Saturday, March 26, 2011

BAB 3


Waktu pagi,SMK Basi Saujana
HARI itu hari Khamis.Hari itu pihak sekolah telah membenarkan para pelajarnya bercuti sempena Hari Gotong-Royong yang diadakan semalam.Tambah menarik lagi,keesokkannya adalah hari Jumaat dan Sabtu pada lusanya.Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti umum bagi pelajar sekolah di negeri itu.Jadi,mereka bercuti selama tiga hari.Bukan main gembira lagi.
     Walalupun begitu,pada hari Khamis itu tidak semua pelajar yang bercuti.Ada sesetengah pelajar yang disuruh guru mereka untuk datang ke sekolah.Ini kerana mereka dikehendaki mengemas dan membersihkan pula makmal-makmal ataupun bilik-bilik khas lain kerana bilik-bilik itu tidak dikemaskan semasa gotong-royong semalam.Semua pelajar yang terlibat adalah pelajar sesi pagi.
     Hafiz salah seorang yang terpaksa datang pada hari itu.Begitu juga Firas dan Azman.Syahid sebenarnya patut juga datang pada hari itu tetapi disebabkan keluarganya telah merancang untuk balik kampung,dia tidak dapat datang.
     Hafiz,Firas dan dua lagi pelajar lelaki lain;Suresh dan Kamil sedang mengemas Makmal Fizik yang berada di tingkat satu Blok C.Azman tiada di situ kerana dia sedang mengemas di Makmal Kimia yang terletak di tingkat tiga di blok yang sama.Mereka turut dibantu oleh lima lagi pelajar perempuan;dua daripada mereka adalah Farahin dan Nafilah.Dua lagi ialah Yui Rin dan Mei Hwa.
     “Firas,tingkap sebelah sana kau tak cuci ke?Berhabuk lagi aku tengok!”Sergah Kamil yang sedang menyusun radas di dalam satu bilik kecil yang terdapat di satu sudut belakang makmal itu.
     “Sekejaplah!Dekat sini pun aku tak siap lagi!”Balas Firas geram.Hafiz yang sedang mencuci tingkap tidak jauh darinya hanya mendiamkan diri.Malas hendak masuk campur.
     Suresh meletakkan setimba air di sebelah Firas. “Nah!Sabunnya kau bubuh sendiri.Aku nak tolong Kamil.Banyak lagi radas nak kena kemas tu,”beritahu pelajar India itu.
     Firas sekadar mengangguk.Sementara itu,Farahin menuju ke arah Hafiz dan melihat ke dalam timba yang berada di sebelahnya.
     “Air dah kotor.Kau nak aku ambilkan yang baru?”Pelawa Farahin.
     Hafiz berhenti mencuci seketika. “Ah,boleh juga!Tapi,jangan isi penuh sangat.Nanti kau pula tak larat nak bawa.”
     “Aku tahu,”Farahin tersenyum lalu mengangkat timba itu.
     Gadis itu berjalan ke dalam bilik di satu sudut bahagian hadapan makmal.Bilik itu adalah bilik guru yang menjaga makmal tersebut.Bilik itu juga bersambung dengan Makmal Biologi yang berada di sebelah.
     Farahin menuju ke sinki.Dia membuang air yang kotor ke dalam sinki tersebut dan menggantikannya dengan air yang baru.Apabila air sudah sampai ke pertengahan timba,Farahin menutup paip air.
     Setelah membubuh sedikit sabun pencuci,Farahin kembali ke makmal dan mendekati Hafiz.Nafilah yang sedang mengelap meja bersama Mei Hwa dan Yui Rin yang sedang menyapu sampah menjeling Farahin sekilas dengan niat untuk mengusik.
     “Nah!”Farahin meletakkan itu di sebelah Hafiz.
     “Oh,terima kasih!”Ucap Hafiz sambil memerah kain yang digunakan untuk mencuci tingkap ke dalam timba yang lagi satu.Kemudian,dia memasukkan semula kain itu ke dalam air timba yang diisi Farahin tadi.
     “Err...Hafiz...”panggil Farahin.
     “Emm?”Hafiz memandang Farahin.
     “Boleh aku tanya.Sejak kebelakangan ni kau nampak macam ada masalah.Boleh aku tahu apa dia?”
     Hafiz mengangkat kening. “Masalah?Tak adalah.Aku okey saja,”jawab Hafiz selamba.Dia mengakui dalam hatinya,dia memang banyak masalah.Masalah memikirkan serangan Genolis,masalah tentang statusnya,masalah tentang pembelajarannya akibat terikat dengan misi...cuma tidak mungkin dia memberitahu Farahin.Mana mungkin dia faham.Biarlah masalah itu dia tanggung sendiri.
     “Betul?”Farahin cuba mendapat kepastian.
     Hafiz angguk. “Kenapa?”
     “Tak...sebenarnya...”Dialog Farahin terhenti apabila terdengar bunyi dentingan halus di telinganya.
     Hafiz yang juga mendengar dentingan halus itu terperanjat.Spontan tangannya memegang poket seluar sukannya.Farahin ternampak cahaya berkelip-kelip di poket Hafiz disertai dengan bunyi dentingan.
     “Cahaya apa tu?”Tanya Farahin.
      “Err...tak...tak ada apa-apa...”Hafiz menutup poketnya itu dengan tapak tangannya.
                 *          *          *          *          *
     Inarah terkejut melihat keychain yang tergantung pada tangannya bercahaya ketika dia sedang menyapu sampah.Dia serta-merta menutup cahaya itu dengan sebelah lagi tangannya supaya pelajar lain tidak perasan akan cahaya itu.
     “Kenapa Inarah?”Tanya Azman yang sedar akan perubahan Inarah itu.Azman adalah salah seorang pelajar yang bertanggungjawab mengemas Makmal Kimia itu selain Inarah.
     “Aku ada misi,”bisik Inarah. “Aku nak jumpa Hafiz.Kami kena pergi sekarang.Kalau cikgu tanya pasal aku,beritahu aku terpaksa balik awal sebab ada hal,”suruhnya kepada Azman.
     Sebenarnya,dia tiada niat mahu berbohong.Namun,kalau dia memberitahu perkara sebenar,mahukah gurunya itu akan percaya?Semua itu bagaikan tidak masuk akal bagi sesiapa yang tidak tahu perkara sebenar tentang misinya di alam lain.
     “Okey!Hafiz ada dalam Makmal Fizik Blok B,”Azman memberitahu tanpa disuruh. “Hati-hati!”Pesannya.
     “Okey,”Inarah menjawab ringkas sambil mengambil beg kecilnya yang terletak di luar makmal.Kemudian,dia berlari meninggalkan makmal itu sambil diperhatikan Azman.
     “Inarah pergi mana tu?”Raisya bertanya.
     “Dia kena balik.Ada hal sikit,”balas Azman sambil tersenyum.

                             *          *          *          *          *
    “Hafiz,kenapa poket kau bercahaya lagi?Cahaya apa tu?”Tanya Farahin lagi ingin tahu.
     Firas dan Nafilah yang melihat keadaan itu mendekati Hafiz dan Farahin.Mereka juga ternampak cahaya berkelip-kelip di poket rakannya itu dan juga bunyi dentingan halus.
     “Cahaya apa tu,Hafiz?”Tanya Firas dan Nafilah serentak.
     Hafiz tidak menjawab.Walaupun tangannya sudah menutup poketnya yang bercahaya itu,tetapi sebahagian sinarannya masih terkeluar.Hafiz resah.Sekali-sekala dia menjenguk ke tingkap makmal,seperti menunggu kehadiran seseorang.
     Firas,Farahin dan Nafilah hairan melihatnya.
     “Hafiz!”Mereka terkejut mendengar satu jeritan dari luar.Mei Hwa dan Yui Rin yang sedang menyapu sampah juga terkejut.Kamil dan Suresh yang tadi sedang menyusun radas turut keluar dari bilik.
     Kelihatan Inarah berdiri di muka pintu utama makmal.Dia termengah-mengah sambil tangannya memegang pintu makmal.
     “Haiya,Inarah!Penat nampak,”Yui Rin sengaja mengusik.
     Inarah tersenyum,tetapi cuma sekejap.Dia memandang Hafiz yang ketika itu bersama Farahin,Firas dan Nafilah.
     “Hafiz,ada hal,”Itu sahaja ayat yang terbit dari mulut Inarah tetapi Hafiz dapat menangkap maksud ayat itu.
     Hafiz memandang kawan-kawannya. “Kalau cikgu datang dan tanya kenapa aku tak ada,beritahu aku ada hal penting.Jangan risau,aku dah hampir siap nak cuci tingkap!Firas akan sambung.Tak ada masalahkan,Firas?”
     Firas terkebil-kebil. “Err...ya...”
     “Aku pergi dulu,”Hafiz meminta diri dan mendapatkan Inarah.Mereka berdua pergi meninggalkan makmal itu.
     Firas,Nafilah,Kamil dan lain-lain tercengang-cengang melihat keadaan itu.
     “Mana pula mereka berdua pergi?”Tanya Mei Hwa.
     “Entah.Takkan mereka berdua sekali ada hal?Pelik aku!Ini mesti ada apa-apa,”Kamil mengangkat sebelah kening sambil mengurut-urut dagunya.
     “Mereka ada temujanji tak?”Nafilah meneka.
     “Hish,kau ni!”Sergah Suresh. “Kau bukannya tak tahu Inarah dan Hafiz mana pernah baik sebelum ni.Pandai saja ‘tembak’!”
     “Eh,mungkin juga!Semalam masa gotong-royong,aku nampak Hafiz dan Inarah tengah berbual dekat sebelah Makmal Kemahiran Hidup.Aku,Azman,Syahid dan Muqri join sekali lepas kami nampak mereka.Mereka tak nampak macam bergaduh,”sampuk Firas.
     “Hish,tak mungkin!Tak mungkin mereka tu suka sama suka!Impossible!”Kamil cuba menafikan.
     “Biarlah.Tak payah nak sibuk.Mereka bukan buat benda yang tak elok,”celah Nafilah pula.
     “Sudahlah,sambung buat kerja!Nanti cikgu datang kita juga yang kena!”Perintah Yui Rin.
     Mereka hanya akur dan menyambung semula kerja mereka.Farahin berjalan ke arah pintu dan memandang ke luar.Inarah dan Hafiz sudah tiada di situ.Perasaan terkilan menyelubunginya.

                             *          *          *          *          *
     Kawasan di belakang bangunan Blok B itu lengang.Tiada pelajar ataupun murid yang melalui kawasan itu.Tambahan pula,kawasan itu berhadapan dengan tanah lapang di luar kawasan sekolah sebelum nun di hujung sana terdapat deretan rumah.
     Inarah mengeluarkan mini komputer hologram dari dalam beg kecilnya.Dia meletakkan keychain di atas skrin.Terkeluar perkataan...
     “Genolis!”Inarah bersuara.
     “Apa?”Kata Hafiz terkejut.
     Inarah menekan satu butang.Cahaya hologram muncul.Tertera huruf demi huruf di dalam hologram itu.Ayat itu kelihatan tunggang-terbalik.Inarah menajamkan penglihatannya.
     “Lokasi di Negara Ghanum,”beritahu Inarah.
     “Kau boleh baca ayat tunggang-terbalik tu?”Hafiz menyoal.
     “Mana ada!Kau tengok,ia tertulis Negara Ghanum.”
     “Apa-apalah!”Ujar Hafiz malas. “Sekejap!Aku rasa kau pernah beritahu aku yang kau ada kawan tinggal di Ghanum?”
     Inarah terkebil-kebil. “Ya,Dayana!Aku hampir terlupa dia!”
     “Kau rasa dia tak apa-apakah?”
     “Aku harap macam tu,”kata Inarah perlahan. “Khazin dan Naufal pasti dah terima isyarat ni.Mungkin mereka tunggu kita di Ruang Putih sekarang.”
     “Kalau macam tu,jomlah!”
     “Sekejap!”Inarah mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kecilnya.
     “Apa tu?”
     “Pakaian.Kau tak kenal pakaian ke?”
     “Kau nak buat apa dengan pakaian tu?”
     “Biasanya kalau ada misi berkaitan Genolis,aku akan pakai pakaian ni,”balas Inarah sambil membaling beg kecil yang sudah kosong isinya kepada Hafiz.Hafiz menyambut. “Jaga sekejap.Aku nak ke tandas tukar pakaian.”
     Inarah beredar dari situ sambil diperhatikan Hafiz. “Entah apa-apa entah dia ni,”bisiknya sendirian.
     Beberapa minit kemudian,Inarah muncul semula dengan pakaian yang berlainan.Pakaian sukannya tadi ditukar dengan baju putih berlengan panjang,bertali pinggang hitam dan berseluar hitam.Tudung putihnya yang dipakai bersama pakaian sukan tadi dikekalkan.
     “Rasanya pakai baju sukan tadi pun okey juga,”komen Hafiz.
     “Hai,aku pakai pakaian ni masa misi Genolis dulu kau tak komen apa-apapun!”Inarah menyambar beg kecilnya dari tangan Hafiz. “Aku selesa pakai macam ni.Jangan komplen!”Inarah memasukkan pakaian sukannya ke dalam beg.Kemudian,dia memasukkan pula jam tangannya.Keychainnya yang tergantung pada jam tangan tadi telah dipakai pada pergelangan tangannya seperti gelang.
     Inarah meletakkan begnya.Dia memegang begnya itu buat beberapa saat sebelum beg itu tiba-tiba hilang dari situ!
     “Mana beg kau?”Tanya Hafiz hairan.
     “Aku dah teleportkan ia ke dalam bilik aku,”jawab Inarah. “Ini misi kedua kau Hafiz.Aku tak nak kau leka,”pesannya.
     “Kalau kau tak buat aku risau,rasanya tak ada masalah,”kata Hafiz sambil memunculkan cahaya dengan menggunakan batu jednya.Cahaya putih muncul sama tinggi dengannya.
     Inarah tersenyum sinis.“Kau nak beritahu yang kau risaukan aku?”
     Hafiz menoleh,membalas senyuman sinis itu. “Ya,”dia menjawab perlahan sebelum dia masuk ke dalam cahaya itu.
     Inarah memunculkan juga cahaya sama tinggi dengannya dengan menggunakan keychainnya.Dia masuk ke dalam cahaya itu.

                             *          *          *          *          *
     Hafiz dan Inarah berlari-lari dalam ruang putih itu sambil mata mereka meliar ke kiri dan ke kanan.Setelah beberapa minit mereka berlari,akhirnya mereka terjumpa Khazin dan Naufal.Naufal melambaikan tangan ke arah mereka berdua.Senjata yang mereka bawa tersarung kemas dan digalas di belakang.
     “Dayana tengah tunggu kita di Ghanum.Dia ada hubungi kami,”beritahu Naufal yang sudah maklum tentang misinya itu.Sekiranya manusia terpilih mendapat isyarat misi Genolis,dia dan Khazin juga mendapat isyarat yang sama.
     “Ghanum tu luas.Dekat mana?”Tanya Inarah.
     “Apartmen Sari.Kau berdua bawa kami teleport terus ke sana.”        Inarah mengangguk.
     Hafiz terpandang Khazin.Wajah Khazin mencuka.
     “Hei,Khazin!Kau kenapa?”Tanya Hafiz mengejutkan Khazin.
     Khazin mengeluh. “Aku tak sedap hati...dari malam dan tengahhari sekarang.”
     “Tengahhari?Sekarang ni pagi lagi...”
     Inarah menjeling Hafiz. “Kau dah lupa ke?Waktu Mena satu waktu lebih awal daripada kita?”
     Hafiz mengerutkan dahinya. “Oh,aku lupa!”Hafiz menyilangkan tangannya sambil mengangguk-anggukan kepalanya.
     “Malam tadi aku mimpi abang aku dalam bahaya,”Khazin bersuara. “Aku mimpi,abang aku diserang oleh seseorang tapi aku tak pasti siapa.”
     “Kau risaukan abang kau?”
     Khazin mengangguk.
     “Masa aku kenal kau dulu,kau tak pernah ceritakan pada aku yang kau ada abang,”celah Inarah.
     “Entah,tak teringat nak cerita.Lagipun,bukannya penting.”
     “Dia tak tinggal dengan kau?”
     Khazin menggeleng. “Apa yang aku tahu,dia tinggal di Negara Deisa sekarang.Tak tahulah kalau dia dah berpindah tempat.”
     “Jangan risau,Khazin.Insya-Allah,tak ada apa-apa.Mimpi saja tu,”Naufal merangkul Khazin,cuba menenangkan sepupunya itu.
     “Kita bincang itu nanti.Jom pergi!”Ajak Hafiz sambil menarik lengan Naufal dan Khazin sebelum menghilang dari situ dengan teleport dan diikuti oleh Inarah.
                             *          *          *          *          *
Negara Ghanum,Dimensi Mena
     Hafiz terapung-apung di udara sambil kedua-dua tangannya memegang lengan Khazin dan Naufal.Inarah terapung di sebelahnya.Di bawah mereka sekarang adalah bangunan-bangunan.Manusia yang berjalan dan kenderaan-kenderaan yang bergerak di bawah sana kelihatan kecil sekali.
     “Jadi ini,Ghanum...”Hafiz bersuara perlahan.
     “Ini cuma salah satu kota di Ghanum,”jelas Inarah. “Kau pasti Dayana tunggu kita?”Soalnya kepada Naufal.
     “Ya.Di bangunan Apartmen Sari,”Mata Naufal meliar mencari sesuatu. “Itu dia!”Naufal menunjukkan jarinya ke arah sebuah bangunan berwarna hijau.
     Hafiz yang membawa Khazin dan Naufal dan Inarah terus terbang mendekati bangunan itu.
     “Mana dia?”Tanya Hafiz.Dayana langsung tidak kelihatan di luar mahupun di atas bumbung bangunan tersebut.
     Belum sempat Naufal bersuara,dia terdengar seseorang menjerit memanggilnya dan juga Hafiz,Inarah dan Khazin.
     “Hei,kau semua!Sini!”Mereka ternampak wajah Dayana terjengul keluar dari tingkap rumah di dalam apartmen tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya.Ia berada di tingkat dua puluh.

     Hafiz,Inarah,Khazin,Naufal dan Dayana kini berada di dalam rumah apartmen bernombor B-17.
     “Ini rumah abang angkat aku.Polis Mena sedar dia hilang masa pagi tadi,”beritahu Dayana.
     Hafiz dan yang lain hampir serentak memandang Dayana.
     “Kau tak beritahu yang kau ada abang angkat,”ujar Naufal.
     “Ha’ah!”Sokong Inarah.Semasa dia pertama kali mengenali Dayana dulu,Dayana tidak pernah menceritakan kepadanya tentang abang angkatnya.
     “Aku baru kenal dia dua bulan lepas.Dia pernah bekerja sebagai doktor sambilan sebelum dia jadi akauntan dan dia pernah rawat ayah aku masa ayah aku sakit.Walaupun dia sendiri sakit masa tu,dia tetap rawat ayah aku,”Dayana memberitahu lagi.
     Hafiz,Khazin,Inarah dan Naufal terus memerhatikan setiap sudut di dalam rumah itu.Rumah itu sedikit berselerak,dinding retak di lantai dan dinding yang retak itu ada kesan  berwarna hitam dipercayai ‘hangus’.
     “Bila abang angkat kau hilang?”Tanya Naufal.
     “Entahlah.Pagi tadi,aku lalu depan apartmen ni.Aku nampak ramai polis berkumpul.Jadi,aku pun nak tahu kenapa.Kemudian aku terdengar perbualan dua orang pegawai.”
     “Tentang apa?”
     “Ada jiran nak ke rumah abang angkat aku.Dia tak jumpa sebaliknya dia ternampak pintu rumah terbuka dan dalamnya macam yang kau lihat sekarang.Dia hubungi polis.Semasa polis buat siasatan,mereka syak abang angkat aku hilang malam tadi,”cerita Dayana. “Mereka pelik tengok dalam keadaan rumah ni.Kau bayangkan,kalau mereka nak rompak rumah ini sekalipun,macam mana boleh ada dinding yang retak,”sambungnya.
     Dayana menunjukkan pula kesan berwarna hitam yang kelihatan seperti ‘hangus’ tadi. “Nak kata ini kesan terbakar,tentu ia terkena kain-kain yang berlipat di tepinya,”Dayana menunjukkan pula longgokan kain yang terletak di atas meja bersebelahan dengan dinding yang retak dan berwarna hitam itu.
     “Dan cuma sesetengah kawasan ni saja yang berselerak.Yang pasti,barang-barang yang berdekatan dengan pintu utama saja yang berselerak...seolah-olah mereka cuma berada di sana,”tambah Khazin sambil memerhatikan sekeliling rumah itu.
     “Memang pelik,”luah Inarah pula sambil memegang dagunya. “Lagipun,Penduduk Mena biasa takkan ada kekuatan untuk pecahkan dinding tu melainkan mereka belajar seni pertahankan diri.Kalau ya pun,takkan nak merompak ataupun menculik sampai pecahkan dinding?Ada kesan ‘hangus’ pula tu.”  
     “Ada satu kemungkinan,”sampuk Hafiz yang ketika itu sedang menyentuh dinding yang retak itu. “Genolis...”
     Inarah,Khazin,Naufal dan Dayana memandang Hafiz.
     “Kenapa kau kata macam tu?”
     “Aku dapat rasa tenaga abiliti mereka pada dinding ni.Ia kesan daripada abiliti libasan cahaya sebab dinding ni agak panas sikit.Kalau disentuh pagi tadi,mesti ianya lebih panas.Kesan hitam ni memang kesan hangus,”terang Hafiz dengan suara mendatar tetapi serius.Kemudian,dia memandang Dayana. “Sebab itu kau bawa kami ke sini,kan?Kau pun syak ini kerja Genolis,kan?”
     Dayana tergamam.Dia tidak bersuara seketika sebelum menjawab, “Ya...” Kali ini,pandangan mereka tertumpu kepada Dayana.
     “Sebenarnya,aku tak berapa yakin ini kerja Genolis.Selesai saja Polis Mena habis buat siasatan tiga jam lepas,aku terus balik rumah.Aku tak syak apa-apa lagi.Selepas tu,aku terima isyarat misi tadi dan lokasinya di sini,Negara Ghanum.Jadi,aku mula tak sedap hati,”cerita Dayana.
    “Lepas aku hubungi Khazin dan Naufal melalui komputer plasma,aku terus masuk ke sini.Aku terkejut bila ternampak keadaan rumah ni.Tambahan pula kesan dinding retak dan hangus tu.Aku mula syak ia dari Genolis tapi aku tak berapa yakin,”sambungnya.
     “Kenapa?”Tanya Naufal.
     “Kenapa pula Genolis nak berjumpa dengan abang angkat aku?Apa salah dia?Selama aku kenal dia,dia tak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tak pernah berbual pun tentang Genolis.Tiba-tiba jadi macam ni pula,”ujar Dayana dengan geram sehingga dia terduduk di atas kerusi.
     “Jadi kalau betul ini daripada Genolis,maknanya ini misi kita sekarang,”Inarah bersuara dibalas dengan anggukan Dayana.
     Khazin sedang masuk ke dalam sebuah bilik.Dia melihat keadaan bilik itu.Masih dalam keadaan kemas dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bilik itu seperti diselongkar atau digeledah.
     Dia menuju ke arah sebuah meja yang bersebelahan dengan tingkap bilik.Dia ternampak sebuah gambar terletak di atas meja itu.Wajah seseorang di dalam gambar itu mengejutkannya.Lantas dia mengambil gambar itu dengan kasar dan berlari keluar dari bilik.
     “Dayana!”Panggilnya membuatkan Dayana terperanjat.
     “Kenapa ni,Khazin?”Tanya Naufal.
     Tanpa mempedulikan pertanyaan Naufal,Khazin berlari mendekati Dayana yang duduk di atas sofa. “Ini abang angkat kau?”Soalnya pula sambil menunjukkan gambar itu kepada Dayana.
     “Ha’ah.Kenapa?”
     “Namanya Ali Khalili bin Zaki,kan?”
     Mata Dayana membulat. “Mana kau tahu?”
     “Ali Khalili?”Sampuk Inarah sambil mendekati Khazin lalu merampas gambar itu dari tangan Khazin.Naufal mendekati mereka.
     “Ali Khalili...”Khazin memandang Dayana. “Kalau kau nak tahu,dialah abang aku.”
     Terlopong Dayana mendengarnya.Inarah juga kelihatan terkejut.
     “Jadi,kau salah seorang keluarga dia...”Dayana memandang Naufal pula. “maknanya Naufal juga saudara dia?”
     “Tak mungkin!Setahu aku dia tinggal Deisa dan ada sertai kursus askar selama tiga minggu tahun lepas.Macam mana dia boleh ada di sini pula?”Kata Khazin separut merungut.
     “Mungkin lepas dia keluar penjara,”teka Inarah mengejutkan Khazin,Naufal dan Dayana.
     “Apa maksud kau?”Tanya Naufal.
     “Dayana,kau beritahu tadi,kau baru kenal abang angkat kau dua bulan lepas,kan?”
     Dayana mengangguk.
     “Memang dua bulan lepas,dia baru keluar dari Penjara Polis Dimensi atau PPD,”Inarah memulakan cerita. “Sebelum dia masuk penjara,dia ada menyertai musuh kita...iaitu Genolis.Aku ingat lagi,dia sertai Genolis semasa aku menjalankan misi kedua aku.Dia sertai Genolis sebab dia nak sangat abiliti Genolis tu hingga dia terlupa siapa dia sebenarnya,”Inarah menarik nafas,berhenti seketika.
     “Tapi,aku sempat selamatkan dia dan dia belot pada Genolis.Genolis marah,dan tanpa dia sedari,dia terkena racun dan ia merebak sehinggalah dia masuk ke PPD.Akibatnya dia sakit teruk.Dia tinggal di sana selama tiga minggu.Dan mungkin bila dia keluar,dia berpindah ke sini.”
     “Kau biar betul,Inarah?Kau yakinkah itu abang aku?”Khazin cuba untuk menyangkal.
    Inarah mengangguk sambil menunjukkan gambar yang dirampasnya dari tangan Khazin tadi. “Aku cam sangat dia.Aku yakin,aku tak silap orang.”
     “Jadi,kau nak beritahu yang selama tiga minggu itu dia masuk PPD sebab sertai Genolis?Bukan pergi kursus askar macam aku beritahu tadi?Dan penyakitnya itu berpunca daripada racun?”
     “Aku cuma teka berdasarkan maklumat yang kau bagi.”
     “Tidak!”Teriak Dayana. “Abang Khalil tak mungkin buat begitu!”
     “Dayana,sabar!”Naufal cuba menenangkan Dayana. “Apa-apapun,kalau betul itu abang saudara aku,kita dengar dari mulut dia sendiri.Kalau benar ini angkara Genolis,kita kena selamatkan dia!”
     Khazin jatuh terduduk. “Aku tak faham...selama ni abang berbohong dengan aku...kepada mak dan ayah...”dia sebak.
     Naufal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“Kalau betul Abang Khalil masuk penjara,bermakna Genolis yang dia sertai dulupun masuk penjara.Sekarang ni,kalau betul Genolis yang bawa dia,kenapa Genolis tu buat macam tu?”
     “Semuanya sebab dendam!”  
     Mereka tersentak mendengar satu suara lalu menoleh ke arah jendela rumah apartmen yang terbuka luas itu.Hafiz yang dari tadi diam turut juga menoleh..
     Faruk dan Gomez kelihatan sedang terapung-apung di luar sana!

No comments:

Post a Comment