Friday, March 25, 2011

BAB 2


SMK SMK Bais Saujana
            HAFIZ melihat jam tangannya.Pukul sembilan pagi.Sekarang ini waktu pertama untuk subjek Bahasa Inggeris.Namun,guru Bahasa Inggerisnya tidak masuk ke kelas kerana sibuk dengan persiapan untuk hari sukan hujung bulan depan.Minggu depan latihan untuk ahli rumah sukan akan bermula.Sudah tentu ramai guru-guru yang terlibat lebih-lebih lagi guru-guru yang memegang jawatan penting di sekolah.Kebetulan guru Bahasa Inggerisnya adalah penolong kanan sekolah tersebut.
            Mata remaja lelaki itu memandang pula ke luar kelasnya.Kelihatan sesetengah pelajar dari kelasnya sedang ‘bersidai’ di tembok kaki lima luar kelas.Hafiz perhatikan ada sesetengah mereka bukan dari kelasnya.Walaubagaimanapun,Hafiz mengenali pelajar-pelajar tersebut.Mereka dari kelas Tingkatan 4 Delima,iaitu kelas bersebelahan.Hafiz pasti,kelas mereka juga ketiadaan guru.
            Hafiz bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke pintu belakang kelas.Dia juga mahu menyertai rakan-rakannya yang lain yang berada di luar..
            Sebaik sahaja kakinya hendak melangkah keluar dari pintu,dia terlanggar seseorang.Mujur dia sempat menahan dirinya dari terjatuh.Apapun,orang yang dilanggarnya jatuh terduduk.Hafiz memandang orang yang dilanggarnya itu.Orang itu seorang pelajar perempuan yang dikenalinya.
            “Kau Farahin?”Hafiz bersuara.
            Pelajar perempuan itu mendongak.Dia tersentak melihat Hafiz di di hadapannya.
            “Err...Hafiz. Maaf aku terlanggar kau,”Farahin meminta maaf.
            “Tak...patutnya aku yang minta maaf.Sepatutnya aku tengok depan ada orang ke tak sebelum keluar tadi,”kata Hafiz.
            Farahin ketawa kecil.
            “Nak aku tolong?”
            Farahin agak terkejut.Dia memandang wajah Hafiz. Hafiz kelihatan tersenyum ke arahnya.Senyuman itu membuatkan wajah Farahin merah padam.Cepat-cepat dia bangun.
            “Err...tak apa.Aku boleh bangun sendiri,”Farahin tergagap-gagap.
            “Err...aku pergi dulu,ya.Jumpa nanti,”ujar Farahin lagi sambil mengundur ke belakang.Tetapi,dia tidak perasan seorang pengawas perempuan lalu di belakangnya lalu terlanggar pengawas itu.
            “Eh,Inarah!Sorry...sorry...”gelabah Farahin dibuatnya.
            “Kau kata nak pergi bilik guru,”kata Inarah.
            “Err...aa...aku nak pergilah ni.Okey bye,”Farahin beredar dari situ.Namun,langkahnya yang kelam-kabut itu membuatkannya hampir-hampir berlanggar pintu belakang kelas Tingkatan 4 Delima yang baru sahaja dibuka oleh seorang pelajar kelas tersebut.Mujur dia sempat mengelak.
            Hafiz dan Inarah yang baru sahaja ditinggalkan Farahin itu hanya memandang gadis itu dengan penuh tanda tanya.
            “Apasal gelabah sangat tu?”Inarah memandang Hafiz.
            Hafiz mengangkat bahunya. “Lepas saja aku cakap nak tolong dia, terus jadi begitu.”
            Inarah mengangkat kening kanannya.
            “Aku terlanggar dia.Dia jatuh.Jadi, aku nak tolong dia bangun,”Hafiz memberitahu.
            “Oh..oh...”Inarah ketawa kecil. “Patutlah.”
            Hafiz memandang Inarah. “Kau kata apa?”
            “Aaa..tak...mana ada aku kata apa-apa.Aku gelak saja,”Inarah berdalih seolah cuba menyembunyikan sesuatu daripada Hafiz.
            Hafiz tidak berkata apa-apa.Dia terus duduk di situ.Moodnya untuk menyertai kawan-kawannya yang lain hilang begitu sahaja.Fikirannya menerawang.
            “Kau tak pergi bilik kaunseling?”Inarah bersuara.
            “Kenapa?”
            “Firas dengan yang lain ada kat sana.Katanya nak lepak kat sana.Yelah,kan cikgu dah beritahu mesyuarat sukan tu mungkin sampai waktu rehat.,”Inarah memberitahu.
            Sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket,Hafiz berkata, “Mereka tak ajak aku pun.Aku pun malas nak pergi.”
            “Mereka bukan tak nak ajak,tapi kau dari kelas lain.”
            Hafiz membisu.Dia faham.Dia tahu kawan-kawannya itu tidak berani menanggung risiko apabila mengajak pelajar dari kelas lain menyertai mereka.Selalunya sekiranya seseorang pelajar berbuat begitu,pasti akan ditahan oleh guru.Lainlah kalau ada sebab yang munasabah.Lagipun Firas sudah mendapat kebenaran gurunya sebelum mesyuarat itu berlangsung.Hafiz dari kelas lain dan guru kelasnya tidak tahu hal itu.
            “...ataupun kau memang malas nak ke sana.”
            Hafiz memandang Inarah.Tajam. “Oh,aku malas...habis tu kau apa cerita?Harap saja pengawas.Tapi,duduk bertenggek dekat luar juga masa cikgu tak ada.”
            “Aku pergi bilik gurulah ta...”
            Tiba-tiba spontan tangan Inarah memegang bahu kirinya.Dia memicit-micit bahunya itu seolah-olah dia mengurut-urut bahunya itu.
            “Bahu kau sakit lagi?”Tanya Hafiz.
            “Taklah. Lenguh sikit,”bohong Inarah.Dia tidak mahu sesiapa tahu akan kesakitan yang dialaminya.
            “Aku nak masuk kelas,”kaki Inarah melangkah masuk ke dalam kelasnya iaitu kelas Empat Delima.
            Hafiz hanya memerhatikan sahaja. Kemudian,hatinya tergerak untuk memandang tangga blok yang terdapat di hadapan kelasnya.
            Seorang pelajar lelaki muncul dari tangga itu.Hafiz tidak mengenali lelaki itu tetapi wajah lelaki itu telah membuatkan pelajar perempuan sekelasnya yang kebetulan duduk di belakangnya menjerit kecil membuatkan Hafiz sedikit terkejut.
            Pelajar lelaki itu memang kacak.Kulitnya sawo matang tanpa ada jerawat walau sedikitpun pada mukanya.Rambutnya disisir rapi dan dibiarkan tercacak sedikit di bahagian depannya.
            “Siapa tu?Hensem gila,”pelajar perempuan di belakang Hafiz bersuara.
            Hafiz yang menjeling.Dia memandang rakan-rakan sekelasnya yang berada di koridor hadapan kelasnya.Ada sesetengahnya tidak ambil peduli dan ada sesetengahnya agak hairan melihat pelajar lelaki itu.
            Hafiz sendiri hairan melihat pelajar lelaki itu.Walaupun dia bukan kenal semua pelajar di sekolahnya tetapi dia yakin dia belum pernah melihat pelajar itu sebelum ini.
            “Woi,Fajar!”tiba-tiba Hafiz ternampak salah seorang rakan sekelasnya,Jason memanggil pelajar lelaki itu.
            “Yo!”Fajar dan Jason serentak berjabat tangan dan menepuk bahu.
            “Cikgu kau tak ada dalam kelaskah?”Tanya Jason.
            “Apa punya soalan.Kalau tak mana aku boleh sampai sini.Tak ada pas keluar pulak tu.”
            Jason ketawa.
            Pandangan Fajar tiba-tiba beralih pada Hafiz yang sedang memerhatikan mereka.Hafiz sedikit terkejut.Dia bertambah terkejut apabila melihat lelaki itu mendekatinya lalu menghulurkan tangannya kepada Hafiz untuk bersalam.Jason hanya melihat.
   “Kau Hafiz?”Teka Fajar membuatkan Hafiz terkejut buat kali ketiganya.
   “Macam mana kau kenal aku?”Tanya Hafiz sedikit hairan.Dia yakin dia belum pernah melihat pelajar di depannya itu.Tetapi bagaimana pelajar it boleh mengenalinya?
   “Siapa yang tak kenal Hafiz,johan silat gayung dua tahun berturut-turut kat sekolah ni.Kau dah berlawan peringkat daerah tahun lepas,kan?”
   Hafiz mengangguk.
   “Aku baru pindah kat sekolah ni minggu lepas.Aku dapat tahu pasal kau di majalah sekolah yang aku baru aku baca semalam,”jelas Fajar sambil tersenyum.
   Hafiz diam.
   “Oh,lupa!Aku Fajar dari kelas 5 Abdi,”Fajar memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.
   Hafiz teragak-agak tetapi tetap menyambut salam itu.
   “Kau nampak pelik tapi aku rasa kau hebat,”Fajar memuji tetapi Hafiz tetap tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
   “Aku nak jadi kawan kau boleh?Maksud aku...kawan baik macam kau kawan dengan Firas,Azman dan Syahid?”
   Arghh,sudah!Apahal tiba-tiba dia nak jadi kawan aku pulak?Macam mana dia kenal Firas,Azman dan Syahid?Fikir Hafiz.
   “Aku selalu nampak kau berjalan dengan mereka.Jadi,aku fikir mereka kawan-kawan baik kau,”terang Fajar seolah-olah dapat membaca fikiran Hafiz.
   “Oh...ahah...”hanya itu yang keluar dari mulut Hafiz. “Tapi,kenapa?”Tanya Hafiz.
   “Kau tak suka kawan dengan aku ke?”Tanya Fajar pula.
   “Err...tak...bukan macam tu...aku cuma...”
   “Kau terkejut ke?”Tiba-tiba tangan kanan Fajar menyentuh bahu kiri Hafiz.
   “Aku bukan apa...aku dah ramai kawan form 5.Jadi,aku fikir aku nak cari kawan form 4 pulak,”kata Fajar sambil tersenyum.
   Hafiz agak terkejut melihat senyuman itu kerana itu bukan senyuman biasa.Senyuman itu lebar dan menakutkan.Mata Hafiz terbeliak dan seolah-olah takut melihat wajah Fajar.
   “Rasanya tak salah kalau aku ambil kau jadi kawan aku,”kata Fajar masih lagi dengan senyuman serta wajahnya yang menakutkan.
     Hafiz agak tergamam dan tiba-tiba dia terasa bahu kirinya dicengkam  kuat oleh tangan Fajar.Serentak dengan itu dia terasa seperti ada bendalir elektrik memasuki tubuhnya.Tubuhnya sedikit menggeletar.
   “Satu hari nanti mungkin kau boleh ajar aku silat.Macam mana?”Suara Fajar kelihatan lebih garau berbanding tadi.
   Dalam keadaan tubuhnya yang menggeletar itu,Hafiz sempat menjeling ke arah rakan-rakan di sekeliling.Mereka kelihatan tidak mempedulikan Hafiz seolah-olah mereka tidak nampak Hafiz yang sedang menggeletar di situ.Mereka berbual sesama mereka seperti mereka...membiarkan Hafiz ketakutan.
   “Kenapa?Kenapa...mereka...macam tak nampak aku...apa...”bisik hati remaja lelaki itu.
   “Macam mana?”Pertanyaan Fajar itu membuatkan bola mata Hafiz kembali memandang Fajar.Matanya masih dalam keadaan terbeliak.
   “Kau se...”
   “Hafiz!”Kata-kata Fajar tergantung apabila terdengar satu jeritan tidak jauh di tepinya.
   Serta-merta Fajar melepaskan bahu Hafiz dari pegangannya lalu menoleh ke tepi,dari arah datangnya jeritan itu.Hafiz pula spontan memegang bahu kirinya.
   Kelihatan Inarah berdiri di hadapan mereka berdua.Gadis itu kelihatan termengah-mengah.Matanya memandang Hafiz,dan kemudiannya Fajar.Wajahnya serius.
   “Ceh!”Rungut Fajar dalam hatinya.Marah.
   “Okeylah,Hafiz!Kita bincang nanti.Aku pergi dulu,”Fajar menumbuk perlahan bahu Hafiz.
   Sebelum beredar dari situ,Fajar sempat menoleh ke arah Inarah,memandang gadis itu dengan tajam.Selepas itu,dia mengalihkan semula pandangannya lalu beredar dari situ.
   Inarah tidak berkata apa-apa.Dia memandang Hafiz.
   Hafiz masih memegang bahu kirinya.Dia termengah-mengah.Walaupun bendalir elektrik yang memasuki tubuhnya tadi itu sudah hilang,tetapi dia masih terasa kesannya.Dia berasa bahu kirinya sakit.
   “Hafiz?”Panggil Inarah perlahan.
   Hafiz memandang Inarah.Matanya lesu. Tiba-tibanya dia terasa badannya lemah.Kakinya sudah tidak mampu untuk berdiri,lalu dia rebah di situ juga.
   “Hafiz!”.
   Hafiz perlahan-lahan memejamkan matanya.Sebelum matanya terpejam,dia sempat melihat kawan-kawannya yang lain mengerumuninya.Benda terakhir yang dilihatnya ialah...jam tangan Inarah yang digantung keychain sepanjang ibu jari tangan berbentuk seperti kayu yang berbilah pisau berwarna kuning.

                           *          *          *          *          *
Kampung Fannani,Dimensi Mena
   Kelihatan dua orang pengawal sedang mengawal pintu gerbang di kampung itu.Di dalamnya,terdapat beberapa buah rumah musnah.Bagi rumah yang masih elok menjadi tempat tinggal penumpangan penduduk yang sudah kemusnahan rumah.
   Di salah sebuah yang sudah roboh,terdapat seorang lelaki berumur pertengahan 40-an sedang berdiri di tengah-tengah rumah  yang roboh itu.Dia menggeleng-gelengkan kepala.
   Entah apalah nak jadi dengan kampung aku ni,desis hatinya.
   “Tok Bazil,”tiba-tiba satu suara menegurnya.
   Lelaki tua yang dipanggil Tok Bazil itu menoleh.Seorang pemuda berusia awal 20-an memandang sayu wajah lelaki tu di hadapannya itu.
   Tok Bazil memandang ke hadapan semula.Pemuda yang berada di belakangnya masih berwajah muram.
   “Keluarga kamu macam mana,Adam?”Tanya Tok Bazil tanpa memandang wajah pemuda yang dipanggil Adam itu.
   “Alhamdulillah,mereka semua selamat tok.Cuma ayah...masih tak sedarkan diri lagi,”Adam tunduk,menahan sebak di dada.Walaupun dia terselamat,dia tidak dapat melupakan peristiwa dua hari lepas di mana kampung mereka diserang oleh lebih kurang lima ekor makhluk  aneh.
   “Dah dua hari masih belum sedar?”
   Adam mengangguk.
   Tok Bazil memandang Adam.Adam kelihatan cuba menahan tangisannya.
   “Tok!!!”Mereka berdua terkejut mendengar jeritan itu.
   “Itu suara Dali!Dah dua hari tak jumpa dia sejak serangan,”kata Adam kepada Tok Bazil.Wajahnya yang tadi muram kini bertukar ceria.
   Apabila mereka berdua menoleh,mimik wajah mereka bertukar lagi.Kali ini mata mereka terbeliak seolah-olah terkejut melihat sesuatu.
   “Apahal ni,tok?Adam”Seorang pemuda sebaya Adam berada di situ.Dialah orang yang menjerit tadi.
   “Apahal rambut kau tu?Warna kuning?”Tanya Tok Bazil masih dengan mata terbeliak.
   Dali memegang rambut kuning yang terletak di kepalanya.Dia menghela nafas.Nafasnya bernada kecewa.
   “Sebenarnya ni rambut palsu,”beritahunya.
   “Aik,kenapa pakai rambut palsu pulak!”Tanya Adam pula.
   Dali memandang Adam,dan seterusnya Tok Bazil. “Kalau aku beritahu jangan gelak!”
   Adam dan Tok Bazil serentak menggelengkan kepala mereka.
   Dali memegang rambut palsunya. “Masa serangan tu,rambut aku terbakar sikit terkena api.Jadi...”Dali membuang rambut palsunya. “...rambut aku rosak.Habis hilang semua rambut aku,”memang betul.Semua rambut Dali sudah tiada.Yang tinggal hanya kulit kepala atau lebih tepat...botak.
   Adam dan Tok Bazil diam seketika.
   Dali juga mendiamkan diri sambil melihat reaksi Adam dan Tok Bazil.
   Selepas itu...
   “Wargh....kah...kah...kah...”Dali terdengar lambakan ketawa dari arah belakangnya.Apabila dia menoleh,kelihatan seorang pemuda yang sebaya dengannya ketawa terbahak-bahak.
   “Patutlah kau asyik diam je bila aku tanya pasal rambut dia!Aku ingatkan kau pakai dye!”Ujar  pemuda itu sambil ketawa.
   “Kalau nak cover sekalipun,pakailah rambut hitam!Yang pakai warna kuning buat apa?Nak cover pun tak pandai!”Ejek pemuda itu lagi.
   Dali terasa mukanya merah padam.Dia cuba menahan marahnya daripada ‘meletup’.Hatinya berasa panas,seperti magma dalam gunung berapi sebelum memuntahkannya.
   Adam merangkul bahu Dali. “Rilekslah,Dali.Biarkan je dia tu,”katanya.Mulutnya tersenyum seperti mahu menahan tawanya daripada ‘terkeluar’.
   “Adam...”Dali menjeling sahabatnya itu. “...aku tahu kau nak gelak.Kalau nak gelak,gelak ajelah!”
   Adam melepaskan rangkulannya. “Sebenarnya aku tak nak sakitkan hati kau.Tapi,dah kau benarkan...”Adam terus melepaskan tawanya.
   Tawa daripada dua orang pemuda tadi semakin bising apabila dicampur dengan tawa Adam.
   Dali hanya membiarkan sahaja.Dia kembali memakai rambut palsu berwarna kuningnya.Malas dia hendak melayan kerenah kawan-kawannya itu.
   “Hei!Hei!Sudah!Berhenti ketawa!”Jerkahan Tok Bazil menyebabkan tawa Adam dan dua orang pemuda tadi terus terhenti.
   “Kamu tahu tak apa dah jadi pada kampung kita?Seriuslah sikit!”Tegas Tok Bazil.
   Adam,Dali dan dua orang pemuda itu bagai terkunci mulut.Mereka sedia maklum dengan perangai Tok Bazil.Walaupun Tok Bazil seorang yang lemah lembut dan prihatin,tetapi sikap tegas dan teguh pendirian tetap ada pada dirinya.Atas sebab itulah,semua penduduk kampung menghormatinya.
   “Dali,kenapa nak jumpa saya?”Tanya Tok Bazil sambil memandang Dali.
   “Err...saya cuma nak tanya khabar tok aje,”jawab Dali takut-takut.
   Tok Bazil mengangguk.
    “Hafiy!Kau nak jumpa saya ke?”
   Pemuda yang mentertawakan Dali tadi saling berpandangan.
   “Ya,tok!Saya nak beritahu ada orang nak berjumpa dengan tok,”Hafiy memberitahu.
   “Siapa?”
   “Entah,tok!Tapi,mereka kata mereka pengembara.”
   “Pengembara?”Ulang Tok Bazil. “Mereka kat mana?”
   “Dekat rumah tok.Mari saya bawa tok pergi,”pelawa Hafiy.
   Tok Bazil mengangkat kening.Dia memberi isyarat kepada Adam dan Dali supaya mengikutnya.Adam dan Dali tidak membantah.
   Tok Bazil,Adam,Hafiy dan Dali berjalan menuju ke rumah Tok Bazil untuk berjumpa dengan pengembara yang diberitahu oleh Ghaisan dan Dali tadi.Persoalan demi persoalan memenuhi otak mereka.Siapa pengembara itu?Kenapa dia hendak berjumpa dengan Tok Bazil?Kenapa pula mereka datang ke kampung yang dilanda bencana ini?...dan pelbagai lagi persoalan lain yang masih tiada jawapan.
   Tanpa mereka sedari,terdapat sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan menggunakan teropong.Mulut orang itu mengukir senyuman jahat.Dia ketawa mengekek.
   “Sekarang baru fasa pertama...fasa kedua akan muncul tak lama lagi...”

No comments:

Post a Comment