Saturday, March 26, 2011

BAB 4



Di sebuah hutan di Dimensi Mena
KEDENGARAN seseorang menjerit kesakitan di dalam hutan yang agak tebal itu.Nun di dalamnya di satu kawasan yang agak lapang,kelihatan Khalil sedang tersandar di salah satu pokok besar.Dia meronta-ronta.Bajunya koyak-rabak menampakkan badannya dipenuhi calar-balar.Anehnya,dia tidak boleh bergerak sedangkan tiada tanda-tanda pun yang badannya diikat.
     Semasa Khalil sedang mendengus kesakitan itu,dia terdengar derapan kaki di hadapannya.Khalil memandang hadapan.Dia ternampak Musyary dan Hanz sedang menghampirinya!
     “Berani kau belot pada abang aku dulu!”Musyary bersuara kasar.
     “Abang?”Tanya Khalil.
     “Muflih,”balas Musyary pendek. “Kau dah sertai abang aku untuk memerintah Mena tapi kau belot selepas berjumpa dengan manusia terpilih tu!”Musyary menghasilkan libasan-libasan kecil lalu dilontarkan kepada Khalil.
     Khalil menjerit lagi.Bahagian bajunya yang masih tidak terkoyak kini terkoyak dan kesan calar pada badannya bertambah.Darah dari kesan calar mengalir keluar.Nafas Khalil termengah-mengah.
     “Musyary akan maafkan kau kalau kau sanggup sertai kami untuk balas dendam kepada manusia terpilih!Haa..kebetulan kami dapat maklumat yang Pahlawan Mena dah muncul.Kita masukkan dia sekali!”Hanz mencelah.
     Khalil mengetap gigi. “Tak kiralah siapa muncul pun!Aku tak nak sertai lagi perbuatan jahat tu!”Nekadnya.
     Musyary melontarkan bebola elektrik pula kepada Khalil yang saiznya hanya sebesar penumbuk.Ia mengenai perut Khalil.Khalil menjerit lagi.Pada masa yang sama,badannya terkena sedikit kejutan.Nafasnya tersangkut-sangkut.
     “Tak serik lagi.Aku tangkap kau dari malam tadi sampai tengahhari sekarang masih berdegil!Dan lagi,aku ikat kau dengan tali haba halimunan pun tak serik lagi!”Musyary berkata geram.
     “Biarkan dia,Mus!Lama-lama dia akan ikut kita juga.”
     “Aku tahu,Hanz,”Musyary ketawa kecil sebelum memandang Khalil. “Hei,kau nak tahu sesuatu tak?”Soalnya kepada Khalil.
     “Budak-budak tu dah berada di Mena.Sekarang ni mereka berada di rumah kau sekarang!”
     “Apa?”
     “Kau tak percaya?”Tangan kanan Musyary memegang satu benda yang kelihatan seperti alat kelui.Tapi nampak gayanya ia bukan alat kelui apabila cahaya hologram muncul di skrin alat itu.
     “Kau tengok ni,”Musyary mendekatkan alat kelui yang bercahaya hologram itu pada Khalil.
     Walaupun dalam keadaan lemah,Khalil masih dapat melihat imej di dalam cahaya hologram itu.
     Imej dalam hologram itu menunjukkan satu kawasan yang amat dikenalinya.Itu rumahnya!Terdapat lima orang manusia di dalamnya.Empat daripada mereka kelihatan sedang berbual-bual manakala yang seorang lagi hanya diam.Dia cuba mengecam salah seorang daripada mereka.
     “Dia tu...”bisik hatinya apabila terpandang wajah Inarah.Kelihatan dia seperti mengenali Inarah.
     Kemudian,matanya beralih pada empat orang lagi yang bersama Inarah.Orang yang diam tadi tidak dikenalinya tetapi matanya membulat kerana terkejut apabila melihat tiga lagi daripadanya.
     “Dayana!Khazin!Naufal!”Kali ini dia menjerit. “Macam mana mereka boleh...”
     “Ooo...nampaknya kau kenal mereka bertiga,”Hanz tersenyum perli. “Kalau kau nak tahu,mereka tu pembantu manusia terpilih yang dilantik Widad...kau kenal Widad,kan?”
     “Wi...dad?”Khalil cuba mengingati nama itu.
     “Budak ni ialah Pahlawan Mena,”Musyary membuatkan imej hologram itu fokus pada wajah Hafiz. “Abang aku memang menanti-nantikan kedatangannya tapi sebab kau dan Inarah manusia terpilih tu...semuanya hancur!”Bentak Musyary.
     “Ah!Aku peduli apa!Tak kiralah apapun,jangan harap aku nak sertai kau semua!”
     “Kau...”Baru sahaja Musyary berniat untuk menyerang Khalil,Hanz tiba-tiba menyentap bahunya.
     “Nanti,Mus.Mereka dah sampai.Tengok hologram tu,”suruh Hanz.
     Musyary melihat ke dalam imej dalam hologram itu.Dia tersenyum sinis. “Mereka berdua dah sampai.”
     “Siapa?”Tanya Khalil.
     “Kawan-kawan aku...Faruk dan Gomez...”Musyary memandang Khalil sinis. “Mereka berdua berada di rumah kau sekarang.Mereka akan sambut kedatangan budak-budak tu!”
     Khalil mengetap gigi sambil menahan geram.Dia dapat melihat wajah kelima-lima remaja dalam imej hologram itu dalam keresahan.
     “Ya Allah,lindungilah budak-budak itu,”doanya dalam hati sambil melihat imej hologram dari alat yang dipegang Musyary itu.

                             *          *          *          *          *
     Kelima-lima remaja itu tergamam melihat Faruk dan Gomez terapung-apung di luar jendela apartmen tingkat dua puluh itu.Kedudukan dua orang Genolis itu atas sedikit selang tiga tingkat.
     “Kau berdua siapa?”Tanya Hafiz sambil berjalan ke hadapan mendekati jendela itu.
     “Aku Gomez dan ini Faruk,”Gomez memperkenalkan diri. “Macam yang Musyary cakap.Kau semua pasti ada di sini.”
     “Siapa Musyary?Ketua kau berduakah?”
     “Oh,dia bukan ketua kami!Dia sekutu kami.Tapi ini rancangan dia sebab dia nak balas dendam atas kematian abangnya dulu.”
     “Apa dia?Abang?”
     Faruk memandang Inarah. “Kau ni mesti manusia terpilih bernama Inarah,kan?”Teka Faruk dengan yakin.
     Inarah tidak menjawab.Pandangannya tajam memandang kedua-dua Genolis yang masih terapung-apung di udara itu.
     “Tentu kau kenal Muflih.Muflih adalah abang Musyary.”
     Inarah terkebil-kebil.
     “Khalil pernah menjadi sekutu Muflih dulu.Tapi disebabkan kau telah memperngaruhi Khalil,dan sebab kau jugalah yang dah menewaskan Muflih sehingga dia dihukum mati...Musyary akan balas dendam!”Terang Gomez pula sambil tersenyum sinis.
     Inarah mengetap gigi menahan geram sambil menggenggam tangannya.Pada masa itu juga,dia berasa Khazin berlari melepasinya.Dia tersentak.
     Khazin berlari dan melontarkan pedangnya yang bernama Lamani ke arah Gomez dan Faruk.Gomez dan Faruk tidak terkejut dengan hal itu.Mereka selamba mengelak.Lamani yang dilontar Khazin jatuh ke bawah.Khazin kaget.
     Hafiz segera melompat keluar dari jendela dan terbang ke bawah mengejar Lamani.Setelah dia dapat menangkap Lamani,dia kembali terbang ke atas.Apabila dia tiba di luar tingkap tingkat dua puluh,dia melontarkan Lamani ke dalam dan tercacak di lantai rumah Khalil.
     “Jangan nak tunjuk hebat!Kau ingat dengan baling Lamani begitu kau boleh kalahkan Genolis inikah!”Marah Hafiz kepada Khazin.
     Khazin tergamam.Sebenarnya,dia geram mendengar kata-kata Faruk dan Gomez tadi.Disebabkan dendam,abangnya Khalil pula yang menjadi mangsa.Naufal menepuk-nepuk bahunya.
     “Kau siapa,budak?”Soal Faruk kepada Hafiz yang sedang terapung-apung di hadapan mereka.
     Hafiz mengalihkan badannya. “Aku orang baru di sini.”
     Faruk dan Gomez mengangkat kening.
     Hafiz mengeluarkan batu jed yang tersimpan dalam poket zip seluar sukannya dengan tangan kanan.Tangan kirinya menepuk perlahan tangan kanannya yang memegang batu jed itu.Cahaya garis putih muncul dan bertukar menjadi sebilah pedang.
     “Hmm,pedang Ahwas!”Kata Gomez sambil tersenyum sinis. “Jadi kaulah Pahlawan Mena yang ditunggu semua Genolis selama ni.”
     “Pedulikan mereka.Aku lawan kau sekarang!”Tegas Hafiz.
     “Nanti,Hafiz!”Teriak Inarah tiba-tiba.Dia terapung-apung di belakang Hafiz.
     “Apa dia?”Tanya Hafiz.
     Inarah tidak menjawab.Dia menanggalkan keychain yang tergantung pada gelang tali tangannya dan membalingnya ke atas.Keychain tadi bercahaya dan bertukar menjadi senjata seperti tombak yang batangnya berwarna kuning disertai ukiran corak klasik di atasnya dan reben kuning panjang tergantung di hujung batang.Senjata itu dipanggil Sausan.
     Kemudian,Inarah menghalakan tapak tangan kirinya ke atas dan berteriak, “Penghadang!”.Muncul satu penghadang besar di situ.Namun,suasana tetap kelihatan seperti biasa.Bezanya nun di bawah sana,tiada manusia mahupun kenderaan yang lalu lalang seperti tadi.
     “Aku dah buat penghadang.Sekarang tiada sesiapapun yang di sini.Kita takkan babitkan mereka,”beritahu Inarah kepada Hafiz.
     Hafiz mengangguk faham.
     “Apa tunggu lagi!”Jerit Gomez sambil mendepakan kedua-dua tangannya.Serentak dengan itu,angin bertiup dengan kencang sekali.
     Hafiz dan Inarah yang tidak sempat berbuat apa-apa terus terhentak ke dinding bangunan.Khazin,Naufal dan Dayana yang berada di dalam rumah turut terkena efek daripada angin melalui tingkap yang terbuka.Mereka terhumban ke belakang.
     “Tutup tingkap tu!”Jerit Naufal.
     “Habis,Hafiz dan Inarah macam mana?Kita kena tolong mereka!Itu tugas kita!”Jerit Dayana pula.
     “Kita tak boleh keluar dalam keadaan macam ni!Kita kena percayakan mereka!”Khazin mencelah.
     Dayana akhirnya akur.Dia yang berada paling hampir dengan tingkap itu mengesot badannya perlahan-lahan kerana tekanan angin yang kuat itu.Dia menutup tingkap itu perlahan-lahan.Setelah tingkap sederhana besra itu berjaya ditutup,tiada lagi angin yang masuk.Dayana jatuh terduduk.
     “Hafiz dan Inarah macam mana?”Naufal bingkas bangun.
     “Mereka masih di luar.Nampaknya angin masih kencang lagi,”balas Dayana sambil memandang ke luar tingkap.
     “Kita akan tolong bila perlu nanti,”kata Khazin serius. “Mereka sedangkan jalankan misi yang membabitkan abang aku.Jadi aku tak nak berdiam diri,”tegas Khazin bersungguh-sungguh.
     Sementara itu di luar,Hafiz dan Inarah cuba menggerakkan diri mereka yang ibarat terlekat di dinding akibat tekanan angin itu.
     Sambil ketawa sinis,Faruk menghasilkan duri-duri tajam dan panjang di sekelilingnya ketika mendepakan kedua-dua tangan.Dia meluncurkan duri-duri tajam itu ke arah Hafiz dan Inarah.
     Inarah pantas bertindak menghasilkan pelindung jingga bagi melindungi dirinya dan Hafiz.Duri-duri itu melantun ke serata arah.
     “Hafiz,peluang kau!”Teriak Inarah.“Dari dalam pelindung ni cuba buat libasan merah kau,lantunkan angin ni supaya ‘pecah’!Buat sebesar yang boleh!”
     Hafiz memandang hadapan. “Baik!”Dia menggenggam hulu pedangnya dan fokus.
     Beberapa saat kemudian,bilah Ahwas bercahaya merah.Terang.
     “Tutup mata,Inarah!”Arah Hafiz sambil mengangkat pedangnya dan membuat sekali libasan.Inarah sudah menutup mata.
     Libasan merah besar terhasil meluncur keluar dari pelindung jingga.Libasan merah itu menolak angin kencang tadi dan menuju ke arah Faruk dan Gomez.
     Faruk dan Gomez cuba menahannya dan berjaya.Libasan merah dan angin kencang tadi dihilangkan serentak.Inarah menghilangkan pelindung jingga.Hafiz terbang ke hadapan sedikit dan menghalakan mata pedang Ahwas ke arah kedua-dua Genolis itu sambil memberi renungan cabaran.
     “Nak lagi?”Kata Hafiz agak angkuh.
     “Hebat!”Puji Gomez sambil menepuk-nepuk tangan. “Kau memang Pahlawan Mena dan penasihat kau memang hebat!”
     “Tapi tak acilah kalau kau berdua ada senjata!”Celah Faruk.Tangannya dan Gomez serentak muncul cahaya garis putih lalu terhasil sebilah pedang seperti pedang samurai.
     “Pedang ni bukan pedang biasa.Ini pedang Genolis!”Maklum Faruk lalu menghilang dari situ secara tiba-tiba.
     “Mana dia per...”Belum sempat Inarah menghabiskan kata-kata,Faruk kelihatan muncul dari belakangnya.Inarah terus menoleh.
     Kceng!Faruk hendak menghayunkan pedangnya kepada Inarah tetapi Inarah sempat menahan dengan tombak Sausan.
     “Kau akan terima balasan sebab dah kecewakan Musyary!”Percikan api terhasil semasa pertembungan pedang Faruk dan Sausan.Dengan percikan api yang semakin banyak itu,Faruk menolak Sausan ke belakang menyebabkan Inarah tidak dapat mengawal badannya dan terjatuh ke bawah!Inarah menjerit.
     “Inarah!”Hafiz menjerit cemas melihat Inarah yang sedang menjunam jatuh.Dayana,Naufal dan Khazin yang melihat dari dalam apartmen turut cemas.
     Hafiz cuba terbang ke bawah untuk mendapatkan Inarah tetapi Gomez muncul secara mengejut di hadapannya.Hafiz terhenti.
     “Nak selamatkan kawan kau ya?”Gomez memberi libasan putih melalui bilah pedangnya tetapi Hafiz pantas menahan.
     Faruk muncul di sebelah Gomez kemudiannya. “Kalau kau kuat sangat nak selamatkan kawan kau,cubalah!”Cabar Faruk sambil melibas pedangnya pula dan Hafiz sempat menahan.
     Kceng!Kceng!Hafiz dan dua orang Genolis saling bertembung.
     “Tolong ke tepi!”Jerit Hafiz masih lagi cemas.Perasaannya tidak tenteram memikirkan Inarah yang sedang terjatuh di bawah sana.Dia dapat melihat ke bawah...Inarah semakin hampir dengan darat!
     “Tidak...”Bisik Hafiz lemah bercampur cemas.Gomez dan Faruk ketawa kecil dengan nada jahat.
     Sementara itu,Inarah yang sedang terjatuh cuba untuk mangapungkan dirinya beberapa kali tetapi gagal.Dalam keadaan begitu,dia gagal mengawal abiliti mengapungkan diri.Dia semakin hampir ke tanah. 
     “Inikah pengakhirannya?”Kata hati Inarah.Dia pasrah lalu memejamkan matanya.
     Tiba-tiba Inarah terasa seperti ada tangan yang menyambutnya.Dia hairan dan membuka matanya perlahan-lahan.
     “Inarah,”Inarah terdengar suara memanggilnya.Alangkah terkejutnya apabila ternampak wajah Dayana.
     “Dayana,kau boleh terapung?”Tanya gadis itu hairan.
     “Taklah.Tengok bawah sana,”Dayana memandang diikuti Inarah.Inarah terkejut.
     Rupa-rupanya Khazin menghasilkan lingkaran api setinggi tujuh kaki daripada pedang Lamani kepunyaannya.Di atas lingkaran itu terdapat libasan cahaya berbentuk bulatan yang dihasilkan Naufal daripada sabit Ukail.Dayana yang sedang memangku Inarah berdiri di atasnya.
     “Tapi macam mana...?”
     Dayana ketawa. “Lepas saja kami nampak kau jatuh,kami terus turun ke bawah naik lif.Tapi aku turun di tingkat satu.Khazin dan Naufal pula terus turun ke bawah dan buat lingkaran dan libasan cahaya  macam yang kau nampak sekarang.Dari apartment tingkat satu,aku terjun tangkap kau dan mendarat di sini,”kenyataan Dayana itu membuatkan Inarah mengerutkan dahinya.
     Khazin merendahkan lingkaran api.Setelah kedudukannya hampir dengan tanah,Dayana sambil memapah Inarah melompat ke bawah.
     “Kau okey,Inarah?”Tanya Naufal.
     “Ya,terima kasih!Kau semua memang cekap,”puji Inarah sambil bersyukur kerana Tuhan masih melindunginya.
     Hafiz yang masih terapung jauh di atas sana masih berlawan dengan Gomez dan Faruk.Mereka saling berbalas-balas abiliti sambil menghayun pedang masing-masing.
     “Hafiz!”Hafiz terdengar sayup-sayup jeritan dari bawah sana.Itu suara Khazin.Hafiz berhenti berlawan seketika.
     “Inarah selamat!Kau jangan risau!”Walaupun,jeritan itu antara dengar tidak dengar,Hafiz masih dapat menangkap dialog jeritan itu.
     Selain itu,Hafiz ternampak Inarah sedang berdiri di bawah sana tanpa sebarang kecederaan.Hafiz tersenyum lega.
     “Ceh,menyibuk saja pembantu-pembantu kau tu!”Bentak Faruk.
     “Yakah?”Hafiz tersenyum sinis. “Sekarang kita tengok siapa yang menyibuk!”Hafiz terbang laju ke arah Faruk dan Gomez sambil menghayunkan Ahwas.
     Ahwas bertembung dengan pedang kedua-dua Genolis itu.Hafiz mengambil masa beberapa saat untuk menjerit.Bilah Ahwas bercahaya merah.Keadaan di situ menjadi panas.Faruk dan Gomez mahu melepaskan diri dari situ namun entah mengapa,mereka tidak dapat bergerak.
     “Aku kena tolong Hafiz,”Inarah hendak mengapungkan diri tetapi Dayana sempat menangkap tangannya.
     “Aku tengok Hafiz macam dah buat sesuatu.”
     “Ha’ah.Kita tengok saja,”sampuk Khazin mendongak ke atas.
     Inarah mendarat semula sambil memandang ke atas.
     Pedang Ahwas yang dikawal Hafiz menolak kuat pedang Faruk dan Gomez.Mereka berdua terundur ke belakang.Pedang ketiga-tiga mereka tidak bertembung lagi.Faruk dan Gomez agak gelisah melihat tingkahlaku Hafiz yang semakin bersungguh-sungguh itu.
     Bilah Ahwas semakin bercahaya terang. “Kau nak rasa libasan ni?”Perli Hafiz merenung tajam Faruk dan Gomez.
     Gomez menjeling Faruk. “Faruk,kita berundur dulu!”
     “Eh,kenapa?”Teriak Faruk kelihatan kurang bersetuju.
     “Kita datang sini cuma nak menguji kekuatan mereka saja.Cukuplah setakat ini.Kalau Pahlawan Mena dapat tewaskan kita,macam mana kita nak maklumkan kepada Musyary.”
     Faruk menelan air liur.Memang benar apa yang dikatakan Gomez .Mereka tidak boleh terburu-buru lagi sekarang.Ini baru permulaan.
     “Hei,apahal ni?”Hafiz bersuara.
     “Kita jumpa lain kali,Pahlawan Mena!”Faruk dan Gomez terus menghilang dari situ sebaik sahaja Gomez selesai bercakap.
     Hafiz terkejut seketika.Bilah Ahwas sudah tidak bercahaya merah seperti tadi.Khazin,Naufal dan Dayana juga terkejut bercampur lega.Inarah pula berlari ke hadapan sedikit daripada Khazin dan yang lain.
     Keadaan tenang semula.Hafiz terus mendarat dan berlari mendekati Inarah. “Kau tak apa-apa?”Dia bertanya.
     Inarah tersenyum nipis. “Aku okey.”
     Hafiz memandang sekelilingnya.Tiada seorang manusia pun di situ melainkan dirinya,Inarah,Khazin,Naufal dan Dayana. “Nasib baik kau pasang penghadang.Kalau tak tentu penduduk Mena di sini terlibat sama.”
     “Betul tu.Tak tahulah kalau mereka nampak semua ni,”Naufal menyampuk sambil menyarungkan Ukail ke dalam sarung.Khazin juga membuat perkara yang sama pada Lamani.
     “Kau okey,Khazin?”Tanya Dayana.
     Khazin tersenyum kelat. “Aku tak sangka abang aku terlibat dalam semua ni dulu.Dia tipu aku sekeluarga,”dia bersuara lemah.
     “Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan,”Inarah menenangkan Khazin sambil ‘menutup’ Sausan.Ia berubah menjadi keychain yang tergantung pada gelang talinya.Hafiz juga ‘menutup’ Ahwas dan ia berubah menjadi batu jed.
     “Kami balik dulu,”Inarah meminta izin.Dia berpaling memandang Khazin. “Kau jangan risau,Khazin.Abang kau akan selamat.”
     “Betul,Khazin,”Naufal mencelah sambil menyentuh bahu Khazin. “Kau jangan lupa,dia tu sepupu aku...”
     “...dan dia juga abang angkat aku,”celah Dayana pula.
     Khazin memandang wajah rakan-rakannya satu persatu.Tiba-tiba dia terasa bahu kirinya pula disentuh.Hafiz tersenyum ke arahnya.
     “Khazin,kau jangan risau.Abang kau akan selamat.Berdoalah.”
     Khazin tersenyum pahit.Apapun,jauh di sudut hatinya,dia terharu atas keprihatinan kawan-kawannya itu.Hatinya sebak.
     “Eh,sekarang pukul berapa?”Soal Hafiz tiba-tiba.
     “Rasanya dalam pukul tiga petang ke atas...”Naufal mengagak.
     Inarah memegang dagunya. “Mungkin di tempat kita sekarang dah tengahhari...mungkin dalam pukul dua belas.”
     “Kalau macam tu,kawan-kawan kita mesti ada di sekolah lagi.Aktiviti tu habis pukul 12.30 tengahhari,”kata Hafiz.
     Inarah memetik jari. “Iya,aku hampir terlupa!Okeylah,balik dulu!Kalau ikut waktu di sini,kami akan datang pagi esok.Kalau ikut waktu di tempat kami,ianya malam!Kita jumpa pagi esok,”beritahu Inarah mengapungkan dirinya agak jauh dari tanah diikuti Hafiz.
     Dari atas udara,Inarah mengangkat tapak tangannya. “Buka penghadangnya,”katanya dalam suara mendatar.Pengahadang dibuka.Penduduk Mena dan kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di situ muncul semula,membuatkan Khazin,Naufal dan Dayana yang berada di bawah sana tersentak melihat sekeliling mereka.
     Hafiz dan Inarah terus memunculkan cahaya di hadapan mereka untuk pulang semula ke bumi.
     “Niat ke sekolah,Hafiz,”suruh Inarah sebelum dia masuk ke dalam cahaya itu.
     Hafiz juga ingin membuat perkara yang sama.Bagaimanapun sebelum dia masuk ke dalam cahaya itu,nun jauh di hujung sana dia seperti ternampak sebuah hutan.Walaupun ianya hanya samar-samat tetapi Hafiz pasti ianya sebuah hutan.
     Tanpa syak wasangka,Hafiz masuk ke dalam cahaya.Cahaya itu hilang apabila Hafiz melepasinya.

No comments:

Post a Comment