Friday, March 25, 2011

BAB 3

DING DONG!Ini kali kelima Inarah menekan loceng rumahnya.Dahi gadis itu berkerut.Mana pula famili aku ni?Inarah memandang jam tangannya.Jam tepat menunjukkan pukul dua petang.Selalunya waktu-waktu begini familinya berada di rumah.Tapi,masalahnya tidak ada siapa yang keluar menyambutnya.
   Inarah menyeluk poketnya lalu mengeluarkan dompetnya.Dikeluarkan kunci pintu pagar dari dalam dompetnya.Kemudian dia masuk ke halaman rumahnya.Dia memulas tombol pintu utama rumah.Pintu terbuka.
   “Aik,tak kunci pula pintu ni!”Bisiknya.
    Inarah masuk ke dalam.Semasa dia meletakkan kunci di dalam bakul kunci yang terletak di atas meja bersebelahan pintu utama rumah,matanya terpandang sehelai kertas di sebelah bakul kunci itu.Dia mengambil kertas itu.Terdapat tulisan di atasnya.
  
    Mak dengan ayah keluar pergi rumah Pak Cik Kadir kejap.Izzat dengan Kak Laili ikut sekali.Kami mungkin balik petang nanti.Ina duduk rumah elok-elok,ya.Jangan buka pintu pada orang yang tak kenal.Makanan tengahhari mak dah sediakan bawah tudung saji.Jangan keluar rumah sampai kami balik.Kalau nak keluar juga,telefon mak atau ayah okey.
                                                                           Dari Mak dan Ayah
  
    Inarah menghela nafas.Patutlah sunyi rumah ini.Inarah masuk ke biliknya dan meletakkan beg sekolahnya di atas meja.Dia mencapai tuala untuk membersihkan dirinya.
   Setelah mandi dan sembahyang Zohor,Inarah duduk di birai katil.Dia terasa dirinya penat sangat.Dia belum pernah berasa sepenat ini.Dia berasa tenaganya seakan-akan hilang.
    Tiba-tiba fikirannya dia teringat peristiwa di sekolah tadi.Peristiwa Hafiz pengsan setelah berjumpa dengan seorang pelajar lelaki.Waktu itu,dia berada di dalam kelasnya,sedang membuat kerja matematik.Semasanya tangannya ligat menulis jalan penyelesaian matematik itu,tiba-tiba badannya terasa panas dan sedikit menyakitkan.Penulisannya terhenti serta-merta.Pensel yang dipegangnya jatuh ke atas lantai.Matanya terbeliak.
   Pada masa itu juga,muncul bayangan seseorang dengan wajah yang menakutkan.Wajah itu mengukir senyuman jahat.Kemudian,wajah itu diselang-selikan dengan wajah yang cukup dikenalinya.Wajah Hafiz.Wajah Hafiz yang kepucatan.Wajah lelaki itu semakin pucat dan penuh ketakutan.Wajah Hafiz dan wajah orang yang menakutkan itu berselang-seli.
   Inarah terus memikirkan sesuatu yang buruk berlaku kepada Hafiz.Dia perlahan-lahan keluar dari kelas untuk berjumpa dengan Hafiz.Namun,apabila dia berjumpa dengan Hafiz,panas badannya hilang begitu sahaja.Di sebelah Hafiz adalah seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Lelaki itu beredar dari situ sejurus kemudian.Dia cuba menegur Hafiz tetapi terkejut apabila Hafiz tiba-tiba rebah di hadapannya.Semua pelajar di situ serta-merta mengerumuni Hafiz.
   Inarah masih menghela nafasnya.Dia melihat jam tangannya yang terletak di atas meja belajarnya.Dia mencapai jam itu lalu melihat keychain yang tergantung pada jamnya.Buat masa sekarang,tiada sesiapa yang bertanya perihal keychain yang tergantung pada jam tangannya itu.Mungkin mereka sangka ia sekadar hiasan sedangkan fungsi keychain itu lebih daripada apa yang mereka sangkakan.
   Inarah bangun menuju ke meja cermin setelah mengenakan tudungnya berwarna putih.Inarah mencabut keychain daripada jam tangannya lalu menghalakan keychain itu pada cermin itu.Cermin itu tiba-tiba mengeluarkan cahaya putih.Inarah menghulurkan tangan kanannya dan tangan kanannya menembusi cahaya itu.Sejurus kemudian,tubuh Inarah masuk ke dalam cahaya tersebut.
   Kini Inarah berada di dalam ruang yang kosong.Ruang itu berwarna putih dan kosong melainkan dia seorang sahaja di situ.Keychain yang berada di tangan dilambungnya.Semasa keychain itu berada di udara,keychain itu bercahaya lalu ia memanjang.Apabila ia jatuh dan disambut oleh Inarah,keychain itu sudah bertukar menjadi kayu logam panjang berwarna kuning,berbilah pisau dan hulunya tergantung reben yang juga berwarna kuning
   “Cik Yusra,Tuan Widad...kamu berdua ada kat sini ke?”Inarah bersuara memanggil seseorang.
   “Kami sentiasa di sini,”Inarah memandang ke depan.Di depannya muncul seorang lelaki berusia akhir 40-an dan perempuan berusia awal 30-an.
   Inarah tersenyum. “...saya ada sikit masalah yang saya nak beritahu awak berdua.”
   “Ya,dan masalah kamu akan bertambah besar kalau kamu tak bertindak cepat,”kata Yusra.Wajahnya tenang.
   Inarah tersengih. “Jangan beritahu saya yang awak berdua dah tahu apa yang nak saya beritahu?”
   “Sebenarnya...memang ya!”Widad mencelah.
   Inarah mengangguk-anggukkan kepalanya. “Macam selalu...”
   “Tapi,Inarah ini kes berat.Kamu langsung tak syak apa-apa masa peristiwa tu berlaku?”
   “Maksud tuan?”
   “Inarah...”Yusra memegang bahu Inarah. “...peristiwa tu ada kena mengena dengan kita dan tugas kamu sekarang.”
   Inarah melangkah dua tapak ke belakang sambil tersengih.
   “Okey,ini dah lebih!Masalah saya tentang serangan makhluk itu pun belum habis lagi...timbul pula masalah baru,”ujar Inarah.Tangan kanannya yang memegang kayu berbilah pisau digenggam erat.
   Yusra memandang Widad.Widad melangkah ke hadapan mendekati Inarah.Inarah memandang wajah lelaki itu dengan dahi berkerut.
   “Kamu kena terima Inarah.Kejadian kamu dekat sekolah pagi tadi memang betul-betul ada kena-mengena dengan tugas kamu sekarang.Kalau tak,takkan kamu rasa keletihan sekarang.Kamu berasa tenaga kamu seolah-olah menghilang,betul tak?”
   Inarah menelan air liurnya.
   “Sebenarnya masa itu ada seseorang sedang cuba untuk mengawal orang lain.Dia gunakan tenaganya untuk mengawal badan orang itu dan tenaga itu akan mempengaruhi orang yang lain daripada manusia yang lain...dan orang yang dipengaruhi itu ialah kamu.”
   “Lain dari yang lain?”
   “Maksudnya kehidupan kamu tak seperti manusia lain. Tak ada lagi manusia di bumi yang mempunyai misi dimensi macam kamu.”
   “Maksud tuan,orang yang hendak dikawal itu...kawan saya,Hafiz? Dan pengawal itu...oh saya tak nampak pengawal tu,”kata Inarah. “Bila pengawal tu gunakan tenaganya untuk kawal Hafiz,saya pun terkena kesannya?”
   “Macam itulah.Tapi,siapa Hafiz?”
   Inarah mencebik. “Saya ingatkan awak tahu semua.Berdasarkan cerita awak tadi,saya rasa Hafizlah orang yang dikawal sebab masa tu wajah dia muncul dalam bayangan saya.Tapi,ada seorang lagi...saya tak berapa cam...”
   “Dan orang itulah yang mengawal kawan kamu,”sampuk Yusra.
   Inarah tunduk.
   “Tapi,kamu memang tak tahu siapa yang serang kawan kamu tu?”Tanya Widad.
   Inarah menggeleng. “Oh,nanti!Masa saya keluar kelas,saya ada nampak seorang lelaki di depan Hafiz.Tapi,lelaki tu terus pergi dari situ bila saya muncul.”
   “Kamu kenal dia?”
   Inarah menggeleng lagi. “Walaupun saya tak tahu nama semua pelajar di sekolah saya,tapi boleh dikatakan saya kenal muka mereka. Tapi,lelaki itu memang saya betul-betul tak pernah nampak mukanya dan namanya pun saya tak tahu.”
   Widad dan Yusra saling berpandangan.Mimik muka mereka serius.
   “Apapun,Inarah...kita berbincang itu nanti.Kami nak tunjukkan kamu sesuatu.Tapi,sebelum tu saya nak tanya berkenaan bahu kamu,”kata Yusra.
   Inarah mengangkat kening. “Oh,dah makin baik!Tak adalah teruk sangat.Pedih sikit sahaja.”
   Yusra dan Widad tersenyum.Yusra berjalan ke hadapan.Dia mengangkat tangan kanannya.Tiba-tiba ruang kosong berwarna putih beransur hilang.Inarah langsung tidak terkejut akan hal itu kerana dia sudah acap kali melihatnya.
   Kini,mereka bertiga berada di sebuah tempat yang berbatu di kiri,kanan,depan dan belakang.Boleh dikatakan tempat itu langsung tiada jalan keluar.Walaupun begitu,tempat itu tidak gelap kerana terdapat obor di dinding berbatu itu.Kali ini,barulah Inarah kelihatan terkejut.Seingatnya,dia tidak pernah datang ke situ sejak menjadi remaja terpilih untuk misi dimensi.
   “Tempat apa ni?”Inarah bertanya.
   Yusra dan Widad tidak menjawab.
   Yusra melutut.Tangan kanannya menyentuh tanah berbatu itu.Kemudian,pada tanah itu muncul cahaya merah berbentuk bulat.Cahaya itu timbul kemudiannya dan Yusra menangkapnya.Cahaya itu serentak hilang dan di tangan Yusra terdapat batu jed berbentuk bulat dan gambar pedang terukir pada batu jed itu.
   “Ini...”Inarah mengambil batu jed tersebut.
   Yusra tersenyum. “Berita baik,Inarah.Kamu tidak lagi menjalankan misi ini berseorangan.Ada orang lain yang akan membantu kamu.Dia juga manusia terpilih macam kamu.Cuma,status dia lain sikit daripada kamu,”lapor Yusra.
   Inarah yang gembira dengan berita itu sekadar tersenyum.
   “Lain?Tak kisahlah.Asalkan saya dah tak jalankan misi ni seorang,”ujar Inarah. “Macam mana kita nak tahu siapa orangnya?”
   “Kamu letakkan jari telunjuk kamu pada ukiran gambar pedang tu,”kata Widad pula.
   Inarah lantas meletakkan jari telunjuknya pada ukiran pedang yang terdapat pada batu jed itu.Selepas itu,muncul cahaya hologram.Cahaya hologram itu menunjukkan wajah seseorang.
   Inarah tergamam.Dia tersentak.Matanya terbeliak memandang wajah pada cahaya hologram itu.
   “Kenapa Inarah?Kamu nampak terkejut?”Tegur Yusra kehairanan.
   Diam.
   “Inarah?Kamu okey?”Widad pula bersuara.
   Diam lagi.
   Yusra dan Widad saling berpandangan.
   Mata Inarah masih terpaku pada wajah seseorang pada cahaya hologram itu.Wajah yang dipercayai akan bekerjasama dengannya dalam menjalankan misi itu.
   “Hafiz...?”bisik Inarah perlahan.

                           *          *          *          *          *
Rumah Hafiz
   Hafiz diam terbaring di atas katil.Matanya yang tadi terpejam kini dibuka perlahan-lahan.Semasa dia membuka matanya,pandangan pertama yang dilihatnya bukan siling biliknya,tetapi sepasang mata besar.Bola matanya hitam membulat,hidung tirus berwarna merah jambu dan bermisai panjang di kiri kanan.
   “Warghhh!!!”Spontan Hafiz menjerit dan badannya juga spontan terbangun.Pada masa yang sama,kelihatan sesuatu benda terjatuh dari katil Hafiz.Benda itu kemudiannya berlari laju menuju ke pintu bilik Hafiz tetapi benda itu telah melanggar pintu bilik Hafiz yang tertutup.Serta-merta benda itu berhenti bergerak.
   Hafiz menggosok-gosok kedua-dua matanya.Dia mengamati benda itu.
   “Kawaii!Astaghfirullahalazim,ingat benda apa tadi,”Hafiz mengucap sambil mengurut-urut dadanya.Rupa-rupanya kucingnya,Kawaii yang berada di mukanya tadi.
   Pintu bilik Hafiz dibuka.Terpacul wajah Puan Fatimah dan Fityati.Fityati yang ternampak Kawaii di situ terus mendukungnya.
   “Mak dengar Hafiz menjerit tadi,”Puan Fatimah mendapatkan Hafiz.
   “Tak...tadi masa Hafiz buka mata,muka Kawaii duduk kat muka Hafiz.Terkejut dibuatnya.Ingat benda apa tadi,”terang Hafiz sambil memandang Kawaii yang didukung Fityati.
   “Jangan salahkan Kawaii!”Fityati menegas.
   “Ada abang kata abang salahkan dia?”Hafiz memandang adiknya,tajam.
   “Sudahlah tu.Mak gembira Hafiz tak apa-apa.Mak risau betul Hafiz tak sedar dari pagi tadi.”
   Hafiz memandang ibunya.Baru dia teringat apa yang terjadi pada dirinya.Dia tidak berapa ingat peristiwa yang menimpanya tadi.Apa yang dia ingat,dia sedang bercakap dengan seorang lelaki bernama Fajar...Fajar ingin berkawan dengannya...selepas itu,err apa ya?Hafiz memicit-micit kepalanya.Fajar ada pegang bahunya dan dia rasa badannya lemah...dan..ikhh,aku tak ingat!
   “Hafiz..”panggil Puan Fatimah lembut.
   Hafiz memandang jam dinding.
   “Pukul 2.30 petang?”
   “Kamu terkejut,kan?Kamu pengsan pagi tadi di sekolah.Bila pihak sekolah panggil mak dengan ayah,kamu dalam klinik sekolah.Kamu belum sedar lagi masa tu.Mak dengan ayah bawa kamu balik rumah pun,kamu belum sedar lagi sampailah sebelum kamu terkejut tengok muka Kawaii...”jelas Puan Fatimah dan tersenyum sewaktu dia berkata tentang Hafiz terkejut melihat muka Kawaii.
   Hafiz tidak berkata apa-apa.Dia cuba mengingati peristiwa di sekolah tadi tetapi entah kenapa semuanya kabur.Akhirnya,Hafiz membuat keputusan untuk tidak mempedulikan hal itu.Kalau dia berfikir pun nanti fikirannya lagi berserabut.
   “Dah,Hafiz!Bangun sembahyang Zohor dulu.Lepas tu rehat lagi,okey?”Pesan Puan Fatimah.
   Hafiz hanya mengangguk.
   Fityati mendapatkan Hafiz lalu meletakkan Kawaii di atas katil Hafiz.
   “Apahal?”Tanya Hafiz.
   “Kawaii tidur dalam bilik abang sejak abang masih pengsan lagi.Tapi,lepas aje abang jerit dia terus bangun.Abang ganggu tidur dia.”
   “Ooo...sebab masa tu muka Kawaii bertembung dengan muka abang,”kata Hafiz.Perkataan ‘bertembung’ ditekankan nadanya.
   “Sudah!Yati,keluar.Jangan kacau abang kamu.Hafiz,pergi sembahyang,”suruh Puan Fatimah tegas tetapi lembut.
   Fityati beredar dari situ.Puan Fatimah menurutinya.Namun,dia langkahnya terhenti apabila Hafiz memanggilnya.
   “Demam mak dah okey?”Tanya Hafiz dengan nada kerisauan.
   Puan Fatimah tersenyum lembut.Hatinya betul-betul terharu dengan keprihatinan anaknya.
   “Demam dah okey sikit.Sekurang-kurangnya mak dah larat berjalan daripada terbaring macam semalam.Alah,Fiz!Mak demam sekejap aje.”
   Hafiz tersengih.Daripada percakapan ibunya itu,jelaslah dia tahu ibunya itu tiada niat untuk membuat dirinya risau akan kesihatannya.Tak apalah.Sekurang-kurangnya dia nampak ibunya itu sudah larat berjalan.
   Hafiz bangun dari katil untuk mengambil wuduk dan bersembahyang Zohor.Sewaktu dia keluar dari bilik,dia terlihat beg sekolah Fityati di tengah-tengah lantai ruang tamu rumah.
   “Budak ni tak pandai betul nak simpan barang elok-elok,”Hafiz mengambil beg itu.
   Kcing!Kcing!Bunyi itu datang daripada keychain yang digantung pada zip beg.Hafiz mencebik.
   “Budak perempuan...suka sangat gantung keychain kat beg.Tak faham aku,”bisik Hafiz sendirian.
   Semasa Hafiz meletakkan beg Fityati di dalam bilik adik perempuannya itu,Hafiz tersentak.
   “Keychain?”Dia teringat sesuatu.Dia berasa dia teringat benda yang terakhir dia lihat sebelum dia pengsan.Dan keychain...
   “Keychain...ya..keychain...tapi keychain apa,hah?Bentuknya...aku tak berapa ingatlah...”
   Hafiz menggelengkan kepalanya.Dia ingin melupakan semua itu.Dia menghela nafas lalu bangun menuju ke bilik air.

No comments:

Post a Comment