Saturday, March 26, 2011

BAB 5


Villa Dasuki Sekeluarga,Dimensi Mena          
PETANG itu,Zafreen duduk di tepi kolam di dalam villa itu sambil menghidupkan komputer plasmanya.Dia menulis nama ‘KHALIL’ di atas skrin dengan menggunakan jari telunjuknya dengan niat untuk menghubunginya.Namun tiada maklum balas walaupun agak lama dia menunggu.
     Zafreen mendengus dan cuba untuk bersabar.Dia mencuba lagi dan lagi.Bagaimanapun,hasilnya tetap sama.Zafreen hilang sabar lalu menutup komputer plasmanya.Bapanya,Encik Dasuki yang kebetulan baru muncul di situ bersama-sama dengan seorang budak lelaki hairan melihat anaknya.
     “Kenapa,Rin?Marah nampak,”tanya Encik Dasuki.
     Zafreen memandang ayahnya. “Khalil,ayah.Rin dah hubungi dia banyak kali tapi tak jawab,”luahnya.
     “Dia sibuk agaknya?”
     “Kalau sibuk sekalipun,dia selalu tinggalkan pesanan,”Zafreen memandang budak lelaki di sebelah ayahnya. “Abang Khalil ada tinggalkan apa-apa pesanan pada Umar tak?”Soalnya.
     Budak lelaki bernama Umar itu menggeleng. “Tak ada,kak.”
     “Cik Zafreen...”mereka tersentak apabila ternampak orang gaji mereka sedang tergesa-gesa menghampiri mereka.
     “Ada apa,Ema?”Tanya Zafreen.
     “Tadi saya keluar jumpa kawan saya.Mereka beritahu,Encik Khalil kena serang malam tadi.”
     Zafreen,Encik Dasuki dan Umar serentak terkejut.
     “Kena serang?Siapa yang serang?Ema...cuba ceritakan apa dah jadi?”Dengan cemas Zafreen bertanya sambil memegang bahu Erni.
     “Mereka cerita...pagi tadi Polis Mena ada buat siasatan di rumah Encik Khalil.Encik Khalil tak ada di situ tetapi dalam rumahnya cuma kawasan berdekatan pintu utamanya saja yang macam digeledah.Tapi kesannya macam kena serang,”terang Ema.
     Lemah lutut Zafreen mendengarnya.Dia jatuh terduduk.Wajahnya muram dan penuh penuh kerisauan.Umar duduk di sebelahnya sambil memegang bahu kakaknya.
     “Cik Zafreen...”Ema memanggil perlahan.
     “Erni,masuk dulu,”perintah Encik Dasuki.
     Erni hanya akur dan sempat mengerling ke arah Zafreen.Zafreen masih kelihatan seperti tadi.Dia seolah-olah menerima khabar yang paling buruk.Timbul perasaan bersalah dalam diri Erni.Namun,dia tetap beredar dari situ supaya tidak menganggu emosi majikannya.
     “Zafreen...”panggil Encik Dasuki dengan suara lembut.
     Zafreen mendongak.Matanya sudah bergenang dan tertumpah ke pipi sedikit demi sedikit. “Khalil ayah...”
     “Ayah tahu,”Encik Dasuki mengusap-usap rambut anak perempuannya itu. “Nanti ke balai polis,tanyakan tentang siasatan mereka sekarang,okey?
     Zafreen mengangguk seraya mengesat air matanya.
     “Umar ikut sekali!”Umar menyampuk.
     Encik Dasuki memandang Umar. “Boleh,Umar.Tapi jangan sampai kena culik macam hari tu.”
     Umar tersengih. “Janji,”dia menaikkan tapak tangan kanannya.

                             *          *          *          *          *
     Hari sudah menjelang senja.Malam hendak membuka tirai.Senario di dalam hutan itu sunyi-sepi tetapi tenang dan nyaman.Nun di dalamnya juga terdapat sebatang sungai yang mengalir deras.Pemandangannya begitu indah sekali.Musyary sedang berdiri di sebelah sungai itu bersama Hanz,Faruk dan Gomez.
     “Jadi Khalil kenal empat orang daripada lima budak-budak tu?”Tanya Faruk kepada Musyary.
     “Inarah,Khazin,Dayana dan Naufal...”Musyary memandang Faruk. “Dia tak kenal Hafiz...Pahlawan Mena.Tapi aku yakin,dia mengharapkan pahlawan tu untuk menjaga mereka berempat.”
     “Cetek betul fikiran Khalil.Walaupun kita dah buat macam-macam padanya,dia masih berdegil tak nak sertai kita,”kata Hanz.
     Musyary ketawa kecil. “Kita tengoklah nanti.”
     Hanz,Faruk dan Gomez memandang Musyary sambil mengerutkan dahi.
     “Kita pergi padanya sekarang!”Musyary menghilang dari situ.
     Gomez,Hanz dan Faruk turut menghilang dari situ dengan menggunakan teleport.
     Mereka berempat muncul serentak di satu kawasan lapang di dalam hutan itu.Mereka ternampak Khalil masih lagi tersandar pada sebatang pokok dan tidak boleh bergerak akibat diikat dengan tali haba halimunan.
     “Apa khabar,Khalil?”Sapa Musyary sinis.
     Khalil mengangkat mukanya perlahan-lahan.Dia kelihatan lemah sekali.Wajahnya pucat.Badannya masih dipenuhi calar-balar.Luka di mukanya sudah kering.
     “Kasihannya.Itulah akibatnya bila tak dengar cakap Musyary...,”Musyary menarik rambut Khalil. “...dan belot kepada Muflih...”dia melepaskan tarikannya.
     “Peduli apa aku?”Tingkah Khalil perlahan.
     “Ooo...‘peduli apa’ kau cakap.Kalau kami apa-apakan budak-budak tu,baru kau nak ambil peduli!”
     Mata Khalil terbeliak. “Tak...tolong jangan...,”dia merayu.
     Musyary,Gomez,Faruk dan Hanz ketawa besar.
     “Kalau kau tak sertai kami sekalipun,kami tetap akan ‘ajar’ budak-budak tu,”Musyary menghasilkan bebola panas berwarna putih.Dilontarkannya kepada Khalil.
     Khalil menjerit kesakitan.Badannya terketar-ketar.Nafasnya turun naik.Dia menjeling tajam keempat-empat lelaki di hadapannya.Perasaan bencinya kepada mereka membuak-buak.
     “Esok pagi,Pahlawan Mena dan penasihatnya itu akan datang.Kali ini,biar aku yang menjemput mereka,”Musyary tersenyum sinis.
     “Mana kau tahu?”Tanya Gomez.
     “Kalau ikut waktu di Mena pagi esok,di tempat mereka waktu malam.Takkan mereka nak tunggu sampai pagi esok.”
     Gomez mengangguk-angguk.
     “Kami bagi peluang untuk kau buat keputusan sertai kami sampai pagi esok,Khalil.Kalau kau degil,tengoklah akibatnya.Dahlah penyakit kau belum sembuh sepenuhnya lagi,”Musyary mengugut.
     Khalil gugup.Perasaan gelisah,takut,risau...semua yang negatif sedang menyelubunginya sekarang.

                             *          *          *          *          *
Waktu petang,Taman Permainan Nurijaya     
     “Kau yakin dia nak jumpa di sini?”Tanya Azman kepada Hafiz.
     Ketika itu,Azman dan Hafiz sedang duduk di atas sebuah kerusi panjang yang disediakan di taman permainan ituRamai kanak-kanak yang berada di taman itu ditemani ibu bapa masing-masing.Walaupun taman permainan itu berdekatan dengan kawasan perumahan Nurijaya,iaitu tempat tinggal Hafiz,taman itu adalah taman permainan yang paling luas berbanding taman permainan di kawasan perumahan yang lain.
     “Dia sendiri beritahu dalam telefon pukul tiga tadi,”jawab Hafiz.Matanya melirik pada jam tangan.Pukul 5.25 petang.Selesai sembahyang Asar di rumah dalam pukul 5.05 petang tadi,dia terus ke situ bersama Azman yang kebetulan datang ke rumahnya.
     “Tak sampai-sampai lagi pun,”kata Azman.
     Hafiz sekadar membisu.Matanya meliar memandang sekitar taman permainan itu.Tiba-tiba matanya tertacap pada kelibat seorang manusia yang kelihatan seperti berlari ke arahnya.
     “Itu dia,”Hafiz bersuara mengejutkan Azman.Azman turut memandang kelibat manusia seperti sedang berlari ke arah mereka.
     “Maaf aku terlambat,”kelibat manusia tadi sudah berada di hadapan mereka berdua dalam keadaan termengah-mengah.Rupa-rupanya Inarah!
     “Wah,cantik kau petang ni!”Puji Azman separuh mengusik Inarah yang ketika itu memakai baju kurung sutera berwarna hitam disertai bunga ros besar bertaburan berwarna kuning.Dia memakai tudung berwarna kuning menampakkan kontra warna dengan bunga itu.
     Inarah menghela nafas. “Aku baru balik dari rumah saudara aku pukul 4.30 petang tadi.Malas nak tukar baju.Aku tidur sekejap sebab letih.Bila aku bangun dan sembahyang Asar,baru aku teringat.Jadi aku terus datang sini naik motor,”jelasnya.
     “Kenapa kau di sini,Azman?”Inarah bertanya pula.
     “Kebetulan aku pergi rumah Hafiz tadi masa dia nak datang sini.Jadi aku ikut sekali.Nak tahu juga apa rancangan kau berdua dalam misi ni.”
     “Ooo...aku pun ada bawa adik aku,”Inarah memandang buaian yang terletak tidak jauh dari tempat mereka.Kelihatan adiknya,Izzat yang memakai baju T-shirt ungu sedang bermain buaian.
     “Kenapa nak jumpa aku?”Hafiz mula bersuara setelah lama diam.
     “Ah..ya!”Inarah tersentak.Kemudian,dia memandang Azman. “Azman,walaupun kau dah tahu rahsia kami,tapi kami tak boleh dedahkan tentang misi kami kepada sesiapa.Aku harap kau faham.”
     Azman mengangkat bahu. “Okey,aku faham.Rasanya aku tak patut datang sini tadi.”
     “Jangan risau,Man,”tegur Hafiz menepuk bahu Azman. “Kami akan beritahu  mana yang kami boleh beritahu nanti,okey?”
     Azman angguk. “Nanti aku hantar kau balik dengan motor aku.Aku nak join Izzat sekejap,”ujar Azman lalu mendapatkan Izzat.
     “Jadi?”Tanya Hafiz sambil membetulkan kedudukan topi yang dipakainya.
     Inarah menoleh. “Aku ada hubungi Chief Mahdi lepas balik sekolah tengahhari tadi.Aku tanya dia tentang profile Khalil,abang Khazin,”beritahunya.
     “Hah?Dah tu?”
     “Memang betul apa yang aku sangka,”Inarah berkata perlahan. “Lepas keluar penjara,Khalil berpindah ke Ghanum.Dia tak nak tinggal di Deisa lagi sebab dia ingatkan,dia boleh jauhkan diri dari Genolis,”sambungnya.
     “Habis,macam mana Genolis dapat kesan dia?”
     Inarah menggeleng. “Aku tak tahu.Mungkin dari abiliti Genolis yang ada pada Khalil.Setiap Penduduk Mena yang ada abiliti tu,Genolis tulen akan dapat kesan abiliti mereka.Itupun terhad.”
     “Tapi semuanya sebab dendam,kan?”
     “Ya.Menurut Chief Mahdi lagi,Genolis yang terlibat dengan Khalil tu bernama Muflih.Muflih memang mempunyai seorang adik bernama Musyary tapi mereka jarang berjumpa,”beritahu gadis itu lagi. “Mungkin akibat dendam tu,Musyary bertindak macam ni lebih-lebih lagi Khalil pernah terlibat dengan abangnya dulu.”
     “Tapi bukan Musyary yang jumpa dengan kita tadi,kan?Kenapa dia tak jumpa kita awal-awal?Kenapa mesti orang lain?”Soalan bertalu-talu keluar dari mulut Hafiz sambil bangun dari duduknya.
     “Yang itu aku tak tahu.Apa yang aku risaukan sekarang ialah berapa ramai yang terlibat dengan Musyary.Takkan dia bertindak seorang diri,”dia menundukkan muka seperti memikirkan sesuatu.
     “Alah,berapa ramai pun tak kisahlah!Macam misi Jabran dulu,Genolis yang terlibat lagi ramai rasanya.Kita boleh selesaikan juga,”ujar Hafiz sambil menyilangkan tangannya ke belakang kepala.
     Inarah menjeling.Tangan kanannya memegang sudu topi Hafiz dan dilucutkan ke bawah.Separuh mangkuk topi itu menutupi muka Hafiz.Terkial-kial Hafiz membetul-betulkan kedudukan topinya.
     “Kenapa dengan kau ni?”Tanya Hafiz dengan geram setelah membetulkan kedudukan topinya.
     Tetapi,Inarah menanggalkan topi dari kepala Hafiz pula lalu dengan topi itu juga dia menampar bahu Hafiz.
     Hafiz menyapu-nyapu bahunya. “Kenapa ni?”Marahnya lagi.
     Tangan Inarah yang juga masih memegang topi itu menuding jari ke arah Hafiz. “Senangnya kau cakap!Itupun sebab ramai yang tolong kita!Kau jangan fikir yang kita manusia terpilih,kita boleh kalahkan Genolis begitu saja!Mereka lebih licik daripada yang kau sangkakan!”Luah gadis itu dengan marah.
     “Kalau ya pun,janganlah nak kenakan aku macam ni!”Balas Hafiz agak marah juga. “Tapi memang tugas kita tewaskan Genolis.Apa-apa jadi pun aku yakin mereka akan tewas.”
     “Bukan semudah tu,Hafiz.Ingat,nyawa kita tetap jadi taruhan dalam setiap misi.Aku tak nak kau merendah-rendahkan misi ni.”
     “Aku bukannya pandang rendah.Maksud aku,tak kira berapa ramai sekalipun Genolis yang terlibat dengan Musyary tu...”Hafiz mengalihkan pandangannya ke hadapan. “...aku tetap akan berlawan dengan mereka,”tekadnya.Ton suaranya lebih perlahan dari tadi.
     Inarah merenung Hafiz.Dia dapat melihat kesungguhan dalam wajah lelaki itu.Buat beberapa ketika,Inarah tersenyum.
     Hafiz mengalihkan pandangannya ke arah Inarah semula.Dia ternampak Inarah tersenyum lembut ke arahnya.
     “Kenapa tengok aku macam tu?”Soalnya.Dia mengerutkan dahi kerana agak terganggu dengan senyuman itu.
     “Tak ada apa,”Inarah ketawa kecil.Pandangannya tertumpu pula kepada Azman yang sedang duduk di sebelah buaian adiknya,Izzat. “Aku tak habis cakap lagi.Kau tahukan yang abang Khazin tu masih sakit lagi?”
     Hafiz terkebil-kebil. “Aku hampir terlupa hal tu.”
     “Racun yang diberi Muflih tu memang berbisa.Khalil terkena racun tu melalui serangan abiliti Muflih semasa mereka berlawan.Waktu tu,Khalil dah berpaling tadah sebelum akhirnya mereka ditangkap Polis Dimensi.”
     “Racun jenis apa tu?”
     Inarah menggeleng. “Muflih sendiri yang cipta racun tu.Dari fizikalnya racun tu dimasukkan dalam libasan Muflih semasa dia menyerang Khalil.”
     “Boleh kau ceritakan macam mana?”
     Inarah menjeling Hafiz.Dia mengimbau kembali pertarungan antara Khalil dan Muflih semasa misi keduanya dulu.

Beberapa bulan lepas,dalam misi kedua Inarah
     Keadaan Muflih dan Khalil semakin parah.Darah mengalir pada anggota badan mereka.Mereka berdua termengah-mengah.Inarah yang berada tidak jauh dari mereka hanya memandang.Dia berbuat begitu pun atas permintaan Khalil supaya jangan membantunya.
     “Tak guna kau,Khalil...kau jangan lupa siapa yang beri kau abiliti tu...”Muflih mendengus geram.
     “Kalau aku tahu dari awal yang tujuan kau nak memerintah Mena,aku tak ingin semua tu!”Teriak Khalil,berlari ke arah Muflih dan melepaskan tendangan dan tumbukan secara bertubi-tubi pada Muflih.
     Muflih pula mengelak dan menepis semua serangan itu.Kemudian,dia melompat ke udara.Khalil mendongak.Inarah yang berada di situ juga mendongak.
     “Kau nak tahu,Khalil.Aku dah merancang dari awal lagi...”kata Muflih sambil tersenyum sinis.Khalil sedikit terkejut.
     “Kau rasakan ni!”Duri-duri tajam dan panjang muncul di sekeliling Muflih di udara.Beberapa saat kemudian,duri-duri itu berwarna merah terang! Inarah dan Khalil sama-sama terkejut!
     Tidak lama selepas itu,duri-duri itu meluncur laju ke arah Khalil.Khalil  tidak dapat mengelak dan terus mengenai serangan itu.
     “Khalil!”Jerit Inarah dengan terperanjat yang amat sangat.
     Letupan-letupan kecil berlaku di sekeliling Khalil.Asap berkepul-kepul di udara setelah serangan itu reda.Inarah kaget.Muflih tersenyum lebar dan menakutkan.
     Inarah berlari mendekati Khalil setelah asap-asap itu kian hilang.Khalil sedang terduduk.Tubuhnya cedera parah.
     “Warghhh!!!”Terkejut besar Inarah mendengar Khalil menjerit tiba-tiba.Dia kelihatan menjerit kerana kesakitan.Kedua-dua tangannya memeluk tubuhnya.Matanya terbeliak.Dia terus menjerit dan menjerit.
     “Rasakan!Itulah akibatnya kalau sesiapa mengkhianati Genolis Muflih!”Muflih menjerit bercampur ketawa.
     “Apa kau buat pada dia?”Inarah merenung Muflih tajam.
     “Aku dah agak pembelot ni akan belot pada aku!Aku dah masukkan racun ke dalam serangan aku tadi!Sekarang rasakan kesakitannya!Walaupun racun ni boleh dirawat,tapi siapa yang akan rawat kau!”Muflih ketawa besar. “Kau akan mati tak lama lagi!”
     Inarah membisu.Dia memandang Khalil dengan simpati yang berada dalam kesakitan itu.

Sekarang,Taman Permainan Nurijaya
     “Tak lama selepas tu,Polis Dimensi sampai.Khalil dibawa masuk ke PPD dan menerima rawatan di dalamnya.Mujurlah dia sempat  diselamatkan walaupun ia mengambil masa yang lama,”Inarah menggenggam erat topi Hafiz yang berada di tangannya. “Sekarang bila dia dah hampir sembuh,jadi macam ni pula.Semuanya salah aku.Sebab aku dia jadi macam ni.”
     Mata Hafiz mengerling ke arah Inarah.Dia agak terkejut melihat reaksi wajahnya.Wajah gadis di sebelahnya itu lain daripada yang selalu dilihatnya.Matanya sayu seperti kesalkan sesuatu.Inarah tidak pernah berbuat ekspresi muka sebegitu rupa.
     Bagai mahu kembalikan reaksi Inarah yang sebenar,Hafiz merampas topinya dari tangan Inarah.Dia memakaikan topi itu di kepala Inarah dan melucutkannya seperti mana Inarah lakukan kepadanya tadi.
     Inarah yang tersedar akan hal itu terus menanggalkan topi itu dari kepalanya. “Kenapa dengan kau ni?”Marahnya.
     Hafiz ketawa. “Hahaha...padan muka!Tadi buat dekat aku sangat!Jangan nak buat muka sedih!Buruk aku tengok!”Ejeknya di selang-selikan dengan ketawa.
     Inarah terkebil-kebil dan tersenyum kemudiannya.
     Hafiz mula berhenti ketawa lalu memandang Inarah. “Kau tak boleh kesalkan perkara sebab ia dah terjadi.Lagipun,kau buat perkara yang baik.Buat apa nak kesal,”katanya seolah-olah memberi nasihat.
     “Betul juga,”akur Inarah. “Kau rasa Musyary akan buat serangan yang sama tak pada kita?”
     “Serangan apa?”
     “Racun!”
     Hafiz terkesima.
     “Tak mustahil Musyary akan buat serangan yang sama.Dia adik Muflih.Aku yakin Muflih ada memberikan formula racun tu kepada Musyary walaupun mereka jarang berjumpa,”Inarah memberikan pendapat.Serius.
     “Kau...kau biar betul?”
     “Aku teka saja.Tapi tak mustahil terjadi.”
     Hafiz menghela nafas kasar.Pening dia memikirkan masalah itu.
     “Jangan risaulah pasal hal tu.Ambil ni!”Inarah mengulurkan topi Hafiz yang berada di tangannya.Hafiz mengambilnya.
     Inarah melambai-lambaikan tangannya ke arah adiknya,Izzat yang baru berusia sebelas tahun.Izzat yang ternampak lambaian kakaknya itu terus berlari ke arahnya meninggalkan Azman yang turut ternampak lambaian itu.
     “Dah habis,kak?”Tanya Izzat.
     Inarah angguk.Dia memandang Hafiz. “Itu saja yang aku nak beritahu.Kita jumpa malam nanti pukul sepuluh.”
     “Yalah!”Jawab Hafiz sambil menyarungkan topi di kepalanya.
     Inarah dan Izzat berjalan meninggalkan tempat itu setelah mengucapkan selamat tinggal.
     “Macam mana?”Tanya Azman tiba-tiba muncul di sebelahnya.
     “Macam biasa dia selalu bagi aku nasihat dan maklumat tentang Genolis.Itukan tugas dia.”
     Azman ketawa kecil. “Dia nasihatkan kau ya!Ni...sekarang biar aku nasihatkan kau.Kau kalau nak berkawan dengan perempuan,jangan kasar sangat.Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat pada Inarah tadi.”
     “Maksud kau tentang topi ni tadi?Aku cuma balas balik apa yang dia buat pada aku,” Hafiz membela dirinya. “Dan lagi satu,aku dan dia bukannya kawan!Aku tak pernah anggap dia kawan aku!Dah,jom balik!”
     Hafiz melangkah beberapa tapak ke hadapan mendahului Azman.
     “Kalau kau berdua bukan kawan,kau berdua apa?Kau bersembang dengan dia baik saja...takkan dia bukan kawan kau,”kata-kata Azman secara tiba-tiba mematikan langkah Hafiz.
     Hafiz diam seketika.Azman mengangkat kening dan tersengih.
     “Dia partner aku...”Hafiz menoleh ke belakang,memandang Azman. “...and my precious friend!”

                             *          *          *          *          *         
Dimensi Mena
     Musyary berada di satu tempat yang gelap.Walaupun begitu,matanya yang tajam membuatkan dia nampak sekelilingnya.Dia nampak kegelapan.
     Tiba-tiba muncul baris-baris nombor berwarna hijau turun dan naik di dalam kegelapan itu.Dia tersenyum lebar.
     “Musyary,kau pasti ke?”Kedengaran suara Hanz di telinganya.
     Musyary ketawa sinis. “Ya...kalau itu yang abang aku buat,aku juga akan buat!”Katanya dengan penuh yakin.Di dalam fikirannya sekarang sedang merancang satu perbuatan jahat.
     “Kau kena keluar dari ruang tu sebelum sepuluh minit berlalu,”lapor Hanz pula.
     “Aku faham,”Musyary memasang langkah. “Aku akan mempratikkan formula kau,abang...”
     Nombor-nombor berwarna hijau yang turun naik di sekelilingnya kini sedang menuju ke arah tubuhnya.Kedua-dua tangan Musyary bercahaya hijau.
     “Hiyaaarrggghhh!”Dia menjerit dalam kegelapan itu.

No comments:

Post a Comment