Tengah malam,Kawasan Air Terjun Khairun
Balqis,Dimensi Mena
Kelihatan Arkan berjalan mendapatkan seseorang
yang sedang melihat keindahan air terjun.Dia tersenyum sendirian dan terus
berjalan.
“Kau datang
sini ada apa-apa laporan yang nak beritahu ke,Arkan?”Orang yang melihat
keindahan air terjun itu bersuara.
Arkan
menghentikan langkahnya. “Sebenarnya...tidak Tuan Besar Jabran.Aku cuma nak
tanya sesuatu.”
Jabran
berpaling ke arahnya.Jabran tidaklah terlalu tua.Usianya dalam lingkungan
pertengahan 30-an.Walaupun begitu,dia mempunyai wajah yang bengis.
“Apa dia?”
“Tentang
rancangan Reza.Tuan betul-betul pasti ke?”
Jabran
tersenyum lebar. “Heh!Kenapa pula kau tanya macam tu?Kau tak yakin dengan keputusan aku ke?”
“Err..tak.Bukan
macam tu.Maksud aku,aku tak yakinlah dengan Reza tu,”Arkan berterus terang.
Jabran
mengambil masa beberapa saat sebelum dia ketawa terbahak-bahak.
Arkan
memandang tajam orang yang dipanggilnya ‘tuan’ itu.
“Arkan...,”tawa
Jabran menghilang sedikit.Mulutnya masih tersenyum. “Kita tengok dulu macam
mana.Lagipun,bagilah peluang pada kawan seperjuangan kau tu.”
“Aku tahu
kau memang tak berapa sukakan budak Reza tu.Tapi,demi cita-cita
aku,yakinlah!”Jabran memandang air terjun semula. “Kau tahu kenapa air terjun
ni dinamakan Khairun Balqis?”
Arkan diam
memandang Jabran.Angguk tidak,geleng pun tidak.
“Lebih
kurang seratus tahun dulu,ada dua orang kawan baik.Seorang Khairun,dan seorang
lagi Balqis.Mereka memang rapat sejak dari kecil hinggalah
dewasa.Kebetulan,mereka berdua sama-sama anak bangsawan.Tempat yang mereka
selalu bermain bersama ialah tepi sungai air terjun ini,”Jabran memasukkan
kedua-dua kakinya ke dalam sungai.
Arkan
masih memasang telinga mendengar cerita Jabran.
“Apabila
mereka dewasa,mereka masih rapat.Tapi,masa itu bapa mereka sering bergaduh
kerana berebut jawatan sebagai ketua antara lima bangsawan di negara ni.Akibatnya,hubungan
Khairun dan Balqis makin renggang.Bagaimanapun,mereka tetap cuba cari jalan untuk
berkawan seperti biasa.”
“Beberapa
bulan kemudian,akhirnya bapa Khairun dilantik
menjadi ketua bangsawan,dan Khairun automatik menjadi seorang puteri.Pada
mulanya Balqis gembira dengan kejayaan Khairun.Tetapi,lama-kelamaan perasaan
gembira itu bertukar menjadi perasaan benci dan dengki.”
“Kenapa?”Tanya
Arkan.
Jabran
menyeluk tangannya ke dalam air. “Balqis cemburukan Khairun yang mempunyai
segala-galanya.Khairun dapat layanan terlalu istimewa,mempunyai wang yang
banyak dan amat diminati ramai lelaki.Balqis pada mulanya mendiamkan diri saja
tetapi selepas Balqis perhatikan ramai orang terlalu membandingkan dirinya
dengan Khairun,hatinya mula menyimpan dendam.”
Jabran
memandang Arkan. “Bunuh...Balqis menikam Khairun semasa Khairun beristirehat di
air terjun ni.Tapi,tikaman pertamanya masih belum berjaya membunuh
Khairun.Khairun yang sedar Balqis orang yang menikamnya terus menangis.”
* * * * *
Seratus tahun dahulu,kawasan air terjun,Dimensi Mena
“Balqis...”Khairun
bersuara perlahan.Badannya tertiarap atas tanah.Tangan kanannya memegang
dadanya yang sudah dibasahi darah.Suaranya tersekat-sekat.Air matanya mengalir.
Balqis
masih memegang pisau yang dibasahi darah.Air matanya juga sudah jatuh ke
pipinya.
“Ke...napa...?”
“Aku
ingatkan kau kawan baik.Rupa-rupanya aku silap!Kau memang suka tengok kawan kau
merana!”Pekik Balqis.
“Aku...tak
faham...”
“Kau
jangan berdalih!Orang-orang di luar sana selalu mencemuh aku...selalu
bandingkan diri aku dengan kau...dan mereka juga dah mengutuk ayah aku!Kau
ingat aku nak biarkan!”Balqis mengangkat pisaunya tinggi-tinggi. “Lepas aku
bunuh kau,ayah kau pula aku bunuh!”Balqis menghayun pisaunya ke arah jantung
Khairun.
Zup!Tiba-tiba
Balqis terasa dadanya perit,seperti ditikam sesuatu.Dia melihat benda yang
menusuk dadanya.
“Anak
panah...”Balqis mencabut anak panah itu dari dadanya.Dia memandang pisau yang
dipegangnya.Nampaknya pisau itu berjaya menembus dada Khairun.Khairun kaku
tidak bernyawa.
“Kau
ditangkap Balqis!Hei,kau semua tengok Puteri Khairun!”Arah seorang lelaki yang
memegang busur panah.Kemungkinan dialah yang memanah Balqis.
Balqis
bangun dan berjalan untuk melarikan diri.Tetapi,entah kenapa dia berasa
badannya lemah yang amat.Dia berjalan dan apabila dia sampai di tepi sungai air
terjun di situ,dia memandang air terjun itu.
“Balqis,aku
suka air terjun ni!Cantik!”Balqis terdengar suara kecil Khairun
memanggilnya.Bayangan sewaktu dia bermain-main di air terjun itu bersama
Khairun muncul.
“Ya,cantik!Macam
aku,kan?”Balqis memuji diri sendiri.
“Uuu...tak
malu.Perasan!”Khairun menjelir lidah.
“Suka hati
akulah.Lagipun,aku suka main air kat sini.Sejuk!”
Mereka
sama-sama ketawa.
“Balqis,aku dah ada nama untuk air terjun ni tau.Mesti kau suka!”Kata
Khairun.
“Aha,apa
dia?”
“Khairun
Balqis.Aku Khairun,kau Balqis...”cadangan daripada Khairun membuatkan mereka
berdua ketawa.
“Khairun
Balqis...”bisik Balqis.Air matanya mengalir apabila mengingati kenangan manis
itu. “Cantik nama itu...”Balqis rebah jatuh ke dalam sungai yang cetek itu.
Separuh
daripada orang yang mengerumuni Khairun tadi mendekati Balqis yang rebah ke
dalam sungai.
“Khairun
Balqis...air terjun ni namanya Khairun Balqis...”orang yang mendapatkan Khairun
tadi terdengar bisikan dari mulut Balqis sebelum Balqis akhirnya diam tidak
bergerak lagi.
* * * * *
Sekarang,Kawasan Air Terjun Khairun Balqis
“Disebabkan
kata-kata terakhir Balqis itulah menyebabkan orang ramai memanggil air terjun
ni sebagai Air Terjun Khairun Balqis.Menarik,kan?”Jabran tersenyum sinis. “Pada
awalnya berkawan baik,dan disebabkan perasaan hasad dengki dan cemburu,semuanya
berakhir dengan tragis.”
Dahi Arkan
berkerut. “Apa kena mengenanya dengan aku?”
Jabran
menjeling sinis. “Kau tak ada bezanya dengan Balqis,cemburu pada kawan
seperjuangan kau sendiri.Dan kemungkinan perakhiran hubungan kau dengan Reza
sama macam Khairun dan Balqis,”Jabran menepuk-nepuk bahu Arkan.
Arkan
membeliakkan matanya.
“Kau
jangan ambil hati.Aku cakap aje,”Jabran ketawa. “Berbalik pada rancangan
Reza.Kita akan menyerang Kota Batu Karang.Keputusan aku muktamad!”
“Bila,tuan?”
“Tak tahu
lagi!Tapi dalam dua tiga hari ni!”Pantas Jabran menjawab. “Tak sabar rasanya
nak tengok orang-orang itu menderita!Meraung!Menangis!Melutut pada aku!Aku akan
memerintah mereka satu hari nanti!”Jabran ketawa terbahak-bahak.
“Tuan!Saya
nak jumpa tuan dari petang tadi.Tapi,tuan tak ada!”Terdapat satu suara lain
dari belakang Arkan.
Jabran
menoleh. “Kau Fajar!Kenapa dengan kau ni?”Bentaknya apabila melihat badan Fajar
cedera teruk.
Fajar
menelan air liur.Otaknya ligat berfikir menyusun ayat.
* * * * *
Tengah malam,makmal Profesor Rinse
Seorang lelaki berkaca mata
bulat,berambut perang dan botak di tengah sedang meneliti cip yang
dipegangnya.Sekali-sekala dahinya berkerut.
Tok!Tok!Tok!Kedengaran bunyi
ketukan pintu makmal tersebut.
“Masuk!”
Pintu dibuka.Tok Bazil masuk ke
dalam.
“Macam mana,Rinse?”Tanya lelaki
separuh umur itu.
Profesor Rinse menghela nafas.
“Bazil,kau ada beritahu yang kau syak ada orang yang mengawal makhluk tu
melalui cip ni,kan?”
Tok Bazil mengangguk.
“Kau
betul,”Profesor Rinse bangun dari duduknya.Dia menunjukkan cip berwarna hitam
itu kepada Bazil. “Aku dah siasat asal cip ni dalam komputer hologram
aku.Sistem kawalan cip ni datang dari kawasan Barat.Tapi...”
“Tapi
apa?”
“Aku tak
dapat nak godam masuk ke dalam sistem tu.Dan aku tak tahu dari tempat mana ia
datang dan siapa yang mengawalnya.Bijak betul mereka yang buat cip ni buat
sistem keselamatan.”
Tok Bazil
tersenyum. “Tak apalah.Sekurang-kurangnya kita dah tahu yang makhluk tu tak bencikan
manusia.Oh ya!Kau dah habis kaji semuanya?”
Profesor
Rinse menggeleng. “Aku nak periksa.Manalah tahu kalau aku ada terlepas
pandang.”
“Tak
apa.Kau buat dulu sampai semuanya siap.Lepas tu,kau beritahu aku ataupun tiga
orang anak buah aku tu.”
Profesor
Rinse mengangguk setuju.
* * * * *
Waktu pagi,Perpustakaan SMK Bais Saujana
Perpustakaan
itu dibuka sejak pukul 6.30 pagi lagi kerana waktu itu guru yang dilantik
sebagai guru perpustakaan sekolah sudah datang ke sekolah pagi itu.Tujuannya
ialah mereka hendak mengemaskini buku-buku yang sudah disusun berselerak
judulnya oleh pelajar-pelajar yang menggunakan buku-buku itu semalam.Pengawas
perpustakaan yang bertugas hari itu juga datang awal untuk membantu.Semasa
proses mengemaskini itu,para pelajar yang ingin meminjam,memulang buku atau
membaca buku di perpustakaan itu masih dibenarkan datang.Cuma mereka tidak
dibenarkan menganggu guru-guru dan para pengawas perpustakaan yang sedang sibuk
menyusun buku.
Hafiz
adalah salah seorang pelajar di situ yang duduk membaca buku.Jam tangannya
dilihat.Lagi minit pukul tujuh pagi.Dia menghembus nafas kasar.Buku cerita yang
dipegangnya ditutup.
“Aku tak
faham.Aku susah payah bangun awal dari biasa sebab nak datang perpuastakaan
ni...,”dia merenung tajam ke depan. “...tapi sampai sekarang kau asyik baca novel tu!Ada
hal nak beritahu konon!”Tiba-tiba dia berteriak marah sambil jari telunjuknya
menunjuk ke arah Inarah yang duduk arah bertentangan.Waktu itu,Inarah sedang
membaca novel bergenre fantasi.
“Hei,bisinglah!”Tegur
salah seorang pengawas perpustakaan.
Hafiz
meletakkan tangannya di atas meja.Matanya tajam memandang Inarah.Mereka berdua
duduk di meja yang sama tetapi mereka duduk arah bertentangan.
“Rilekslah,aku
tengah baca plot konflik ni. Nanti kejaplah!”
“Kejap...kejap...!Pagi
tadi pukul lima kau hantar SMS beritahu suruh aku datang pukul 6.30 sebab kau
kata ada hal nak beritahu pasal misi tu!Tapi sekarang ni lagi lima minit pukul
tujuh.Kau masih tak beritahu apa-apa!”Hafiz memperlahankan suaranya tetapi
masih bernada marah.
Inarah
tajam merenung Hafiz lalu menutup novel yang dibacanya.
“Okey!Okey!”Inarah
mengalah. “Dengar,ahad ni Hari Keputeraan Sultan Kedah, kan?”
“Habis tu
kenapa?”
Inarah
mengurut-urut dagunya. “Kita cuti tiga hari.Aku cadangkan,apa kata tiga hari tu
kita tinggal di Kampung Fannani. Senang sikit kita nak jalankan misi kita...”
“Apa?!!Kau
gila?”Jerit Hafiz,terbangun dari tempat duduknya.
“Hei,diam!Ini
library!”Tegur pengawas perpustakaan
yang sama.
Hafiz
kembali duduk sambil meminta maaf. “Kau gila?Takkanlah sehari suntuk dalam
empat hari tu kita ada di sana?”Bisiknya.
“Bukan
macam tu.Kita akan balik ke rumah juga.Jalan masuk ke dimensi tu adalah cermin
dalam bilik kita.Kau kunci bilik kau,lepas tu kau pergi ke dimensi tu.Kalau kau
pergi pagi,tengahhari kau baliklah.Lepas jumpa keluarga,kau pergi lagi. Aku
pasti mereka takkan perasan.Lagipun,cuti sekolah empat hari ni mesti banyak
homework.Mereka mesti ingat kita buat homework dalam bilik dan tak nak
diganggu,”cadang Inarah.
“Ooo...habis
tu bila nak siapkan homework tu kalau kita asyik sibuk dengan misi tu?”Kata
Hafiz bernada menyindir.
Inarah
ketawa. “Pandai-pandailah kau bahagi masa.Itu bukan masalah aku.Aku pun dah
plan sendiri bila aku nak buat homework.”
Tiba-tiba Inarah bangun dari duduknya.Hafiz tersentak.
“Lagipun,kita
ada misi penting nak selamatkan Dimensi Mena!Seorang yang berani dan berwibawa
takkan takut ke medan pertempuran!Kau kena bangga sebab kau orang terpilih
untuk jalankan misi yang penuh cabaran tu!Dan kau memang patut terima misi ni
untuk keselamatan penduduk di Dimensi Mena!Kita kena berjuang mempertahankan
keamanan!”Kata Inarah dengan suara yang kuat.
“Kau
setuju tak dengan cadangan aku?”Inarah kembali bersuara normal lalu memandang
Hafiz.
Kelihatan
muka Hafiz pucat.Dia kelihatan takut-takut.
“Kenapa
kau ni?Takkan aku bagi semangat sikit dah takut.”
“Sebab
kamu tu memang tak tahu takut!”Kedengaran satu suara lain di belakang
Inarah.Inarah yang serta-merta mengenali suara itu mulai gelabah.
“Habislah!Puan
Wong!”Kata hati Inarah.
Hafiz dan
Inarah dibawa keluar dari perpustakaan itu.Puan Wong memandang mereka tajam.
“Ini
perpustakaan,bukannya pasar malam!”Marah Puan Wong lalu menutup pintu
perpustakaan.
Hafiz
memandang tajam ke arah Inarah. “Padan muka kau!”
Inarah
juga memandang tajam ke arah Hafiz. “Diamlah!”
Inarah dan
Hafiz berpecah meninggalkan tempat itu.
* * * * *
Hotel Mewah Kistina,Kota Batu Karang
Budak itu berdiri termenung di tepi
tingkap hotel.Dia dapat melihat banyak bangunan pencakar langit dibina di kota
itu.Budak itu memandang ke bawah.Sekarang dia berada di tingkat lima belas
hotel tersebut.Kenderaan-kenderaan yang
bergerak menggunakan tenaga elektrik seratus peratus itu di atas jalan raya
kelihatan seperti semut-semut yang berjalan di atas tanah.
Pintu bilik
hotel dibuka.Seorang lelaki tua berjanggut putih masuk ke dalam.Di tangannya
memegang sebuah buku.Apabila budak itu menoleh memandangnya,lelaki tua itu
tersenyum.
“Jalani
dah makan?”Tanya lelaki tua itu sambil memegang bahu budak itu.
Budak yang
dipanggil Jalani itu mengangguk.Dia memandang buku yang dipegang oleh lelaki
tua itu.Satu nama tercatat di kulit buku; LUBAID,nama lelaki tua yang baik hati
itu.
Lubaid
memandang ke luar tingkap. “Cantikkan pemandangan di kota ni.Tapi
sayang,sesetengah sikap manusia di sini tidak secantik pemandangan ni,”ujarnya
sambil memandang sayu Jalani.
Jalani
menundukkan mukanya.
“Mujur
mereka tak pukul kamu semalam.Kalau tak,tentu kamu cedera teruk.,”kata Lubaid.
“Tok nak tanya kamu benda ni semalam,tapi tok tengok kamu tak
bersemangat.Jadi,tok ingat nak tanya kamu hari ni.Boleh tok tanya sesuatu?”
Jalani
mengangguk.
“Kenapa
kamu mencuri?”
Jalani
tersentak lalu terus berlari masuk ke dalam bilik.Lubaid terkejut dengan reaksi
Jalani.Dia mengikut masuk ke dalam bilik Jalani.Kelihatan Jalani menangis
teresak-esak dengan menakup mukanya ke bantal.
“Saya
lapar...”kata Jalani tersedu-sedan. “...saya tak ada duit nak beli makanan.Mak
dengan ayah dah tak ada...”
Lubaid
memandang sayu ke arah Jalani.Matanya memandang penuh simpati.Dia menarik
tangan Jalani dan memegang bahunya.
“Apapun
Jalani,apa yang kamu buat tu salah.Kalau kamu lapar sekalipun kamu tak boleh
mencuri.”
“Saya
tahu.Sebab tu saya ada minta sedekah,tak pun saya cuba minta makanan dari
orang...tapi tak ada seorang pun yang bagi,”beritahu Jalani sambil menangis
teresak-esak. “Kalau termasuk hari semalam dah empat hari saya tak makan.Saya
cuma minum air,itupun air tasik atau air sungai.Orang-orang kat luar sana
memang kejam.Saya cuma nak makanan.Mereka kejam!
“Jalani,jangan
cakap lagi.Tak baik cakap macam tu,”larang Lubaid.Dia faham perasaan budak itu
tetapi dia tidak suka melihat cara budak itu bercakap.
“Kenapa
tok?Kan betul apa yang saya cakap?”
“Jalani...kamu
tak boleh cakap macam tu.Bukan semua orang di luar sana kejam macam yang kamu
cakapkan.”
“Saya
tahu,”Jalani tersenyum memandang Lubaid. “Macam tok.Tok dah selamatkan saya
semalam dan tok dah bagi saya makan sedap-sedap.Tok baik,tak macam orang lain.”
Lubaid
tersenyum lalu mengusap-usap rambut budak itu.
Ding
dong!Kedengaran loceng bilik hotelnya berbunyi.Lubaid bangun untuk membuka
pintu.Jalani mengikutnya dari belakang.Apabila Lubaid membuka pintu,kelihatan seorang
lelaki berusia akhir belasan tahun berdiri di muka pintu.Mulutnya menguntum
senyuman.
“Saya nak
keluar jalan-jalan,tok.Saya ingat nak bawa Jalani sekali,”kata pemuda itu
sambil memandang Jalani.
Lubaid
tersenyum lalu memandang Jalani.Jalani mengangguk-angguk tanda setuju.
“Pergilah.Tapi,bawa
Jalani ni baik-baik.”
Pemuda itu
mengangguk.Jalani berjalan ke luar bilik.
“Malik...”Panggil
Lubaid.
Pemuda itu menoleh.
“Kamu dah
sihat sekarang?”
Malik
tersenyum. “Saya dah okey,tok.Jangan risau.”
Lubaid
membalas senyuman itu.
Taman Rekreasi Sana’,Kota batu Karang
Walaupun
hari sudah tengahhari,cuaca tidak begitu panas.Angin mendung menghiasi langit
tetapi tidak menunjukkan tanda hari mahu hujan.Angin bertiup lembut.Atas sebab
itulah Malik sengaja membawa Jalani keluar berjalan-jalan.
“Abang
Malik...”Panggilan Jalani.
“Mmm...”
“Tok
Lubaid tu baik,kan?”
“Kenapa cakap
macam tu?”
“Dia dah
dua kali selamatkan orang.Beberapa hari lepas dia dah selamatkan abang,lepas tu
dia selamatkan Lani pula.”
Malik
diam.Dia teringat peristiwa di mana Lubaid menyelamatkannya.Kalau Lubaid tidak
muncul,sudah tentu dia berhadapan dengan maut.Dia amat bersyukur kepada Tuhan
kerana masih selamat dalam tragedi perit menimpanya.
“Boleh
abang cerita macam mana Tok Lubaid selamatkan abang?”
Malik
mengangkat kening.Dia memandang Jalani.
“Macam
ni...”Malik memulakan ceritanya.
Makmal Profesor Rinse
Profesor
menggaru-garu kepalanya yang separuh botak itu.Sekali-sekali dia mengeluh.Matanya
memandang cip mikro hitam yang diletakkan di atas meja.
Tengah
malam tadi,dia sudah periksa cip itu berkali-kali dan apabila sudah pasti tiada
benda yang terlepas pandang,dia terus berhenti memeriksa.Dia tidur apabila hari
menjelang pagi dan bangun apabila tenghhari sudah membuka tirai.
Kemudian,dia
sengaja memeriksa cip itu kembali untuk mencuba sekali lagi menggodam masuk ke
sistem kawalan tersebut.Usahanya itu tidak berjaya tetapi dia terjumpa sesuatu
yang mengejutkannya.
Beberapa
saat kemudian,Tok Bazil masuk ke dalam makmal.
“Hai,Rinse!Kenapa
ni?Gelabah je.”
Profesor
Rinse memandang Tok Bazil. “Bazil,ini teruk!”
“Apa yang
teruk?”
“Tadi aku
cuba nak godam sekali lagi sistem kawalan cip tu.”
“Habis
tu?Kau berjaya?”
“Tak,”jawab
Profesor Rinse. “Aku jumpa sesuatu yang lagi teruk!’
Tok Bazil
berjalan mendapatkan Profesor Rinse.
“Kota Batu
Karang...”kata Profesor Rinse. “...masa aku baru saja masukkan cip,keluar satu
arahan baru untuk makhluk-makluk tu.Mereka diarahkan untuk menyerang Kota Batu
Karang.”
Hati Tok
Bazil seperti dipanah petir akibat menerima kejutan.
“Bila
serangan tu?”
“Menurut
maklumat dalam dua tiga hari lagi...tapi kita tak pasti mungkin ada kejutan
lain pula.”
Tok Bazil
mendengus.Perasaannya bercampur-baur sekarang.“Lubaid...”
No comments:
Post a Comment