dan libasan itu dua kali lebih panjang daripadan
libasan Inarah.
Jabran
terkejut melihat libasan sepanjang itu.Lebih menyakitkan apabila
libasan-libasan itu menembusi cahaya sfera birunya lalu mengenainya.Akibatnya Jabran
jatuh terseret di atas tanah!Jatuhannya itu mengenai beberapa lembaga-lembaga
yang dihasilkannya tadi menyebabkan lembaga-lembaga itu hancur.Asap yang
terhasil daripada seretan itu berkepul-kepul di udara.
Inarah
mendekati Hafiz. “Macam mana kau buat?”
“Aku buat
saja...tak sangka sampai macam ni,”Hafiz memandang Jabran yang sudah berada di
darat sedangkan dia masih udara bersama Inarah.
Widad,Yusra
dan lain-lain turut terkejut.Sudah banyak lembaga-lembaga yang
ditewaskan,termasuk yang terkena dengan seretan tanah oleh Jabran tadi.
Jabran
bangun sambil mendengus marah.Hafiz dan Inarah yang mendarat ternampak reaksi
Jabran itu.Baju yang dipakai Jabran kotor dan koyak di bahagian lengan,lutut
dan bahu.Badannya sudah tercedera teruk.Darah mengalir pada kedua-dua lengan
dan juga pipi sebelah kirinya.
“Jabran,tolong
mengalah!Kau dah teruk!”Seperti biasa,Hafiz mengulangi ayat itu setiap kali dia
melihat lawannya sudah cedera teruk.
“Aku
takkan kalah!”Jabran menjerit.Serentak dengan itu badannya bercahaya dan
mengeluarkan pancaran-pancaran laser.
Hafiz dan
lain-lain dengan pantas membuat pelindung.Widad membuat pelindung pada dirinya
dan juga kepada Yusra,Khazin,Naufal dan Dayana.
Penduduk
kota yang melihat pertarungan itu lantas masuk ke dalam dewan masing-masing
kerana tidak mahu terkena pancaran lazer itu.Jalani juga sedang bersesak-sesak
masuk ke dalam dewan.
Pancaran-pancaran
laser itu mengenai dinding bangunan kedua-dua dewan,menyebabkan dinding dewan
itu mulai pecah.Bukan itu sahaja,pancaran-pancaran itu juga mengenai bangunan
lain yang terdapat di situ dan juga pokok-pokok.Keadaan bertambah runcing
apabila dinding bangunan-bangunan mula retak dan hendak runtuh,termasuk Dewan
Killi dan Dewan Milli.
“Hahahaha!!!Puas
hati aku!Sekarang apa yang kau mahu buat,hah!”Teriak Jabran seperti orang gila.
Kelihatan
Dewan Killi dan Dewan Milli hendak runtuh.Penduduk Kota batu Karang mula
menjerit.Hendak keluar dari situ,sudah pasti pancaran-pancaran laser itu akan
mengenai mereka.Namun,mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana bangunan yang
mereka duduki sekarang hendak runtuh.
Hafiz yang
berada dalam pelindung jingga bersama-sama Inarah mengeluh. “Kita tak boleh
keluar selagi Jabran tak hentikan
pancaran lazer dia tu!”
“Memanglah.Aku
pun buntu sekarang ni.Tengok,penduduk-penduduk kota ni dalam bahaya!”Ujar
Inarah sambil memandang Dewan Killi dan Dewan Milli. “Kalau mereka keluar
sekalipun,mereka akan terkena pancaran laser Jabran.”
Hafiz
mendengus kemarahan.
Pada masa
yang sama,Naimi yang berada berhampiran dengan Fajar dan Jabran bersama
Yusra,Khazin,Naufal dan Dayana juga mengeluh.Dia sama sekali akan tindakan gila
Jabran itu.
“Apa kita
nak buat?”Soal Fajar.
“Cuma ada
satu cara,”Widad bersuara.Dia menghembus nafas kasar. “Aku akan keluar dari
sini.Selepas itu,aku akan mengawal semua pancaran laser itu ke arah
aku.Kemudian,barulah salah seorang daripada kita menyerang Jabran.”
“Nanti!”Teriak
Naufal. “Pendek kata,pak cik kena mengorbankan nyawa pak cik?Saya tak setuju!”
“Saya
setuju!”Yusra menyampuk. “Kau tak boleh lakukannya seorang Jabran.Aku akan
pergi sekali.”
“Sekejap!”Sampuk
Naimi pula. “Biar aku yang lakukan!Aku bertanggungjawab dalam semua ni!Aku tebus
balik kesalahan aku!”
“Saya pun
sama pak cik!”Celah Fajar pula.
“Kamu
berdua masih muda dan kamu kena teruskan hidup,”Widad berkata tenang.
“Percayakan kami.Ini saja caranya,kami redha.”
Mereka
yang berada di situ memandang sayu wajah kedua-dua sepupu itu.Mata mereka
berkaca.
“Kami akan
beritahu Hafiz dan Inarah,”Widad dan Yusra teleport
dari situ dan masuk ke dalam pelindung jingga yang diduduki Hafiz dan Inarah.
Hafiz dan
Inarah tersentak. “Kenapa ni?”Tanya Hafiz.
Widad dan
Yusra memandang kedua-dua manusia terpilih dengan wajah tenang.Dengan suara
yang lembut,mereka memberitahu rancangan mereka.
Hafiz dan
Inarah membulatkan mata mereka. “Kami tak setuju!”
Widad
memegang bahu kedua-dua remaja itu. “Kami perlukan kau berdua untuk menyerang
Jabran semasa kami kawal pancaran laser tu ke arah kami.”
“Tidak!Tak
ada cara lain ke?”Inarah memprotes.
“Kita tak
ada masa.Penduduk-penduduk kota ni dalam bahaya,”Yusra mencelah.
Hafiz dan
Inarah serentak menoleh ke arah Dewan Killi dan Dewan Milli.Jelas di telinga
mereka jeritan-jeritan penduduk kota tersebut sambil berlari mundar-mandir di
situ.Kedua-dua bangunan itu sudah hampir runtuh
“Sebelum
tu ada sesuatu saya nak bagi,”Widad memegang senjata Hafiz dan Inarah.Tapak
tangannya bercahaya. “Kalau sebelum ni kamu berdua datang ke ruang putih melalu
cermin bilik kamu,sekarang ini kamu boleh membuka kunci untuk masuk ke dalam
ruang itu di mana-mana saja kamu berada.Dan lagi satu...saya akan beritahu nama
senjata kamu berdua.”
“Nama
senjata kami?”
Widad angguk.
“Hafiz,nama pedang kamu Ahwas...dan senjata kamu Inarah,Sausan...saya sengaja
berikan nama ni kerana bagi saya,setiap benda pasti ada namanya tersendiri.Sengaja
juga saya beritahu kamu tentang nama senjata ni sekarang sebab kamu berdua dah
mula bekerjasama.Gunakanlah sebaik mungkin.”
“Inarah,”Yusra
bersuara. “Kamu akan jadi pembantu utama Hafiz dan penasihatnya.Semoga berjaya.
Mata
Inarah bergenang tetapi ditahannya supaya tidak mengalir ke pipi.
“Kita
mulakan!”Tegas Widad.Yusra bersedia. “Masa menyerang Jabran,guna seminimum
mungkin abiliti kamu.Jangan sampai membunuh Jabran!Tugas kamu bukan membunuh!”
Hafiz dan
Inarah akhirnya mengalah.Mereka terpaksa berbuat keputusan begitu kerana
menghormati kedua-dua sepupu itu.
Dalam
kiraan tiga,Widad dan Yusra keluar dari pelindung.Serentak dengan itu,pancaran
lazer itu mengenai mereka berdua namun bukan semuanya lagi.Sambil mengerang
kesakitan,mereka menggunakan abiliti mereka untuk mengawal semua pancaran laser
menuju ke arah mereka.
“Hah!”Hafiz
dan Inarah megeluh risau.
“Huh,apa
yang kau berdua buat ni!Jangan kacau aku!”Jabran yang menyedari perkara itu
menguatkan lagi pancaran lasernya.
Widad dan
Yusra mengendahkan jeritan itu.Setelah beberapa ketika,semua pancaran laser itu
menuju ke arah mereka berdua.Mereka menjerit kesakitan.
“Sekarang!”Widad
menjerit.
Hafiz dan
Inarah menghilangkan pelindung jingga dan berlari ke hadapan.Inarah melompat
dan melintangkan senjata logamnya...atau namanya Sausan.Badan Sausan bercahaya
kuning.Inarah memusing-musingkan Sausan dan berhenti setelah membuat sepuluh
pusingan.Cahaya lingkaran-lingkaran kuning terhasil
“Yaarghhh!!!”Inarah
menjerit sambil melontarkan lingkaran-lingkaran kuning itu ke arah Jabran.
Lingkaran-lingkaran
kuning itu melingkar mengelilingi Jabran.Jabran
terasa badannya panas dan pedih lalu dia menjerit.
“Hafiz!”Panggil
Inarah memberi isyarat.
Hafiz yang
faham maksud Inarah untuk memberi serangan terakhir.Sebelum itu,dia sempat
berpaling ke arah Widad dan Yusra yang semakin teruk dipancar laser.Dia
menguatkan semangatnya.
Hafiz
berlari mendekati Jabran.Dia mengunuskan pedangnya,Ahwas.Mata pedangnya
mengeluarkan api berwarna biru bercampur merah.Disebabkan dia berlari,ekor
cahaya api itu memanjang ke belakang.Hafiz mencampakkan Ahwas ke arah Jabran
dan lantas dia melompat ke belakang.
Booomm!!!Letupan
berlaku.Hafiz dan Inarah membuat pelindung jingga.Letupan itu bertambah kuat
pada Widad dan Yusra kerana tubuh mereka terkena pancaran lazer yang
berkali-kali ganda lebih panas.Asap berkepul-kepul akibat letupan itu.
Hafiz
termangu dengan wajah sayu.
Inarah
mengetap bibir dengan matanya bergenang.
No comments:
Post a Comment