Friday, March 25, 2011

BAB 5


Markas berbatu, Dimensi Mena
   Seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hadapan satu dinding berbatu.Tapak tangannya menekap dinding batu tersebut.
   Gruumm!Tiba-tiba terbuka dinding berbatu berbentuk separa bulatan.Apabila lelaki itu masuk ke dalam,pintu berbatu itu secara automatiknya tertutup sendiri.Namun,suasana di dalam dinding berbatu itu tidak gelap kerana diterangi dengan lampung kalimantang yang dipasang sepanjang jalan dalam dinding berbatu.
   Lelaki berbadan tegap itu berjalan terus masuk ke dalam.Dalam pertengahan jalan,dia terjumpa tangga yang menuju ke bawah.Dia menuruni tangga itu dan apabila sampai ke bawah,terdapat satu kawasan yang luas dan beberapa orang manusia sedang melakukan hal masing-masing.Lelaki itu tersenyum.
   “Kau dah sampai,Arkan?Cantik...tolong aku siapkan program ni,”seorang lelaki menegurnya.
   “Program apa?”Tanya Arkan.
   “Alah,program pasal serangan makhluk tulah!Kau dah lupa ke?”
   “Huh,taktik lain pun tak terfikir lagi dah nak buat program!Apa yang kau merepek ni,Steve?”Arkan berjalan ke arah satu mesin.
   Lelaki bernama Steve mengikutnya. “Reza dah dapat idea!Dia baru laporkan rancangan tu kat tuan besar tadi.Tuan besar pun dah setuju.Kita...maksud aku makhluk tu akan serang Kota Batu Karang esok atau lusa.”
   Arkan membulatkan matanya memandang Steve. “Reza?”
   Steve mengangguk.
   “Hmph,apa sajalah idea budak tu!”
   “Kau nak kata aku bagi idea childish ke?”Reza menyapa sambil menepuk bahu Arkan.
   Arkan tidak terkejut dengan sapaan itu.Dia tersenyum sinis.
   “Aku tak kata pun.Tapi,kalau kau sendiri kata macam tu,terpaksalah aku kata...ya!”senyuman sinis Arkan semakin melebar.
   Darah Reza tersirap dengan kata-kata Arkan itu.Mahu sahaja dia melepaskan penumbuknya pada muka Arkan.Bagaimanapun,dia ambil keputusan untuk membiarkan sahaja walaupun darahnya sudah tersirap.
   “Tak apa.Kita tengok saja nanti,”kata Reza penuh keyakinan.
   “Aku akan melihat hasilnya,”kata Arkan pula sebelum akhirnya Reza beredar dari situ sambil ketawa kecil tetapi bernada sinis.

                           *          *          *          *          *
Pintu Gua Dendaron,Padang Pasir Ahwaz    
   Tok Bazil,Robert,Kay,Adam,Dali,dan Hafiy memandang pintu gua tersebut.Dalamnya gelap gelita.Di kepala masing-masing sudah dipasang lampu suluh.Hati mereka berdebar-debar.Dali pula kelihatan gugup sambil menelan air liurnya.
   “Jom!”Robert memberi arahan.
   “Nanti!”Dali memekik.Tok Bazil dan yang lain memandang Dali dengan hairan.
   “Apahal kau ni,Dali?”Tanya Adam.
   “Err...aku lupa ada hal kat rumah.Kau semua pergi dululah,ya?Nanti aku datang balik,”Dali memalingkan badannya ke belakang.Belum sempat kaki Dali melangkah,Hafiy menarik lengannya.
   “Woo...woo...nanti dulu!Kau memang ada hal kat rumah dan hal kau tak akan habis sampai bila-bila betul tak?”Perli Hafiy.
   “Mana ada?Nanti hal aku habis aku datanglah balik.”
   “Dali,kau tak payah cari alasan nak larikan diri.Kami tahu sangat perangai kau tu,”Adam mencelah.
   Dali menarik muka masam.
   “Dali,apa pun yang terjadi kau tetap kena ikut.Beranikanlah sikit diri kau tu.Kau tu lelaki.Perempuan pun tak penakut macam kau,”ujar Tok Bazil pula.
   “Tak apa,tok.Biar saya berdiri belakang dia.Kalau dia duduk belakang sekali ada chance pulak dia nak lari nanti,”Hafiy mempelawa dirinya.
   “Elok sangatlah tu.”
   “Err...kita boleh masuk sekarang?”Kay yang dari tadi diam bersuara.
   “Oh,maaf!Boleh,boleh.Mari!”Tok Bazil mula berjalan diikuti dengan yang lain.
   Semasa mereka berjalan masuk ke dalam gua,Kay mendekati Robert.
   “Aku harap kita sempat selamatkan Malik,”ujar Kay penuh mengharap.
   “Harap begitulah!”Robert menepuk bahu Kay.

                           *          *          *          *          *
Kota Batu Karang,Dimensi Mena
   Kota tersebut terletak dua puluh kilometer dari Kampung Fannani.Kota Batu Karang merupakan sebuah kota yang membangun.Kota itu juga sesak dengan pengunjung dari penduduk kota yang lain.Maklumlah,Kota Batu Karang merupakan sebuah kota yang cantik meskipun ia padat dengan bangunan.
   Hari itu adalah hari Pesta Jualan Barangan Terpakai.Apabila dinamakan barangan terpakai,sudah tentulah ia murah.Ramai penduduk yang berada di pesta itu untuk memebeli barangan yang menepati citarasa mereka.
   “Kak,gelang permata ni padan betul dengan akak!Mesti cantik bila akak pakai!”Salah seorang penjual di sebuah gerai cuba memancing pelanggannya.
   “Betul ke?”Wanita berusia pertengahan 30-an itu bertanya.Hatinya kembang menerima pujian sebegitu.
   “Serius,kak!Memang sesuai.Harganya 70 Menakoin aje,kak.Maklumlah,barangan terpakai mestilah murah.”
   Wanita itu tersenyum simpul. “Baiklah,saya beli,”dia mengeluarkan wang berjumlah 70 Menakoin dari dalam beg tangannya.Menakoin adalah mata wang untuk Kota Batu Karang.
   Semasa dia mengeluarkan wangnya dari dalam beg tangannya,seorang budak berusia lebih kurang dua belas tahun terpandang wang itu.Lantas tangannya menyambar wang itu lalu berlari pergi dari situ.Wanita itu kaget.
   “Woi,budak!Duit aku!Tolong tangkap budak tu!”Wanita itu memekik pada orang ramai yang lalu lalang di situ.
   Beberapa orang lelaki cuba mengejar budak itu.Budak itu tetap berlari walaupun sudah beberapa kali dia terlanggar orang ramai yang berada di pesta itu.Dia tidak peduli.Dia mesti melepaskan dirinya.
   “Woi,budak!Jangan lari!”Jerit salah seorang daripada lelaki itu.Jeritan yang acap kali didengar apabila seseorang itu sedang mengejar seseorang.Sudah tentulah budak itu takkan berhenti kerana telah membuat kesalahan kecuali kalau dia mengalah.
   Entah kenapa tiba-tiba semasa berlari,kaki budak itu terlanggar batu kecil lalu jatuh tersungkur.Wang berjumlah 70 Menakoin di tangan terlepas.
   “Padan muka!Itulah akibatnya orang yang suka mencuri!”Teriak seorang lelaki yang bermisai.
   Budak itu mengaduh kesakitan.
   Lelaki yang berada di sebelah lelaki bermisai menolak kuat bahu budak tersebut.Tangannya mengambil wang yang terjatuh tadi.Kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang berkumpul di situ.
   “Wang saya!”Jerit wanita yang dicuri wang tadi.
   “Ini puan.Lain kali hati-hati.Dekat sini banyak ‘sampah’,”kata lelaki di sebelah lelaki bermisai itu sambil mengembalikan wang wanita itu.
   Wanita itu memandang budak yang bernasib malang itu.
   “Jijik betul.Hei,budak!Lain kali,kalau kau curi duit aku lagi,kau akan terima akibatnya!Dasar anak ‘sampah’!”Bentak wanita itu garang lalu berlalu dari situ.
   Orang ramai yang berkerumun tadi bersurai kecuali budak itu.Budak itu tidak dapat menahan dirinya daripada menangis.Air matanya mengalir sedikit demi sedikit.
   “Adik ada masalah?”Satu suara lembut menegurnya.
   Budak itu mendongak.Seorang lelaki tua berjanggut dan bermisai putih tersenyum lembut ke arahnya.

                           *          *          *          *          *
SMK Bais Saujana,1.20 tengahhari
   Semua pelajar sesi pagi sudah tamat persekolahan mereka pada waktu itu.Bagi pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil aliran sains,sepatutnya mereka akan pulang pada pukul dua.Namun,disebabkan kebanyakan guru-guru terlibat dengan satu mesyuarat tergempar,mereka dibenarkan pulang awal.
   Hafiz,Firas,Azman dan Syahid berada tempat letak motosikal pelajar yang terletak di sebelah pintu pagar utama sekolah.Seperti biasa,Firas akan menghantar Hafiz pulang ke rumah.Hafiz hairan kali ini Syahid datang ke sekolahnya dengan motosikalnya.
   “Apa mimpi kau ni naik motor pulak!Selalunya tumpang Azman.”
   “Haa...kalau kau nak tau inilah upah aku.Semalam seharian aku tolong mak aku kat rumah.Ayah aku on lah,”balas Syahid sambil menepuk-nepuk tempat duduk motosikalnya. “Bilalah aku nak ada motor sendiri macam kau,Firas,Azman.”
   “Ah,kalau kau nak sangat kumpul duit!Ayah kau mesti bagi punya.Duit kau!Kau pun dah dapat lesen minggu lepas.Bukan macam mamat sebelah aku ni,”Firas menjeling Hafiz.
   Hafiz membalas jelingan itu. “Aku dengar tu,Firas!”
   Firas ketawa terbahak-bahak.
   Syahid memakai topi keledarnya.Waktu itu juga dia ternampak Inarah dan Farahin sedang menuju ke arah tempat letak motosikal tempat mereka berada sekarang.Inarah dan Farahin juga terpandang keempat-empat lelaki itu.Inarah menarik muka masam.
   “Lambatnya keluar.Bukan kau berdua yang keluar dulu ke tadi?”Tegur Syahid.Dia sudah duduk di atas motosikalnya.
   “Inarah pergi pejabat tadi sebab nak hantar buku log kat Puan Nai,”dengan ramah Farahin menjawab setelah mendapatkan motosikalnya di sebelah motosikal Inarah.Topi keledar dipakainya.
   “Hei,petang ni latihan sukan Rumah Jebat dengan Rumah Kasturi,kan?Hafiz,kau Rumah Jebat,kan?Datang tak?”Soal Azman yang sudah menghidupkan enjin motosikalnya.
   “Ya,”jawab Hafiz ringkas sambil kakinya melangkah naik ke atas motosikal Firas.Azman juga adalah ahli Rumah Jebat.
   “Huh,nasib baik kau ingatkan!Aku hampir lupa aku Rumah Kasturi.Inarah,kau nak datang tak petang ni?”Celah Farahin.
   “Ikut buat apa?Aku bukannya Rumah Kasturi ataupun Jebat.”
   “Aku cuma...nak tanya....”
   “Yalah,kau ni Inarah!Farahin cuma nak tanya.Yang kau bengang satu macam ni apahal?”Tanya Firas agak hairan dengan sikap Inarah itu.Wajah gadis itu muram sejak dari tadi.
   “Bukan satu macam...dah bermacam-macam!Maaf,Farahin.Aku balik dulu.Aku nak cepat!”Inarah mengundurkan sedikit motosikalnya dengan kedua-dua belah kakinya sebelum memecut meninggalkan Farahin dan keempat-empat lelaki itu.
   “Kenapa Inarah tu,Farahin?”Tanya Firas yang masih hairan melihat kelakuan pengawas perempuan itu.
   “Tak tahulah.Aku pun pelik.Dia jadi macam tu lepas rehat tadi.Bengang semacam aje,”jawab Farahin sambil menghidupkan motosikalnya.
   “Alah,diakan pengawas!Kau bukannya tak tahu pengawas banyak kerja.Stres la tu,”Azman mengeluarkan pendapat.
   “Takkanlah...Inarah bukan macam tu,”Farahin cuba menafikan.
   “Tak ada apa-apalah tu.Kalau dia ada masalah sekalipun,kenapa kau semua nak jaga tepi kain dia?Manalah tahu masalah peribadi,”Hafiz menyampuk.Dia sudah maklum mengapa Inarah jadi begitu.Sengaja dia buat tidak tahu di hadapan rakan-rakannya.
   “Memanglah.Tapi,Inarah tak pernah macam tu sebelum ni...”
   “Kau tak payah risaulah,Farahin.Kalau kau nak tahu sangat,tanya dia apa susah,”cadang Syahid.
   Farahin mendiamkan diri.Sebenarnya,dia ingin berbuat begitu tetapi dia takut Inarah akan memarahinya dan mengatakan dia suka menyibuk hal orang lain.Secara jujur,dia langsung tiada niat yang begitu.Dia cuma mengambil berat.
   “Jangan risaulah,Farahin.Sekejap aje tu.Nanti lama-lama okeylah,”Hafiz cuba menenangkan Farahin.
   “Harap macam tulah.”
   “Kami balik dulu,Farahin.Assalamualaikum!”Ucap Azman.
   “Waalaikummussalam. Jumpa lagi!Ucap Farahin pula sambil melihat motosikal Firas,Azman dan Syahid berlalu dari situ.

                           *          *          *          *          *
Bilik tidur Inarah
   Inarah meletakkan beg sekolah di sebelah meja belajarnya.Dia mencapai tuala untuk mandi dan menunaikan solat Zohor selepas itu.Ibunya,Puan Jasmin masuk ke dalam biliknya.Waktu itu,Inarah melipat kain telekung sembahyangnya.
   “Ina nak makan?”
   Inarah menggeleng. “Ina ada kerja sikit.Mak jangan ganggu Ina,ya?Ina nak bersendirian sekarang,”pinta Inarah sambil menyidai kain telekungnya di ampaian mini biliknya.
   Puan Jasmin agak hairan dengan sikap anak gadisnya itu.Namun,dia akur dengan Inarah.Mungkin anak gadisnya itu ada sebab tersendiri.
   Puan Jasmin menutup pintu bilik anaknya.Inarah terus mengunci pintu.Dia mengambil tudung putihnya,baju putih,tali pinggang dan seluar kelabu lalu dipakainya.Batu jed Hafiz dimasukkan ke dalam poket seluar.Kemudian,dia mengambil keychainnya.Dia membuat perkara yang sama pada meja cerminnya setiap kali dia ingin berjumpa dengan Widad dan Yusra.
   Inarah masuk ke dalam cermin yang bercahaya itu. berbaju. hadapannya sekarang Widad dan Yusra yang sedang menanti kedatangannya.
   “Mana seorang lagi?”Pertanyaan Yusra itu membuatkan Inarah menghembus nafas kasar.
   “Jangan tanya pasal budak pengecut tu!”Gadis itu mendengus.
   Widad dan Yusra tidak berkata apa-apa.Walaupun Inarah tidak menjawab soalan Yusra tadi,mereka sudah mendapat jawapannya.
   “Kali ni kamu kena pergi ke Gua Dendaron.Dua orang pengembara dan lima orang penduduk Kampung Fannani telah berada di sana,”perintah Widad.
   “Dua pengembara?Takkan dua pengembara tu?”
   Widad dan Yusra mengangguk hampir serentak.
   “Mereka berada di tempat berbahaya sekarang.Kamu kena pergi tolong mereka.”
   “Saya cuba,”Inarah berlari empat lima tapak ke hadapan dan lenyap begitu sahaja.
   Yusra memandang Widad. “Macam mana?”
   Widad tersenyum. “Tentang budak tu,serahkan saja pada saya,”serta-merta Widad hilang dari situ.

                           *          *          *          *          *
Pukul 3.50 petang,perkarangan SMK Bais Saujana
   Hafiz dan Azman duduk di tempat letak basikal yang kosong yang berhadapan dengan padang sekolah sambil berbual dengan pelajar-pelajar yang lain.Kadang-kadang mereka ketawa.
   “Hei,Man!Pukul berapa?”Tanya salah seorang pelajar lelaki kepada Azman.
   “Awal lagi.Baru 3.51!Latihan start pukul empat,”balas Azman yang duduk di sebelah Hafiz.
   “Boringlah.Dah la kerja sekolah berlambak.Petang ni ada latihan pulak!Aku tak buat satu apa lagi!”Pelajar lelaki Cina dipanggil Chia mengeluh.
   “Rilekslah,Chia.Aku pun sama juga,”kata Hafiz. “Tapi,aku ada siapkan sikit sebelum datang tadi.Tinggal...Sejarah ajelah.”
   “Jangan cakap pasal kerja rumah boleh tak?Kepala aku berserabut fikir pasal tu.Baru awal tahun,”pelajar lelaki bernama Tahir menyampuk.
   Azman ketawa terkekeh-kekeh.Hafiz pula hanya diam tetapi mulutnya menguntum senyuman.Senyumannya hilang apabila ternampak Fajar baru keluar dari kawasan sekolah.Dia masih berpakaian sekolah.Walaupun jarak antara mereka agak jauh,Hafiz cam benar gaya lelaki itu.
   “Hei,aku nak keluar sekolah kejaplah!”Hafiz meminta izin.
   “Eh,latihan lagi berapa minit nak mula!Kau nak ke mana?”
   “Kejap aje!”Hafiz menegas lalu beredar dari situ.Azman dan pelajar-pelajar yang berada di situ memandang hairan.
   Hafiz berjalan agak laju untuk mengejar Fajar.Fajar seakan tahu kehadirannya melajukan langkah.Hafiz mempercepatkan langkah kakinya.
   Fajar kemudiannya belok ke kiri jalan di mana kawasan yang dilaluinya adalah kawasan belakang sekolah mereka.Kawasan belakang sekolah itu luasnya seperti padang sekolah.Terdapat deretan rumah teres berhadapan dengan padang itu.Walaubagaimanapun,kawasan itu ditumbuhi kemucut dan lalang seolah-olah tidak dijaga.
   Hafiz juga belok ke kiri jalan.Dia terperanjat Fajar tiada di situ.Dia menoleh ke kiri ke kanan.Dia pasti Fajar baru sahaja melalui kawasan itu tadi.Tiba-tiba muncul satu lengan dari belakang lalu lengan itu merangkul kuat lehernya.Spontan kedua-dua tangan Hafiz memegang lengan itu.
   “Fa...jar...”kata Hafiz apabila ternampak wajah di belakangnya.
   Fajar tersenyum sinis.Matanya tajam. “Kasihan.Aku ingatkan kau kuat sangat!”Perlinya sinis.
   Tanpa membuang masa,Hafiz pantas menyiku perut Fajar.Spontan Fajar melepaskan rangkulannya dan Hafiz mengambil kesempatan  membuat tendang silang kepada lelaki itu.
   Fajar jatuh terduduk.Walaupun sakit,Fajar masih mampu mengukir senyuman sinisnya. “Nampaknya aku kena tarik balik kata-kata aku tadi.Kau memang hebat sebagai juara silat!”
   “Kau siapa sebenarnya?”Soal Hafiz.
   “Aku?Aku manusia macam kau jugak.Cuma dari tempat lain.”
   “Tempat yang macam mana kau maksudkan?”
   “Tempat yang kau sendiri tak percaya bila pengawas tu ceritakan pada kau.Kononnya semua tu mengarut!”Fajar bangun sambil memegang perutnya. “Dimensi Mena...tempatnya lebih kurang sama seperti di bumi.Punya manusia,punya tumbuhan dan binatang.Cuma bezanya teknologi di sana jauh lebih maju berbanding di sini.Dan terdapat banyak makhluk aneh di sana.Salah satunya adalah makhluk yang menyerang Kampung Fannani.Hoh,makhluk tu memang pelik dan menakutkan!”
   Mendengar kenyataan itu,serta-merta Hafiz teringatkan cerita Inarah kepadanya pagi tadi. “Kau ada kena-mengena dengan serangan tu?”Tanyanya agak terkejut.
   Fajar ketawa besar. “Pandai pula kau meneka,ya?Sekarang ni perempuan tu ada di Dimensi Mena...dan aku takkan benarkan kau pergi ke sana...”Fajar hilang dari situ.
   Hafiz terkejut.Namun,dia terasa ada sesuatu di belakangnya.Apabila dia menoleh,tiada sesiapa.Tergerak hatinya untuk mendongak ke atas dan sekali lagi terkejut melihatnya.
   Fajar terapung di atas udara!Kemudian,dia membuat tendangan dari atas ke arah Hafiz yang berada di darat.
   Hafiz pantas mengelak dengan melompat ke belakang.Semasa kaki Fajar mencecah tanah,tanah itu seperti terkena hentakan yang kuat menyebabkannya ia terjerlus ke dalam dan asap berkepul-kepul.Sekali lagi Hafiz terperanjat.
   Tanpa membuang masa,Fajar yang sudah mendarat berlari ke arah Hafiz untuk memberikan satu tumbukan ke bahunya.Hafiz lantas menangkap buku lima Fajar dengan tangan kirinya.
   “Hentikan,Fajar!Orang dekat sekolah ni dengan di rumah sana akan nampak kita,”pinta Hafiz apabila sedar mereka berdua sedang berada di kawasan belakang sekolah dan berhadapan dengan kawasan perumahan.
   “Oh,jangan risau!Mereka takkan nampak kita.Aku dah pasang penghadang macam aku buat masa bagi bendalir elektrik pada kau dulu,”Fajar tersenyum lebar.
   Mata Hafiz terbeliak.Tangan kanannya menangkap lengan Fajar lalu lututnya menendang perut Fajar dan disusuli dengan tendangan sisi membuatkan Fajar terpelanting jauh.
   “Kau tak guna!Patutlah tak ada sesiapa perasan!”Jeritnya geram.
   Fajar masih tidak bangun dari jatuhannya.Dia mengetap gigi.Tapak tangannya menggenggam rumput.Satu gegaran muncul selepas itu.
   Hafiz jatuh terduduk. “Apa ni?”Kata hatinya.
   Fajar bangun dari jatuhannya.Dia memandang tajam ke arah Hafiz dan mengukir sebuah senyuman sinis.Senyumannya itu kelihatan penuh dengan kebencian dan dendam.
   “Aku tak ada masa nak main-main kau!Mungkin aku tak dapat bunuh perempuan tu...tapi kau sebagai permulaan!”Fajar memakai sarung tangan di tangan kanannya.Kemudian,tangannya itu menggenggam penumbuk.Satu bulatan cahaya berwarna biru diikuti dengan bendalir elektrik.Ianya bebola elektrik.
   Hafiz tidak berapa nampak bebola elektrik itu akibat gegaran.Apa yang dia pasti,dia nampak Fajar sedang menghayunkan tangannya yang mengeluarkan bebola elektrik itu.
   “Matilah kau!”Bebola elektrik itu terlepas dari penumbuk Fajar dan ia melayang menuju ke arah Hafiz.
   Satu letupan berlaku.Asap berkepul-kepul di udara.Gegaran tadi berhenti serta-merta.Fajar langsung tidak kisah akan itu.Hatinya berbunga riang kerana menyangka usahanya berjaya.Namun,apabila terpandang sesuatu di hadapannya,perasaan riangnya tadi terus bertukar.
   Kelihatan seorang lelaki tua berusia akhir 40-an berada di hadapan Hafiz.Hafiz yang berada di belakang terkejut.Satu cahaya berwarna jingga berbentuk segi empat tempat memanjang dari atas ke bawah sama tinggi dengan lelaki itu.
   “Kau...?”Fajar bersuara,terkejut.
   Lelaki itu hanya tersenyum.Dia menolak cahaya jingga itu dan ia meluncur menuju ke arah Fajar.Fajar tidak berfikir panjang lalu menghilang dari situ.Cahaya jingga yang sepatutnya mengenai Fajar terkena satu pokok sederhana tinggi di kawasan itu menyebabkan kulit batang pokok itu terkeluar.Mujur pokok itu tidak tumbang.
   “Kamu tak apa-apa?”Tanya lelaki tua itu kepada Hafiz.
   Hafiz tidak menjawab soalan itu.Dia bangun dari duduknya.
   “Pak cik ni siapa?Saya kenal pak cik ke?”
   Lelaki tua itu tersenyum. “Nama pak cik Widad.Kamu tak kenal pak cik,tapi kamu kenal Inarah,kan?”
   “Inarah?”Ulang Hafiz. “Pak cik ni...”
   “Saya orang yang bertanggungjawab menjadi penasihat kamu berdua.Ada seorang lagi...Yusra.Saya datang jumpa kamu pun ada sebab...”
   “Jangan cakap lagi!Bawa saya ke tempat Inarah berada sekarang,”gesa Hafiz memotong percakapan Widad.
   Widad agak tersentak.Dia tersenyum.

No comments:

Post a Comment