Friday, March 25, 2011

BAB 4


 SMK Bais Saujana
   Pagi itu hujan turun agak lebat.Jadi,kebanyakan yang berjalan kaki,menunggang motosikal dan berbasikal,mereka dihantar oleh waris masing-masing.Walaupun begitu,masih ada yang berjalan kaki tetapi memasang payung.Jumlah pelajar yang menunggang motosikal dan berbasikal pula tidak ramai seperti kebiasaannya.
   Inarah berdiri di luar kelas.Matanya memandang air hujan yang sedang turun dengan lebatnya.Dia langsung tidak mempedulikan semua itu.Fikirannya menerawang memikirkan sesuatu.Sesekali dia memandang kelas Tingkatan 4 Permata,bersebelahan dengan kelasnya.
   “Macam mana aku nak beritahu dia,ya?”Inarah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
   “Apasal budak tu pulak yang terpilih?Tak ada orang lain ke?”Rungutnya pula.Fikirannya berpusing-pusing.Pening.

Semalam
   “Kamu kenal dia?”Tanya Yusra seperti tidak percaya.
   Inarah mengangguk. “Dia Hafiz...kawan saya yang dikawal yang saya baru beritahu tadi.”
   Widad dan Yusra berpandangan.Mereka tersenyum.
   “Nampaknya tugas kami jadi lagi mudah,”kata Widad.
   “Hah!”
   “Nampaknya kami tak perlu lagi pergi untuk memberitahunya.Kamu sendiri boleh beritahu dia pasal ni,kan?”
   “Saya ulang...hah!!”
   “Tugas kamu jadi lagi mudah sebab dia dekat dengan kamu.Kamu patut bersyukur sebab kamu berdua senang berhubung.Senanglah kamu untuk bekerjasama nanti,”sampung Yusra.
   “Untuk kali ketiga...hah!!!”Mulut Inarah terlopong.
   Yusra ketawa kecil.Dia mengusap-usap kepala Inarah.
   “Jangan risau.Kami yakin kamu dapat yakinkan dia. Lagipun,dia lelaki.”
   “Ya,dia memang lelaki...lelaki yang keras kepala, degil, menyakitkan hati, kepala batu...”
   “A’aa...dia partner kamu sekarang!Kamu tak boleh cakap begitu,”Yusra menutup mulut Inarah daripada terus bercakap dengan tapak tangannya.
   Inarah terdiam.Dia mengunci mulutnya.
   “Nanti!”Widad mencelah. “Saya musykil.Manusia terpilih tu Hafiz. Hafiz orang yang dikawal oleh pengawal tenaga itu.”
   Inarah dan Yusra memandang Widad.
   “Saya curiga.Mungkinkah Hafiz diserang adalah disebabkan Hafiz ialah manusia  terpilih?”Tambah Widad.
   Inarah dan Yusra berpandangan. Mereka tidak pernah terfikir pun hal itu.
   “Maksud kau,mungkin pihak musuh dah dapat kesan Hafiz sebelum kita dapat kesan dia?”Yusra meneka.
   “Saya tak berani kata apa-apa. Tapi,nampaknya kamu berdua memang dalam bahaya.”
   Inarah tergamam.
   “Jangan risau,Inarah!Yang penting tugas kamu sekarang beritahu Hafiz dan cuba yakinkan dia,okey?Saya nak beritahu kamu,dia bukan setakat manusia terpilih.Dia lebih daripada itu.Saya akan beritahu kamu kemudian.”
   Inarah mengangguk perlahan.Bagaimanapun,hatinya berkata dia tidak yakin untuk memberitahu Hafiz.

Sekarang
   Hujan masih turun dengan lebat.Inarah menghembuskan nafasnya.Sekali lagi dia memandang kelas Tingkatan 4 Permata.Hatinya berbelah bahagi.Dia menyeluk poket baju kurung uniform pengawasnya.Batu jed yang terukir gambar pedang di atasnya digenggam erat.
   “Baik!Aku akan beritahu dia!Apa nak jadi, jadilah!Biarlah dia nak kata aku gila,”Inarah nekad.
   Kaki gadis berusia enam belas tahun itu melangkah ke arah kelas Tingkatan 4 Permata.Dia tidak menjenguk terus.Dia hanya melihat dari luar melalui tingkap kaca kelas itu.Kelihatan pelajar-pelajar di kelas itu sedang rancak berbual.Topik apa yang dibualkan Inarah malas hendak ambil tahu.
   “Mana pula budak Hafiz ni?Tadi ada.”Inarah menjerit kecil.
   “Ada apa kau cari aku?”Inarah tersentak apabila terdengar suara menegurnya dari belakang.Badannya spontan beralih belakang,menghadap tuan punya suara itu.
   “Err...Hafiz...sebenarnya...aku cuma lalu saja...hihi,”tergagap-gagap Inarah mengeluarkan ayatnya.
   Hafiz mengangkat sebelah keningnya. “Tadi aku dengar macam kau tengah cari aku?”
   “Oh! Itu...sebenarnya macam ni...erm...aku nnn nakk...bbaggii kkau bbaranngg...”
   Krrriiiinnnngg!Tiba-tiba loceng persekolahan berbunyi.Hafiz dan Inarah sama-sama tersentak.Dialog Inarah tadi tergantung begitu sahaja setelah loceng itu berbunyi.
   “Loceng dah bunyi.Aku nak masuk kelas.Kita cakap lain kali sajalah,”ujar Hafiz sambil memalingkan badannya.
   “Boleh jumpa aku dekat Lobi Blok B masa rehat nanti?”Teriak Inarah tiba-tiba.
   Hafiz agak terkejut.Dia menoleh memandang pengawas perempuan itu.
   “Bolehlah?Aku ada hal penting nak beritahu...”Inarah melembutkan suaranya.
   Hafiz menggaru bahagian belakang kepalanya yang tidak gatal. “Yelah,yelah!Kita jumpa kat sana masa rehat nanti.Tapi aku tak janji.”
   “Oh,okey thanks!Kita jumpa nanti!”Inarah melambaikan tangannya sebelum dia masuk ke kelasnya.
   Hafiz memandang pengawas perempuan itu dengan pandangan sinis.
   “Budak tu demamkah?Tak pernah dia buat macam tu masa cakap dengan aku.”
   Kaki Hafiz melangkah masuk ke kelasnya.

                           *          *          *          *          *
Tengahhari,Rumah Tok Bazil
   Tok Bazil duduk beristirehat di ruang tamu rumahnya.Kopi O panas yang baru disediakan oleh isterinya tadi dihirupnya perlahan.
   Isterinya,Dayah muncul dari dapur.Dia memandang suaminya itu.Wajah suaminya itu tenang tetapi Dayah tahu fikiran lelaki itu sedang kusut.Dia sibuk memikirkan keadaan kampungnya sekarang.
   Dayah melihat ke luar jendela rumahnya.Walaupun masih ada rumah yang terselamat,namun majoriti rumah yang musnah adalah banyak.Fikirannya masih tidak dapat melupakan peristiwa hari serangan makhluk aneh itu.
   “Dayah...”wanita yang sudah berusia itu menoleh.
   Tok Bazil bangun dari tempat duduknya. “Abang nak keluar kejap.Jumpa orang.”
   “Jumpa orang?Siapa?”
   “Siapa lagi...dua orang pengembara yang datang rumah kita semalamlah,”balas Tok Bazil. “Hai,entahlah!Abang tak faham kenapa mereka minta bantuan kita.Kampung kita ni pun kucar-kacir.Abang takut makhluk pelik tu serang kita lagi,”lelaki itu mengeluh.
   “Mereka minta tolong pasal apa?”
   “Pasal makhluk pelik tu la.Mereka cerita mereka pernah ke tempat tinggal makhluk tu di dalam gua...itupun secara tak sengaja.Kononnya,nak mengembara dalam gua itulah sebab gua tu besar.Tapi,lain pula jadinya.Mereka termasuk sarang makhluk tu dan makhluk tu terus serang mereka.Sudahnya,kawan mereka lagi seorang terperangkap dekat situ,”cerita Tok Bazil.
   “Ada seorang lagi?”Soal Dayah.
   “Emm...Malik namanya,”jawab Tok Bazil.
   “Abang,abang pasti ke makhluk tu serang kita sebab salah seorang penduduk kampung ni dah bunuh anak dia?”Tanya Dayah.
   “Entahlah,Dayah.Bila difikir-fikirkan balik,mungkin ada betulnya.”
   “Tapi,si Jusoh tu bukannya sengaja!Dia bunuh pun sebab anak makhluk tu yang mengganas di kampung kita dulu.Dia cuma nak selamatkan kampung kita.”
   “Dayah,soal sengaja atau tak Jusoh tetap dah bunuh anak dia.Mungkin makhluk tu mengamuk pasal tu.”
   “Sampai lima ekor datang serang?”
   “Mungkin keluarga anak makhluk tu sekali.Sudahlah,Dayah.Abang tak berani kata apa-apa lagi selagi masalah ini belum selesai,”tegas Tok Bazil.
   Sementara itu di luar rumah,Adam,Dali,dan Hafiy berjalan memasuki perkarangan rumah Tok Bazil.Waktu itu Hafiy dan Dali sedang bertelagah.
   “Kau takut,kan?”Soal Hafiy dengan nada mengejek.
   “Kau ingat aku pengecut macam kau ke!”Dali membalas balik.
   “Alah,mengaku ajelah kau takut!”Ejek Hafiy lagi.
   “Jangan sibuklah!Kalau aku takut aku takkan ada kat sinilah!”Dali melajukan langkahnya.
   Hafiy tersenyum nakal.Dia berjalan perlahan-lahan di belakang Dali yang sudah mendahului yang lain.
   “Roaarrrrr!Ganti balik anak aku!!!”Hafiy menggaraukan lagi suaranya untuk mengikut suara makhluk yang menyerang kampung mereka.
   Dali yang terdengar terkejut lalu menjerit.Dia berlari sepantas kilat ke hadapan sehingga sampai di hadapan rumah Tok Bazil.
   Tok Bazil dan Dayah yang terdengar jeritan itu bergegas keluar.Dia ternampak Dali duduk tercungap-cungap di hadapan pintu rumahnya.
   “Kenapa ni,Dali?”Tanya Dayah mendapatkan Dali.
   “Alah,biasalah tok!Gurau tak bertempat,”celah Adam sebelum sempat Hafiy membuka mulut.
   “Hei,aku cuma buat benda yang betul!”Protes Hafiy.
   “Buat apa?”Tanya Tok Bazil.
   Adam hendak membuka mulut mengatakan sesuatu,tetapi Hafiy sempat menakup mulutnya.
   “Sebenarnya,tok...tadi kami ada bincang pasal pengembara yang datang rumah tok semalam.Pengembara tu ada beritahu pasal tempat tinggal makhluk tu dan tok sudi tolong mereka,kan?”
   Tok Bazil mengangguk.
   “Saya ada cakap yang tok mungkin akan bawa kami ke gua tempat tinggal makhluk tu.Tapi Dali cakap, ‘Tok Bazil takkan buat tindakan bahaya tu.Dia takkan sekali-kali datang ke sana.’Jadi,saya sengaja usik dia kata dia penakut sebab dia betul-betul yakin yang Tok Bazil takkan ke gua tu...”
   “...lepas tu mereka bergaduh.Masing-masing kata ‘penakut,’pengecut’...sampailah Dali sudah diam,Hafiy sengaja sergah dia dengan meniru suara makhluk tu.Terperanjatlah budak ni,”Ghaisan menyampuk sebelum sempat Hafiy menghabiskan ceritanya.Hafiy mencebik.
   Tok Bazil sedikit mengeluh.Dia keluar mendapatkan Hafiy yang sudah melepaskan tapak tangannya dari menakup mulut Adam tadi.Dirangkulnya bahu pemuda itu.
   “Hafiy,kau pun tahukan yang Dali tu...”Tok Bazil memandang Dali.Kemudian,dia memandang Hafiy semula. “...sensitif.Kau tak patut buat macam tu,”sambungnya.Perkataan ‘penakut’ sengaja tidak digunakan kerana tidak mahu Dali berkecil hati.
   Hafiy sekadar mengangguk.Dia memandang Dali.
   “Aku minta maaf,Dali.Ada apa-apa yang aku boleh buat untuk kau maafkan aku?”
   Dali mengecilkan matanya. “Boleh bagi aku tiga juta?”
   Hafiy tersenyum dan matanya terkebil-kebil. “Nanti aku periksa tabung aku,”katanya.
   Adam mengerutkan dahi.
   “Dah...dah..macam budak-budak kau semua ni!”Arah Tok Bazil.
   “Bila kita nak jumpa dengan Robert dan Kay,tok?”Tanya Ghaisan.
   “Habis kau fikir saya panggil kau semua datang ni saja-saja?Kita jumpa sekaranglah.Mereka berdua beritahu nak tunggu kita pintu masuk kampung ni.”
   Ghaisan membulatkan mulutnya.
   “Siapa Robert dan Kay tu?”Tanya Dayah kepada suaminya.
   “Alah,dua pengembara yang datang rumah kita semalamlah!Tak apalah,Dayah.Abang pergi dulu.Kamu semua,gerak sekarang!”Perintah Tok Bazil selaku ketua di kampung itu.
   Adam dan yang lain berjalan mendahului Tok Bazil.Tok Bazil berjalan di belakang sekali.Dayah melambai-lambaikan tangan ke arah mereka.
   “Jaga diri baik-baik!”Teriak wanita itu.
   Tok Bazil dan keempat-empat pemuda itu membalas lambaian itu.
   Kampung Fannani itu terletak berhampiran dengan kawasan bukit yang berhutan.Dari bukit itu kelihatan seseorang sedang memerhatikan sesuatu dengan teropong.Melalui teropong itu dia sedang melihat empat orang pemuda dan seorang lelaki berusia sedang berjalan keluar dari kampung itu.
   Orang itu meletakkan kembali teropongnya yang digantung di leher.Mulutnya sengaja disengetkan dan kedua-dua keningnya terangkat.
   “Reza?”Orang itu menoleh ke belakang apabila terdengar suara memanggilnya.
   Panggilan itu datangnya daripada seorang wanita berusia awal 20-an.Wanita itu berambut panjang paras bahu dan berpakaian T-shirt biru gelap berseluar panjang putih dipadankan dengan kot labuh berwarna kelabu hingga paras buku lali warna kelabu.
   Reza yang terpandang wanita itu berada di belakangnya mengerutkan dahi.
   “Tak faham aku.Kampung mereka dah kena serang tapi berani lagi nak lawan makhluk pelik tu,”dengus lelaki itu.
   Wanita itu tersengih. “Itu baru sikit,Reza.Kita baru fasa pertama,”wanita itu memandang pemandangan kampung di bawah bukit hadapannya itu. “Sekurang-kurangnya kita dah dapat kawal makhluk tu jadi lebih agresif.Rancangan tuan besar jadikan anak makhluk itu sebagai umpan pun dah sukses,”sambung wanita itu lagi dengan bangga.
   Reza menjeling wanita itu. “Naimi,aku rasa kau ni dah makin ganaslah!Seolah-olah kau suka tengok orang lain menderita,kan?”
   Wanita bernama Naimi itu ketawa terbahak-bahak.
   “Kau silap,Reza.Aku cuma suka bila impian aku tercapai!Ini...kau tengok...”Naimi menyisingkan lengan kotnya hingga paras siku.Terdapat kesan parut di situ seperti kesan terbakar. “Salah seorang penduduk kampung jahanam ni dah menyebabkan tangan aku jadi macam ni.Bukannya kecil,besar!Aku ulang...besar!”Naimi melepaskan kembali lengan kotnya.
   “Bila aku dapat tahu tuan besar nak serang Kampung Fannani, aku sokong seratus peratus!”Tambah wanita itu lagi dengan marah.
   Kali ini giliran Reza pula ketawa. “Kau berdendam pada seorang saja tapi satu kampung kena!Memang ganas kau ni!”Kata Reza.
   “Tapi aku tak faham.Kenapa tuan besar nak serang Kampung Fannani dulu?Bukan tempat-tempat yang lain macam Kota Rampai ke,Kampung Junjung ke...”
   Naimi menumbuk perlahan bahu Reza namun cukup membuatkan Reza hampir hilang imbangan. “Kau ni lambat pick up la...kan aku cakap sekarang ni baru fasa pertama.Kita kena tengok dulu sejauh mana kita boleh kawal makhluk tu.”
   “Ya,tapi masuk hari ni dah tiga hari tapi kita masih tak buat apa-apa dalam dua hari sebelum ni.”
   Naimi menarik nafas dan melepaskannya.Dia menyilangkan tangannya. “Ada...aku tengok mereka tengah bincang pasal serangan lain pula.Kau pun tahukan,kalau kita gunakan makhluk tu,tak ada siapa akan fikir ada dalang di sebalik semua ni.Mereka cuma akan fikir binatang tu mengamuk atas sebab tertentu.Contohnya,macam kampung ni.Kita guna umpan  anak makhluk mengganas di kampung tu supaya salah seorang penduduknya membunuhnya.Jadi,bila makhluk lain datang menyerang,mereka akan syak makhluk tu mungkin marah sebab mereka dah bunuh anak dia!Mereka takkan syak ada dalang di sebaliknya dan kita selamat!”Cerita Naimi panjang lebar sambil tersenyum.
   Reza tersengih. “Habis,bila nak serang tempat lain pun nak guna taktik yang sama?”
   “Bodoh!Mestilah tak!Taktik tu lama-lama orang akan curiga juga.Tapi,itulah.Kami masih fikirkan lagi.”
   “Sekurang-kurangnya tuan besar kita dah hampir mencapai matlamatnya nak memerintah.Bila semua dah menderita nanti,dia akan muncul sebagai penyelamat dan semua orang akan tunduk padanya nanti,”ujar Reza tidak mahu kalah berhujah dengan wanita di sebelahnya itu.
   Naimi mengangguk sambil tersenyum lebar.
   “Dan aku rasa dah dapat taktik serangan yang baru,”kata Reza.
   Lantas muka Naimi memaling ke arah lelaki itu.Wajahnya serius.
   “Tapi,taktik ni sesuai untuk kita serang Kota Batu Karang.”
   “Mana-manalah.Macam mana taktiknya?”Gesa Naimi.
   “Aku akan beritahu bila kita jumpa tuan besar,”Reza terus melompat ke dahan pokok dan melompat-lompat dari dahan pokok ke dahan-dahan pokok yang lain setelah menghabiskan kata-katanya.
   “Suka hatilah!”Keluh Naimi agak kecewa lalu mengikut Reza.                    
                                       *          *          *          *          *
SMK Bais Saujana
   Waktu rehat untuk pelajar tingkatan empat dan lima sudah lima minit berlalu.Masih ada lima belas minit sebelum rehat tamat.Ada sesetengah pelajar lebih selesa berada di kelas sahaja walaupun peraturan sekolah tidak membenarkan perkara seperti itu.Mereka hanya akan keluar apabila disuruh oleh pengawas ataupun guru sekiranya kebetulan guru lalu di blok tersebut.
   Di Lobi Blok A,tidak ramai pelajar berkumpul di situ.Cuma lima,enam orang sahaja pelajar di situ sedang rancak berbual.Di situ,Inarah sedang duduk di atas kerusi berhampiran  dengan pelajar-pelajar terse.Inarah perhatikan,pelajar-pelajar itu adalah pelajar dari kelas belakang.Dia tidak berapa mengenali mereka kerana selalunya pelajar-pelajar dari kelas belakang tidak bercampur dengan pelajar-pelajar kelas hadapan,iaitu kelas pertama hingga keenam.Pengawas perempuan itu menggoyang-goyangkan kedua-dua kakinya.
   “Mana budak ni?Dah dekat sepuluh minit aku tunggu.Teruk betul,”keluh gadis itu sendirian.
   Inarah memandang taman hiasan di sebelah lobi tersebut.Terdapat kolam ikan di taman itu berserta beberapa buah pokok ditanam.Jenis-jenis pokok yang ditanam itu dia sendiri tidak pasti.Cuma dia pasti terdapat tiga jenis pokok bunga ditanam di situ iaitu pokok bunga kertas,bunga lily dan bunga kembang pagi.
   “Daripada melangut tengok taman tu lebih baik kau tengok aku yang dah lama tercongok lama kat sini,”kedengaran satu suara dari belakang.
   Inarah cam benar suara itu. “Aku rasa tak sampai seminit aku pandang taman tu.”
   “Tak sampai seminit pun aku rasa macam satu jam!”
   “Ohhh...habis kau rasa yang sepuluh minit aku tunggu kau ni tak rasa macam sepuluh jam,”Inarah memulangkan paku buah keras. “Hafiz,aku cuma ada lebih kurang sepuluh minit untuk beritahu satu perkara yang penting kepada kau.Aku nak kau ambil perhatian.”
   “Perkara apa?”
   “Pasal kau,tentang batu jed ni...”Inarah mengeluarkan batu jed dari poketnya lalu menunjukkan kepada Hafiz. “...dan juga status kau...”
   “Itu dah jadi tiga perkara,”kata Hafiz.
   “Betul juga,”mata Inarah terkebil-kebil. “Apapun mari sini. Aku tak nak orang lain perbualan kita.Ini rahsia dan aku tak nak sesiapapun tahu hal ni termasuk keluarga kau,”Inarah menggamit Hafiz supaya mengikutnya menjauhkan diri daripada sekumpulan pelajar lain yang berada berhampiran tempat duduknya tadi.
   “Jadi?”Tanya Hafiz setelah mereka berdua berada agak jauh daripada sekumpulan pelajar tersebut.
   “Kau ambil batu jed ni.Kau jadi tuannya sekarang,”Inarah melambung perlahan batu jed yang dipegangnya.
   Spontan Hafiz menangkapnya. “Batu jed?Setahu aku,aku tak ada batu jed macam ni,”Hafiz menafikan.
   “Memang kau tak ada,tapi sekarang kau ada.”
   “Maksud kau?”
   Inarah menyandarkan tubuhnya pada dinding.Otaknya masih ligat berfikir bagaimana hendak memberitahu perkara tersebut kepada Hafiz.
   “Rasanya lagi senang aku terus terang .Begini,kau orang terpilih untuk menjalankan satu misi di Dimensi Mena.Batu jed tu adalah senjata kau sekarang.”
   “Misi?”
   “Ya,misi!Setiap perkara buruk terjadi di alam dimensi,kau secara automatiknya akan berada di sana untuk selesaikan perkara tu.Lagipun,sekarang ni memang banyak perkara buruk tengah berlaku di alam dimensi tu.Sebagai manusia terpilih,kau bertanggungjawab untuk jalankan misi tu.”
   “Woo...woo...kejap!Apa benda kau mengarut ni?Misi dimensi?Batu jed ni senjata aku?Aku manusia terpilih?Aku tak faham.Boleh tak detailkan lagi?”Potong Hafiz.
   “Aku rasa aku dah terangkan semuanya.Pasal kau,batu jed ni dan status kau sebagai manusia terpilih.”
   “Tapi aku rasa cerita kau ni lagi mengarut daripada cerita tahyul!”
   “Aku faham kenapa kau tak percaya.Masa aku pertama kali diberitahu perkara ni,aku pun macam kau juga.Tapi,aku tak bohong pasal ni.Kau orang terpilih.Kau bertanggungjawab untuk jalankan misi ni.Sekarang ni penduduk Dimensi Mena dalam bahaya!Aku perlukan bantuan.
   Hafiz mengerdipkan matanya. “Kau pun orang terpilih?”
   Inarah mengangguk.Dia menunjukkan keychain yang digantung pada jam tangannya. “Ini senjata aku.Aku gunakan ia masa aku jalankan misi.Senjata kau pula ialah pedang yang terukir atas batu jed tu.”
   Hafiz teringat keychain yang ditunjukkan oleh Inarah.Keychain itu adalah benda terkahir yang dilihatnya sebelum pengsan semalam.
   “Kau ingat masa kau pengsan semalam?Aku yakin ia ada kena-mengena dengan status kau sebagai orang terpilih.Pihak musuh dah dapat kesan kau sebelum kami.Mereka cuba nak mengawal kau.”
   “Apa maksud kau ‘kami’?Kau nak beritahu Fajar tu cuba nak mengawal aku?”
   “Ada lagi dua orang lagi selain aku terlibat dengan tugas ni.Tapi,mereka cuma sampingan dan memberi bantuan saja. Fajar?Siapa tu?Oh,budak lelaki yang ada kat depan kau sebelum kau pengsan itukah?”
   Hafiz mengangguk. “Aku tak nak ambil pusing pasal hal tu.Bila diingat lagi rasa badan aku masih ada kesan elektrik macam aku kena semalam.”
   “Fajar?Dia ada kena mengena ke dengan misi yang aku jalankan sekarang ni?Entah-entah memang dia terlibat sekali dalam serangan tu,”fikir Inarah sendirian.
   “Tadi kau kata penduduk dimensi dalam bahaya.Kenapa?”
   “Sekarang ni Kampung Fannani di Dimensi Mena diserang makhluk pelik.Aku dah jumpa salah seekor makhluk tu dan ia beritahu aku sebab ia menyerang ialah salah seorang penduduk kampung tu dah bunuh anaknya.Aku dapat tahu yang anak makhluk tu mengganas dulu tapi aku tak tahu lagi sebab dia mengganas.Yalah,mereka takkan mengamuk tanpa sebab!”cerita Inarah. “Disebabkan aku jumpa makhluk itulah bahu kiri aku cedera.Aku risau mereka serang penduduk di tempat lain pula.”
   “Jadi,aku kena jalankan misi ni dengan kau?Kau nak suruh aku berperang dengan makhluk tu?”Soal Hafiz ingin kepastian.
   Inarah mengangguk. “Aku tahu kau pening tapi kau kena percaya cakap aku!Kau kena terima misi ni!Aku takut ada penduduk yang terkorban!”
   “Sekejap!Aku rasa kau dah lebih.Buat apa aku nak terlibat dalam pertempuran macam tu?Dengar sini,sepatah pun aku langsung tak percaya cakap kau.Semua tu mengarut!Jangan harap aku nak terima!Kalau kau terpaksa sangat,kau cari orang lain.Jangan cari aku!”
   “Kau yang terpilih,Hafiz.Kau kena terima juga!Kalau tak,diri kau juga yang susah,”Inarah cuba merayu buat pertama kalinya.
   “Aku cakap T.I.D.A.K...ti...dak!Faham?” Hafiz melambung batu jed yang dipegangnya kepada Inarah. “Batu jed ni kau buang.Kalau tak nak,simpan je buat hiasan,”dia memalingkan badannya lalu melangkah untuk beredar dari situ.
   “Hafiz,nanti!Ada banyak lagi yang aku belum ceritakan!”   
     “Kau cari orang lainlah!”
   “Tak boleh.”
   “Kalau tak boleh,lupakan saja niat kau tu!”Hafiz berjalan pantas beredar dari situ meninggalkan Inarah yang masih kecewa dengan keputusannya.
   Hafiz berjalan menaiki tangga yang berhadapan pada lobi tersebut.Semasa berjalan menaiki tangga,dia terserempak Fajar sedang berdiri di atas tangga pertama yang dinaikinya.
   “Ada masalah dengan pengawas tu ke?”Tanya Fajar.
   “Tak ada apa.Dia cuma cakap benda yang pelik-pelik,”Hafiz terus berjalan melepasi Fajar.Walaupun dia tidak percaya dengan kata-kata Inarah,dia tetap berhati-hati dengan lelaki itu.Perasaan curiganya tetap ada.Lebih-lebih lagi peristiwa yang dihadapinya semalam memang menyakitkan.
   “Kau sengaja cari malang,”bisik Fajar sendirian sambil tersenyum lebar.Hafiz sudah jauh melepasinya.

No comments:

Post a Comment