Friday, March 25, 2011

BAB 6


Dalam Gua Dendaron,Dimensi Mena
“ROBERT,jauh lagi ke?Kau tengok sekarang pukul berapa?Dah senja nak dekat malam!Kita bertolak dari tengahhari tadi.Kaki aku pun dah sakit,”Soal Adam yang duduk di sebelah Robert.Sekarang ini,dia,Robert dan yang lain-lain sedang berehat di dalam gua itu.
   “Aku tak pastilah.Yang aku pasti,masa aku masuk dalam gua ni dulu jalannya terus saja,tak ada belok-belok.Kami jalan terus je sampailah kami tiba tempat makhluk tu berada,”balas Robert setelah meneguk air.
   “Entah-entah kau tak perasan kot?”Hafiy menyampuk.
   “Tak mungkin.Masa tu kami pun ada bawa lampu ni,”bantah Robert lalu memegang lampu picit yang tersangkut di kepalanya.
   “Yalah tu.Eh,mana Kay?”Soal Tok Bazil.
   “Dia pergi depan sana nak tengok tempat tu jauh lagi ke tak,”Tok Bazil mengangguk-angguk mendengar jawapan Robert.
   Masa itu juga,Adam ternampak Dali sekejap-sekejap menoleh ke belakang.Dahi Dali berkerut.
   “Kau tengok apa Dali?”Tanya Adam kepada Dali pula.
   “Dari tadi aku rasa macam ada orang ikut kita.Aku seriaulah!”kata Dali,takut-takut.
   “Ya Allah,budak ni!Kau tak habis-habis lagi ke?Jangan merepek bukan-bukanlah!”Kata Hafiy agak geram dengan sikap Dali.
   “Aku tak main-mainlah!”Dali mempertahankan dirinya.
   “Dah...dah...jangan gaduh!”Teriak Tok Bazil membuatkan Hafiy dan Dali berhenti bertelagah.
   Sejurus kemudian,Kay muncul di hadapan mereka.Dia termengah-mengah.
   “Kay,kenapa?”Tanya Robert.
   “Aku dah jumpa...tempat tu...dah tak jauh...”lapor Kay masih termengah-mengah.
   Tok Bazil,Adam,Robert,Hafiy dan Dali terus terbangun dari duduk.
   “Sini!”Kay mengajak lalu berlari ke hadapan.Tok Bazil dan yang lain ikut lari mengikutnya.Sementara itu,terdapat sebuah batu yang sederhana besar di belakang tidak jauh dari tempat mereka berehat tadi.Inarah keluar dari tempat persembunyiannya.Dia mengejar sekumpulan lelaki itu tanpa mereka sedari.
   Tok Bazil dan lain-lain tiba di tempat yang diperkatakan oleh Kay.Di hadapan mereka sekarang adalah sebuah gaung.Gaung itu tidaklah sedalam mana,cuma tujuh kaki sahaja.Gaung itu terbentuk sebuah kawasan yang luas.Di hujung kawasan itu terdapat dua lubang lain di dinding gua.
   “Ada dua lorong lagi di hujung sana,”beritahu Dali.
   “Luasnya...tapi mana makhluk tu?”Adam bersuara.
   “Malik pun tak ada,”celah Kay.
   Graauuu!Satu ngauman panjang dan menakutkan menyusup masuk ke dalam telinga mereka.Mereka terkejut.Inarah yang berada agak jauh di belakang mereka juga terkejut.
   Adam menoleh ke kanan. “Tengok sana!”
   Di sebelah kanan kawasan yang luas itu,muncul satu makhluk bertubuh dua kali ganda lebih besar daripada gajah dewasa di bawah gaung sedang menuju ke arah mereka.Larian itu menyebabkan gegaran kuat berlaku menyebabkan Tok Bazil dan lain-lain jatuh terseret ke dalam gaung setinggi tujuh kaki itu.
   “Habis calar badan aku!”Rungut Hafiy apabila mereka sudah jatuh ke dalam gaung tersebut.
   Makhluk itu semakin menghampiri mereka.Mereka tergamam apabila makhluk aneh itu seperti hendak menerkam mereka.Masing-masing menggeletar kerana tidak sempat berbuat apa-apa.
   Tiba-tiba muncul satu cahaya kuning memanjang mengenai muka makhluk itu.Makhluk itu terundur ke belakang sambil mengaum kesakitan.
   Tok Bazil dan lain-lain terkesima melihat keadaan makhluk itu.Mereka juga terperanjat apabila seseorang berbaju putih dan bertudung putih berserta bertali pinggang dan berseluar kelabu muncul di hadapan mereka.Wajahnya ditutup dengan kain putih sebesar sapu tangan kecuali pada bahagian mata.
   “Siapa kau ni?”Tanya Adam.
   Orang itu memandang Adam. “Saya Inarah...kita akan berkenalan nanti.Tengok makhluk tu dulu,”ujar orang bernama Inarah itu.
   Makhluk itu mendengus-dengus marah.Matanya yang kebiruan memandang tajam ke arah Inarah.
   “Kau lagi!”Pekik makhluk itu dengan suaranya yang garau.
   “Eh,makhluk tu boleh bercakap rupanya!”Hafiy bersuara.
   Makhluk itu mengaum kuat,lebih kuat daripada tadi sehingga Inarah dan sekumpulan lelaki itu menutup telinga.
   Grauuu!!!Ngauman yang lain muncul.Makhluk yang sama keluar dari hujung menuju ke arah mereka.
   “Ada dua!”Jerit Dali.
   “Habislah!”Jerit Adam pula.
   “Ke belakang semua!”Inarah menghalakan kayu kuningnya ke arah sekumpulan lelaki itu.Angin yang kuat muncul menyebabkan sekumpulan lelaki itu terundur ke belakang dan badan mereka terhentam ke dinding gua.
   “Saya dah pasang pelindung!Jangan sekali-kali keluar dari situ!”Inarah memberi arahan.
   “Kau memang berani,budak!”Ejek Makhluk yang kedua yang baru muncul tadi.
   Inarah mengetap gigi.Matanya tajam memandang kedua-dua makhluk itu.Tangan kanannya menggenggam erat kayu kuning berbilah pisaunya yang dijadikan sebagai senjata.Kakinya melompat naik ke atas makhluk pertama.Apabila tiba di atas badannya,pantas dia menembus bilah pisaunya ke dalam badan makhluk tersebut.
   Makhluk pertama mengaum kesakitan.Makhluk kedua yang ternampak hal itu melibas belalainya ke tubuh Inarah.Inarah jatuh terpelanting.
   “Tak guna kau!!!”Makhluk pertama menjerit lalu menghayunkan kakinya untuk memijak Inarah tetapi Inarah sempat mengelak dengan melompat tinggi ke belakang.Masa itu juga,Inarah menghayun kayu kuningnya dan bendalir elektrik muncul pada bilah pisaunya lalu ditujukan kepada kedua-dua makhluk tersebut.
   Makhluk pertama sempat mengelak tetapi tidak makhluk kedua.Akibat renjatan elektrik itu,makhluk kedua kelihatan lemah daripada tadi.
   Inarah mendarat.Nafasnya termengah-mengah.
   Makhluk pertama menghayunkan belalainya yang berwarna merah dan cahaya merah muncul bertalu-talu dari belalainya itu menuju ke arah Inarah.Inarah berlari-lari untuk mengelak cahaya merah tersebut.
   Salah satu cahaya merah tersebut meluncur menuju ke arah sekumpulan lelaki itu.Tok Bazil dan lain-lain menjerit.Bagaimanapun,cahaya merah itu tidak mengenai mereka kerana mereka berada dalam pelindung yang dipasang oleh Inarah.Masing-masing menarik nafas lega.
   Inarah menghalakan bilah pisau ke arah makhluk itu. “Aku tak nak bunuh kau sebenarnya.Tapi,kau dah melampau!”
   Makhluk pertama dan kedua serentak mengaum. “Kami cuma nak tuntut bela!”Kata makhluk pertama.
   “Anak kau yang mengganas dulu di kampung mereka!”Teriak Inarah merujuk kepada kampung Tok Bazil,Adam,Dali, dan Hafiy.
   “Bunuh tetap bunuh!”Jerit makhluk kedua pula.
   Kay yang berada dalam pelindung mendengus.Dia berlari keluar dari pelindung itu setelah Robert gagal menghalangnya.Dia berdiri di sebelah Inarah.
   “Kau juga dah serang kawan aku!Mana Malik?!Beritahu aku!”Teriak Kay.
   Kedua-kedua makhluk itu memandang Kay.
   “Encik,pergi masuk dalam pelindung tu balik!Sini bahaya!”Perintah Inarah sambil menarik bahu pengembara itu.
   “Aku tanya mana Malik?”Teriak Kay tanpa mempedulikan larangan Inarah.
   “Aku tak kenal siapa Malik.Aku rasa mungkin makhluk lain selain aku yang serang kawan kau,”ujar makhluk kedua.Suaranya lemah sedikit akibat serangan Inarah tadi.
   “Kau jangan tipu!Mana Malik?”
   “Kay!”Teriak Robert yang sudah keluar dari pelindung sambil menyentap lengan Kay. “Mungkin betul bukan mereka.Mungkin makhluk lain yang serang kita dulu.”
   “Aku tak peduli!Makhluk jijik!”Ejekan Kay itu membuatkan kedua-dua makhluk itu naik hantu.Mereka mengaum lalu menghentak-hentakkan kaki mereka.
   Keadaan dalam gua itu bergegar.Serpihan-serpihan batu kecil jatuh dari siling gua mengenai Inarah,Robert dan Kay yang tidak berada dalam pelindung.Mereka bertiga menutup kepala dengan kedua-kedua tangan mereka.Walaupun tidak berapa sakit,tetapi serpiha-serpihan itu boleh memasuki dalam mata mereka.
   Inarah berlari ke hadapan untuk menyerang kedua-dua makhluk tersebut.Namun,kedua-dua makhluk itu melibas belalai mereka dan mengeluarkan cahaya merah yang bertalu-talu.Walaupun,Inarah sempat mengelak cahaya-cahaya itu,cahaya itu terus meluncur menuju ke arah Robert dan Kay yang tidak berada dalam pelindung.
   Robert dan Kay menjerit.Inarah panik kerana dia tidak sempat untuk berlari ke arah kedua-dua lelaki itu.
   Seperti biasa,apabila cahaya-cahaya itu mengenai sesuatu benda di hadapannya,ia akan bertindak balas dengan letupan kecil.Bayangan Robert dan Kay hilang dari pandangan dek kerana asap.
   Tok Bazil,Adam,Dali,dan Hafiy terkejut.
   Mata Inarah terbuka luas akibat kejutan yang amat sangat.
   “Tak mungkin...”kata hatinya.
   Apabila asap itu reda sedikit,muncul seseorang di situ.Itu bukan Robert mahupun Kay.Orang itu memakai T-shirt biru tua dan berseluar panjang.Cahaya jingga berbentuk segi empat tepat memanjang dari atas ke bawah berada di hadapan orang tersebut.Apabila orang itu mengangkat muka,Inarah terperanjat.
   “Hafiz?”Bisiknya sambil membuka kain penutup mukanya.
   Cahaya jingga itu hilang.Orang yang dipanggil Inarah sebagai Hafiz itu menoleh ke arah Robert dan Kay yang berada di belakangnya.
   “Encik tak apa-apa?”Tanya Hafiz.
   Robert dan Kay yang masih tergamam mengangguk kepala.
   “Baik encik masuk ke dalam pelindung sekarang,”Hafiz mengarah kedua-dua pengembara itu.
   Robert dan Kay akur.Hati mereka masih ketakutan.Mereka hampir berhadapan dengan maut tadi.Mereka bersyukur yang teramat sangat kerana masih selamat.
   Hafiz berjalan ke hadapan.Inarah yang masih terkejut memandang dengan penuh tanda tanya.
   “Tadi kau kata tak terima,”tegur Inarah apabila Hafiz berada di sebelahnya.
   “Kalau aku tak terima,aku takkan ada kat sini,”balas Hafiz tanpa memandang Inarah,sebaliknya memandang kedua-dua makhluk di hadapannya.
   “Siapa pulak budak ni?Menyibuk betul!”Marah makhluk pertama sambil melibas belalainya diikuti makhluk kedua tanpa mengeluarkan cahaya merah pada Hafiz dan Inarah.
   Hafiz dan Inarah mengelak dengan melompat ke belakang.
   “Inarah,batu jed aku ada pada kau,kan?Bagi aku!”Arah Hafiz.
   Tanpa membuang masa,Inarah mengambil batu jed Hafiz dari dalam poket seluarnya lalu dilemparkan pada Hafiz.Hafiz menyambut.
   “Kau tahu cara nak guna?”Tanya Inarah.
   “Tahu. Pak Cik Widad dah beritahu aku,”jawab Hafiz.Dia memegang batu jed itu di tangan kirinya.Kemudian,tangan kanannya menepuk batu jed di tangan kirinya itu.Cahaya putih muncul memanjang pada tapak tangan Hafiz dan muncul pula sebilah pedang setinggi bahu Hafiz.Hafiz memegang hulunya.
   “Pedang?Kau boleh ke kawal pedang tu?”Inarah menyindir.
   Hafiz tidak mempedulikan sindiran Inarah. “Kau duduk sini diam-diam,Inarah. Sekarang giliran aku pula.”
   Inarah tidak membantah.Dia membiarkan Hafiz melangkah beberapa tapak ke hadapan mendekati kedua-dua makhluk itu.
   “Dahsyat juga rupa kau!Nasib baik aku dah biasa tengok benda pelik-pelik.Kalau tak tentu aku dah pengsan,”sengaja Hafiz memerli kedua-dua makhluk itu.
    Mata biru kedua-dua makhluk itu terbeliak.Mereka mendengus lalu mengaum.
   “Wooaa...dahsyat!”Hafiz pura-pura kagum.
   “Hafiz,apa kau buat lagi tu?Lekaslah!”Inarah berteriak marah.
   Hafiz mengeluh.“Sibuk betul!Nak main-main sikit pun tak boleh!”
   “Aku nak beritahu,jangan bunuh makhluk tu!Cuba cara baik dulu!”Inarah berteriak lagi.
   “Aku tahulah!”Jawab Hafiz sambil memalingkan tubuhnya.Serentak dengan itu juga,makhluk pertama cuba memijak tubuh Hafiz yang kerdil di matanya.Tetapi,Hafiz bertindak lebih cepat melompat dan mendarat di atas badan makhluk tersebut.
   “Aku akan tidurkan kau buat sementara,”Hafiz mengangkat pedangnya dengan menghalakan mata pedang ke bawah menghadap badan makhluk itu.Kemudian,dia mendekatkan mata pedang itu pada badan makhluk itu tanpa menembusinya.
   Makhluk pertama itu tiba-tiba kelihatan terhuyung-hayang.Hafiz mengambil kesempatan untuk naik ke atas badan makhluk kedua pula dengan melompat dari badan makhluk pertama.Perkara yang sama dibuatnya pada makhluk pertama tadi kepada makhluk kedua.
   Hafiz melompat turun dari badan makhluk kedua.“Jauh sikit!Makhluk ni nak tumbang!”Dia memberi amaran sambil berlari meninggalkan kedua-dua makhluk tersebut.
   Inarah terus berundur beberapa tapak ke belakang dengan pantas.Sejurus kemudian,kawasan itu bergegar apabila kedua-kedua makhluk itu tumbang dan terbaring kaku.
   Apabila gegaran berhenti,keadaan kembali tenang.Inarah menghilangkan pelindung yang dipasangnya untuk Tok Bazil dan yang lain.Tok Bazil mendekati Hafiz dan Inarah.
   “Kamu berdua siapa?”Tanya lelaki tua itu.
   Inarah tersenyum. “Saya Nurul Inarah...ini kawan saya,Ahmad Hafiz.Kami dari bumi,”Inarah memulakan salam perkenalan.
   “Bumi?”
   Inarah mengangguk.
   “Macam mana kamu berdua sampai ke sini?”
   “Teleport...lebih kurang,”celah Hafiz.
   “Teleport?”
   Inarah menjeling tajam ke arah Hafiz. “Sebenarnya,kami berdua ni manusia terpilih dari bumi yang datang ke sini untuk membantu selesaikan masalah di Dimensi Mena.Saya dah banyak kali datang ke Dimensi Mena tapi belum pernah ke sini,”jelas Inarah.
   “Tapi,kamu berdua masih budak?”Adam menyampuk.
   “Kami 16 tahun...encik-encik semua jangan risau.Kami boleh lakukannya.”
   “Apa maksud kau ‘kami’?”Hafiz merenung tajam Inarah.
   Inarah memijak kaki kanan Hafiz.Hafiz mendesis menahan sakit.
   “Lupakan ni dulu.Sementara makhluk dua ekor tu tidur,baik kita cabut sekarang!”Dali menggesa.
   “Nanti!”Robert menahan. “Aku nak tengok makhluk tu dengan lebih dekat!”
   Mendengar kata-kata Robert,mereka mengangguk setuju kecuali Dali.Dia mengeluh mendengar cadangan Robert.Mahu sahaja dia keluar dari situ secepat mungkin.
   “Wow,ini kali pertama aku tengok makhluk ni dengan lebih dekat!Hebat juga!”Teriak Hafiy,kagum.Dia,Inarah,Hafiz,Tok Bazil dan Kay melihat makhluk pertama manakala Adam,Dali,Ghaisan dan Robert melihat makhluk kedua.
   “Pelik betul!Makhluk ni marah sampai boleh musnahkan kampung!”Kata Adam.
   “Apa yang pelik?Mestilah marah sebab Jusoh dah bunuh anak dia!”Kata Hafiy pula.
   “Tak,ia memang pelik!”Kenyataan Kay membuatkan yang lain memandang ke arahnya.
   “Apa maksud kau?”Soal Tok Bazil yang berada di sebelahnya.
   “Masa aku,Robert dan Malik masuk ke dalam gua ni,kami ada datang ke sini.Tapi,kami langsung tak buat kacau.Kami cuma tengok keadaan kat sini.Tiba-tiba aje makhluk tu muncul dan serang kami!”Kay memandang Tok Bazil. “Kalau diikutkan,kampung kau semua diserang sebab salah seorang penduduk kampung tu dah bunuh anak dia.Tapi,dalam kes kami,kami tak buat apa-apa kekacauan.”
   “Kebetulan saja agaknya?Lagipun,makhluk sendiri ni kata dia tak kenal Malik.Mungkin bukan dia yang serang kau semua hari tu,”ujar Adam.
   “Tak mungkin.Makhluk-makhluk mempunyai sifat yang hampir serupa.Contohnya macam dua ekor makhluk ni tadi.Mereka macam sehati sejiwa,”Kay tersengih sebentar. “Kalau sifat mereka sama,mesti makhluk-makhluk lain pun sama juga.”
   Tok Bazil dan anak-anak buahnya berpandangan.
   “Maksud kau,kalau kita tak kacau mereka pun,mereka akan menyerang.Tapi,kenapa?Mereka bencikan manusia ke?”Soal Dali.
   Kay menggelengkan kepalanya. “Entahlah.”
   Hafiz yang terdengar perbualan itu,menundukkan mukanya.
   “Fajar...”bisikannya membuatkan Inarah menoleh ke arahnya.
   “Apa?Fajar?Fajar yang serang kau tu ke?”Tanya Inarah.
   Hafiz memandang Inarah. “Aku ada berjumpa dengan Fajar sebelum datang ke sini.Dia nampakya tahu tentang serangan makhluk ni,”dia memberitahu.
   “Maksud kau,dia terlibat dengan semua ni?”
   Hafiz mengangguk. “Aku cuma teka aje.Aku syak mesti ada dalang lain selain Fajar tentang serangan ni.”
   “Woi,tengok!Aku jumpa sesuatu kat badan makhluk ni!Cip!”Dali menjerit sambil menunjukkan cip mikro sebesar ibu jari di tangannya.
   Hafiz dan Inarah berpandangan.
   “Dan aku rasa tekaan aku hampir tepat,”Hafiz tersengih.
  
                           *          *          *          *          *
Malam,luar pintu Gua Dendaron
   “Dah malam rupanya!Penat betul aku,”keluh Dali.
   Hafiz,Tok Bazil,Adam,Inarah dan yang lain membetulkan urat-urat sendi mereka.Perjalanan keluar dari gua tadi rupanya sekejap sahaja berbanding semasa mereka masuk tadi.Mungkin semasa mereka masuk ke dalam kecuali Hafiz,masing-masing mati akal tidak tahu selok-belok jalan dalam gua tersebut.Semasa berjalan keluar dari gua tadi juga,mereka mengambil kesempatan berkenalan sesama sendiri.
   Hafiz yang sedang meregangkan urat lengannya tiba-tiba menjerit kecil. “Alamak!”
   “Kenapa,Hafiz?”Tanya Adam.
   “Latihan sukan!”Jeritnya lagi.
   “Hah!”
   “Err...tak apa,Adam!Kau semua balik dulu!Tok Bazil jangan lupa suruh sesiapa kaji cip tu,ya?”Inarah mencelah lalu berpaling pada Tok Bazil.
   “Oh,Insya Allah!Cip ni penting,”kata Tok Bazil.
   “Kami balik dulu!Jumpa lagi!”Tok Bazil dan yang lain meninggalkan Inarah dan Hafiz di situ sambil melambaikan tangan.
   Inarah membalas lambaian itu.Kemudian,dia berpaling memandang Hafiz.
   “Kau kenapa?”
   “Sekarang dah malam.Macam mana dengan latihan sukan aku petang tadi.Mampus aku!”Hafiz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
   “Rilekslah.Itu baru first time latihan.Setakat tak datang sehari cikgu tak kisah sangatlah.”
   “Masalahnya aku dah datang sekolah tadi.Ramai yang tahu aku datang.Kalau mereka perasan aku tak buat latihan,habis aku!”
   Inarah ketawa berdekah-dekah. “Jangan risau.Kalau kau nak tahu waktu dimensi ni awal satu waktu dari tempat kita.Kalau dimensi ni malam,maknanya dekat tempat kita sekarang masih petang,atau mungkin senja.”
   “Oh!”Hafiz menarik nafas lega. “Kau agak tempat kita sekarang pukul berapa?”
   Inarah memandang langit. “Aku tak pasti.Mungkin...dalam pukul enam ke atas...atau dah hampir pukul tujuh malam...”
   “Ceh,jangan risau kau kata!Kalau waktu tu latihan sukan aku dah nak habis...kalau dah nak pukul tujuh malam...maknanya dah habis!”Hafiz kembali menggelabah.“Aku nak balik!Harap sempat!”
   “Okey!Cool man!”Inarah mengambil keychainnya. “Kalau kau nak balik,kau ambil batu jed kau tu dan halakan ukiran pedang tu ke depan.”
   Hafiz mengambil batu jednya lalu membuat seperti yang disuruh.Ukiran pedang itu mengeluarkan cahaya merah sama tinggi dengan Hafiz.Inarah juga membuat perkara yang sama namun berlainan dengan Hafiz.Bilah pisau keychainnya yang dihala ke hadapan lalu cahaya kuning setingginya keluar.
   “Kau niat dalam hati nak ke mana.Kemudian,masuk ke dalam.”
   Hafiz menarik nafas.Setelah memikirkan destinasinya,dia masuk ke dalam.Inarah pula masuk ke dalam cahaya kuningnya.
   Keadaan di situ sunyi sepi setelah pemergian mereka berdua.

No comments:

Post a Comment