HAFIZ baru sahaja selesai sembahyang Isyak.Dia
melipat sejadahnya lalu disidai di ampaian mini di kamarnya.Pada masa yang
sama,ayahnya Encik Johari membuka pintu bilik.Hafiz spontan menoleh dan
melemparkan senyuman apabila ayahnya masuk.
“Kamu
nak pergi sekarang?”Tanya Encik Johari dengan tenang.
Hafiz
tidak terus menjawab.Matanya melirik pada jam dinding.Lagi lima minit jam
menunjukkan pukul sepuluh malam.
“Kalau
boleh sekarang,”baru Hafiz menjawab.
“Ayah
tak kisah.Cuma hati-hati.Pastikan kamu balik selewat-lewatnya pagi sebelum
subuh esok,”ayahnya memberi amaran.
Hafiz
ketawa kecil. “Fiz tahu,ayah,”katanya sambil mengambil batu jed yang terletak
di atas meja belajarnya lalu dimasukkannya ke dalam poket seluar.
Hafiz
sudah siap berpakaian jaket biru tua berlengan panjang tanpa ditutup zip
depannya dengan baju T-shirt putih di dalam serta berseluar panjang berwarna
hitam.Dia menghadap cermin mejanya.
Seperti
biasa,Hafiz menghadapkan batu jed yang terukir gambar pedang itu ke
cermin.Ukiran pedang itu bercahaya putih dan serta-merta cermin meja itu
bercahaya.
“Pergi
dulu,ayah.Beritahu mak yang Fiz tidur awal hari ni,”beritahu Hafiz sambil
tersenyum lembut ke arah Encik Johari.
“Yalah,”jawab
Encik Johari sambil menyilangkan tangan.
Setelah
mengucapkan selamat tinggal,Hafiz masuk ke dalam cahaya tersebut...dan cahaya
itu hilang kemudiannya.
* * * * *
Pukul 7.15 pagi,Negara Ghanum,Dimensi Mena
Sekarang
waktu pagi baru sahaja membuka tirai.Suasana sibuk melanda salah sebuah kota
terbesar di negara Ghanum itu.Kenderaan antigraviti dan juga menggunakan tenaga
elektrik berlegar-legar di jalan raya.Ada juga yang hanya berjalan kaki sahaja.
Nun
di atas udara,Hafiz dan Inarah muncul di situ.Terapung-apung.Mereka baru sahaja
teleport dari ruang putih ataupun sempadan dimensi.Hafiz melihat suasana kota
di bawahnya itu.
“Sama
saja di bumi.Sibuk memanjang,”Hafiz mengomel sendirian.
Inarah
memandang ke bawah dan kepalanya menoleh ke kiri dan kenan,seolah-olah mencari
sesuatu.Hafiz yang sedar akan hal itu bertanya kenapa dia berbuat begitu.
“Khazin,Naufal
dan Dayana...mereka kata nak tunggu kita dekat atas bumbung bangunan Apartmen
Sari.”
“Habis
tu,yang kau cari tu kenapa?Kita pergi sana sajalah!”
“Masalahnya
kau tengok tu...”Inarah menuding jarinya ke arah bumbung sebuah bangunan
berwarna hijau tidak jauh dari mereka. “Mereka tak ada.”Beritahunya.
Dahi
Hafiz berkerut.Dia tidak perasaan pula kedudukan mereka hampir dengan bangunan
itu. “Eeehhh!!!”Teriaknya terkejut.
* * * * *
Dayana,Khazin
dan Naufal kini sedang berjalan menuju ke satu destinasi.Dayana yang berjalan
di hadapan sekali berjalan dengan riang.Dia tersenyum sahaja sejak dari
tadi.Khazin dan Naufal yang berjalan di belakangnya saling menjeling sesama
sendiri.Mereka sengaja berjalan lambat-lambat.
Dayana
terus berjalan dengan riang.Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menoleh ke
belakang.Alangkah geramnya dia apabila melihat Khazin dan Naufal berada agak
jauh daripadanya,seolah-olah mereka sengaja berjalan lambat-lambat.
“Woi,apahal
lambat sangat!”Teriak gadis itu geram.Separuh daripada orang ramai yang
berjalan di sekeliling mereka terkejut dengan teriakan itu.Namun orang ramai
itu membiarkan sahaja.
“Lambat...lambat...”Balas
Naufal juga geram. “Sekarang ni patutnya kita berjumpa Inarah dan Hafiz.Mereka
mesti dah tunggu kita!Sekarang kita pula yang lambat!”Bebelnya lagi.
“Ala,kejap
saja!Kita pergi rumah kawan aku dulu.”
“Ish,tak
bolehkah kita ke sana lepas berjumpa Hafiz dan Inarah!”Balas Khazin pula.
Dayana
nengerutkan dahi. “Betul juga...tapi tak kisahlah.Kita dah sampai sini.Takkan
nak patah balik?”
“Memang
pun!”Khazin dan Naufal berusara serentak.
“Aku
yakin Hafiz dan Inarah dah datang.Mesti mereka sedang cari kita sekarang,”kata
Naufal.
“Kita
nak buat apa pergi rumah kawan kau tu?”Tanya Khazin.
Raut
wajah Dayana bertukar muram.Bola matanya memandang lantai.Khazin dan Naufal
terus senyap melihat reaksi Dayana itu.Api kemarahan mereka beransur hilang.
“Dia
kawan abang kau,Khazin...”tutur Dayana perlahan. “Semalam aku tak sempat
berjumpa dengan dia.Aku nak beritahu dia tentang Abang Khalil.Entah dia tahu
lagi atau tidak.”
Khazin
mengangkat kening. “Kawan?”
“Dia
kawan baik abang kau,”potong Dayana. “Sepanjang abang kau sakit,dia salah
seorang kawan yang paling mengambil berat tentang Abang Khalil.Dia patut tahu
hal ni.”
Khazin
an Naufal berpandangan.Perlahan-lahan mereka berdua menghampiri Dayana.
“Tapi
Dayana...kalau kita beritahu dia,tentu dia akan terlibat sekali dalam hal
ni.Kita akan bahayakan dia,”terang Khazin.
“Betul
tu,”Naufal menyokong.
“Tapi
Kak Zafreen mesti tahu hal ni!Mesti dia tengah risau sebab Abang Khalil dah
lama tak hubungi atau berjumpa dengannya!”Tegas Dayana bersungguh-sungguh.
“Tahu
hal apa?”Dayana tersentak mendengar satu suara dari belakangnya.Lebih
mengejutkan,dia seperti mengenali suara itu.
Khazin
dan Naufal memandang seseorang yang berada di belakang Dayana itu.Dayana pula
menoleh.
Zafreen
tersenyum memandang wajah ketiga-tiga remaja itu.
* * * * *
Villa Dasuki Sekeluarga,Dimensi Mena
Khazin
dan Naufal berasa agak kekok berada di villa itu.Villa itu memang besar.Malah
boleh dikatakan besarnya lebih kurang sama besar dengan istana.Alat perhiasan
di dalamnya semuanya berjenama mahal belaka.Sah rumah itu rumah keluarga
bangsawan.
Ketiga-tiga
remaja itu sekarang berada di ruang tamu villa itu.Luas ruang tamu itu boleh
dikatakan sama luas dengan dua ruang tamu oleh dua buah rumah banglo.Ruang tamu
itu dihias indah dan terdapat beberapa perhiasan di bahagian tepi dinding ruang
tamu itu.Berhadapan dengan ruang tamu itu terdapat tangga untuk naik ke tingkat
atas.Tangga itu dilapik dengan permaidani berwarna putih yang lembut.
Naufal
dan Khazin kagum melihat kawasan di hadapan mereka walaupun mereka agak kekok
sedikit.Buat pertama kali mereka melihat semua itu di hadapan mata mereka
sendiri.Dayana pula bersikap seperti biasa seolah-olah dia sudah berkali-kali
melihat suasana seperti itu.
“Biar
betul ini rumah kawan abang aku?”Tanya Khazin seperti tidak percaya kepada
Dayana yang duduk di sebelah kanannya.
Ketika itu,dia,Dayana dan Naufal sedang duduk di atas sebuah sofa
panjang yang empuk.Khazin duduk di tengah,Dayana duduk di sebelah kanannya
manakala Naufal duduk di sebelah kirinya.
“Betullah.Kenapa?Tak
percaya?”
“Orang
bangsawan?”
“Yap!”Dayana
mengiakan sambil menganggukkan kepala.
“Hai,rancak
sembang!”Perbualan mereka terhenti apabila Zafreen datang sambil menatang air
minuman.Dia meletakkannya di atas meja lalu duduk di atas sofa yang
bertentangan dengan mereka.
Tanpa
segan silu,Dayana menuang air dari dalam jag ke dalam cawan.Dayana terus minum
air itu sambil diperhatikan Khazin dan Naufal yang tergamam memandangnya.
Dayana
yang sedar akan hal itu menjeling tajam. “Apa tengok-tengok?Minumlah!”
“Eeehhh!!!”Khazin
dan Naufal serentak tersentak.
Zafreen
ketawa. “Minumlah.Yana memang dah biasa datang sini.Dia dah anggap rumah ni
macam rumah dia,”jelas Zafreen yang faham mengapa Khazin dan Naufal bertindak
begitu.
“Ohh...”Naufal
angguk. “Patutlah tak tahu malu!”Sindirnya.
Dayana
sekadar menjeling.Nak bergaduh...sekarang dia berada di rumah orang.Tidak manis
bergaduh di dalam rumah orang.
“Hah,ada
apa kamu semua nak jumpa akak?”Zafreen memulakan topik perbualan asal mereka.
Dayana,Naufal
dan Khazin saling berpandangan.Terkedip-kedip mata mereka waktu itu.
“Apa?”Tanya
Zafreen setelah agak lama ketiga-tiga remaja itu mendiamkan diri.
Dayana
berbisik pada Khazin. “Kau sajalah cakap.Ini ada kaitan dengan abang kandung
kau.”
“Betul
tu,”Naufal menyampuk,juga dengan nada berbisik. “Kami akan tambah mana yang
perlu nanti.”
Khazin
diam seketika.Selepas menarik nafas panjang,dia bersuara.
“Sebenarnya
kak...”
* * * * *
Dalam sebuah hutan,Dimensi Mena
Hanz,Gomez
dan Faruk sudah mengapungkan diri di udara.Mereka memandang ke bawah.Kelihatan
Musyary sedang berdiri di hadapan Khalil yang masih tersandar pada sebatang
pokok dan tidak boleh bergeak.
Khalil
kelihatan sungguh lemah.Dia terasa nafasnya semakin semput.Sakit seluruh
badannya seperti terkena tembakan di jantung beberapa kali dan dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan.Wajahnya kusut.Walaupun begitu,dia masih cuba untuk melawan.
“Sekarang
kau tunggulah di sini seorang diri.Aku nak pergi sambut budak-budak tu!”Musyary
menarik rambut Khalil.Khalil tidak menjerit,sekadar mendesis.
“Kita
tengok sekuat mana budak-budak tu!”Teriak Musyary sambil ketawa
terbahak-bahak.Penuh kejahatan.
Sejurus
kemudian,dia mengapungkan diri menyertai Hanz,Gomez dan Faruk. “Mari
pergi!”Perintah Musyary.
Mereka
tidak teleport terus.Mereka hanya terbang sambil melompat-lompat di udara
itu.Dalam lompatan itu,setiap kali mereka mendarat,mereka bukannya mendarat di
tanah.Mereka mendarat di udara juga.Lompatan itu pula melangkau jauh.
Sementara
itu di dalam hutan,Khalil mengdengus kasar. “Errk...hah...hah...hah...”nafasnya
tersekat-sekat.Kesakitan yang dirasainya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Tiba-tiba
sahaja dia terbayangkan wajah keluarganya.Dia khuatir...dia tidak sempat
berjumpa dengan mereka.Lebih-lebih lagi Khazin.Khazin berada di Ghanum sekarang.Dan
itu membuatkan hatinya bertambah tidak tenteram.
* * * * *
Mata
Zafreen membulat kerana terkejut.Dia seperti tidak percaya apa yang
didengarinya.Seolah-olah dia seperti mendengar sebuah cerita dongeng.Tapi ini
bukan cerita dongeng.Ini cerita benar!
Wajah
pemuda bernama Khazin ditatapnya.Ya,wajah itu memang agak mirip dengan wajah
pemuda yang dikenalinya!Malah ketinggiannya juga lebih kurang sama.Walaupun
Khazin lebih muda daripadanya,tetapi dia lebih tinggi daripadanya.Perkara
normal bagi seorang lelaki.
“Jadi
kamu ni...adik kandung Khalil?”Tanya Zafreen.
Khazin
mengangguk. “Ini Naufal...sepupu kami,”Khazin memperkenalkan Naufal.
Zafreen
tersandar di kerusinya. “Dan kamu kata...Khalil diculik Genolis?”Soalnya lagi.
Khazin,Naufal
dan Dayana mengangguk hampir serentak.
Zafreen
spontan menakup mulutnya menandakan dia tidak percaya apa yang
didengarinya.Jantungnya seperti mahu luruh.Matanya mula digenang dengan air
mata.
“Kak
Rin...”Dayana memanggil lembut.
Zafreen
serta-merta mengesat air matanya.Dia tidak mahu menangis.Dia mesti menguatkan
semangat.Sedangkan adik kandung Khalil sendiri kelihatan tenang,inikan pula
dia.
“Akak
dah tahu dia hilang semalam.Tapi tak tahu pula dia diculik Genolis,”beritahu
wanita itu. “Akak rasa tak percaya yang kamu ada misi begini.”
“Ini
rahsia,kak.Jangan beritahu sesiapa!”Larang Naufal.
Zafreen
angguk. “Tapi kenapa...akak tak sangka dia dulu terlibat dengan Genolis...”
“Saya
sendiri pun tak sangka,kak,”potong Khazin sambil bangun dari kerusinya. “Abang
dah banyak berbohong saya dan juga ibu bapa saya.Apa salahnya kalau dia
ceritakan perkara sebenar.”
“Woi,jagalah
sikit Khazin!Ini rumah orang,”tegur Naufal sambil memegang kasar lengan Khazin.
“Diamlah!Kau
apa tahu!”Khazin menarik tangannya.Matanya tajam merenung Naufal.Di sebalik
matanya itu,air jernih mula bergenang.
Naufal
terasa kasihan pula melihat sepupunya itu. “Khazin?”
“Kau
tak faham...tiga tahun aku tunggu dia balik...aku dah tak ada adik-beradik lain
selain dia...”Khazin berhenti seketika untuk mengesat air matanya daripada
jatuh.
“Khazin...”kata
Naufal perlahan.Dayana mula bangun dari duduknya untuk melihat Khazin.
“Kalau
terjadi apa-apa pada dia...aku dah tak ada adik-beradik lain...sebab
tu...”sambung Khazin lalu merenung Zafreen. “...kalau dia ditimpa
kesusahan...apa salahnya kalau dia beritahu aku.Aku akan tolong dia tak kira
apapun!”Tambahnya dengan nada bersungguh-sungguh.
Zafreen
sayu memandang wajah Khazin dengan simpati.Sebentar tadi dia melihat pemuda itu
tenang.Tetapi kini emosi menguasai diri pemuda itu.Hatinya sebak.
Tiba-tiba
kotak fikirannya mengimbau kenangan lama...
* * * * *
Sebulan yang lalu di Taman Permainan
Ijlali
“Adik
aku manja dengan aku masa dia kecil-kecil dulu,”Khalil memberitahu sambil
menghirup air minuman yang baru dibelinya.Dia menikmati keindahan tasik yang
terbentang di hadapannya.
“Yakah?Kau
yang manja dengan dia agaknya?”Usik Zafreen.
“Merepeklah
kau!”Pemuda itu menyanggah tetapi sedikitpun dia tidak berkecil hati dengan
usikan itu.Dia tahu Zafreen hanya bergurau.
“Tapi...”Khalil
bersuara. “...sekarang ni aku tengok dia dah semakin matang.Dua minggu lepas
aku hubungi dia.Dah ada anak katak masuk dalam kerongkong dia tu.”
Zafreen
ketawa lucu.Dia faham apa yang dimaksudkan Khalil itu tetapi dia tetap
merasakan ayat yang Khalil gunakan itu lucu kedengaran di telinganya.
“Kau
ni,Khalil.Kau lelaki,takkan tak tahu semua lelaki akan mengalami perkara yang
sama.”
Khalil
tersenyum. “Ya.Dari situ jugalah aku tahu yang adik aku bukannya budak-budak
lagi.Dia semakin dewasa,”ujar Khalil.
Zafreen
merenung Khalil. “Apa maksud kau?”Tanyanya.
Khalil
menoleh. “Kalau masa kecil-kecil dulu dia asyik minta tolong aku saja kalau ada
apa-apa masalah,sekarang dia dah boleh selesaikannya sendiri...termasuklah
seterusnya.”
Zafreen
membisu.Tidak ada apa-apa yang mahu dia katakan.Itu hal keluarga Khalil.Tidak
manis rasanya kalau dia memberi komen apa-apa.
“Tapi
tak kisahlah!”Suara Khalil bertukar riang tiba-tiba. “Sekurang-kurangnya tak
adalah penat badan aku ni melayan kerenah dia.Tak adalah bila aku balik Luvia
nanti,dia menangis sebab aku tak beli buah tangan.”
* * * * *
Sekarang di Villa Dasuki Sekeluarga
Zafreen
menghela nafas mengenang peristiwa itu.Waktu itu dia baru hampir dua bulan
mengenali Khalil,dan waktu itu dia masih sakit lagi.Bagaimanapun,Khalil waktu
itu sedang menjalani rawatan untuk mengubat penyakitnya menyebabkan penyakitnya
dengan izin Allah...tidak bertambah teruk.
Sepanjang
dia mengenali Khalil,pemuda itu menceritakan segala-galanya tentang
dirinya.Tentang sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan keluarga...tentang
penyakitnya akibat menyertai kursus askar...tetapi dia tidak menyangka...Khalil
menipunya selama ini tentang penyakitnya.
Kalau
diikutkan hati,Zafreen memang marah.Rasa macam mahu meletup.Namun bila melihat
keadaan sebegini rupa,perasaan marahnya terus hilang.Lebih-lebih lagi adik
kandung yang selama ini dirindui Khalil berada di hadapan matanya sekarang.
Wajah
Khazin ditatapnya.Khazin sudah menceritakan segala-galanya kepadanya
tadi.Maknanya tiga remaja yang berada di hadapannya sekarang bukanlah sekadar
remaja biasa.Mereka mempunyai misi.Misi menewaskan Genolis!
“Ada
apa-apa akak boleh bantu?”Pertanyaan Zafreen mengejutkan Naufal,Dayana dan
Khazin.Wajah serius Zafreen menambahkan lagi kerutan di dahi mereka.
Dayana,Khazin,Naufal
dan Zafreen sedang berjalan keluar dari perkarangan villa tersebut.Perkarangan
itu sungguh luas sekali.Sama luasnya dengan dua padang sekolah.Ditambah pula
dengan lanskap yang indah.Pokok-pokok bungan dan juga pokok-pokok hiasan yang
mempunyai bentuk perlbagai rupa.
Nun
di sebelah kiri perkarangan vila terdapat air kolam buatan.Terdapat juga air
pancut setinggi lima kaki di tengah-tengah kolam itu..Rumput-rumput hijau di
sekitarnya menjadikan kawasan air kolam itu kelihatan cantik.
“Akak
serius ni?”Tanya Dayana yang berjalan di sebelah Zafreen.
“Hei,Dayana!Masuk
ni dah lima kali kau tanya soalan tu!Tak ada soalan lain ke?”Naufal menyampuk.Dayana
mencebik.
“Akak
serius,Yana.Kalau diikutkan,akak memang marah sebab selama ni dia bohong
akak.Tapi akak tak boleh biarkan Khalil dalam bahaya.Dia dah banyak tolong
akak.Sekarang biar akak pula tolong dia,”jawab Zafreen bersungguh-sungguh.
Khazin
berjalan agak laju ke depan untuk menyaingi Zafreen. “Saya minta maaf
kak.Sepatutnya akak tak terlibat dalam hal ni.”
“Akak
tak kisah,Khazin.Lupakan semua tu.”
“Habis,famili
akak macam mana?Mereka tak ada di rumah tadi,kan?”Tanya Naufal.
“Jangan
risau.Akak dah tinggalkan pesanan dalam mesin interkom.Tapi akak beritahu
mereka yang akak keluar lama.Akak tak beritahu tentang tujuan kita
sebenarnya,”Zafreen berhenti apabila dia dan ketiga-tiga remaja itu berdiri di
hadapan pintu pagar villa.
Zafreen
pergi ke dinding pagar.Terdapat mesin kod di situ.Setelah menekan butang kod
yang dikehendaki,pintu pagar terbuka.Mereka terus keluar dari situ dan pintu
pagar itu tertutup sebaik sahaja mereka melepasinya.
Di
luar,kawasan yang kelihatan seperti padang golf terbentang luas.Sekarang mereka
berada di tengah-tengah kawasan itu iaitu
sebatang jalan simen yang lurus ke hadapan.Di kiri dan kanan bahu jalan
itu dihiasi dengan pokok-pokok ru.
Nun
di hujung jalan itu barulah ia masuk ke kota.Mereka dikehendaki berjalan ke
hujung sana untuk ke kota.
Kaki
Zafreen baru sahaja empat tapak melangkah tetapi tubuhnya tercampak ke belakang
apabila dia terasa satu letupan kecil berlaku di hadapannya.
“Kak
Zafreen!”Jerit Dayana lalu mendapatkan Zafreen.
“Nak
pergi selamatkan Khalil,ya?”Suara garau kedengaran mengejutkan Khazin,Naufal
dan Dayana.Mereka mendongak ke atas.Kelihatan ada empat orang lelaki sedang
terapung di udara!
Mereka
mengecam dua orang daripada mereka.Faruk dan Gomez!Tetapi yang dua lagi mereka
tidak kenal.Mungkin merupakan sekutu mereka juga.Dan salah seorang daripada mereka
berdua sudah tentu Musyary yang pernah Faruk dan Gomez sebut semasa mereka
mula-mula berjumpa!
Empat
orang lelaki itu mendarat tidak jauh dari mereka.Khazin,Naufal dan Dayana
pantas berdiri di hadapan Zafreen dengan niat untuk melindunginya.Walaupun
Zafreen ketika itu masih lagi bingung tetapi dia membiarkan sahaja.
“Kau
bertiga masih ingat kami lagi?”Faruk bersuara sinis.
“Kami
tak pernah lupa!”Balas Khazin. “Faruk dan Gomez!”
“Kau
dah berjumpa dengan mereka!Tapi kau bertiga masih tak berjumpa dengan aku dan
dia lagi!”Salah seorang daripada mereka menyampuk.
“Aku Hanz...”Hanz memandang lelaki di sebelahnya. “Musyary!”
“Sayang
betul sebab manusia terpilih Inarah dan Pahlawan Mena tu tak ada.Mereka takut
sangatkah nak berjumpa dengan aku?”Lelaki bernama Musyary itu bersuara denga
nada mengejek.
“Aku
ingatkan boleh juga aku menyambut kedatangan mereka
tapi...sayang...penakut...”tambahnya lagi.
Panas
telinga Khazin mendengar ayat itu. “Hei,apa kau semua nak?Tak cukup lagikah
yang kau berdua dah tangkap abang aku?”
“Abang?Oh...jadi
budak keparat tu abang kau rupanya...”
“Jangan
kata abang aku macam tu!”Khazin berteriak marah lalu mengeluarkan Lamani dari
sarung yang terselit di pinggangnya.
Khazin
berlari ke arah Musyary sambil menghunuskan pedangnya.Dia melibas-libas dan
menikam-nikam tubuh Musyary tetapi Musyary dengan selamba mengelak sambil
mengukir senyuman sinis.
Musyary
menangkap bilah Lamani. “Itu sajakah?”Ejeknya.
Pada
masa itu juga Musyary terasa tangannya panas,sepanas api.Spontan dia melepaskan
genggamannya.Tapak tangannya merah.
“Kurang
ajar!”Jerit Musyary geram.Serentak dengan itu,tanpa diperintah Faruk,Gomez dan
Hanz meluru ke arah Khazin.
Namun
pergerakan mereka terhalang oleh libasan cahaya yang muncul secara mengejut di
hadapan mereka.Mereka terundur ke belakang tanpa sempat berbuat apa-apa.
Rupa-rupanya
Naufal yang menjadikan libasan itu dengan menggunakan Ukail. “Dayana,jaga Kak
Zafreen!”Arah Naufal.Dayana akur sahaja.
Naufal
berlari mendapatkan Khazin
“Mana
dua manusia terpilih tu?”Tanya Musyary dengan marah.
“Kami
tak tahu!”Jawab Dayana.
“Jangan
cuba nak tipu!”
“Kalau
kami tahu sekalipun,kami takkan beritahu kau!”Teriak Khazin dengan nada
amarahnya.
“Cis!”Hanz
meletakkan tapak tangannya ke tanah sebelum sempat Musyary berbuat demikian.Permukaan
tanah retak dan mengeluarkan libasan merah dan meluncur ke arah Khazin dan
Naufal.
Khazin
dan Naufal melompat ke tepi tetapi mereka dibalas pula dengan hentakan pedang
yang dihasilkan sendiri oleh Faruk dan Gomez.Mereka menghalang pedang Faruk dan
Gomez dengan menggunakan Lamani dan Ukail.Faruk menyerang Khazin manakala Gomez
menyerang Naufal.Senjata mereka bertembung.
“Kau
berdua uruskan budak ni!Biar kami cari penasihat dan Pahlawan Mena tu!”Musyary
dan Hanz mengapungkan diri di udara.
“Woi,jangan
lari!”Jerit Khazin sebelum Faruk menolak dengan menggunakan pedangnya.
“Kasihan
betul!”Faruk melibas pedangnya dan libasan cahaya putih terhasil membuatkan
Khazin tercampak ke belakang.
“Khazin!”Jerit
Naufal,risau.Ketika itu berlawan dengan Gomez.
Khazin
bangun perlahan-lahan.Faruk sudah berdiri di hadapan matanya dan mahu
menetaknya tetapi Khazin sempat menghalang dengan bila Lamani.
Musyary
dan Hanz yang terapung di udara tersenyum jahat dan ketawa sinis melihat
senario itu.Tanpa mengucapkan selamat tinggal,mereka terbang beredar dari situ.
“Ah,mereka
dah lari!”Kata Dayana.Zafreen di sebelahnya masih tergamam melihat kejadian
mengejut di hadapannya itu.
“Pergi
Dayana!”Teriak Khazin sambil bertarung dengan Faruk.
“Hah!”Balas
Dayana.
“Pergi!Cari
Hafiz dan Inarah!”
“Tapi...”
“Pergi!Bawa
Kak Rin sekali!”Kali ini Naufal pula berteriak.
Dayana
tersepit di tengah-tengah.Akhirnya dia akur juga.Dia menarik tangan Zafreen dan
berlari pergi dari situ.
“Kita
nak ke mana?”Tanya Zafreen.Dia membiarkan sahaja Dayana menarik tangannya.
“Kita
cari kawan saya,”Dayana menjawab ringkas.Dia tiada masa mahu bersoaljawab
dengan Zafreen sekarang.Di belakangnya sekarang,pertarungan Khazin dan Naufal
sedang berlangsung.
Apa
yang dia tahu,dia mesti mencari Hafiz dan Inarah sekarang!
No comments:
Post a Comment