Saturday, March 26, 2011

BAB 7


HAFIZ dan Inarah berada di tepi tasik salah sebuah taman rekreasi di kota itu.Di sekeliling tasik itu sengaja dibina tiang batu-bata setinggi empat kaki untuk keselamatan kanak-kanak yang bermain di kawasan itu.Di dalam tasik itu jelas kelihatan ikan-ikan berenang.
     Hafiz menyangkutkan kedua-kedua tangannya pada tiang bata yang dibina di tepi tasik itu.Dia tidak mempedulikan hingar-bingar orang ramai yang berada di taman rekreasi itu.Moodnya seperti sudah hilang sekarang.Apa yang ada hanya letih,letih dan letih.
     Inarah yang berdiri di sebelahnya meletakkan lengannya pada tiang bata.Dia juga sama seperti Hafiz.Penat,tetapi dia cuba menyembunyikan perasaan penatnya itu.
     “Macam mana ni,Ina?Dah hampir sejam kita cari tapi tak jumpa-jumpa!”Hafiz separuh merungut.
     “Alah,nanti kita jumpalah tu!”Inarah menjawab selamba walaupun dia sebenarnya agak berang dengan ketiga-tiga rakannya itu.Yalah,mereka sendiri beritahu untuk berjumpa di tempat itu,tetapi mereka sendiri tidak muncul.
     “Kau yakin mereka beritahu nak jumpa kita di bumbung apartmen tu?”Tanya Hafiz agak ragu-ragu.
     “Iya!”Balas Inarah yakin. “Sudahlah.Kita kena terus cari mereka.Kalau tak misi kita takkan selesai.”
     Hafiz mencekak pinggang. “Kan lebih baik kalau kita cari Genolis yang bernama Musyary terus.Tentang mereka kita fikirkanlah nanti.”
     “Masalahnya aku takut kalau mereka terjumpa Musyary dan sekutunya terlebih dahulu daripada kita.Kita kena cari mereka juga!”
     Hafiz menghela nafas. “Habis apa kita nak buat?”
     Inarah menggeleng. “No idea.”
     Hafiz mengeluh.Dia sendiri sudah buntu hendak berbuat apa sekarang.Inarah pula memandang tasik di hadapannya.
     Hafiz mengalihkan pandangan pada dua orang pemuda yang berbual tidak jauh dari mereka.Disebabkan dua pemuda itu bercakap agak kuat,Hafiz dapat mendengar perbualan mereka melainkan Inarah yang sedang khusyuk menikmati pemandangan tasik.
     “Aku dengar jiran kau Khalil tu hilang malam dua hari lepas.Betul ke?”Pemuda pertama bertanya.
     “Ha’ah.Sebenarnya malam kejadian tu aku ada dengar juga bunyi bising di rumah dia.Bukan itu saja,bunyi macam letupan pun ada,”jawab pemuda kedua bersungguh-sungguh.
     “Letupan?Eh,kau tak pergi tengok ke?”
     “Tak pula.Aku ingatkan dia tengah cipta barang baru ke...apa ke...Khalil tu memang minat cipta barang.Jadi aku buat tak tahu sajalah!”Jawab pemuda kedua lagi. “Esok pagi bila aku nak pergi rumah dia,pintu tak kunci.Kawasan di depan pintu rumah saja yang berselerak dan ada macam kesan hangus di dinding.Aku terus hubungi Polis Mena.”
     “Kau terkejut?”
     “Mestilah terkejut!Tambahan pula Khalil tak ada di rumah sampai sekarang dan disahkan hilang!Tapi aku pelik juga.”
     “Pelik apa?”
     “Yalah,kebetulan aku berada di luar rumah malam tu sebab nak berjaga sampai pagi.Tapi tak nampak pun dia keluar.Nak kata dia keluar ikut tingkap?Tak mungkin!Tinggi sangat!”
     “Huih,misteri bunyinya tu!”Pemuda pertama terpelangah.
     “Tahu tak apa!”Pemuda kedua tersengih.Dia dan pemuda pertama tadi tidak menyedari bahawa Hafiz yang dari tadi mendengar perbualan mereka berjalan menghampiri mereka.
     “Eh,Hafiz!Kau nak ke mana tu?”Tanya Inarah yang tersedar Hafiz beredar dari situ.
     Hafiz membiarkan sahaja soalan Inarah tanpa jawapan.Dia terus menghampiri kedua-dua pemuda yang rancak berbual tadi.
     “Assalamualaikum!”Sapa Hafiz dengan sopan.
     “Waalaikummussalam.Ada apa dik?”Pemuda pertama menjawab salam diiringi dengan soalan.
     “Saya terdengar perbualan abang berdua tadi.Apa betulkah abang ni jiran Khalil,orang yang hilang di Apartmen Sari tu?”Tanya Hafiz kepada pemuda kedua.
     “Ya,sayalah!Kenapa?”Tanya pemuda kedua pula.
     “Tentang kehilangan Khalil,itu sajakah yang abang dapat cerita.Maksud saya,yang abang ceritakan kepada kawan abang tadi?”
     “Ya,itu saja.Kasihan Khalil tu.Sudahlah dia masih sakit lagi.Baru saja dia nak sembuh,jadi begini pula.”
     “Tadi saya dengar abang beritahu yang abang berada di luar rumah sepanjang malam.Luar mana tu?”
     “Luar rumah abanglah.Rumah abang cuma selang dua rumah saja dari rumah Khalil.Tapi disebabkan penghuni kedua-dua rumah tu tak ada di rumah,ianya kosonglah,”pemuda kedua itu tersenyum. “Tapi...”dahi pemuda kedua itu berkerut.
     “Kenapa?”
     “Masa abang dengar letupan dan bunyi bising-bising tu,dengar macam suara orang menjerit sesuatu.Tapi itu bukan suara Khalil.”
     “Dia jerit apa?”
     “Lebih kurang begini... ‘kita teleport...hutan..kalau keluar...orang nampak’...begitulah.Abang tak berapa ingat pula.”
     Hafiz agak terperanjat mendengar jawapan itu.Mendengar perkataan ‘hutan’,terus dia teringat bahawa dia mungkin pernah melihat hutan itu sebelum ini walaupun agak samar-samar.
     “Eh,lain saja bunyinya!Kenapa kau tak terus pergi tengok?”Pemuda pertama menyampuk.
     “Manalah aku tahu.Aku ni bukannya jenis berfikiran buruk!”Pemuda kedua membela dirinya.
     “Err...terima kasih bang!Pergi dulu!”Hafiz terus sahaja beredar meninggalkan kedua-dua pemuda yang tercengang melihatnya.
     “Kenapa ni?”Inarah terus menyoal sebaik sahaja Hafiz berhenti di hadapannya.Dia memandang wajah Hafiz dengan hairan.
     “Aku dah tahu di mana Khalil!”Hafiz memberitahu.
     “Apa?”
     “Sini!”Lantas Hafiz berlari dari situ.Inarah yang masih hairan melihat gelagat Hafiz hanya mengikut.

                             *          *          *          *          *
    Pedang Lamani Khazin dan pedang Faruk bertembung.Bilahnya bergesel mengeluarkan satu bunyi yang nyaring.Pedang mereka bergesel buat beberapa saat sebelum kemudiannya mereka serentak melompat ke belakang.
     Sebaik sahaja Khazin mendarat,dia menghayun Lamani dan melontarkan lingkaran api kepada Faruk tetapi pantas ditangkis Faruk dengan menggunakan pedangnya.Lingkaran api itu ‘pecah’.
     Sementara itu pertaruangan Naufal dan Gomez juga semakin sengit.Naufal sudah beberapa kali tumbang tetapi dia masih berdaya untuk bangun.Lengannya sudah calar-balar sedikit.Dia menggenggam hulu Ukail dan berlari ke arah Gomez lalu melompat sambil menghayun senjatanya.
     Gomez tersenyum sinis.Tangan kanannya yang memegang pedang dilontarkan ke udara mengejutkan Naufal.Gomez menggenggam penumbuk lalu menumbuk perut Naufal yang ketika itu sudah hampir dengannya.
     Naufal terpelanting ke belakang.Dia mengaduh kesakitan.Dia terasa perutnya panas.Gomez ketawa terkakah-kakah.
     “Kasihannya!”Gomez menyindir diiringi dengan ketawa.
     Zzeenngg!!!Gomez seperti terdengar bunyi berdesing di belakangnya.Apabila dia menoleh,terdapat libasan berwarna putih menuju ke arahnya.Lelaki itu sempat mengelak tetapi libasan itu sempat menghiris lengan kirinya.Darah memancut keluar diiringi dengan jeritan kesakitan Gomez.
     Naufal yang sudah bangun tersenyum sinis. “Sekarang siapa yang kasihan,hah?”Dia membalas sindiran Gomez.
     “Cantiklah,Naufal!”Puji Khazin gembira tetapi dia terus diserang Faruk.Faruk melibas-libas pedangnya ke arah Khazin tetapi Khazin pantas mengelak-elak serangan itu.
     “Mungkin kawan kau dapat serang Gomez.Tapi kau takkan dapat serang aku!”Tengking Faruk yang sudah naik hantu.
     Khazin tersengih sinis.Dia melompat ke belakang lalu menghasilkan bulatan api di hadapannya.Faruk tersentak apabila bulatan api yang Khazin berdiri di belakang bulatan itu sedang menuju ke arahnya.
     Faruk tidak sempat mengelak atau menangkis serangan itu setelah bulatan api itu mengenainya.Dia menjerit dan serentak dengan itu bulatan api itu hilang.Pada masa itulah Khazin kelihatan.Dengan sepenuh tenaga,Khazin menggunakan abiliti apinya dan menolak Faruk ke belakang.
     Faruk terpelanting dan terseret jauh.Akibat seretan itu tanah-tanah tempat Faruk terseret tenggelam sedikit.Asap-asap kecil keluar dari tanah yang sedikit tenggelam itu.Faruk terbaring lemah tetapi beberapa saat kemudian dia cuba untuk bangun.
     “Tak...guna kau...”Marah Faruk.Badannya sudah calar-balar dan terdapat luka-luka kecil di bahagian lengannya.
     “Kau berdua akan terima akibatnya...”Gomez mencelah.
     Khazin dan Naufal berundur ke belakang sedikit demi sedikit.
     “Khazin,mereka dah marahlah!”
     “Aku tahu.Hati-hati,”pesan Khazin.
     “Eh,apa dah jadi ni?”Tiba-tiba kedengaran suara budak menjerit.
     Mereka berempat hampir serentak menoleh ke arah suara budak tersebut.Kelihatan seorang budak lelaki dan seorang lelaki separuh umur sedang berdiri di hadapan pintu pagar villa.Mereka kelihatan terkejut melihat kejadian di hadapan mereka.Encik Dasuki dan Umar!
     Faruk tersenyum sinis. “Gomez!”Panggilnya.
     Gomez yang faham maksud Faruk itu terus berlari ke arah Encik Dasuki dan Umar!
     Seperti mahu luruh jantung Khazin dan Naufal melihat keadaan itu. “Jangan!!!”Mereka serentak menjerit.

                             *          *          *          *          *         
     Burung-burung berterbangan di udara berdekatan kawasan hutan tempat Khalil diculik.Khalil ternampak akan keadaan itu.Dia merasakan seolah-olah burung-burung itu takutkan sesuatu.Dia mula berasa tidak sedap hati.
     ‘Ya Allah,apa semua ni?’Bisik hatinya. ‘Kenapa aku rasa macam ada sesuatu buruk yang berlaku?’
     Khalil tunduk.Wajah-wajah orang kesayangannya bermain di fikirannya sekarang.Di dalam hatinya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

                             *          *          *          *          *
     Hafiz memerhatikan keadaan sekelilingnya.Kawasan itu lengang melainkan dirinya dan Inarah.
     “Kau tengok apa,Hafiz?”Tanya Inarah yang sudah bengang kerana setiap kali dia bertanya,Hafiz asyik mendiamkan diri.
     “Aku nak terapung sekejap.Kalau aku terapung di tempat tadi nanti orang nampak pula,”balas Hafiz.
     “Kalau iya sekalipun,beritahulah kenapa!”
     Hafiz tidak bersuara.Dia terus mengapungkan dirinya.Inarah mencebik geram melihat reaksi Hafiz itu.Disebabkan hal itu,dia berasa malas hendak mengapungkan diri bersama dengan Hafiz.
     Di udara,Hafiz memandang setiap sudut arah.Sampailah matanya memandang ke arah utara barulah dia berhenti.Seperti yang dijangka,nun jauh di sana dia ternampak sebuah hutan walaupun tidak berapa jelas.
     “Woi,Hafiz!Apa yang kau tengok tu?”Inarah yang berada di bawah menjerit.
     “Naik dan tengok sendirilah!”Hafiz membalas.
     Inarah mendengus tetapi dia tetap mengapungkan diri ke udara dengan niat untuk melihat apa yang dimaksudkan Hafiz.Setelah dia berada di sebelah Hafiz,Hafiz menudingkan jari telunjuknya ke arah hutan yang dilihatnya tadi.
     “Kenapa dengan hutan tu?”Tanya Inarah masih tidak faham.
     “Hish,slow betul!Kan tadi aku cakap yang aku tahu di mana Khalil?”Hafiz mengingatkan.
     “Ooo...jadi kau nak maksudkan yang Khalil ada di hutan tu?”
     Hafiz angguk.
     “Kau yakin dia ada di sana?Kalau dia ada sekalipun,hutan tu luas.Ambil masa nak mencarinya tahu?”
     Hafiz mengecilkan matanya. “Mana kau tahu hutan tu luas?”
     “Dah namanya hutan mestilah luas!”Balas Inarah. “Apapun kita tak boleh pergi berdua.Kita belum jumpa Khazin dan lain-lain.”
     “Aku tahu.Tapi sekarang kita tak tahu di mana nak cari mereka.Sekurang-kurangnya kita dah tahu Khalil berada di mana.Baik kita selamatnya dulu,”Hafiz tetap dengan pendiriannya.
     “Kau yakin seratus peratus Khalil ada di sana?”Tanya Inarah inginkan kepastian.
     “Heh,kalau tak buat apa aku paksa kau untuk pergi sana!”Hafiz menjawab yakin. “Lagipun...aku macam dapat kesan tenaga abiliti lain di hutan sana.”
     Tenaga?Masuk ini sudah tiga kali dia menyatakan perkataan itu.Pertama kali semasa misi Jabran di mana Hafiz dapat mengesan lokasi Jabran ketika dia sudah tewas.Kedua,semasa mereka berada di rumah Khalil.Waktu itu,mereka sedang menyiasat kawasan dalam rumah Khalil dan ketiga adalah sekarang!
     Inarah menghela nafas.Walaupun dia berasa agak aneh dengan situasi itu,tidak pula dia bertanyakan Hafiz.Dia membiarkan sahaja buat masa sekarang.Tambahan pula,misi mereka masih belum selesai.
     “Beginilah,kita berpecah!Aku akan cuba cari Khazin dan lain-lain dulu.Kau pergi ke hutan.Kalau dalam lima belas minit aku tak jumpa mereka,aku ke hutan jumpa kau,”cadang Inarah.
     “Okey!”Hafiz menaikkan ibu jarinya tetapi dia terkejut kemudiannya apabila satu lintasan cahaya yang disertai dengan bunyi berdesing melintas laju di hadapannya,iaitu di antara kedudukan dia dan Inarah.
     Inarah juga terkejut membuatkan matanya sedikit terbeliak.Jantungnya seperti mahu berhenti.Perlahan-lahan dia menolah ke hadapan dengan wajah terkejutnya.
     Kelihatan Musyary dan Hanz berada di hadapan mereka berdua!

     Hafiz dan Inarah masih kaku melihat wajah dua orang manusia yang tidak mereka kenali di hadapan mereka.Akibat lintasan cahaya yang datang secara mengejut tadi,perasaan terkejut itu mengambil masa sedikit untuk reda.
     “Akhirnya kita berjumpa juga Inarah...dan kau juga...Pahlawan Mena!”Musyary memulakan perbualan.
     “Kau berdua siapa?”Tanya Hafiz.
     “Biar aku perkenalkan diri dulu.Aku Hanz,”Hanz menyuakan tangannya ke arah Musyary. “...dan ini adalah adik Muflih,musuh kau dulu,Inarah.Kau tentu ingat Muflih,kan?”
     “Adik Muflih!Genolis yang meracun Khalil itukah?”Soal Inarah dengan nada terkejut.
     “Ya...ingat pun kau!”
     Hafiz mencelah“Adik Muflih?Oh,jadi kaulah dalang semua ni!Kaulah...err...apa nama kau,hah?”Soal Hafiz.
     Inarah menjeling. “Apalah kau ni?Itupun lupa!Kan Faruk dan Gomez dah beritahu kita!Namanya Mus...Mus...”
     Inarah berfikir seketika.Kemudian dia bersuara. “Musytari!”
     Hanz tersentak.Dia berteriak marah, “Kau pun dua kali lima!”
     “Kalau macam tu,Mussari,”teka Hafiz pula sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
     “Nama apa kau reka tu?”Hanz berteriak marah lagi.
     Hafiz dan Inarah terus berfikir dan berfikir.
     “Apa namanya?Lupa ah!Nama susah betul nak sebut.”
     “Musytari bukan...Mussari bukan.Musdari?Musrina?Mustang Mama?Hish,lagilah bukan!”
     “Dengar macam nama perempuan pun ada!Pelik...pelik...”
     Sedang Hafiz dan Inarah masih berfikir,kepala Hanz sudah berasap.Mukanya sudah naik merah.Amarahnya sudah meluap-luap dan bakal meletus tidak lama lagi.
     “Hanz,sabar!Jangan gopoh!”Musyary dengan tenang memujuk Hanz sambil menyentuh bahunya.Kemarahan Hanz reda sikit.
     “Hei,kau berdua!”Panggil Musyary dengan suara tenang.
     Hafiz dan Inarah berhenti berfikir lalu menoleh.
     “Aku Musyary!Ingat baik-baik nama aku!”
     Inarah dan Hafiz terkebil-kebil.Seperti sedar akan sesuatu,mereka serentak menjerit, “Hah,baru ingat!Nama kau Musyary!”
     Musyary langsung tidak menunjukkan reaksi marah.Sebaliknya dia ketawa.Hanz agak hairan melihat rakan sekutunya itu.
     “Aku dengar kau berdua mahu selamatkan Khalil dalam hutan itukan?”Tanya Musyary sambil memandang hutan nun jauh di sana.
     Hafiz dan Inarah sekadar memandang Musyary dan Hanz dengan pandangan tajam.
     “Kau memang hebat,Pahlawan Mena!”Puji Musyary memandang Hafiz. “Khalil memang berada di sana.Tapi...”Bebola cahaya muncul pada tapak Musyary tiba-tiba lalu dilontarkan kepada kedua-dua remaja itu.
     Hafiz pantas menghasilkan pelindung jingga.Bebola cahaya itu meletup apabila ia mengenai pelindung jingga.
     “Kau nampak?Itu tandanya aku takkan biarkan salah seorang daripada kau berdua terlepas!”Kata Musyary sambil tersenyum sinis.

                             *          *          *          *          *
     Dayana sudah keletihan,tetapi dia tidak berputus asa.Dia terus berlari dan berlari di sekitar kota itu mencari Hafiz dan Inarah.Sebentar tadi dia sudah ke bumbung Apartmen Sari.Seperti yang dijangka,Hafiz dan Inarah tiada di sana.Dia yakin Hafiz dan Inarah sudah tentu mencarinya,Khazin dan Naufal sekarang.
     “Dah puas mencari tapi masih tak jumpa!Macam mana ni?”Tanya Zafreen masih berlari.
     “Kita tak boleh mengalah.Kita kena cari mereka sebelum Genolis Musyary dan Hanz tu berjumpa mereka!”Dayana menegas.
     “Masalahnya kita dah pusing kota ni naik teksi tadi.Lepas tu,kita dah berlari mencari mereka hampir setengah jam.Tapi tak jumpa-jumpa!”Ujar Zafreen.
     Dayana pula seperti tersedar sesuatu.Lariannya terhenti tiba-tiba.Zafreen turut berhenti dan memandang Dayana hairan.
     “Yana rasa...ada lagi satu tempat yang Yana lupa nak cari...”

No comments:

Post a Comment